Laporan Pelaksanaan Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

4
LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH Nama : Noor Liza Binti Akuan Sekolah : Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod Tarikh : 7 Julai 2015 Waktu : 30 April 2015 Darjah : 3 Berlian Tajuk : Nombor dan Operasi / Bahagi Objektif : Murid berupaya untuk membahagikan sebarang nombor hingga 10 000 dengan satu digit : (a) Tanpa baki (b) berbaki Refleksi PdP 6 orang murid dari kelas 3 Berlian tidak dapat menjawab soalan operasi bahagi dalam bentuk lazim dengan betul . Permasalahan ini mula dikesan sewaktu menyemak buku latihan murid selepas saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Walaupun saya telah mengulang kemahiran tersebut beberapa kali, masih terdapat murid yang melakukan kesalahan yang sama. Ini bermakna murid murid ini masih belum menguasai kemahiran operasi bahagi dengan baik. B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :- Memperkenalkan kaedah Penyelesaian H-SQUARE Memperkenalkan kaedah: Kaedah H-SQUARE diperkenalkan untuk membantu murid bagi memahami operasi bahagi nombor 3 digit dengan 1 digit. Berikut adalah langkah langkah penggunaan H-SQUARE yang mana saya telah perolehi dari laman sesawang internet. Kaedah ini telah dicipta oleh seorang guru

description

Contoh Laporan Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Transcript of Laporan Pelaksanaan Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Page 1: Laporan Pelaksanaan Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama : Noor Liza Binti Akuan

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram

A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod

Tarikh : 7 Julai 2015

Waktu : 30 April 2015

Darjah : 3 Berlian

Tajuk : Nombor dan Operasi / Bahagi

Objektif : Murid berupaya untuk membahagikan sebarang nombor hingga 10 000

dengan satu digit :

(a) Tanpa baki

(b) berbaki

Refleksi PdP

6 orang murid dari kelas 3 Berlian tidak dapat menjawab soalan operasi bahagi dalam

bentuk lazim dengan betul . Permasalahan ini mula dikesan sewaktu menyemak buku

latihan murid selepas saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Walaupun saya telah mengulang kemahiran tersebut beberapa kali, masih

terdapat murid yang melakukan kesalahan yang sama. Ini bermakna murid – murid ini

masih belum menguasai kemahiran operasi bahagi dengan baik.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :-

Memperkenalkan kaedah Penyelesaian H-SQUARE

Memperkenalkan kaedah:

Kaedah H-SQUARE diperkenalkan untuk membantu murid bagi memahami

operasi bahagi nombor 3 digit dengan 1 digit. Berikut adalah langkah – langkah

penggunaan H-SQUARE yang mana saya telah perolehi dari laman sesawang internet.

Kaedah ini telah dicipta oleh seorang guru matematik yang telah memenangi Anugerah

Guru Inovasi Matematik Sekolah Rendah Tahun 2010. Saya beranggapan kaedah ini

bersesuaian digunakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Page 2: Laporan Pelaksanaan Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Berikut merupakan langkah – langkah penggunaan kaedah H – SQUARE.

Langkah pelaksanaan menggunakan kaedah ini diterangkan seperti di dalam jadual di

bawah.

746 ÷ 3 =

Langkah 1:

Page 3: Laporan Pelaksanaan Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Langkah 2:

Langkah 3:

Page 4: Laporan Pelaksanaan Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

Langkah 4 :

Semasa PdP, saya memberi penerangan kepada murid bagaimana cara

menjawab soalan menggunakan kaedah ini. Saya mengulang kaji tentang apa yang telah

dipelajari dalam sesi dan mengingatkan murid tentang konsep bahagi menggunakan

kaedah `H-SQUARE´.

Seterusnya, saya mengemukakan soalan dan menyuruh responden menunjukkan

cara menyelesaikan soalan operasi bahagi dalam bentuk lazim menggunakan `H-

SQUARE´. Sesi ini dijalankan secara berpasangan dan individu.

HASIL PENGAJARAN:

Didapati 6 orang murid yang sangat bermasalah bagi menyelesaikan operasi bahagi

dalam bentuk lazim pada awalnya, menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan

apabila dengan mudah dapat menyelesaikan operasi bahagi dalam kaedah ini. Maka

kaedah ini telah saya guna pakai secara menyeluruh di dalam aktiviti PdP saya untuk

semua murid.