Laporan Pelaksanaan Internship

download Laporan Pelaksanaan Internship

of 5

description

RRR

Transcript of Laporan Pelaksanaan Internship

LAMPIRAN 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP(Laporan antara 8 10 muka surat)

NAMA PELAJAR : ROHANI BINTI ESHAKNO.KAD PENGENALAN : 830222-01-5076PROGRAM : PPG AMBILAN JUN 2011 - 2015NAMA SEKOLAH : SK LKTP ADELANAMA PROJEK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN PUTARAN RODA DENGAN MENGGUNAKAN KAD FLIP BERGAMBAR BAGI MURID TAHUN 4 IMAN SK LKTP ADELA BAGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI.TEMPOH PELAKSANAAN : 4 MINGGU

1. OBJEKTIF

Pada akhir internship dapat meningkatkan kemahiran putaran roda dengan menggunakan kad flip bergambar bagi murid Tahun 4 Iman bagi pengajaran pendidikan jasmani.

2. STRATEGI PELAKSANAAN

2.1Pelaksanaan Projek Internship (4 minggu)

Saya telah menjalankan satu sesi kolaborasi bersama guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi mendapatkan cadangan ujian dan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan peserta kajian. Setelah berbincang bagi memastikan projek ini dapat dijalankan dengan baik dan berkesan terhadap murid terlibat. Saya turut memberi penerangan tentang projek ini kepada semua murid yang terlibat supaya memahami tujuan

sebenar projek ini dijalankan. Malah, turut mengedarkan surat kebenaran ibu bapa kepada semua murid untuk makluman dan kebenaran pihak terlibat.

Apa yang telah ditekankan sepanjang tempoh projek ialah kemahiran putaran roda dengan betul. Oleh itu, aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani lebih menekankan kaedah ulangan. Bagi mengukuhkan projek ini, saya telah menggunakan instrumen Ujian Amali Putaran Roda yang dirujuk daripada Buku Gymnastics Floor, Vault Beam and Bar by Trevor Low (2002) dan manual Ujian Amali IPG bagi Program PPG Opsyen PJK untuk menilai keberkesanan projek ini terhadap murid yang terlibat.

2.2Jadual Pelaksanaan

Minggu Tarikh/ HariMasa Aktiviti

130 Mac 2015(Isnin)8.30 9.00 pagi(30 minit)Aktiviti 1:Cartwheel Tricks - lompat dari kiri ke kanan- melepasi objek

31 Mac 2015(Selasa)8.00 8.30 pagi(30 minit)

26 April 2015(Isnin)8.30 9.00 pagi(30 minit)Aktiviti 2Cartwheel Tricks lompatan agung menggunakan beam mat putaran roda

7 April 2015(Selasa)8.00 8.30 pagi(30 minit)

313 April 2015(Isnin)8.30 9.00 pagi(30 minit)Aktiviti 3Cartwheel Tricks sticker(Now U See Now U Dont)

14 April 2015(Selasa)8.00 8.30 pagi(30 minit)

420 April 2015(Isnin)8.30 9.00 pagi(30 minit)Aktiviti 4Cartwheel tricks One Straight Line

21 April 2015(Selasa)8.00 8.30 pagi(30 minit)

3. REFLEKSI

a) Kekuatan Projek:

Penggunaan Kad Flip bergambar dapat menarik minat murid-murid Tahun 4 Iman ini kerana mereka merupakan murid yang lemah dari segi akademik. Selain itu, penggunaan kad juga tidak pernah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.

Penggunaan bahan bantu mengajar dan teknik pengajaran yang berkesan diperlukan bagi memudahkan penguasaan suatu kemahiran, Mosston (2011). , murid berpendapat bahawa kad flip bergambar yang digunakan oleh guru berupaya memberikan keseronokan dan mampu menarik minat serta memberikan cabaran kepada mereka dalam menjalani proses pembelajaran Pendidikan Jasmani.

b) Kelemahan Projek:

Pada mulanya mereka masih lagi berasa sangat takut dan tidak berani melakukan aktiviti yang terdapat dalam kad flip bergambar. Tetapi setelah di terangkan dengan lebih jelas terperinci barulah mereka tahu apakah yang perlu dilakukan.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKANi. Mengaplikasikan dan melihat keberkesanan serta kesesuaian kad flip bergambar kepada kanak-kanak yang berbeza umur.ii. Penggunaan kad flip bergambar juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran yang lain. iii. Boleh menggunakan ICT semasa sesi PdP

5. KESIMPULANDaripada inovasi yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa penggunaan kad flip bergambar dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran gimnastik lakuan putaran roda. Secara keseluruhannya, murid berpendapat bahawa kad flip bergambar yang digunakan oleh guru berupaya memberikan keseronokan dan mampu menarik minat serta memberikan cabaran kepada mereka dalam menjalani proses pembelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui sesi PdP yang dijalankan, peserta kajian dapat menguasai asas kemahiran putaran roda dengan baik. Dapat meningkatkan keyakinan murid-murid yang takut apabila mendengar perkataan gimnastik.

3