Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.176 Kimanis - Bersih 2.0 · 2020. 1. 29. · BERSIH 2.0...
Transcript of Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.176 Kimanis - Bersih 2.0 · 2020. 1. 29. · BERSIH 2.0...
-
Laporan Pemerhatian
Pilihan Raya Kecil
P.176 Kimanis
24 Januari 2020
-
Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.176 Kimanis
1. Pengenalan
Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis dijalankan selepas Mahkamah Persekutuan
memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang telah membatalkan
kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14) yang lepas kerana mendapati terdapat kertas undi tambahan yang
menjejaskan keputusan pilihan raya. Pilihan raya kecil kali ini menyaksikan pertandingan satu
lawan satu antara Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diwakili oleh Datuk Karim Bujang dan
Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh Datuk Mohamad Alamin.
BERSIH 2.0 telah menghantar 5 orang sebagai pemerhati pilihan raya yang terdiri daripada
urusetia dan sukarelawan BERSIH 2.0 untuk menjalankan pemerhatian dalam PRK kali ini.
BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian bagi:
1) Penamaan calon
2) Kempen pilihan raya
3) Pengundian awal
4) Pengundian dan pengiraan undi biasa
5) Penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi
BERSIH 2.0 memberi fokus kepada pemantauan salah laku dan kesalahan pilihan raya
sepanjang tempoh PRK termasuk sebelum hari penamaan calon, hari penamaan calon,
sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.
BERSIH 2.0 telah merekodkan 25 kesalahan berkaitan salah laku dan kesalahan pilihan raya.
Berikut adalah pecahan kesalahan dan salah laku berdasarkan kategori serta pihak yang
terlibat:
Kategori salah laku dan kesalahan pilihan raya
Barisan Nasional (BN)
Parti Warisan Sabah (Warisan) /
Pakatan Harapan(PH)
Total
Rasuah dan beli undi - - -
Penggunaan sumber dan aset kerajaan
- 8 8
Mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan
- - -
Penjamuan - 3 3
Kesalahan pada hari mengundi
6 8 14
Total 8 19 25
-
2. Penamaan Calon
Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap proses penamaan calon di Dewan Datuk
Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort.
SPR telah membenarkan maksimum 100 penyokong setiap calon yang bertanding dengan
menyediakan empat khemah kepada para penyokong di perkarangan Dewan Datuk Seri
Panglima Mohd Dun Banir. Pengasingan penyokong calon di luar dewan penamaan terlalu
dekat menyebabkan ada sedikit ketegangan antara penyokong Warisan dan BN. Namun
keadaan terkawal apabila Ketua Menteri Sabah, DSP Shafie Apdal datang mengarahkan agar
penyokong beliau untuk bertenang dan membawa mereka bergerak ke belakang bagi
menjarakkan diri daripada penyokong SR.
Jeritan dan laungan provokatif oleh kedua-dua pihak yang bertanding dapat didengari semasa
proses penamaan calon berjalan. Antaranya adalah “Pakatan Hancing”, “Ini semua salah
Najib” dan “Tolak Najib”.
Namun secara keseluruhannya, proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang
insiden yang tidak diingini.
3. Kempen Pilihan Raya
BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti kempen pilihan raya.
Semua salah laku dan kesalahan pilihan raya sebelum dan semasa pilihan raya telah
didokumentasikan.
BERSIH 2.0 telah mencatatkan 16 salah laku dan kesalahan pilihan raya yang telah dilakukan
oleh Warisan, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional sepanjang tempoh pilihan raya.
3.1 Salah guna aset dan sumber kerajaan
Kesalahan salah guna aset dan sumber kerajaan adalah apabila parti kerajaan mengumumkan
sesuatu peruntukan pembangunan secara khusus untuk kawasan pilihan raya yang sedang
dipertandingkan. Pilihan raya perlu berdiri di atas prinsip bersih dan adil bagi menyediakan
padang yang sama rata kepada semua pihak untuk bertanding serta memastikan rakyat dapat
menilai tanpa pengaruh yang tidak wajar. Penggunaan sumber kerajaan semasa pilihan raya
adalah satu penyalahgunaan kerana sumber kerajaan sewajarnya digunakan bagi manfaat
semua rakyat dan bukan untuk kepentingan parti yang sedang memerintah bagi mendapatkan
undi.
Untuk PRK Kimanis ini, sebanyak RM12.845 juta nilai projek pembangunan telah diumumkan
oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
1. Pada 3 Januari 2020, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, YB Junz Wong dan
Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian, YB Chong Chen Bin (Ben Chong) telah
memberikan bantuan kepada pesawah padi yang terjejas akibat banjir dan kepada nelayan
yang terjejas disebabkan cuaca yang tidak baik di Kampung Binsuluk.
-
Gambar:Tangkap layar Facebook Setiausaha Politik Menteri Perdagangan dan Perindustrian
Sabah
2. Pada 3 Januari 2020, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick
telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk membaiki jalan ke Surau Pantai
Sri Gading di Membakut.1
Gambar: Pengumuman oleh Datuk Ewon Benedick dan Datuk Ismaily Bungsu, Pengerusi
Lembaga Kebudayaan Sabah
1 https://www.utusanborneo.com.my/2020/01/05/kplb-sabah-peruntuk-rm100000-naik-taraf-jalan-
surau-kg-pantai-sri-gading
https://www.utusanborneo.com.my/2020/01/05/kplb-sabah-peruntuk-rm100000-naik-taraf-jalan-surau-kg-pantai-sri-gadinghttps://www.utusanborneo.com.my/2020/01/05/kplb-sabah-peruntuk-rm100000-naik-taraf-jalan-surau-kg-pantai-sri-gading
-
3. Pada 5 Januari 2020, Datuk Ewon Benedick mengumumkan RM3 juta untuk menaiktaraf
infrastruktur asas di 10 buah kampung dan kampung pertama yang dipilih sebagai Kampung
Sejahtera adalah Kampung Tiong Baru Membakut. Bekalan eletrik dan air di kampung tersebut
akan dinaiktaraf dalam program tersebut. Ewon juga mengumumkan peruntukan RM100,000
bagi menaiktaraf jalan ke gereja dan Dewan Kg. Tiong Baru serta membina perhentian bas.
Beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk kegunaan Majlis
Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tiong Baru Membakut menjalankan kerja-
kerja pentadbiran kampung.2
4. Pada 5 Januari 2020, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony
mengumumkan peruntukan untuk membaiki dua jambatan baru iaitu Jambatan Binsulok dan
Jambatan Baitam berjumlah RM6 juta setiap satu. Beliau juga meluluskan projek menaiktaraf
jalan raya di Bukit Manggis, Bongawan yang dijangkakan bernilai RM156 juta dan memberi
manfaat kepada 11 buah kampung.3
Gambar:Tangkap layar Facebook Datuk Peter Anthony
5. Pada 5 Januari 2020, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub telah
mengumumkan peruntukkan sejumlah RM3.59 juta yang termasuk RM90,000 untuk baik pulih
2 https://www.theborneopost.com/2020/01/05/rm3-mln-to-upgrade-basic-facilities-in-10-villages/ 3 http://www.dailyexpress.com.my/news/145887/50pc-of-all-roads-to-be-upgraded-peter/
https://www.theborneopost.com/2020/01/05/rm3-mln-to-upgrade-basic-facilities-in-10-villages/http://www.dailyexpress.com.my/news/145887/50pc-of-all-roads-to-be-upgraded-peter/
-
jeti Kampung Biau Bongawan, RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih jeti dan bangsal
nelayan dan RM3 juta untuk Persatuan Nelayan Kawasan Papar.4
Gambar: Penyampaian cek membaik pulih jeti Kampung Biau dan Jeti Bangsal di Bongawan
6. Pada 7 Januari 2020, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal
mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membuka kilang memproses gas di Kimanis
semasa pelancaran Karnival Kerjaya Kimanis 2020.5
7. Pada 12 Januari 2020, Menteri Pelancongan, Datuk Muhammadin Ketapi mengumumkan
peruntukan pembaikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan II semasa merasmikan
Jelajah Cuti-Cuti Malaysia sempenan Tahun Melawat Malaysia 2020 di sekolah tersebut.6
8. Pada 11 Januari 2020, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal
mengumumkan bahawa Kimanis akan memiliki pejabat daerah sendiri bagi memudahkan
penduduk di Kimanis berurusan. Sebelum ini mereka terpaksa merujuk dua pejabat daerah
iaitu di Papar atau Beaufort.7
4 https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/05/nelayan-kimanis-peroleh-rm500000-baiki-jeti-pendaratan-ikan/ 5 https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/20045-kerajaan-negeri-sabah-bercadang-wujudkan-kilang-proses-gas-di-kawasan-kimanis, https://www.youtube.com/watch?v=znlgqfcaFug 6 https://www.malaysiakini.com/news/506805 7 http://www.astroawani.com/berita-politik/shafie-apdal-umum-kimanis-bakal-miliki-pejabat-daerah-sendiri-227806
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/05/nelayan-kimanis-peroleh-rm500000-baiki-jeti-pendaratan-ikan/https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/05/nelayan-kimanis-peroleh-rm500000-baiki-jeti-pendaratan-ikan/https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/20045-kerajaan-negeri-sabah-bercadang-wujudkan-kilang-proses-gas-di-kawasan-kimanishttps://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/20045-kerajaan-negeri-sabah-bercadang-wujudkan-kilang-proses-gas-di-kawasan-kimanishttps://www.youtube.com/watch?v=znlgqfcaFughttps://www.malaysiakini.com/news/506805http://www.astroawani.com/berita-politik/shafie-apdal-umum-kimanis-bakal-miliki-pejabat-daerah-sendiri-227806http://www.astroawani.com/berita-politik/shafie-apdal-umum-kimanis-bakal-miliki-pejabat-daerah-sendiri-227806
-
3.2 Penjamuan
1. Pada 13 Januari 2020, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Antony
membuat ceramah dengan ada penjamuan makanan di Pusat Daerah Mengundi(PDM) Gadong
Gambar: Penjamuan makanan semasa ceramah Datuk Peter Anthony di Gadong
Gambar: Datuk Peter Anthony bersalaman dengan pengundi di Gadong
2. Pada 7 Januari 2020, Warisan telah menyediakan jamuan secara buffet di ceramah Warisan
dalam PDM Mawao.
-
Gambar: Ceramah di PDM Mawao
3. Pada 13 Januari 2020, Warisan telah menyediakan jamuan buffet di Konsert Warisan di
Bongawan Plaza.
Gambar: Konsert Anak Muda Kimanis anjuran Pemuda Parti Warisan dan Pakatan Harapan
-
Gambar: Hidangan buffet untuk penonton semasa konsert
4. Undi Awal
Pemerhati BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian bagi pengundian awal di Balai Polis
Membakut. Hanya sembilan(9) orang pegawai polis yang berdaftar sebagai pengundi awal,
namun hanya seorang yang tidak datang membuang undi kerana kami dimaklumkan bahawa
pengundi tersebut telah diberhentikan kerja kerana masalah disiplin. Proses pengundian
berjalan dengan lancar dan teratur dan semua pengundi awal menerima kad pengundi(voters
card) sebelum hari undi awal.
Gambar: Pegawai Polis yang terlibat dalam undi awal
-
5. Semakan Peti Undi
Pemerhati BERSIH 2.0 juga telah terlibat untuk memerhati proses semakan peti undi sehari
sebelum hari pengundian. Proses semakan peti undi tersebut telah dijalankan di Dewan Datuk
Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort.
Proses semakan peti undi berjalan dengan tidak berapa teratur dan sistematik walaupun
akhirnya semua semakan berjaya dilakukan oleh Ketua Tempat Mengundi(KTM) dan Kerani
Pengundian dengan bantuan oleh pegawai daripada SPR. Namun sekiranya keadaan ini
berlaku pada Pilihan Raya Umum, mungkin lebih banyak kekeliruan dan kesalahan yang akan
muncul.
Cadangan daripada pihak kami adalah supaya taklimat kepada KTM dan Kerani dibuat
berasingan oleh Pegawai Pengurus agar arahan yang disampaikan itu tepat dan cepat. Selain
itu, 4 item yang sangat perlu dijaga kerahsiaan seperti cop, kertas undi, senarai daftar pemilih
dan dakwat kekal perlu diasingkan dalam satu pek serta hanya untuk mata KTM sahaja.
6. Hari Pengundian Biasa, Pengiraan dan Penjumlahan Undi
BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian di lapan pusat pengundian iaitu:
1. SM St Patrick Membakut 5. SK Bandau
2. SMK Membakut II 6. SMK Membakut
3. SK Binsulok 7. SK Sinoko
4. SK Kampung Brunei 8. SK Kampung Bambangan
Beberapa isu telah diperhatikan:
6.1 Kesalahan ketidakpatuhan peraturan pilihan raya
6.1.1 Berkempen pada hari pengundian
Sepanjang pemerhatian BERSIH 2.0 di lapan(8) pusat pengundian, hampir kesemua pusat
pengundian mempunyai peraih/perayu undi daripada parti Warisan dan juga Barisan Nasional
(BN) kecuali di SK Sinoko dan SK Kampung Bambangan. Perayu BN dan juga daripada PAS
lebih agresif menunjukkan kehadiran mereka di pusat-pusat pengundian dengan memakai
baju berlogo BN serta membawa bendera dan poster calon BN. Perayu undi daripada Warisan
pula kebanyakannya tidak memakai baju berlogo parti dan hanya menunjukkan isyarat dua
jari sebagai simbol kepada calon nombor dua iaitu Datuk Karim Bujang. Merayu undi mungkin
bersalahan dengan Seksyen 26(1)(e)(iii) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
-
Gambar: Perayu Undi BN di SM St Patrick
Gambar: Perayu Undi Warisan di SMK Membakut II
Gambar: Perayu undi di SMK Membakut
-
Gambar: Wanita PAS Sabah berkempen di SK Bandau
Gambar: Pegawai Khas Junz Wong berkempen di laman Facebook beliau
-
Gambar: AJK Pemuda AMANAH Sabah berkempen di laman Facebook beliau
6.1.2 Mengangkut pengundi
Kegiatan mengangkut pengundi juga berleluasa semasa hari pengundian. Pemerhati kami
mendapati Warisan menyediakan sebuah bas dengan bendera Warisan untuk mengangkut
pengundi di SK Binsulok dan SMK Membakut. Banyak van dan kereta digunakan untuk
mengangkut pengundi namun kami tidak dapat mengenal pasti sama ada kenderaan tersebut
daripada pihak Warisan atau BN.
Hal ini menimbulkan persoalan bahawa perbelanjaan untuk kenderaan tersebut yang telah
melanggar Seksyen 20(3) dan (4) Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Gambar: Bas dengan bendera Warisan di SMK Membakut
-
6.1.3 Membuka Barung Parti
Kami mendapati jentera BN ada membuka barung atau “pondok panas” di luar pusat
pengundian SM St Patrick. Membuka barung adalah satu kesalahan pilihan raya di bawah
Seksyen 26(1)(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Gambar: Jentera BN sedang menyiapkan Pondok Panas di SM St Patrick
Gambar: Polis sedang menenangkan perayu dan pondok panas
6.2 Kemudahan pusat pengundian
SPR pada pilihan raya kali ini telah menambahbaik perjalanan pilihan raya dengan
menyediakan kamera kecil untuk merakam proses pengundian di setiap saluran pengundian.
Kamera ini diletakkan bersebelahan Kerani 1 dan berdekatan dengan pintu masuk. Peletakan
kamera ini adalah satu kaedah yang baik untuk mengenal pasti sekiranya ada isu yang
berbangkit semasa proses pengundian berjalan. Selain itu, di pusat mengundi yang
mempunyai masalah infrastruktur seperti jalan di dalam kawasan sekolah tidak sesuai untuk
pengundi OKU dan warga tua, SPR telah menampal jalan dan membina ram khas bagi
keselesaan di dalam pusat mengundi. SPR juga telah membina satu khemah khas bagi saluran
1 di SK Binsulok kerana ketiadaan kelas yang bersesuaian bagi pengundian di sekolah
tersebut.
-
Gambar: SPR menyimen saluran yang sukar dimasuki menggunakan kerusi roda
Gambar: SPR membuat satu ruang khas bagi saluran 1 di SK Binsulok
6.3 Kekeliruan Pusat Pengundian
Terdapat satu pusat pengundian yang telah ditukarkan iaitu di SK Pengiran Jaya, Pimping ke
SMK Membakut II namun penukaran tersebut tidak disertakan notis. Walaubagaimanapun
SPR tetap menyediakan tiga biji van untuk mengangkut pengundi di pusat pengundian
tersebut ke SMK Membakut II.
-
Gambar: Pusat Pengundian PDM Pimping yang ditukar ke SMK Membakut II
6.4 Pengiraan dan Penjumlahan Undi
BERSIH 2.0 telah memerhati proses pengiraan undi di saluran 1, 2 dan 3 di SM St Patrick.
Proses pengiraan berjalan lancar dan teratur. Proses penjumlahan undi di Dewan Datuk Seri
Pangliman Mohd Dun Banir juga berjalan dengan lancar dan cepat.
7. Kesimpulan dan Cadangan
Secara keseluruhan PRK Kimanis berjalan dengan lancar dan teratur oleh SPR. Ada usaha SPR
yang wajar diberikan pujian terutamanya dalam memberi keselesaan kepada pengundi yang
kurang upaya. SPR ada menyediakan kerusi roda yang mencukupi kepada pengundi warga
emas serta golongan kurang upaya disamping menyediakan khemah khas di sekolah yang
tidak mempunyai kelas yang bersesuaian untuk proses pengundian. Selain itu SPR ada
menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi di pusat mengundi yang mempunyai
kawasan yang luas serta kekurangan tempat letak kereta. SPR juga telah menyediakan
kamera untuk merakam proses pengundian di setiap saluran pusat pengundian.
Walaupun demikian ketidakpatuhan kepada peraturan pilihan raya masih lagi berleluasa
terutama pada hari pengundian. Namun begitu kami ada beberapa cadangan untuk
dipertimbangkan oleh SPR dan kerajaan:
1. Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya(PPKPR) wajar bekerjasama dengan SPR untuk
memberikan taklimat kepada calon yang bertanding peraturan-peraturan pilihan raya agar
mereka maklum kegiatan yang boleh dan kegiatan yang dilarang oleh Akta Kesalahan Pilihan
Raya.
2. PPKPR dan petugas SPR harus bekerjasama dengan pasukan polis untuk bertindak lebih
tegas bagi memastikan tiada kegiatan merayu undi dilakukan di hadapan pagar pusat-pusat
pengundian. Kami mendapat aduan bahawa ada pihak polis cuba menyuraikan pondok panas
namun disebabkan tiada pegawai SPR bersama mereka, mereka tidak pasti sama ada perkara
itu salah atau tidak. Untuk mengatasi isu ini, SPR juga harus memberi taklimat kepada
-
pasukan polis yang terlibat agar mereka mengetahui had-had pada hari pengundian dan
undang-undang berkaitan dengannya.
3. Meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi menjadikan penggunaan sumber kerajaan
dan pengumuman peruntukan atau projek baharu bagi tujuan berkempen sebagai satu
kesalahan pilihan raya
4. Mencadangkan agar tempoh bertenang selama 2 hari untuk pilihan raya umum(PRU) dan
sehari untuk pilihan raya kecil(PRK) diperkenalkan agar semua pihak dapat bertenang sebelum
hari pengundian agar undi dibuat dengan perasaan yang tenang serta fikiran yang rasional.