LAPORAN PCK 5

download LAPORAN PCK 5

of 6

Transcript of LAPORAN PCK 5

  • 8/13/2019 LAPORAN PCK 5

    1/6

    LAPORAN PCK 5

    Tajuk :Pengaratan

    Tujuan :Untuk mengenalpasti faktor yang menyebabkan pengaratan.

    Hipotesis: Pengaratan besi hanya boleh berlaku jika terdapat air dan udara.

    Pengenalan:

    Pengaratan besi disebut kakisan logam besi. Pengaratan besi berlaku apabila

    atom besi melepaskan elektron kepada oksigen dalam kehadiran air untuk membentuk

    satu lapisan karat pada permukaan besi. Pengaratan besi yang berlaku apabila besi

    terdedah kepada oksigen dan air disebut kakisan atmosfera. Proses pengaratan besi

    dapat dipercepatkan dengan kehadiran elektrolit seperti asid atau garam. Selain itu,

    kadar pengaratan besi juga dipengaruhi oleh logam lain yang bersentuhan dengan besi.

    Pembolehubah:

    Dimanipulasikan : Jenis cecair dalam tabung uji

    Bertindak Balas :Keadaan paku besi (berkarat atau tidak berkarat)

    Dimalarkan :Saiz paku besi, penutup tabung uji dan tempat meletak tabung uji..

    Bahan-bahan:

    Kertas pasir, air, minyak masak, kalsium klorida dan paku besi.

    Radas-radas:

    5 tabung uji, gabus dan benang nipis.

    Prosedur:

    1. 5 paku besi dicuci menggunakan kertas pasir.

    2. 5 paku besi terbabit dimasukkan ke dalam tabung uji yang berlabel A, B, C, D, dan E

    secara berturutan.

  • 8/13/2019 LAPORAN PCK 5

    2/6

    3.Untuk tabung uji A, air dimasukkan ke dalam tabung uji sehingga tenggelam paku

    besi dan kemudian tutup ia dengan gabus.

    4.Untuk tabung uji B, minyak masak dimasukkan sekadar mencukupi untuk

    menenggelamkan paku besi dan kemudian, ia ditutup dengan gabus.

    5.Untuk tabung uji C pula, air yang mendidih dimasukkan sekadar mencukupi untuk

    menenggelamkan paku besi terbabit dan kemudian tutup ia dengan gabus.

    6.Untuk tabung uji D, jangan masukkan apa jenis cecair pun dan hanya menutupnya

    dengan gabus.

    7.Manakala, untuk tabung uji E kalsium klorida terhidrat dimasukkan hingga tenggelam

    tabung uji setinggi 2 cm. Paku besi digantung dengan menggunakan benang nipis dan

    kemudian tabung uji itu ditutup menggunakan gabus.

    8.Perubahan keadaan paku besi di dalam setiap tabung uji diperhatikan selepas 1

    minggu.

    Keputusan:

    Tabung uji Tabung uji

    A

    Tabung uji

    B

    Tabung uji

    C

    Tabung uji

    D

    Tabung uji

    E

    Pemerhatian

    selepas 1

    minggu

    Paku besi

    berkarat

    Paku besi

    tidak

    berkarat

    Paku besi

    tidak

    berkarat

    Paku besi

    berkarat

    Paku besi

    tidak

    berkarat

    Perbincangan:

    Dalam eksperimen ini, kami mendapati bahawa pengaratan besi hanya boleh berlaku

    jika terdapat air dan udara. Dalam tabung uji A, paku berkarat kerana kehadiran air dan

    oksigen. Manakala paku dalam tabung uji B tidak berkarat kerana minyak masak tidak

    mempunyai kandungan air dan oksigen yang menyebabkan pengaratan besi berlaku.

  • 8/13/2019 LAPORAN PCK 5

    3/6

    Dalam tabung uji C, air yang mendidih akan mengelakkan oksigen terlarut dalam air

    dan ini menyebabkan proses pengaratan mengambil masa yang lama. Paku besi dalam

    tabung uji D berkarat dengan kehadiran air dan oksigen. Bagi tabung uji E, kalsium

    klorida digunakan untuk menyerap wap air dan mengelakkan kelembapan pada paku

    besi. Dengan ini, paku besi tidak berkarat kerana ketidakhadiran air dan oksigen.

    Kesimpulan:

    Hipotesis diterima. Pengaratan besi hanya boleh berlaku jika terdapat air dan udara.

    Teknik teknik Keselamatan:

    1. Berhati-hati semasa memasukkan air yang mendidih ke dalam tabung uji.

    2. Berhati-hati semasa mengendalikan bahan-bahan dan radas-radas.

  • 8/13/2019 LAPORAN PCK 5

    4/6

    Pada akhir aktiviti-aktiviti ini, jawab soalan-soalan berikut:

    1. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini?

    Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami telah mempelajari topik pengaratan secara lebih

    mendalami. Pengaratan merupakan pengakisan besi. Berdasarkan keputusan

    eksperimen di atas, kami boleh membuktikan bahawa pengaratan besi hanya akan

    berlaku apabila terdapatnya kehadiran oksigen dan air. Pengaratan merupakan satu

    tindak balas redoks di mana oksigen dikenali sebagai agen pengoksidaan dan besi

    merupakan agen penurunan. Apabila permukaan ferum disentuh air, ia menjadi anod,

    iaitu elektrod yang berlakunya pengoksidaan. Atom ferum akan mengalami kehilangan

    elektron untuk membentuk ion ferum (II). Elektron akan mengalir ke air yang

    mengandungi banyak oksigen yang terlarut. Permukaan ferum akan menjadi katod,

    iaitu elektrod yang berlakunya penurunan. Oksigen menerima elektron dan diturunkan

    oleh ion hidroksida. Ion ferum (II) yang dihasilkan bergabung dengan ion hidroksida

    untuk membentuk ferum (II) hidroksida. Ferum (II) hidroksida kemudiannya dioksidakan

    oleh oksigen untuk menjadi ferum (II) oksida hidrat. Hidrat wujud dalam warna perang

    dan jingga yang akan bergabung membentuk karat. Sekiranya ingin mengelakkan

    pengaratan besi berlaku, janganlah membiarkan besi tersebut tersentuh dengan air.

    Selain itu, paku yang dicat dan dimasukkan dalam minyak juga dapat mengelakkan

    pengaratan berlaku dengan cepat. Dengan adanya pengetahuan ini, kami akan

    sentiasa berhati-hati menggunakan besi daripada tersentuh dengan air dalam

    kehidupan harian. Contohnya, kami tidak akan mencuci bahan yang diperbuat daripada

    besi dengan air supaya pengaratan tidak berlaku.

    2. Mana satu topikkah dalam kurikulum sekolah rendah mengajar topik tertentu ini?

    Tahun 4.

    Tema: Menyiasat bahan.Bidang: Sifat-sifat bahan

    Hasil Pembelajaran: Memahami bahawa sesetengah bahan boleh mengarat.

    3. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti-aktiviti ini dalam pengajaran dan

    pembelajaran anda?

  • 8/13/2019 LAPORAN PCK 5

    5/6

    Pada permulaan aktiviti, guru akan menunjukkan bahan yang sudah mengarat

    dan bahan yang tidak mengarat. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan

    untuk menjalankan pemerhatian terhadap paku-paku tersebut. Mereka juga dikehendaki

    merekod pemerhatian. Selepas itu, dalam kumpulan yang sama, murid perlu mencari 5

    bahan yang boleh mengarat dan 5 bahan yang tidak mengarat di kelas. Mereka perlu

    mengklasifikasikan bahan-bahan yang dicari tersebut dalam satu jadual. Kertas

    mahjong akan diberikan kepada mereka untuk hasilan mereka. Daripada aktiviti-aktiviti

    ini, guru dapat menguji kefahaman muridnya sama ada mereka dapat membezakan

    bahan yang boleh mengarat dengan yang tidak boleh mengarat atau tidak. Mereka

    dikehendaki membentangkan hasil kerja di dalam kelas. Untuk mengukuhkan lagi

    kefahaman murid, guru boleh meminta murid untuk menjalani eksperimen yang agak

    sama dengan eksperimen di atas tetapi lebih ringkas, iaitu tidak menggunakan bahan

    kimia yang tidak dikenali oleh murid. Eksperimen tersebut adalah untuk membantu

    murid mengetahui faktor pengaratan, iaitu kehadiran air dan udara. Contohnya, paku A

    dimasukkan ke dalam tabung uji yang mengandungi air; paku B dimasukkan ke dalam

    tabung uji tanpa air; paku C dimasukkan ke dalam tabung uji yang mengandungi air

    mendidih manakala paku D dimasukkan ke dalam tabung uji yang mengandungi minyak

    masak. Murid diberikan tempoh masa 1 minggu untuk membuat pemerhatian dan

    merekod keputusan dalam satu jadual. Semasa mengajar, guru boleh menasihati murid

    supaya menjaga bahan-bahan yang dibuat daripada besi dengan berhati-hati supaya

    tidak tersentuh dengan air agar ia tidak mudah mengarat. Guru juga boleh menerapkan

    nilai murni seperti menghargai bahan-bahan supaya bahan tersebut tidak mudah

    mengakis atau rosak.

    4. Apakah peranan anda sebagai seorang guru dalam aktiviti-aktiviti ini?

    Guru berperanan sebagai pendorong bagi memberikan peluang kepada anak

    muridnya untuk meluahkan idea sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

    Guru juga perlu menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan guru atau dengan

    rakannya kerana proses pengajaran dan pembelajaran secara dua hala lebih

    digalakkan. Komunikasi yang baik dapat meningkatkan interaksi dan hubungan antara

  • 8/13/2019 LAPORAN PCK 5

    6/6

    guru dengan murid atau murid dengan murid. Selain itu, guru juga berperanan sebagai

    fasilitator dan pemudah cara dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Guru perlu cuba membiarkan murid untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berdikari

    tetapi pada masa yang diperlukan, guru perlu memberikan bimbingan yang sesuai

    untuk membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru

    bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada murid apabila murid tidak faham dengan

    konsep yang diajar. Sekiranya guru memainkan peranan yang sepenuhnya, hasil

    pembelajaran bagi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan

    berkesan kerana murid akan lebih faham dan ingat apa yang diajar oleh guru.