LAPORAN MINGGU P1.doc

download LAPORAN MINGGU P1.doc

of 5

Transcript of LAPORAN MINGGU P1.doc

LAPORAN PROGRAM MINGGU KURIKULUM

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM1.0 PENGENALAN

Pendidikan Islam ialah satu usaha untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan pelbagai aktiviti di sekolah bagi memberikan kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif, strategik dan program panitia secara berterusan. Pelbagai program Panitia Pendidikan Islam bagi melahirkan murid-murid yang tahu mengenai ilmu agama Islam, mahir dalam jawi dan menerapkan nilai-nilai murni murid. 2.0LATAR BELAKANG PROGRAM

2.1Butiran Pelaksanaan Program`Tarikh : 26 Jun 2015 Masa : 7.35 Pagi 12.00 Tengahari Tempat : Tapak Perhimpunan SKLJP2

2.2 Aturcara Aktiviti Panitia Pendidikan Islam

7.35-8.35 : Bum-bum Belon

8.35 -10.05 : Telur Hikmah

10.05-10.25 : Rehat

10.25-11.00 : Perkataan Tersembunyi

11.00-1200 : Kotak Beracun

2.3 Objektif

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah berkebolehan untuk: 1. Membaca al-Quran dengan betul,fasih dan bertajwid;

2. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;

3.Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati

pengajarannya;

4.Mengamalkan pembacaan al-Quran dalam kehidupan

5. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan

benteng keagamaan;

6. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah

sebagai tuntutan kewajipan umat Islam;

7. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai asas

perkembangan tamadun manusia

8. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian

9. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

2.4Kaedah Perlaksanaan.

-Mengeja perkataan jawi baharu

-Menghafaz surah-surah pilihan

-Kuiz soalan berkaitan Pendidikan Islam

2.5Bahan-bahan Peralatan

BilPerkaraKuantitiHarga

1Belon1 Paket Rm 13.50

2Tray 1 PaketRm 1.90

3Bakul5 x Rm 1.80Rm 9.00

4 Hadiah3 x Rm 1.80Rm 5.40

5 x Rm1.80Rm 5.40

5 x Rm 80Rm 4.00

JumlahRm 39.20

3.0HURAIAN PENILAIAN TUGASAN / AKTIVITI Semua guru dan murid memberikan kerjasama yang baik dengan melibatkan diri dengan semua aktiviti yang telah dijalankan. Pemerhatian guru terhadap aktiviti yang di jalankan Guru menggunakan masa yang secukupnya mengikut tentatif yang diberikan. Setiap murid di nilai tahap penguasaan ilmu Pendidikan Islam oleh guru. 4.0

PENCAPAIAN AKTIVITI Murid-murid dapat meningkatkan pengetahuan Pendidikan Islam. Murid-murid mahir dalam ejaan jawi Murid-murid mengetahui nilai-nilai yang perlu diamalkan dalam kehidupan. Aktiviti yang dijalankan adalah menarik minat murid 5.0

KEMAJUAN / MASALAH

Murid dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang Ulum Syariah. Murid mengetahui perkataan jawi baharu. Murid menguasai bacaan jawi dengan baik. Murid- murid kelihatan seronok dalam semua aktiviti yang telah dijalankan. Segelintir murid tahap 1 kurang mahir dalam jawi. 6.0CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Memperbanyakkan aktiviti yang lebih menarik iaitu :

mengadakan bengkel ejaan jawi baru Pertandingan menulis khat jawi

Pertandingan atau persembahan tazkirah spontan Mengadakan pertandingan mengenalpasti suara bacaan ayat suci al-quran dari qari yang terkenal. Mengadakan tayangan video kisah-kisah nabi dan rasul.

7.0

PENUTUPDengan ini, adalah diharapkan agar aktiviti yang telah dijalankan dapat memberi peningkatan ilmu agama Islam kepada semua murid. Di samping itu, aktiviti tersebut dapat memberikan panduan hidup kepada murid mengenai agama

Semua guru dapat memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan setiap aktiviti dan memastikan murid menjalankan aktiviti yang dirancang dalam suasana yang menyeronokkan. Setiap aktiviti yang dijalankan dengan sistematik, konsisten dan berkesan dapat melahirkan insan yang sihat dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta melahirkan murid-murid yang tahu mengenai ilmu agama Islam, mahir dalam jawi dan menerapkan nilai-nilai murni murid. Disediakan oleh, Disahkan oleh,

--------------------- ---------------------

(SAYIDATUL SYARIFAH BINTI YAHAYA) (PN. ROSENI BINTI YAHYA)

Ketua Panitia Pendidikan Islam, GPK Tadbir Kurikulum,SK (L) Jalan Pasar 2, SK (L) Jalan Pasar 2,Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.29 JUN 2015 29 JUN 2015