Panduan & Peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia 2007
LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA...
Transcript of LAPORAN PEMERIKSAAN BANGUNAN MANARA...
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
1
SENARAI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN ..................................................................................................................... 2
2.0 OBJEKTIF ............................................................................................................................... 2
3.0 LATARBELAKANG PROJEK ...................................................................................................... 2
4.0 PASUKAN PEMERIKSA ........................................................................................................... 3
5.0 DESKRIPSI SISTEM ................................................................................................................. 3
6.0 METHODOLOGI ..................................................................................................................... 4
6.1 Kaedah Pemeriksaan dan siasatan ...................................................................................... 4
6.2 Peralatan yang digunakan .................................................................................................. 4
7.0 LAPORAN PENEMUAN DAN ULASAN ..................................................................................... 4
7.1. Penerangan ringkas pihak Arkib Negara ............................................................................ 4
7.2. Pemeriksaan ditempat kejadian (bilik AHU Tingkat 7)....................................................... 5
7.3 Pemeriksaan di Tingkat Lain (Bilik AHU Tingkat 8)............................................................. 6
8.0 CADANGAN PEMBAIKAN ....................................................................................................... 7
8.1 Tindakan Pembetulan ........................................................................................................ 7
8.2 Tindakan Pencegahan ........................................................................................................ 7
9.0 ANGGARAN KOS PEMBAIKAN ............................................................................................... 8
10.0 KESIMPULAN ......................................................................................................................... 9
11.0 LAMPIRAN ........................................................................................................................... 11
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
2
1.0 PENDAHULUAN
Pemeriksaan telah dijalankan pada 29 Oktober 2009 oleh Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia dengan kerjasama daripada pihak Arkib Negara Malaysia selaku pemilik bangunan berkenaan.
Kerja pemeriksaan ini telah dijalankan berdasarkan arahan yang diterima daripada Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal. Beliau telah menerima aduan daripada pihak Arkib Negara bahawa telah berlaku kebakaran di dalam sesalur bekalan utama penyaman udara di Bilik AHU, Tingkat 7, Bangunan Menara Ilmu, Arkib Negara pada 16 hb Oktober 2009 jam 6.00 petang.
Projek rekabentuk sistem penyaman udara di bangunan ini telah dibuat pada tahun 1998 dan kerja-kerja pemasangan dianggar siap tahun 1999. Projek rekabentuk ini dibuat secara dalaman oleh pihak Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya.
2.0 OBJEKTIF
Objektif siasatan ini dijalankan adalah untuk mengetahui punca berlakunya kebakaran di dalam sesalur bekalan utama penyaman udara dan mencadangkan langkah-langkah susulan.
3.0 LATARBELAKANG PROJEK
Tajuk Projek : Kerja-kerja membekal, memasang dan mentauliah system hawa dingin
Di Jabatan Arkib Negara Malaysia Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Harga Kontrak : RM 4,700,000.00
Tempoh Kontrak : 1 Tahun
Nama Kontraktor : FASTCOLL CORPORATION SDN. BHD
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
3
4.0 PASUKAN PEMERIKSA
Pasukan pemeriksa yang terlibat adalah terdiri daripada:
I. Wan Shah Bin Wan Senik Jurutera Mekanikal Unit Forensik, CKM
II. Samsiah Binti Omar Jurutera Mekanikal
Unit Forensik, CKM
III. Muhd Zulkifli Bin Idris Jurutera mekanikal
Unit Forensik, CKM
IV. Nor Hamizan Bin Din Penolong Jurutera Kanan Unit Forensik, CKM
5.0 DESKRIPSI SISTEM
Sistem penyaman udara yang digunakan adalah jenis Chilled Water. Sistem ini beroperasi selama 24 jam sehari bagi tingkat 3 sehingga tingkat 9 yang mempunyai gedung menyimpan dokumen-dokumen rasmi kerajaan. Setiap tingkat ini menggunakan dua (2) unit Air Handling Unit (AHU) dengan kedua-duanya beroperasi secara berselang-seli. AHU yang digunakan adalah berjenama Carrier. Setiap AHU ini berkapasiti 330,000 Btu/h dan jumlah kuantiti udara yang dibekalkan adalah 13,000 cfm.
Sistem penyaman udara untuk tingkat 3 hingga 9 telah direkabentuk supaya dapat mengawal kelembapan udara bilik (RH) dan suhu bilik tersebut. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, humidistat yang terletak di dalam bilik AHU adalah untuk mengawal ‘Chilled Water Modulating Valve’ bertujuan untuk mendapatkan bacaan RH 55%. Manakala thermostat yang terletak di dalam sesalur bekalan utama adalah bertujuan untuk mengawal suhu bilik.
Sistem kawalan alat pemanas yang direkabentuk adalah merupakan kawalan konvensional iaitu menggunakan contactor dan relay yang terletak di dalam bilik AHU tingkat masing-masing.
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
4
6.0 METHODOLOGI
6.1 Kaedah Pemeriksaan dan siasatan
Kaedah Pemeriksaan dan siasatan yang dilakukan adalah seperti berikut:
a) Perbincangan ringkas dan temuduga dengan pihak Arkib Negara dan pihak selenggaraan bangunan Arkib Negara
b) Pemeriksaan di tempat kejadian (bilik AHU tingkat 7, Menara Ilmu) - Sesalur bekalan utama - Alat pemanas - Sesekat api (fire damper) - Panel kawalan (Control Panel)
c) Pemeriksaan dokumen-dokumen berkaitan - Dokumen tender - Dokumen kontrak tidak dibekalkan
d) Pemeriksaan menyeluruh ditempat kejadian dan tingkat 8.
6.2 Peralatan yang digunakan
Peralatan yang digunakan semasa pemeriksaan adalah seperti berikut:
a) Test pen b) Screwdriver c) Lampu suluh d) Tangga e) Multimeter
7.0 LAPORAN PENEMUAN DAN ULASAN
7.1. Penerangan ringkas pihak Arkib Negara
Menurut pihak Arkib Negara, kejadian kebakaran ini berlaku pada tarikh 16 hb Oktober 2006 jam 6.00 petang di tingkat 7, bangunan Menara Ilmu, Arkib Negara Malaysia. Kejadian ini dapat dikesan oleh pihak senggara bangunan setelah fire alarm panel yang ditempatkan di dalam bilik kawalan aras bawah menunjukkan berlakunya kebakaran di bilik AHU tingkat 7.
Wakil pihak senggara bangunan dan pegawai keselamatan Arkib Negara dengan serta merta membuat pemeriksaan di tempat kejadian. Apabila bilik AHU di tingkat tersebut dibuka, didapati asap hitam telah memenuhi bilik tersebut sehingga menyebabkan bilik menjadi gelap. Walaubagaimanapun salah seorang daripada mereka telah masuk kedalam bilik AHU tersebut untuk mematikan unit AHU yang masih beroperasi.
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
5
7.2. Pemeriksaan ditempat kejadian (bilik AHU Tingkat 7)
i. Sesalur Bekalan Utama Tebatan Dalaman (Internal Insulation)
Penemuan Pemeriksaan visual mendapati bahawa berlakunya kesan kebakaran di dalam sesalur
penyaman udara. Tebatan dalaman yang dipasang adalah jenis closed cell berjenama Armaflex telah hangus terbakar dan rosak sama sekali. (Rujuk gambar 3)
Ulasan Tebatan dalaman ini telah tertanggal daripada dinding sesalur adalah disebabkan oleh berlakunya pemanasan berterusan dan melampau di dalam sesalur bekalan sehingga menyebabkan keupayaan pelekat tebatan dalaman menurun.
ii. Alat Pemanas (Heater)
Penemuan Pemasangan alat pemanas di dalam sesalur bekalan utama ini tidak mengikut amalan kejuruteraan mekanikal yang baik. Alat pemanas ini dipasang terlalu dekat dengan dinding sesalur dan filemen alat pemanas tidak mempunyai pelindung luar (casing) yang bertindak untuk memisahkan permukaan alat pemanas dengan persekitarannya (internal insulation). Kedudukan alat pemanas didapati terlalu dekat dengan bend pertama sesalur bekalan utama iaitu pada jarak kritikal 1.2 m Kebakaran yang berlaku telah menyebabkan alat pemanasan ini terbakar. (Rujuk gambar 1)
Ulasan Pemasangan alat pemanas di dalam sesalur bekalan utama yang terlalu dekat dengan tebatan dalaman telah menyebabkan berlakunya gelembung udara sehingga menyebabkan penebat tersebut tertanggal dari dinding sesalur. Pembentukan gelembung udara pada tebatan dalaman adalah disebabkan pemanasan yang melampau keatasnya. Antara punca berlakunya pemanasan melampau adalah disebabkan kedudukan alat pemanas yang terlalu dekat dengan bend pertama sesalur bekalan kerana pengagihan beban terhadap kawasan permukaan alat pemanas tidak sekata. Keadaan ini berlaku kerana terdapat aliran udara vortex dibahagian bawah sesalur bekalan utama yang terlalu dekat dengan bend pertama kerana kedudukan alat pemanas di kawasan angin turbulent iaitu kurang 1.2 m sebagaimana jarak cadangan pengeluar.
iii. Sesekat Api
Penemuan Semasa pemeriksaan didapati fire damper blade tertutup rapat. (Rujuk gambar 2)
Ulasan Fire damper ini telah beroperasi dengan baik semasa berlakunya kebakaran. Ia telah menghalang kebakaran dan asap dari merebak ke kawasan bilik melalui diffuser.
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
6
iv. Panel Kawalan di Bilik AHU Penemuan Sistem kawalan alat pemanas yang digunakan adalah kawalan konvensional, walaubagaimanapun thermostat bagi tingkat 7 telah ditukar kepada thermostat digital
semasa pemeriksaan dilakukan. Ulasan Sistem kawalan alat pemanas tidak beroperasi dengan baik kerana tidak dapat mengesan berlakunya pemanasan berterusan dan melampau oleh alat pemanas. Pemanasan berterusan ini berlaku mungkin disebabkan kerana terdapat beberapa komponen yang tidak berfungsi dengan baik seperti: a) Komponen relay gagal berfungsi dengan sempurna maka tiada cut off bagi arus elektrik
pada alat pemanas di dalam sesalur. b) Pengesan suhu tinggi (High Temperature Sensor) tidak berfungsi dengan sempurna.
Walaupun suhu udara yang dihasilkan oleh alat pemanas telah mencapai suhu yang terlalu tinggi, alat pengesan haba gagal mengesan keadaan tersebut sehingga menyebabkan berlakunya pemanasan berterusan dan melampau.
Walaubagaimanapun kemungkinan ini tidak dapat disahkan kerana kekurangan maklumat (diagram litar panel kawalan) dan peralatan untuk menguji komponen (relay).
7.3 Pemeriksaan di Tingkat Lain (Bilik AHU Tingkat 8) Penemuan
Alat pemanas yang dipasang tidak mengikut amalan kejuruteraan yang betul sama dengan tempat kejadian. Pemasangan alat pemanas terlalu dekat dengan internal insulation. Kawasan berhampiran alat pemanas telah mula membentuk gelembung dan tertanggal daripada sesalur. (Rujuk gambar 8) Ulasan Pembentukan awalan gelembung yang terhasil adalah disebabkan pemanasan yang berterusan dan melampau pada kawasan tersebut. Walaubagaimanapun keadaan di tingkat ini tidak kritikal kerana alat pemanasnya sudah tidak beroperasi. Jika alat pemanas ini beroperasi semula, berkemungkinan kejadian yang sama di tingkat 7 akan berlaku pada tingkat yang mempunyai sistem pemanas ini juga.
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
7
8.0 CADANGAN PEMBAIKAN Daripada pemeriksaan yang telah dilakukan, beberapa cadangan pembaikan perlu dititikberatkan seperti berikut:
8.1 Tindakan Pembetulan a) Penukaran serta merta internal insulation yang terbakar didalam sesalur bekalan utama di
bilik AHU tingkat 7 b) Membersihkan dan membuat ujilari AHU yang kotor kesan daripada pembentukan karbon
daripada kebakaran insulation
8.2 Tindakan Pencegahan
a) Menukarganti alat pemanas di dalam sesalur bekalan utama yang sedia ada kepada alat pemanas yang memiliki ciri-ciri keselamatan dengan pemasangan yang selamat, mengikut amalan kejuruteraan yang betul dan standard ASHRAE.
c) Menaiktaraf panel kawalan sediada kepada panel kawalan digital dan memastikan semua pemasangan komponen adalah sempurna dan dapat beroperasi dengan baik bagi tingkat 3 hingga tingkat 7 yang mempunyai alat pemanas di dalam sesalur bekalan utama.
d) Menghadkan masa operasi alat pemanas untuk mengelakkan pemanasan melampau. e) Sebarang “bypass” bagi sistem kawalan adalah di cegah sama sekali.
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
8
9.0 ANGGARAN KOS PEMBAIKAN
Bil Huraian Qty Unit Harga seunit
(RM) Harga (RM) Cacatan
A Kerja-Kerja Pembaikan
Sesalur
1a Upah menurunkan sesalur 2 md 100.00 200.00
rosak
2a Upah memasang penebat 8 md 100.00 800.00
sesalur yang baru
3a Harga penebat jenis closecell 45 sq2 50.00 2,250.00
4a Harga memasang fuseable link 1 unit 10.00 10.00
fire damper baru
5a Upah membersihkan AHU yang kotor 2 nos 4,500.00 9,000.00
Jumlah Kecil 12,260.00
B Kerja-Kerja Memasang Alat
Pemanas
1b Upah Menanggalkan alat 7 nos 400.00 2,800.00
pemanas lama
2b Upah memasang alat pemanas 7 nos 600.00 4,200.00
baru
3b Harga alat pemanas baru 7 nos 7,500.00 52,500.00
Jumlah Kecil 59,500.00
C Kerja-kerja memasang Control
System
1c Upah menanggalkan control 7 nos 500.00 3,500.00
sistem sediada
2c Kerja-kerja memasang Control 7 nos 10,000.00 70,000.00
sistem yang baru
-wiring
-DDC
-sensor (termostat & humidistat) -
Jumlah Kecil 73,500.00
Jumlah Keseluruhan 145,260.00
NOTA: Anggaran kos ini hanyalah anggaran kasar sahaja.
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
9
10.0 KESIMPULAN
Daripada pemeriksaan yang dilakukan, punca utama berlakunya kebakaran didalam sesalur bekalan utama penyaman udara adalah berpunca daripada ciri-ciri pemasangan alat pemanas yang tidak selamat dan tidak mengikut paiwai yang telah ditetapkan. Alat pemanas yang terdedah, terlalu dekat dengan internal insulation sesalur dan pemanasan yang berterusan dan melampau telah menyebabkan berlakunya kebakaran tersebut.
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
10
Disediakan oleh,
……………………………..
(JM MUHD ZULKIFLI BIN IDRIS)
Unit Forensik,
Seksyen Pembangunan Kepakaran,
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,
Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
Disemak oleh,
……………………………..
(JM SAMSIAH BINTI OMAR)
Unit Forensik,
Seksyen Pembangunan Kepakaran,
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,
Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
Disemak oleh,
……………………………..
(JM WAN SHAH WAN SENIK)
Unit Forensik,
Seksyen Pembangunan Kepakaran,
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,
Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
Disahkan oleh,
……………………………..
(HAMDAN BIN ABD MALEK)
Pengarah,
Seksyen Pembangunan Kepakaran,
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,
Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
11
11.0 LAMPIRAN
Gambar 1: Terdapat gelembung udara menunjukkaan closecell mengalami pemanasan melapau
Gambar 2 : Fire damper tertutup ketika kebakaran berlaku
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
12
Gambar 3 : Kedudukan heater yang terlalu dekat dengan closecell
Gambar 4 : Keadaan AHU yang kotor
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
13
Gambar 5 : Keadaan AHU yang Kotor
Gambar 6 : Keadaan AHU yang Kotor
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
14
Gambar 8 : Kedudukan heater yang dekat dengan closecell di tingkat 8
Gambar 9 : Mimic Diagram menunjukkan zon berlakunya kebakaran
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
15
Gambar 10: Lokasi berlakunya kebakaran pada sesalur udara bekal
Gambar 11 : Bilik AHU di gedung 7
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
16
Gambar 11 : Sesalur udara bekal yang terbakar
Gambar 12 : Smoke detector yang mengean kebakaran
Unit Pakar Pengujian, Pentauliahan dan Forensik, Seksyen Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia, Kuala Lumpur. LAPORAN KEBAKARAN DI DALAM SESALUR PENYAMAN UDARA, ARKIB NEGARA
17
Gambar 13 : Contoh pemasangan alat pemanas yang baik
Gambar 14: Contoh pemasangan alat pemanas yang baik