Laporan Pembangunan Sahsiah Haziq Azree (2011)

11
Pengenalan Pada awalnya, saya tidak berhasrat untuk ke Pogram Peningkatan Sahsiah Diri kerana saya ingin menyertai Pogram di Jeli, Kelantan atas permintaan En. Mohd Noor Bin Idris. Namun, setelah perbincangan bahawa pogram ini adalah wajib bagi semester satu, maka saya cekalkan hati untuk ke pogram ini yang mungkin amat berharga kerana ia dikendalikan oleh Dr. Aziz Shah seorang pensyarah kaunseling yang berwibawa. Sepanjang pogram ini dijalankan, banyak input yang saya peroleh khususnya dari segi pemantapan sahsiah untuk menjadi seorang guru kelak. Menjadi seorang guru sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah kerana guru adalah “Role Model” kepada para pelajar. Oleh itu, beberapa karisma perlu dibentuk dan ia dimulakan dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri terlebih dahulu dan diikuti dengan pelan tindakan yang realistik. Kekuatan diri Berdasarkan Modul Mengenali Personaliti Belajar Melalui Rahsia Tarikh Lahir hasil kajian Dr. Aziz Shah Mohd Arip, saya mendapati beberapa kajiannya adalah tepat dengan diri saya. Berdasarkan kiraan yang dibuat, saya adalah orang nombor 5 yang mempunyai personaliti seperti berikut: 1

description

Contoh Laporan pembangunan sahsiah

Transcript of Laporan Pembangunan Sahsiah Haziq Azree (2011)

Page 1: Laporan Pembangunan Sahsiah Haziq Azree (2011)

Pengenalan

Pada awalnya, saya tidak berhasrat untuk ke Pogram Peningkatan Sahsiah Diri kerana saya ingin

menyertai Pogram di Jeli, Kelantan atas permintaan En. Mohd Noor Bin Idris. Namun, setelah

perbincangan bahawa pogram ini adalah wajib bagi semester satu, maka saya cekalkan hati untuk

ke pogram ini yang mungkin amat berharga kerana ia dikendalikan oleh Dr. Aziz Shah seorang

pensyarah kaunseling yang berwibawa. Sepanjang pogram ini dijalankan, banyak input yang saya

peroleh khususnya dari segi pemantapan sahsiah untuk menjadi seorang guru kelak. Menjadi

seorang guru sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah kerana guru adalah “Role Model” kepada

para pelajar. Oleh itu, beberapa karisma perlu dibentuk dan ia dimulakan dengan mengenali

kekuatan dan kelemahan diri terlebih dahulu dan diikuti dengan pelan tindakan yang realistik.

Kekuatan diri

Berdasarkan Modul Mengenali Personaliti Belajar Melalui Rahsia Tarikh Lahir hasil kajian Dr. Aziz

Shah Mohd Arip, saya mendapati beberapa kajiannya adalah tepat dengan diri saya. Berdasarkan

kiraan yang dibuat, saya adalah orang nombor 5 yang mempunyai personaliti seperti berikut:

Rajah 1: Kekuatan Personaliti Nombor 5 Mengikut Modul Belajar Melalui Rahsia Tarikh Lahir

Pertama, kepimpinan paling ideal. Berdasarkan Modul kajian Dr. Aziz ini, saya mendapati

ciri ini merupakan ciri yang semangnya ada dalam diri saya sejak dibangku sekolah. Sewaktu di

sekolah menengah saya telah dilantik menjadi pengerusi tiga buah persatuan iaitu Persatuan

Bahasa Arab, Kadet Polis dan Persatuan Catur. Menerusi penglibatan dalam kokurikulum ini saya

rasakan watak kepimpinan sudah dibentuk dalam diri kerana kepimpinan itu bukanlah datang dari

1

Kekuatan PersonalitiKepimpinan paling idealKesungguhan membuat kerjaSuka cabaranPengetahuan agama yang meluasPelbagai kebolehan

Page 2: Laporan Pembangunan Sahsiah Haziq Azree (2011)

kehendak diri semata-mata, tetapi dari penilaian suara majoriti yang menyokong. Watak ini

sememangnya perlu ada dalam diri seseorang guru kerana gurulah yang akan memimpin para

pelajar khususnya dalam membentuk sahsiah diri yang unggul. Daya kepimpinan guru ini akan

mampu menarik minat anak murid untuk menjadikan kita sebagai “Role Model” tanpa paksaan.

Kedua, kesungguhan dalam membuat sesuatu pekerjaan merupakan salah satu ciri yang

mungkin tepat dalam watak orang nombor 5. Prinsip saya dalam membuat tugasan berdasarkan

pepatah ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.’ Begitulah prinsip yang

saya pegang sejak di tingkatan 6. Pada waktu itu, saya memikirkan alang-alang mengambil Sijil

Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) biarlah saya memperoleh semua A. oleh itu, saya kerahkan segala

kudrat hingga belajar 7 jam sehari dan akhirnya saya mendapat 3A 1A- dalam STPM. Bagi saya

sikap ini amat penting pada guru, kerana mendidik anak murid memerlukan kesungguhan yang

tinggi. Ramai guru yang bersikap ‘acuh tak acuh’ dan akhirnya menyebabkan hanya segelintir murid

yang berjaya dan selebihnya terus gagal dalam kehidupan khususnya dalam pelajaran.

Ketiga, sikap suka cabaran. Saya sememangnya suka cabaran iaitu sanggup membuat

sesuatu yang berisiko. Contoh paling tepat ialah sewaktu kursus ini dijalankan terdapat satu slot

yang Dr. Aziz panggil untuk pelajar membaca sajak yang dikarang secara spontan. Saya

memberanikan diri kehadapan membaca sajak yang saya karang bertajuk “Guru Ibarat Dian”.

Mungkin ramai yang takut dan malu untuk tampil dihadapan ratusan pelajar yang lain tetapi saya

bertekad bangkit menyampaikan sajak tersebut. Bagi saya sikap sanggup menerima cabaran ini

adalah jiwa seorang guru. Dewasa ini, masalah sosial yang melanda sememangnya amat kritikal

dengan pelbagai masalah berkaitan sahsiah pelajar seperti gangsterism, seks bebas, dadah dan

sebagainya. Oleh itu, guru perlu bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi bagi menghadapi

cabaran yang mendatang.

Keempat, mempunyai pengetahuan dalam ilmu agama yang agak meluas. Saya mempunyai

pengetahuan ilmu agama yang agak meluas kerana saya merupakan bekas belajar Sekolah Agama.

Pengetahuan yang agak mendalam dalam bidang Al-Quran, Hadis, Fiqah, Usul Fiqh dan

perundangan yang saya pelajari boleh saya jadikan panduan dalam mengajar anak murid kelak.

Dalam islam, untuk mengenal personaliti manusia amat mudah iaitu dengan melihat hubungannya

dengan Allah. Justeru, ilmu yang saya ada akan saya terapkan supaya para pelajar membina

hubungan yang baik terlebih dahulu dengan Allah agar dapat membentuk sahsiah mereka.

2

Page 3: Laporan Pembangunan Sahsiah Haziq Azree (2011)

Kelima, mempunyai pelbagai kebolehan. Sewaktu disekolah saya telah mengasah bakat

dengan menyertai pelbagai pertandingan seperti olahraga, tilawah quran, debat, forum, kawad kaki

dan banyak lagi. Dewasa ini, kepintaran akal bukanlah elemen yang dipandang semata-mata kerana

sebagai bakal guru saya memerlukan nilai tambah untuk lebih menonjol dalam kalangan yang

terbaik. Oleh itu, saya bercadang untuk menambah lebih banyak kemahiran dan kebolehan, supaya

saya dapat menyalurkan pula kebolehan yang ada kepada para pelajar. Dengan kebolehan dan

pengalaman ini juga akan membuatkan saya lebih yakin untuk berhadapan dengan para pelajar

kelak.

Kelemahan diri

Berdasarkan Modul Mengenali Personaliti Belajar Melalui Rahsia Tarikh Lahir hasil kajian Dr. Aziz

Shah Mohd Arip dan beberapa modul yang dijalankan sewaktu kursus ini dijalankan, saya dapati

terdapat beberapa kelemahan ketara dalam diri saya. Antaranya ialah:

Rajah 2: Kelemahan Dalam Diri

Pertama, mencari arah dalam hidup. Saya merasakan bahawa kelemahan yang

dikemukakan dalam Modul Personaliti bagi orang nombor 5 ini amat tepat dengan diri saya. Saya

sebenarnya masih keliru dengan personaliti yang harus saya bawa sama ada bersifat baik ataupun

lebih kelihatan nakal. Dahulu saya bekas pelajar Sekolah Menengah Kenagsaan Agama (SMKA) dan

berpindah ke sekolah biasa. Apabila berwatak baik rakan sering memanggil dengan gelaran

“skema” atau “budak nerd”. Implikasinya saya cuba berpersonaliti nakal seperti mengubah gaya

rambut dan tidak lagi bersongkok agar tidak mendapat gelaran yang tidak digemari. Namun,

setelah di Universiti saya rasakan kadangkala personaliti ini sudah tidak relevan bagi bakal

Kaunselor khususnya dan bagi cikgu amnya. Hal ini jelas menunjukkan saya masih berkonflik

3

Kelemahan DiriMencari ArahKeras HatiSifat AmarahPemikiran NegatifTidak Berminat Menyertai Pogram

Page 4: Laporan Pembangunan Sahsiah Haziq Azree (2011)

dalam personaliti yang akan dibawa sekolah kelak yang mungkin mempengaruhi sahsiah para

pelajar.

Kedua, bersifat keras hati juga merupakan personaliti orang nombor 5. Saya bersifat agak

keras hati kerana saya banyak mengikut kehendak sendiri berfokuskan matlamat yang saya

tetapkan. Contohnya, sewaktu di sekolah saya enggan belajar subjek MUET secara serius dan hanya

menumpukan pada subjek STPM walaupun ketika cikgu yang mengajar subjek MUET masuk ke

kelas. Pada tanggapan saya, walaupun saya memperoleh keputusan yang terbaik dalam MUET ia

tidak akan membantu untuk masuk ke Universiti jika STPM tidak cemerlang. Saya tetap dengan

pendirian saya walaupun ditegur oleh guru MUET. Akhirnya, saya hanya mendapat Band 2 dan

terpaksa mengambil kelas tambahan Bahasa Inggeris. Situasi ini jelas menujukkan sifat keras hati

saya yang akhirnya memakan diri. Saya akan cuba memperbaiki sifat ini agar perkara demikian

tidak berlaku kepada anak murid saya kelak.

Ketiga, sifat amarah dalam diri. Menurut Aziz Shah (2010) setiap manusia ada mahkotanya,

dimana perasaan di situlah mahkotanya. Dalam situsi ini saya sering gagal mengawal perasaan

dalam diri yang menyebabkan timbul sifat amarah seperti marah, sindiran yang pedas dan

sebagainya. Sifat ini perlu saya ubah kerana sifat guru yang sejati ialah sentiasa mendoakan yang

terbaik untuk anak muridnya. Pada saya, sifat ini perlu saya ubah sebelum menjadi guru di sekolah

kerana sifat ini akan membuat hubungan dengan para pelajar akan menjadi renggang dan kurang

mesra. Jika ini berlaku, maka sukar untuk mendalami perasaan dan masalah yang timbul dalam diri

pelajar.

Keempat, pemikiran negatif. Sifat pemikiran negatif ini sememangnya ada dalam diri saya

seperti bersangka buruk, suka melabel dan sebagainya. Menurut Dr. Aziz Shah untuk menjadi guru

yang sejati sifat ini perlu dibuang dalam diri kerana ia akan mempengaruhi tingkahlaku seseorang

guru terhadap pelajarnya. Justeru, saya perlu membuang sikap ini kerana persepsi ini akan

mempengaruhi layanan terhadap para pelajar khususnya bagi kelas-kelas yang dianggap

bermasalah. Sebagai bakal seorang kaunselor juga saya seharusnya menerima seseorang pelajar

tanpa syarat.

Kelima, kurang minat menyertai pogram. Sejak akhir-akhir ini, saya kurang berminat

menyertai pogram mungkin kerana saya rasakan ia kurang bermakna. Contohnya, saya kurang

fokus ketika pogram ini dijalankan kerana saya rasakan pogram ini kurang mendatangkan kesan

dalam diri saya. Sikap ini mungkin perlu saya ubah seawal yang mungkin kerana sebagai seorang

4

Page 5: Laporan Pembangunan Sahsiah Haziq Azree (2011)

bakal kaunselor, saya akan berhadapan dengan pelbagai pogram yang perlu disertai dan

dianjurkan. Saya merasakan inilah kelemahan saya yang paling ketara sejak saya mengambil kursus

bimbingan dan kaunseling. Saya akan cuba pelbagai inisiatif untuk mengubah sikap ini supaya anak

didik saya kelak tidak berkelakuan seperti apa yang saya lakukan.

Pelan tindakan

Setelah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri, saya telah memikirkan

beberapa inisiatif yang perlu diambil dalam usaha mempertingkatkan lagi karisma sebagai seorang

guru yang beretika. Antara pelan tindakan yang akan saya laksanakan ialah:

Rajah 3 : Pelan Tindakan Dalam Menjadi Guru Yang Beretika

Pertama, memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam kadar yang segera. Beberapa

kelemahan diri yang dikenal pasti melalui pogram ini seperti mencari arah, sifat amarah dan

pemikiran negatif perlu saya atasi segera agar ia tidak terbawa-bawa apabila saya menjadi seorang

guru kelak. Perkara paling penting untuk saya ubah mulai sekarang ialah saya perlu membina ke

arah personaliti yang lebih sesuai dengan diri saya dan juga sebagai seorang guru. Imej kendiri

akan saya ubah sesuai dengan personaliti seorang guru khususnya sebagai seorang kaunselor. Dari

segi pemakaian mungkin perlu diperkemaskan dan gaya rambut perlu lebih sesuai. Seterusnya,

saya perlu sentiasa menanamkan sifat-sifat mahmudah agar dapat melawan sifat amarah yang

sentiasa membara dalam diri. Selain itu, saya juga perlu menanamkan pemikiran yang positif

melalui kaedah menjaga “State” . Dr. Aziz Shah menyarankan agar kita menjaga “State” setiap kali

bangun pagi dengan memotivasikan diri melalui kata-kata seperti “hari ini saya bersemangat, fokus

dan positif !”

5

Perbaiki KelemahanMeningkatkan Kekuatan DiriCuba Menjadi Seorang Yang "Multiskill"Menghormati Orang Lain

Page 6: Laporan Pembangunan Sahsiah Haziq Azree (2011)

Kedua, saya perlu menggilap lagi bakat dan kekuatan dalam diri. Antara kekuatan dalam

diri yang dikenal pasti ialah kepimpinan yang ideal, kesungguhan dalam membuat kerja dan

sukakan cabaran. Dalam bidang kepimpinan saya perlu lebih banyak belajar dengan orang yang

lebih berpengalaman dalam usaha memantapkan lagi kewibawaan kepimpinan yang ada.

Contohnya, menyertai persatuan yang ada seperti persatuan KASIH, menyertai pogram fasilitator

dan mengahadiri lebih banyak kursus kepimpinan. Penyertaan aktiviti ini dilihat merupakan

ramuan tambahan yang baik dalam menajamkan lagi bakat kepimpinan. Seterusnya, saya perlu

mengekalkan kesungguhan yang ada dalam diri dan mengelakkan ia hanya bersifat seperti “Hangat-

hangat tahi ayam”. Kunci utama untuk mengekalkan sifat ini adalah dengan membuat tugasan yang

diberikan oleh pensyarah dengan lebih bersungguh-sungguh dengan mengikut kehendak sebenar

pensyarah. Saya juga perlu lebih cekal sekiranya tugasan saya diminta diperbaiki walaupun

berulang kali. Selain itu, saya perlu menyahut lebih banyak cabaran khususnya dalam menampilkan

diri sebagai pemimpin. Oleh itu, saya akan memulakan watak keberanian ini melalui pembentangan

yang lebih berkesan dalam kelas dengan memasukkan sebanyak mungkin sifat ‘humor’ dalam

pembentangan agar dapat menarik perhataian orang mendengar. Unsur jenaka, tegas, sedih dan

sebagainya perlu divariasikan lagi dalam sesuatu pembentangan.

Ketiga, saya perlu manjadi seorang yang lebih ‘Multiskill’ kerana sebagai bakal guru

khususnya kaunselor perlu kaya dengan pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang saya perlu

perkayakan ialah cara pengurusan organisasi seperti membuat kertas kerja, prosedur pengurusan

sesuatu pogram dan sebagainya. Kemahiran ini akan membuatkan saya lebih yakin untuk

mengendalikan pogram di sekolah kelak dan dapat mengelakkan diri dari dipandang rendah oleh

guru senior di sekolah. Seterusnya, meningkatkan ‘softskill’ yang lebih menarik dengan unsur-unsur

jenaka, susunan koheran serta keseinambungan wancana yang digunakan agar lebih menarik

perhatian orang yang mendengarnya. Saya perlu lebih banyak belajar kaedah ‘softskill’ pemimpin

yang juga merupakan bekas guru seperti Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana

orang ramai sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar kata-kata mereka bukan sahaja di negara

ini bahkan diseluruh dunia.

Keempat, saya perlu lebih menghormati orang lain. Sikap keras hati saya sering

menyebabkan tindakan saya seolah-olah tidak menghormati pandangan dan cadangan orang lain.

Oleh itu, saya perlu lebih bersikap terbuka dalam menerima teguran agar dapat memperbaiki

segala kelemahan yang ada samada dari segi tutur kata, gerak badan dan imej kendiri. Sekiranya

6

Page 7: Laporan Pembangunan Sahsiah Haziq Azree (2011)

saya mampu menonjolkan nilai-nilai murni dalam diri, sudah pasti anak murid akan dapat

mencontohi sikap sebegini dan secara tidak lansung akan dapat membentuk peribadi yang unggul.

Penutup

Kesimpulannya, melalui pogram peningkatan sahsiah diri ini sebenarnya mendatangkan seribu

satu manfaat kepada diri saya dalam mengenali kekuatan dan kelemahan diri melalui modul-modul

yang dijalankan khususnya Modul Mengenali Personaliti Pelajar Melalui Rahsia Tarikh Lahir.

Beberapa pelan tindakan juga dapat dirancang supaya mampu menjadi guru yang lebih beretika

dan bersahsiah unggul.

Lampiran

Guru Ibarat Dian

Guru,

Kau ibarat dian,

Yang membakar diri,

Kau hirup keperitan dan kepayahan,

Demi sinar anak didikmu.

Guru,

Kau hamparkan selaut kasih,

Kau kuntumkan senyuman mesra,

Walau hatimu pedih,

Walau hatimu terluka,

Demi menyinar dikala nestapa.

Sajak spontan yang saya karang dan deklamasikan ketika pogram

7

Page 8: Laporan Pembangunan Sahsiah Haziq Azree (2011)

Gambar kami di awal pogram Saya dan Hanizam

Gambar 20 orang satu kumpulan Saya bangun untuk menyampaikan sajak

8

Page 9: Laporan Pembangunan Sahsiah Haziq Azree (2011)

Gambar semua pelajar kaunseling di akhir pogram

9