Laporan Pelaksanaan Internship 3
-
Upload
hasliza-julaihi -
Category
Documents
-
view
32 -
download
12
description
Transcript of Laporan Pelaksanaan Internship 3
![Page 1: Laporan Pelaksanaan Internship 3](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022081122/563db7dd550346aa9a8eb33a/html5/thumbnails/1.jpg)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : Hasliza Binti Julaihi
PROGRAM : PISMP
NAMA SEKOLAH : SK Siol Kanan, Kuching, Sarawak.
NAMA PROJEK / AKTIVITI : Projek Penambahbaikan dan Keceriaan Pusat Sumber SK
Siol
Kanan
TEMPOH PELAKSAAN : 30 September 2015 hingga 23 Oktober 2015
OBJEKTIF :
Menyemai budaya membaca dan menggalakkan lagi penggunaan Pusat Sumber di
kalangan warga sekolah khasnya tentang kepentingan membaca sebagai satu gaya
hidup.
Satu cara untuk menarik minat para pelajar untuk menggunakaan kemudahan Pusat
Sumber sebagai sumber rujukan dan maklumat kepada semua.
Dapat menyediakan ruangan pentas untuk murid membaca dan melakukan aktiviti
persembahan berkumpulan.
Dapat menimbulkan suasana ceria di dalam Pusat Sumber dan dapat melancarkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Pusat Sumber.
Membersih dan menceriakan persekitaran Pusat Sumber
STRATEGI PELAKSAAN :
1. Menyediakan kertas kerja bagi projek keceriaan pusat sumber SK Siol Kanan.
2. Membuat ukuran pada dinding pentas Pusat Sumber.
3. Mengecat dinding pentas Pusat Sumber serta melakar corak etnik Sarawak di
atas dinding pentas tersebut.
4. Melekatkan polistren yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk seperti mozek
pada lakaran corak yang telah dilakar di atas dinding pentas Pusat Sumber
tersebut.
5. Menghias dinding-dinding Pusat Sumber menggunakan kata-kata hikmat serta
pelbagai hiasan yang lain bagi menceriakan suasana Pusat Sumber.
6. Membersihkan kawasan Pusat Sumber SK Siol Kanan agar menjadi lebih
bersih dan kemas.
![Page 2: Laporan Pelaksanaan Internship 3](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022081122/563db7dd550346aa9a8eb33a/html5/thumbnails/2.jpg)
REFLEKSI :
Kekuatan Projek/Aktiviti
Semasa saya menjalankan projek keceriaan Pusat Sumber ini, saya dapati terdapat
banyak kekuatan terhadap projek ini. Antaranya adalah, projek ini membantu saya untuk
menjadi lebih kreatif lagi untuk menghias dan menceriakan kawasan sekolah dan pusat
sumber sekolah. Saya dapat memberikan idea yang menarik untuk mencantikkan lagi
kawasan pusat sumber sekolah. Selain itu, projek sebegini membantu saya untuk
membantu pihak sekolah dalam membersihkan serta menceriakan kawasan Pusat Sumber.
Saya dapat mempelajari banyak kaedah yang kreatif melalui internet bagi menceriakan dan
mencantikkan kawasan Pusat Sumber sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang
kondusif.
Kelemahan Projek/ Aktiviti
Namun terdapat beberapa kelemahan semasa saya menjalankan projek ini.
Antaranya adalah kekurangan bahan bagi membina pentas Pusat Sumber. Kekurangan
bahan seperti polistren dan gam pelekat menyebabkan proses penyiapan projek ini
memakan masa yang lama. Selain itu. Projek sebegini memerlukan masa yang agak lama
kerana memerlukan ketelitian dan fokus semasa proses melekatkan polistren di atas dinding
pentas tersebut. Selain itu juga, projek sebegini memerlukan banyak tenaga kerja bagi
membantu dalam menyiapkan projek mozek dinding ini serta hiasan dalam Pusat Sumber.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mengatasi kelemahan projek ini, saya mencadangkan agar segala kelengkapan
bagi projek ini disediakan agar tidak berlakunya masalah kekurangan bahan semasa
menjalankan projek ini. Selain itu juga, ada masa yang akan datang saya bercadang untuk
menghias dan menceriakan Pusat Sumber menggunakan hiasan yang lebih ringkas dan
tidak terlalu rumit agar masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini tidak mengambil
masa yang terlalu lama. Bagi faktor tenaga kerja, saya bercadang agar selepas ini,
sebaiknya tugasan sebegini dilakukan secara berkumpulan kerana ianya lebih mudah dan
cepat berbanding secara individu.
![Page 3: Laporan Pelaksanaan Internship 3](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022081122/563db7dd550346aa9a8eb33a/html5/thumbnails/3.jpg)
KESIMPULAN
Ringkasnya, projek penambahbaikan dan keceriaan Pusat Sumber ini banyak
membantu saya dalam menjadi seorang pendidik yang kreatif dan berinovatif dalam
mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif dan lebih menarik agar murid minat untuk
membaca di Pusat Sumber. Selain itu juga, projek sebegini dapat membantu menaik taraf
Pusat Sumber sekolah untuk menjadi satu tempat belajar dan berbincang dalam kalangan
murid-murid di mana Pusat Sumber yang menarik dan cantik dapat memberikan ketenangan
dan keselesaan kepada murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan.Akhir sekali, saya
berharap agar projek sebegini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dalam
membantu membina budaya membaca serta pesekitaran pembelajaran yang menarik bagi
murid di sekolah.