hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

13
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBPE3103 KEGIATAN PROFESSIONAL (PERMAINAN) MEI 2016 TUGASAN: 1. LAPORAN PEMERHATIAN KEATAS PEMAIN NOVIS BOLA BALING NAMA : MOHD SHARUL ANUAR BIN ABD AZIZ NO. MATRIKULASI : 810210065801001 NO. KAD PENGNEALAN : 810210065801 NO. TELEFON : 0199906690 E-MEL : [email protected] TUTOR : EN. SHAHADI BIN ABDUL RAHMAN PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MENTAKAB

Transcript of hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

Page 1: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE3103KEGIATAN PROFESSIONAL (PERMAINAN)

MEI 2016

TUGASAN:

1. LAPORAN PEMERHATIAN KEATAS PEMAIN NOVIS BOLA BALING

NAMA : MOHD SHARUL ANUAR BIN ABD AZIZ

NO. MATRIKULASI : 810210065801001

NO. KAD PENGNEALAN : 810210065801

NO. TELEFON : 0199906690

E-MEL : [email protected]

TUTOR : EN. SHAHADI BIN ABDUL RAHMAN

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MENTAKAB

Page 2: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 SEHARAH PERMAINAN BOLA BALING 1-2

3.0 KEMAHIRAN BOLABALING 3-4

4.0 BORANG SENARAI SEMAK KEMAHIRAN BOLA

BALING :HANTARAN ARAS DADA 4-5

5.0 HANTARAN ARAS DADA (PEMERHATIAN KEATAS

PEMAIN NOVIS)

5.1 SEBELUM INTERVENSI 5

5.2 SELEPAS INTERVENSI 6

6.0 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN

HANTARAN ARAS DADA LATIHAN ANSUR MAJU /

JUSTIFIKASI LATIHAN

6.1 LATIHAN SECARA INDIVIDU 7

6.2 LATIHAN SECARA BERPASANGAN/KUMPULAN 8

7.0 KESIMPULAN 8-9

8.0 RUJUKAN 10

Page 3: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

HBPE3103 Kegiatan Professional(permainan)

1.0 PENGENALAN

Permainan bola baling amat sesuai untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular,

ketangkasan, koordinasi mata dan tangan serta kekuatan bahagian atas dan bawah tubuh.

Pergerakan larian, membongkok, memusing dan melompat dapat membantu individu yang

bermain bola baling untuk bersenam sambil berseronok secara semula jadi dan mengekalkan

tahap kecergasan dan kesihatan pada tahap yang optimum.

Untuk meningkatkan prestasi permainan dan mengelak daripada sebarang kecederaan, adalah

penting bagi seseorang itu mengetahui teknik yang betul bagi setiap kemahiran yang dilakukan.

Dalam tugasan ini, penulis akan menerangkan terlebih dahulu mengenai sejarah permainan bola

baling dan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam permainan tersebut. Seterusnya satu

pemerhatian akan dilaksanakan terhadap seorang pemain bola baling novis dengan

menggunakan senarai semak pelaksanaan kemahiran yang diperolehi dari sumber yang sah.

Satu laporan akan disediakan selepas pemerhatian dan analisis lengkap akan diutarakan untuk

mengatasi kelemahan pemain novis yang telah di pilih.

2.0 SEJARAH PERMAINAN BOLA BALING

Bola baling adalah satu permainan yang berasal dari Eropah. Ia merupakan permainan yang

sangat terkenal di negara-negara Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-

permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman.

Ketika Perang Dunia Pertama, permainan ini dikenali sebagai TORBALL dan dimainkan

seramai tujuh orang sepasukan.

Pada tahun 1917, berlaku perubahan apabila bilangan pemainan diubah menjadi 11 orang

sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini mula dikenali sebagai

‘handball’.Individu yang bertanggungjawab ialah Heizer di Jerman. Menurut sejarawan Rusia,

pada tahun 1909 Edward Maly telah memulakan kembali permainan ini dimainkan seramai

tujuh orang sepasukan di Kharkov.

Pada tahun 1976, permainan bola baling mula di perkenalkan di Malaysia oleh Encik Lim Hock

Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan

Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling

yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan.

Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola 1

Page 4: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

HBPE3103 Kegiatan Professional(permainan)

baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guru-guru telah

dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.

Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan menjadi ahli

gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan sukan

ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di

peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun

1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM untuk peringkat

kebangsaan.

Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola

Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri

daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia. Selain itu,

Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih

untuk mengikuti kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.

Peringkat Sekolah dan Maktab

Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk melatih guru-

guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan. Kursus pertama

telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada tahun 1985 bagi melatih guru-guru

yang berminat menjadi jurulatih dan pengadil permainan. Pada tahun 1986, satu lagi kursus

untuk melatih guru-guru yang ingin menjdi pengadil permainan telah diadakan di Sekolah

Menengah Sains Selangor di Kuala Lumpur. Di peringkat maktab perguruan pula, permainan

bola baling telah mula aktif dan dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985.

Pada tahun 1986, seramai 45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu kursus

pengadilan dan kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan permainan ini di

kalangan penuntut maktab.

3.0 KEMAHIRAN BOLA BALING

Terdapat beberapa kemahiran bola baling yang perlu diketahui dan di kuasai oleh setiap pemain

bola baling. Kemahiran-kemahiran ini sangat penting dalam menentukan kelancaran permainan.

Antara kemahiran-kemahiran tersebut adalah:

1. Berlari

2. Melompat

3. Hantaran bola

4. Menyambut bola2

Page 5: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

HBPE3103 Kegiatan Professional(permainan)

5. Mengelecek bola dengan tangan

6. Mengadang

7. Menjaring

8. Menjaga gol

Tumpuan tugasan ini adalah kepada kemahitan hantaran bola.Dalam permainan bola baling

terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam

permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti

berikut :

a) Hantaran bahu

b) Hantaran lantun

c) Hantaran aras dada

d) Hantaran lompat

e) Hantaran sisi

Kemahiran yang dipilih untuk pemerhatian keatas pemain novis bola baling ialah hantaran aras

dada. Kemahiran hantaran ini berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola

keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil

tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

Berikut adalah gambaran hantaran aras dada:

Gambarajah 1

Sumber: Modul 1murid 1sukan Untuk Guru Penasihat

Kelab Sukan Sekolah : Bola Baling.

3

Page 6: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

HBPE3103 Kegiatan Professional(permainan)

Teknik melakukan hantaran aras dada (statik)

a. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.

b. Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola

c. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan paras dada, jari menghala ke atas dan

kedua-dua ibu jari di belakang bola.

d. Tangan di bengkokkan dan siku berada sama aras dada.

e. Ketiak dibuka sedikit

f. Badan pemain berada dalan kedudukan seimbang.

g. Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola

dengan pergelangan tangan dan ibu jari lurus ke sasaran pada aras dada.

h. Ikut lajak.

4.0 BORANG SENARAI SEMAK PELAKSANAAN KEMAHIRAN HANTARAN ARAS

DADA.

BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN

1 Kedudukan bersedia. Berdiri dengan

sebelah kaki di hadapan.

2 Jari tangan pemain dibuka untuk

mencengkam bola

3 Pegang bola dengan kedua-dua belah

tangan paras dada, jari menghala ke

atas dan kedua-dua ibu jari di

belakang bola.

4 Tangan di bengkokkan, ketiak dibuka

dan siku berada sama aras dada.

5 Tangan dan badan pemain berada

dalan kedudukan seimbang.

6 Kaki belakang melangkah ke arah

hantaran. Sambil itu luruskan tangan

4

Page 7: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

HBPE3103 Kegiatan Professional(permainan)

dan tolak bola dengan pergelangan

tangan dan ibu jari lurus ke sasaran

pada aras dada.

7 Ikut lajak

5.0 HANTARAN ARAS DADA (PEMERHATIAN KEATAS PEMAIN NOVIS)

5.1 SEBELUM INTERVENSI

Pemerhatian ke atas seorang pemain novis bola baling semasa membuat hantaran aras dada

mendapati beberapa kesalahan dan kelemahan telah di lakukan oleh beliau. Berikut adalah

kesalahan pemain novis tersebut.

Kesalahan pertama yang di kesan dilakukan oleh penain novis ini ialah

cara pemain tersebut berdiri. Sepatutnya kedudukan kaki pemain novis

tersebut semasa bersedia untuk hantaran aras dada ialah satu kaki ke

hadapan. Namun pemain novis ini berdiri dengan dengan kaki yang

selari. Kedudukan kaki yang selari ini akan menghalang hantaran di

lakukan dengan sempurna.

Kesalahan kedua pemain ini ialah cara pengangan terhadap bola. Pemain ini

memegang bola di hujung jari. Cara pegangan ini adalah tidak teguh dan

membolehkan bola dirampas oleh pihak lawan. Tindakan yang sepatutnya

di lakukan oleh pemain ini ialah jari dan tapak tangan dikembangkan dan

mencengkam bola dengan kuat.

Kelemahan ketiga yang di kesan semasa pemerhatian ialah kemahiran

hantaran yang di uji. Kemahiran yang di uji ialah hantaran aras dada

tetapi pemain novis ini melakukan hantaran dari bawah ke atas atau

melambung bola. Tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh pemain ini

ialah memegang bola dengan kedua belah tangan,membengkokkan siku

dan membawa bola ke dada. Seterusnya menolak lurus kehadapan

dengan pantas.

5

Page 8: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

HBPE3103 Kegiatan Professional(permainan)

Kesalahan yang ketiga ialah semasa melakukan hantaran ini kedudukan

kaki pemain ini masih kekal statik dan selari. Sepatutnya pemain ini

mengerakkan satu kaki kearah bola di hantar.

Selepas membuat hantaran, tangan pemain novis sepatutnya mengikut lajak

kerana ia bersesuaian dengan hukum pergerakan atau sistem tuas.

Kelemahan ini perlu di atasi. Latihan ayunan tanpa bebanan atau dengan

bebanan perlu di lakukan dengan kerap supaya pemaindapat membiasakan

diri dengan pergerakan ini.

5.2 SELEPAS INTERVENSI

Selepas penerangan dan tunjuk cara keatas pemain novis. Terdapat perubahan dari fasa bersedia,

cara memegang bola, teknik hantaran dan fasa ikut lajak.

Selepas intervensi, murid dapat mengaplikasikan kemahiran hantaran

aras dada dengan cara yang betul. Pemain ini berada dalam kedudukan

yang sesuai untuk membuat hantaran aras dada. Kedudukan kaki adalah

sebelah berada dihadapan.

Semasa proses menghantar, tangan dan jari mencengkam bola

sepenuhnya dengan kemas. Tangan dan bola diangkat pada aras

dada dan siku di angkat sedikit.

6

Page 9: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

HBPE3103 Kegiatan Professional(permainan)

Tangan dan siku menolak bola lurus kehadapan.

Menggunakan kekuatan pergelangan tangan dan jari jemari.

Pandangan mata pemain juga perlu melihat kearah sasaran

hantaran.

Pergerakan paling penting selepas membuat hantaran ialah

mengikut lajak hantaran. Ini boleh mengelakkan

berlakunya kecederaan pada otot.

6.0 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN HANTARAN ARAS DADA

LATIHAN ANSUR MAJU / JUSTIFIKASI LATIHAN

Latihan adalah sangat penting untuk meningkatkan apa jua kemahiran yang di pelajari. Begitu

juga dengan permainan bola baling. Pemain novis boleh berubah dan menguasai kemahiran

dengan melakukan latihan yang berterusan dari segi kuantiti dan kualiti latihan. Latihan ini

boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

6.1 Latihan secara individu.

Menggunakan tembok sebagai sasaran.

Berdiri dalam jarak 3 meter dari tapak sasaran.

Menggunakan kemahiran hantaran aras dada menolak bola kearah sasaran sebanyak 5

set dimana setiap set mengandungi 10 kali perlakuan.

Hantaran yang tepat saja akan dikira.

6.2 Latihan secara perpasangan atau berkumpulan.7

3 meter

Page 10: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

HBPE3103 Kegiatan Professional(permainan)

Berdiri pada jarak 3 meter menghadap rakan kamu. Lakukan hantaran bola secara

hantaran dada berganti-ganti selama 30 saat. Catatkan bilangan hantaran yang kamu

buat dalam jangka masa tersebut.

atau

Latihan-latihan di atas boleh diulang menggunakan hantaran:

Hantaran aras bahu

Hantaran lantun

Hantaran sisi

Hantaran lompat

Latihan yang dicadangkan ini mampu meningkatkan kemahiran pemain membuat hantaran dan

menangkap bola. Pemain akan membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di

lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan pemain, lengan menjadi daya kepada bola

tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk

menggerakkan bola tersebut. Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola

tersebut maka bola itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran

bola itu berlaku dengan cepat. Pelbagai jenis hantaran boleh diaplikasi semasa bermain bola

baling. Jenis hantaran tersebut haruslah bersesuaian dengan situasi yang dihadapi oleh pemain.

Oleh yang demikian, pemain akan lebih mahir mengenai kemahiran hantaran dan mampu

menghadapi lawan dengan ilmu dan latihan yang mereka ada.

7.0 KESIMPULAN

Kemahiran asas yang terdapat dalam bola baling ialah berlari, melompat, hantaran bola,

menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol.

Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya.

Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem

tuas di mana bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum. Dalam

kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton Pertama 8

Page 11: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

HBPE3103 Kegiatan Professional(permainan)

iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola bagi

mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip sains yang diaplikasikan dalam kemahiran

menjaring ialah sistem tuas dan daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola dihayunkan oleh

tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk

memberikan daya yang kuat.

Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran tersebut dapat

dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada pemain.

Pemerhatian yang di buat keatas pemain novis menunjukkan banyak kelemahan yang berlaku.

Pemahaman mengenai kemahiran hantaran aras dada perlu di ajar terlebih dahulu kepada

pemain. Guru atau juru latih perlu menunjukcara kemahiran yang perlu dipelajari dan

dilaksanakan oleh pemain novis agar kemahiran yang akan dilakukan oleh pemain adalah betul.

Dengan ini pemain bola baling yang hebat dan penuh kemahiran akan dapat di lahirkan dan

mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

8.0 RUJUKAN

9

Page 12: hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling

HBPE3103 Kegiatan Professional(permainan)

 Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Poh Liong Yong (2003). Fizik Tingkatan 4. Cheras. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of America. Human Kinetics, Inc.Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling Jaya. Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://www.wikipedia.com

http://www.tutor.edu.com

http://zairyupsi.blogspot.my/2011/12/sejarah-bola-baling.html

10