LAPORAN PEMENTORAN 3

4
MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3 LAPORAN PEMENTORAN UNTUK PORTFOLIO GURU BAHARU BULAN : OGOS 2013 TARIKH : 21 OGOS 2013 TAJUK : PENGAJARAN DI BILIK DARJAH AKTIVITI : PEBINCANGAN TENTANG ASPEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PERLAKSANAAN 1. Berbincang tentang cara penulisan rancangan pengajaran harian (rph). 2. Berbincang tentang cara meningkatkan kemahiran komunikasi di dalam bilik darjah. 3. Berbincang tentang pengurusan bilik darjah yang baik. PROSES PERLAKSANAAN 1. Berbincang bersama mentor tentang cara menulis rancangan pengajaran harian. Penulisan rph hendaklah ringas, dan lengkap dari segi aspek set induksi, strategi pengajaran, dan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam sesuatu pengajaran. Set induksi perlulah menarik supaya murid- murid berminat dengan pengajaran yang akan disampaikan. Selain itu, seorang guru perlu bijak menggunakan strategi, teknik dan pendekatan yang sesuai. Ini mempunyai latar belakang kognitif yang berbeza. Justeru itu, dengan menggunakan strategi yang sesuai, ia akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu bermakna dan berkesan. Penilaian juga harus diberi sebaik sahaja

description

fail ppgb

Transcript of LAPORAN PEMENTORAN 3

Page 1: LAPORAN PEMENTORAN 3

MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3

LAPORAN PEMENTORAN UNTUK PORTFOLIO GURU BAHARU

BULAN : OGOS 2013

TARIKH : 21 OGOS 2013

TAJUK : PENGAJARAN DI BILIK DARJAH

AKTIVITI : PEBINCANGAN TENTANG ASPEK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

KAEDAH PERLAKSANAAN

1. Berbincang tentang cara penulisan rancangan pengajaran harian (rph).

2. Berbincang tentang cara meningkatkan kemahiran komunikasi di dalam bilik

darjah.

3. Berbincang tentang pengurusan bilik darjah yang baik.

PROSES PERLAKSANAAN

1. Berbincang bersama mentor tentang cara menulis rancangan pengajaran

harian. Penulisan rph hendaklah ringas, dan lengkap dari segi aspek set

induksi, strategi pengajaran, dan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam

sesuatu pengajaran. Set induksi perlulah menarik supaya murid-murid

berminat dengan pengajaran yang akan disampaikan. Selain itu, seorang guru

perlu bijak menggunakan strategi, teknik dan pendekatan yang sesuai. Ini

mempunyai latar belakang kognitif yang berbeza. Justeru itu, dengan

menggunakan strategi yang sesuai, ia akan menjadikan sesuatu

pembelajaran itu bermakna dan berkesan. Penilaian juga harus diberi sebaik

sahaja sesuatu pengajaran itu tamat. Apabila murid dapat menjawab soalan

tersebut, ia barulah dikatakan proses pembelajaran itu telah berlaku.

2. Guru juga perlu menggunakan sumber atau bahan bantu mengajar yang

sesuai dengan tajuk pengajaran. Pastikan semua murid mengambil bahagian

dan melibatkan diri secara langsung dalam pengajaran. Akhirnya, guru perlu

menyoal setiap murid-murid tentang hasil pembelajaran. Ini bagi mengesan

kefahaman dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan.

Page 2: LAPORAN PEMENTORAN 3

MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3

3. Selain itu, kemahiran komunikasi dalam kalangan guru juga harus

dipertingkatkan. Komunikasi berkesan dapat diterjemahkan dalam pelbagai

bentuk seperti cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan,

penggunaan alat-alat tertentu seperti permainan komputer dan sebagainya.

Selain itu, guru haruslah menggunakan kecekapan berkomunikasi supaya

murid-muridnya bermotivasi dalam pelajaran. Antara cirri-ciri kemahiran

komunikasi yang berkesan ialah :

Bercakap dengan jelas

Mendengar pandangan murid dengan teliti

Memberi ruang dan peluang kepada murid untuk bertanya

Bercakap menggunakan bahasa yang mudah difahami murid-murid

4. Sebagai seorang guru, kita haruslah bijak menguruskan bilik darjah yang baik.

Guru perlu memastikan kelancaran pengajarannya di samping dapat

mengawal kelas dengan baik. Apa yang penting adalah untuk mencapai

objektif pembelajaran yang ditetapkan di samping dapat memupuk nilai dalam

diri setiap murid-murid.

REFLEKSI

- Saya perlu memprakktikkan perkara-perkara yang dibincangkan bersama

mentor. Saya perlu memperbaiki cara penulisan rancangan pengajaran harian

supaya ia dapat membantu guru menjalankan proses pengajaran yang baik

dan teratur. Saya juga perlu memperbaiki kemahiran komunikasi saya kepada

murid-murid dengan menggunakan perkataan-perkataan mengikut aras umur

mereka masing-masing. Saya juga tidak perlu bercakap dengan laju apabila

memberi sesuatu penerangan kepada mereka.

Page 3: LAPORAN PEMENTORAN 3

MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3

RUMUSAN

- Sebagai seorang guru, kita haruslah menguasai kemahiran komunikasi dan

bijak menguruskan bilik darjah dengan baik. Justeru itu, persediaan

rancangan pengajaran harian yang baik itu sangat penting supaya dapat

membatu guru mencapai kelancaran pengajaran yang disampaikan. Murid-

murid juga akan mengalami pembelajaran yang seronok dan berkesan.

Disemak oleh :

…………………………...

( ZALUWI BIN KHALID)