LAPORAN MINGGU SAINS 2011

6
LAPORAN MINGGU SAINS PERINGKAT SEKOLAH 2011 1.0 PENGENALAN: Program ini dilaksanakan untuk memenuhi takwim sekolah di samping menyediakan pelbagai aktiviti kepada murid-murid supaya dapat meningkatkan p restasi dalam mata pelajaran sains. 2.0 MATLAMAT: Memberi pendedahan dan ruang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam  program Minggu Sains. 3.0 OBJEKTIF:  Memupuk minat terhadap mata pelajaran sains  Menggalakkan murid-murid menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Panitia Sains.  Meningkatkan pestasi mata pelajaran Sains secara umumnya. 4.0 SASARAN/TARIKH/TEMPAT: Sasaran : Semua murid SK All Saints’.  Tarikh : 18 hingga 23 April 2011. Tempat : Sekolah Kebangsaan All Saints’, 34600 Kamunting, Perak.

Transcript of LAPORAN MINGGU SAINS 2011

Page 1: LAPORAN MINGGU SAINS 2011

7/27/2019 LAPORAN MINGGU SAINS 2011

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-minggu-sains-2011 1/6

LAPORAN MINGGU SAINS PERINGKAT SEKOLAH 2011 

1.0 PENGENALAN:

Program ini dilaksanakan untuk memenuhi takwim sekolah di samping menyediakan pelbagai

aktiviti kepada murid-murid supaya dapat meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran sains.

2.0 MATLAMAT:

Memberi pendedahan dan ruang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam

 program Minggu Sains.

3.0 OBJEKTIF:

  Memupuk minat terhadap mata pelajaran sains

  Menggalakkan murid-murid menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak 

Panitia Sains.

  Meningkatkan pestasi mata pelajaran Sains secara umumnya.

4.0 SASARAN/TARIKH/TEMPAT:

Sasaran : Semua murid SK All Saints’. 

Tarikh : 18 hingga 23 April 2011.

Tempat : Sekolah Kebangsaan All Saints’, 34600 Kamunting, Perak.

Page 2: LAPORAN MINGGU SAINS 2011

7/27/2019 LAPORAN MINGGU SAINS 2011

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-minggu-sains-2011 2/6

5.0 AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANA MINGGU SAINS

Penasihat : Pn. Hamimah binti Hashim ( Guru Besar )

Pengerusi : En. Muhamad Yunos bin Koming ( PK Pentadbiran )

Pn. Hjh. Falthiyah binti Hj. Ali ( PK Petang )

 Naib Pengerusi : Pn. Aslina binti Awang ( Ketua Panitia Sains )

Setiausaha : Pn. Safiah binti Harun

Bendahari : Cik Rozita binti Yusoff 

Pengurusan Hadiah : Pn. Normala binti Mohd Johari ( Sesi Pagi )

Pn. Mulyati binti Adnan ( Sesi Petang )

Buku Program : Cik Rozita binti Yusoff 

Persiapan Pentas : Pn. Nor Afdira Suriyani binti Mohamed Ali ( Sesi Pagi )

Pn. Safiah binti Harun ( Sesi Petang )

Penyediaan PA Sistem: En. Mohd Arizam bin Tajing ( Sesi Pagi )

Pn. Hasfalyla binti Amat Hamiman ( Sesi Petang )

Penyeliaan Aktiviti/Pertandingan : Pn. Aslina binti Awang ( Sesi Pagi )

Pn. Safiah binti Harun ( Sesi Petang )

Juruacara : Cik Nurmala binti Othman ( Guru bertugas sesi pagi )

Pn. Mulyati binti Adnan ( Guru bertugas sesi petang )

Page 3: LAPORAN MINGGU SAINS 2011

7/27/2019 LAPORAN MINGGU SAINS 2011

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-minggu-sains-2011 3/6

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

BIL AKTIVITI PERLAKSANAAN CATATAN

1. Majlis perlancaran Minggu Sains A.  Dijalankan sewaktu

 perhimpunan.B.  Hebahan kepada murid-murid

mengenai minggu sains dan

aktiviti-aktiviti yang akan

dijalankan.

Semua murid

sesi pagi dan petang

2. Kuiz -Soalan diedarkan oleh guru mata

 pelajaran kepada murid-murid.-Murid-murid dikehendaki menjawab

soalan kuiz yang diberikan dan

menghantarnya kepada guru mata

 pelajaran masing-masing.

Tahun 3

hingga 63 pemenang

setiap kelas.

3. Crossword Puzzle

( Teka Silang Kata )

-Kertas teka silang kata diedarkan

oleh guru mata pelajaran kepada

murid-murid.-Murid-murid dikehendaki

melengkapkan teka silang kata dan

menghantarnya kepada guru mata

 pelajaran masing-masing.

Tahun 1

hingga 6

3 pemenangsetiap kelas.

4. Mewarna -Gambar diedarkan oleh guru mata

 pelajaran kepada murid-murid.-Murid-murid mewarna dan

menghantarnya pada guru mata pelajaran masing-masing.

Tahun 1 dan 2

3 pemenangsetiap kelas.

5. Vocabulary -Guru mata pelajaran mengedarkan

kertas vocabulary kepada

murid-murid.-Murid-murid memberi maksud

 perkataan-perkatan yang diberikan

dan menyerahkan pada guru mata

 pelajaran masing-masing.

Tahun 3

hingga 6

3 pemenangsetiap kelas.

6. Info Sains ( Fakta ) -Semua murid dikehendaki mencarisatu info sains dan membuatnya serta

menghias pada satu kertas putih A4.

-Semua murid menghantarnya padaguru mata pelajaran masing-masing.

Tahun 4hingga 6

3 pemenang

setiap kelas.

Page 4: LAPORAN MINGGU SAINS 2011

7/27/2019 LAPORAN MINGGU SAINS 2011

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-minggu-sains-2011 4/6

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH

Sumbangan Panitia Sains RM500.00 Fotostat buku program dan

 bahan-bahan yang diedarkan

kepada murid-murid

RM 68.00

Hadiah RM432.00

Jumlah RM500.00 Jumlah RM500.00

8.0 REFLEKSI

Minggu Sains Peringkat Sekolah 2011

Minggu Sains Peringkat Sekolah telah diadakan bermula pada 18 April 2011 sehingga 23 April

2011. Program dan aktiviti dilaksanakan pada sesi persekolahan sesi pagi dan sesi petang antara

 jam 7.30 pagi hingga jam 6.20 petang bertempat di sekitar kawasan SK All Saints’, Kamunting,

Perak. Sebanyak 5 aktiviti utama yang telah dirancang seperti Kuiz Sains (Tahun 3 hingga 6),

Pertandingan Teka Silang Kata (Tahun 1 hingga 6), Pertandingan Mewarna ( Tahun 1 dan 2),

Vocabulary (Tahun 3 hingga 6) dan Info Sains (Tahun 4 hingga 6). Majlis Pelancaran serta

Majlis Penutup Minggu Sains Peringkat Sekolah telah dilaksanakan oleh Guru Besar SK All

Saints’ Pn. Hamimah binti Hashim dengan jayanya.

Akti viti Yang Telah D ilaksanakan 

Antara aktiviti utama yang telah dilaksanakan bagi Minggu Sains Peringkat Sekolah adalah

 perasmian minggu sains, Kuiz Sains (Tahun 3 hingga 6), Pertandingan Teka Silang Kata

(Tahun 1 hingga 6), Pertandingan Mewarna ( Tahun 1 dan 2), Vocabulary (Tahun 3 hingga 6)

dan Info Sains (Tahun 4 hingga 6) serta Majlis Penutup Minggu Sains Peringkat Sekolah.

Aktiviti-aktiviti ini bermula dari 18 April 2011 sehingga 23 April 2011. Kesemua aktiviti ini

diadakan di sekitar kawasan SK All Saints, Kamunting, Perak dan telah berjaya dilaksanakan

dengan jayanya hasil bantuan dan kerjasama daripada semua guru sesi pagi dan petang. Dari segi

 penglibatan peserta pula, didapati kesemua peserta yang terdiri dari semua pelajar SK All Saints’

memberi sambutan yang baik dan menggalakkan terhadap aktiviti dan pertandingan yang

diadakan. Ini dapat dilihat dari segi sambutan pelajar terhadap terhadap pertandingan-

 pertandingan yang diadakan, terutamanya kuiz sains dan pertandingan teka silang kata yang

mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pelajar tahap 2. Pertandingan

Page 5: LAPORAN MINGGU SAINS 2011

7/27/2019 LAPORAN MINGGU SAINS 2011

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-minggu-sains-2011 5/6

Mewarna Tahun 1 dan 2,pertandingan Info Sains dan Vocabulary juga turut mendapat sambutan

yang menggalakkan. Walaupun pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid Tahap 1 dan 2,

namun kesungguhan peserta dapat dilihat dari segi hasil pertandingan yang telah diserahkan

kepada hakim.

Kesimpulan 

Secara keseluruhan, objektif yang telah dirangka bagi Minggu Sains Peringkat Sekolah telah

mencapai matlamat yang telah disasarkan. Aktiviti-aktiviti yang dirancang telah berjaya

dijalankan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Guru-guru dan murid-murid telah memberi

kerjasama yang baik, ini seterusnya memudahkan lagi perjalanan aktiviti yang telah dirancang.

Disebabkan aktiviti yang dirancang lebih memfokuskan kepada penglibatan peserta, secara tidak 

langsung Minggu Sains Peringkat Sekolah dapat memupuk kerjasama serta mengeratkan lagi

hubungan antara warga sekolah.

9.0 PENUTUP

Minggu Sains Peringkat Sekolah, SK All Saints’ bagi tahun 2011 ini banyak  memfokuskan

kepada penglibatan murid-murid dalam menyertai pertandingan yang dianjurkan. Ini secara tidak 

langsung dapat meningkatkan pengetahuan murid terhadap mata pelajaran sains. Turut

diharapkan agar Minggu Sains Peringkat Sekolah ini dapat memupuk minat murid-murid

terhadap mata pelajaran sains yang dianggap susah oleh murid-murid.

Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

(ASLINA BINTI AWANG) (HAMIMAH BINTI HASHIM)

Pengerusi Panitia Sains , Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan All Saints’, Sekolah Kebangsaan All Saints’,

34600 Kamunting, 34600 Kamunting,

Perak. Perak.

Page 6: LAPORAN MINGGU SAINS 2011

7/27/2019 LAPORAN MINGGU SAINS 2011

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-minggu-sains-2011 6/6