Laporan Orientasi Transisi Year 1
description
Transcript of Laporan Orientasi Transisi Year 1
LAPORAN HARI ORIENTASI PROGRAM TRANSISI DAN GURU
PENYAYANG TAHUN 1 / 2016
TARIKH : 19 NOVEMBER 2015
MASA : 10.00 PAGI – 11.30PAGI
LOKASI : BENGKEL RBT/KH
Hari Orientasi Tahun Satu diadakan bertujuan untuk membantu murid- murid
menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal kepada
pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan
untuk menyesuaikan murid- murid dengan persekitaran, guru- guru dan kawan baru
dalam jangka masa yang singkat.
Pendaftaran telah bermula pada pukul 10.00 pagi. Majlis ini telah dimulakan
dengan nyanyian ‘tevaram’. Sebagai langkah meriahkan majlis ini kepada murid-murid
Tahun 1/2016 majlis diteruskan dengan aktiviti memotong kek oleh murid-murid
bersama guru kelas selepas ucapan aluan oleh guru kelas mereka. Setelah murid-murid
memotong kek, mereka telah dibawa ke kelas lain untuk meneruskan aktiviti – aktiviti
lain yang telah disediakan bagi mereka.
Ucapan guru besar telah diucapkan oleh wakil guru besar iaitu Guru Penolong
Kanan Tadbir dan Kurikulum, Pn.D.Nirmala. Beliau telah meneruskan majlis dengan
penyampaian taklimat mengenai Linus, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, KBAT dan isu-
isu berkaitan dengan bidang kurikulum.
Selepas ucapan GPK Tadbir dan Kurikulum, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Pn.A.Kaithree telah meneruskan majlis ini dengan penyampaian taklimat
berkaitan dengan bidangnya. Taklimat beliau telah berdasarkan peraturan sekolah,
disiplin murid di sekolah, keselamatan murid, APDM, Kad Pergigian dan Buku Kesihatan
serta SPBT.
Justeru, majlis telah diteruskan dengan pendaftaran murid setelah semua
taklimat tamat. Ibu bapa murid-murid Tahun 1 bagi 2016 telah hadir ke setiap kaunter
yang telah disediakan bagi melaksanakan sesi pendaftaran. Kaunter Kad Pergigian dan
Buku Kesihatan, Kaunter SPBT dan Kaunter APDM dan Pengumpulan Maklumat telah
disediakan untuk memudahkan sesi pendaftaran. Setiap kaunter telah diambil ahli oleh
guru-guru sekolah.
Murid-murid yang dibawa ke kelas lain telah menyertai aktiviti suai kenal,
aktiviti mewarna dan lawatan ke sekeliling sekolah. Dua orang guru telah diberi tugas
untuk menjaga keselamatan murid-murid tersebut. Sekian tamat sesi pendaftaran ibu
bapa murid –murid telah membawa balik anak – anak mereka. Muid – murid diberi satu
kotak warna pensel sebagai cenderamata bagi mereka semasa pendaftaran.
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :
__________________________ __________________________
(PIREMALATHA A/P KARUNANITHE)
GURU KELAS TAHUN 1/ 2016