LAPORAN PEMENTORAN 2

download LAPORAN PEMENTORAN 2

of 3

description

fail ppgb

Transcript of LAPORAN PEMENTORAN 2

MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARULAMPIRAN 3LAPORAN PEMENTORAN UNTUK PORTFOLIO GURU BAHARUBULAN : JULAI 2013TARIKH : 12 JULAI 2013TAJUK : BILIK DARJAHKU SYURGAKUAKTIVITI : PENGURUSAN BILIK DARJAH FIZIKAL DAN PSIKOSOSIAL

KAEDAH PERLAKSANAAN1. Membuat pemerhatian terhadap kelas-kelas yang lain dari aspek fizikal iaitu penyusunan meja dan kerusi dalam bilik darjah.2. Berbincang dengan guru-guru kelas yang lain berhubung penyediaan bilik darjah supaya bersesuian dengan saiz kelas dan keperluan pembelajaran.3. Memastikan penyusunan kerusi dan meja memberi keselesaan kepada murid-murid semasa belajar.4. Perbincangan bersama Puan Nora@ Suraya (Guru Kelas Tahun 4 Jujur) tentang pengurusan bilik darjah seperti pengurusan jadual waktu,pengajaran dan pembelajaran, buku kedatangan, buku pemantauan kelas, organisasi kelas, papan kenyataan, sudut bacaan dan buku disiplin murid.PROSES PERLAKSANAAN1. Menyusun kerusi dan meja yang bersesuaian dengan bilangan murid seramai 36 orang. Menyusun meja dan kerusi dalam bentuk kumpulan. Tujuannya memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan murid dengan guru di dalam kelas Menjimatkan ruang bilik darjah. Memastikan meja guru berada di hadapan kelas di mana murid-murid dapat melihat perlakuan guru untuk dicontohi.2. Menjadikan suasana bilik darjah yang kondusif untuk murid. Menampal carta, alat bantu mengajar, dan maklumat-maklumat yang dapat membantu murid dalam proses pembelajaran. Hiasan dinding, warna dinding dan langsir yang menarik juga dapat membantu murid belajar dalam keadaan seronok dan ceria.3. Menyediakan jadual waktu belajar dan murid bertugas supaya mereka lebih perihatin tentang setiap waktu pembelajaran dan memastikan keadaan bilik darjah berada dalam keadaan ceria dan bersih.4. Memastikan ketua kelas mengambil kedatangan murid setiap pagi dan memberitahu guru bilangan murid yang tidak hadir ke sekolah. Selain itu, guru juga berpesan kepada ketua kelas supaya memastikan setiap guru matapelajaran mengisi buku keluar-masuk kelas.5. Melengkapkan sudut dalam bilik darjah dengan bahan-bahan yang sesuai dengan keperluan umur, tahap persekolahan dan minat murid-murid. Ini semua penting demi menghasilkan suasana bilik darjah sempurna dari segi faktor psikososial.

REFLEKSI Dengan melakukan perbincangan bersama guru-guru kelas, saya dapat menimba ilmu pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah. Sebagai guru kelas, saya telah mengaplikasikannya di dalam kelas saya sendiri. Saya berasa amat berpuas hati dengan tindakan yang saya lakukan ke atas kelas saya. Murid-murid kelihatan seronok dan lebih bermotivasi untuk belajar di dalam kelas.

RUMUSAN Guru perlu sentiasa peka dengan memahami iklim di bilik darjah bagi memastikan proses pengajarandan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Pengurusan fizikal bilik darjah yang kondusif dapat membawa kepada interaksi dan penyampaian ilmu yang berkesan. Sebagai kesimpulan, seorang guru sewajarnya mempertimbangkan faktor-faktor pengurusan fizikal bilik darjah yang meliputi ruang kelas, prosedur, rutin, aktiviti dan sudut pembelajaran supaya ia menjadi Bilik Darjahku Syurgaku.

Disemak oleh :...( ZALUWI BIN KHALID)