Laporan Masakan Smootie Pisang

5
LAPORAN MASAKAN Pengurusan Dan Teknologi RBT 3113 Ahli Kumpulan : Careline A/P A Pileventhram Sumithara A/P Manugaran Pilihan Minuman 1 : Smootie Pisang

description

Masakan

Transcript of Laporan Masakan Smootie Pisang

Page 1: Laporan Masakan Smootie Pisang

LAPORAN MASAKAN

Pengurusan Dan Teknologi

RBT 3113

Ahli Kumpulan :

Careline A/P A Pileventhram

Sumithara A/P Manugaran

Pilihan Minuman 1 : Smootie Pisang

Page 2: Laporan Masakan Smootie Pisang

Resepi Smootie Pisang

(Asal)

Bahan - Bahan :

4 - 5 biji pisang raja

200 ml susu segar

20g ketul ais

50 g gula

Cara Penyediaan :

1. Menyediakan bahan

a) Mengupas kulit buah pisang dan memotong serong atau bulat setebal 1 cm.

b) Sediakan bahan - bahan lain.

2. Menyediakan smootie pisang

a) Masukkan kesemua bahan dan kisar bersama.

b) Kacau rata. Sejukkan di dalam peti sejuk.

3. Menghias dan menghidang

a) Hiaskan dengan coklat rice sebagai topping.

b) Hidangkan atas dulang.

Hidangan : 4 orang

Page 3: Laporan Masakan Smootie Pisang

Resepi Smootie Pisang Kurma

(Inovasi)

Bahan - Bahan :

4 - 5 biji pisang raja

4 - 5 biji buah kurma

200 ml susu segar

20g ketul ais

50 g gula

20 ml madu

Cara Penyediaan :

1. Menyediakan bahan

c) Mengupas kulit buah pisang dan memotong serong atau bulat setebal 1 cm.

d) Sediakan bahan - bahan lain.

2. Menyediakan smootie pisang

c) Masukkan kesemua bahan dan kisar bersama.

d) Kacau rata. Sejukkan di dalam peti sejuk.

3. Menghias dan menghidang

c) Hiaskan dengan coklat rice dan whipping cream sebagai topping.

d) Hidangkan atas dulang.

Hidangan : 4 orang

Page 4: Laporan Masakan Smootie Pisang

Senarai Beli Belah dan Pengekosan

Bahan Kering

Bil Bahan Kering Kuantiti Harga Seunit

(RM) / 100g

Kos

(RM)

1 Buah kurma 5 biji 4.00

2 Gula pasir 50 g 0.28

3 Madu 20 ml 6.90

4 Coklat rice 10 g 3.00

Bahan Basah

Bil Bahan Basah Kuantiti Harga Seunit

(RM) / 100g

Kos

(RM)

1 Pisang raja 5 biji 4.00

2 Susu segar 200 ml 0.72 (100 ml)

3 Ketul ais 20 g 1.00

4 Whipping cream secukupnya 5.80

Ulasan :

Pada minggu pertama teknologi masakan, kami diberikan tema minuman

menyegarkan. Kami dikehendaki mencari satu resepi asal dan menginovasikan resepi

tersebut supaya ia menjadi satu resepi baru yang lazat, sedap dan menarik. Saya telah

membuat pencarian tentang beberapa resepi smootie pisang yang boleh digunakan sebagai

resepi asal bagi masakan saya. Saya telah membuat perbincangan dengan pasangan saya

untuk menginovasikan resepi ini dengan menambahkan buah kurma dan madu dalam

minuman ini. Namun, semasa amali masakan kami tidak mendapat buah kurma dan kami

gantikan dengan buah kismis. Setelah menyediakan minuman resepi asal dan inovasi, saya

telah menghiaskan minuman tersebut dengan menggunakan coklat rice dan whipping

cream. Smootie pisang ini disediakan dengan menggunakan kaedah mengisar. Minuman ini

senang dan mudah untuk disediakan. Minuman ini menyegarkan jika diminum pada musim

panas atau pada waktu petang. Minuman ini juga mengandungi khasiat dan vitamin.