Laporan Minggu Gerko 3
description
Transcript of Laporan Minggu Gerko 3
(40 m)
(20 m)
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU
CATATAN NOTA INTERAKSI GERKO
GERKO PERMAINAN : Olahraga
TARIKH : 17 Ogos 2015
MASA : 7:45Pagi – 9:45Pagi
TEMPAT : Padang
PENSYARAH : En. Azman Bin Manas
TAJUK / KEMAHIRAN : Lari Jarak Sederhana
AKTIVITI BUTIRAN / PENERANGAN
1) MEMANASKAN BADAN
1.1 Merangsang KV/Jantung
- Lari anak
- Lari pelbagai kelajuan
- Variasi larian
1.2 Keregangan- Bahagian kepala
Latihan dalam kawasan 40m X 20m
- Lari anak keliling kawasan latihan dua pusingan.
- Lari perlahan, pantas, langkah kecil, langkah besar.
- Semua berada dalam satu bulatan dan mengambil jarak masing-masing.
- Mulakan dengan posisi kepala mendongak ke atas, kebawah, kekanan dan ke kiri dengan kiraan 8.
- Meregangkan otot tangan dan bahu, mulakan tangan kanan letakkan ke depan dan ke belakang, kemudian tangan kiri dengan kiraan 8.
- Bahagian tangan dan bahu
- Bahagian pinggang
- Bahagian kak
- Tarik nafas
- Membengkokkan pinggang ke kiri dan ke kanan, ke depan dan ke belakang masing-masing dalam kiraan 8. Kaki mesti berada dalam posisi yang stabil.
- Mengangkat kaki ke depan, ke tengah dan ke tepi masing-masing dalam kiraan 8 bagi kedua-dua belah kaki.
- Meregangkan otot kaki ke depan dan ke belakang bagi kedua-dua belah kaki dalam kiraan 8.
Aktiviti regangan diakhiri dengan menarik nafas sebanyak 3 kali
2.0 Frasa Permulaan
(5 minit)
Gaya Berdiri
Meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula
tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang,
kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak
kaki hadapan.
Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas satu buku
penumbuk.
Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada
kaki hadapan.
Condongkan badan.
Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan
bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di
hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di
hadapan.
3.0 Frasa Larian
(10 minit)
a) Arahan pelepasan.
• Selepas arahan “bersedia” diberi, pelari mengambil
tempat di garisan permulaan.
b) Kedudukan kepala dan leher
• Kepala dan leher dibongkokkan sedikit ke hadapan.
• Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan.
c) Pergerakan tangan
• Tangan dihayun menyilang dan tidak melepasi garis
tengah badan.
• Tangan dibengkokkan di siku kurang daripada 90° dan
dihayun ke atas setinggi dagu dan ke bawah separas
pinggul dengan bukaan seluas lebih kurang 120°.
d) Pergerakan kaki
• Gambar di atas menunjukkan kedudukan tumit kaki
belakang dan hujung tapak kaki ketika tapak kaki
mencecah tanah.
• Ketika kaki mencecah tanah, tumit belakang tapak kaki
akan mendarat dahulu, diikuti dengan keseluruhan tapak
kaki kemudian hujung tapak kaki hadapan.
• Setiap langkahan rapat dan berubah mengikut kelajuan.
4.0 Frasa Penamat a) Teknik penamat.
• Selepas menamatkan larian pelari berlari 10m lebih dari
jarak larian. Contohnya, 810m untuk 800m. Ini untuk
memastikan pelari terus memecut melepasi garis
penamat.
• Menonjolkan torso ke hadapan, mengangkat bahu ke
atas dan mendepakan tangan ke belakang.
5.0Latihan Ansur
Maju
a) Membuat larian secara berpasangan di dalam satu garisan selari.
- Peserta hijau akan memulakan larian. Selepas 20m jarak dari garisan permulaan, peserta biru akan memulakan larian dan memotong peserta hijau.
- Seterusnya peserta hijau memotong peserta biru semasa
jurulatih meniup wisel pertukaran peranan.- Larian diteruskan sehingga ke garisan penamat.
b) Membuat larian menghadapi rintangan
- Kumpulan B akan memulakan larian dengan membuat slow jog. Apabila wisel ditiup, kumpulan A akan memulakan larian dan memotong kumpulan B yang sedang melakukan slow jog dan terus memecut ke arah garisan penamat.
- Kemudian kumpulan A dan Kumpulan B bertukar peranan dan membuat larian yang sama.
c) Mengatasi halangan.
- Pelari akan berlari mengharungi kon yang telah disusun di dalam trek.
- Selepas melepasi beberapa kon, pelari dikehendaki untuk memecut ke arah garisan penamat.
Pecut
Kump A kump B
Pecut
6.0 Penilaian
/Permainan kecil
- Peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.- Kumpulan A dan B akan diberikan skitel yang sama banyak.- Beberapa ahli kumpulan perlu mengambil skitel dari pihak
lawan manakala beberapa lagi mempertahankan skitel yang berada di kawasan mereka.
- Skitel yang telah dikumpul dari kumpulan lain haruslah diletakkan di atas padang dan peserta tidak boleh menyembunyikan skitel yang berada di dalam kawasan mereka.
- Permainan diteruskan selama 3 minit dan kumpulan yang berjaya mengumpul skitel yang banyak akan menjadi pemenang.
7.0Penutup Refleksi daripada En. Azman Bin Manas
Kump. A Kump. B
Skitel