Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

3
Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah (Sebelum dan Selepas) Contoh Laporan PBS Ini adalah dokumen rasmi yang saya hasilkan untuk setiap laporan PBS saya. Saya harap kalian tidak plagiat. Boleh ambil sebagai rujukan. Berlakulah jujur kepada diri sendiri. Kita bakal guru. Integriti amalan kita.Moga Bermanfaat Laporan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah Pengenalan Saya, Syafawani binti Jamil, daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi Semester 2 untuk PISMP di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2, Cheras, Kuala Lumpur. Pengalaman Berasaskan Sekolah adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua guru pelatih dari IPG bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum. Dengan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, guru pelatih dapat mencapai beberapa objektif iaitu : · Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah · Menghayati kerjaya seorang guru · Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah · Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid · Memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran · Membina kemahiran berinteraksi dengan guru, murid dan kakitangan sekolah · Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran, pembelajaran dan budaya sekolah. · Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal · Membina sikap positif terhadap profesion perguruan · Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab · Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh guru pelatih semasa menjalani PBS selama seminggu di sekolah demikian. Perkara-perkara tersebut ialah memperoleh maklumat umum mengenai sekolah serta melaksanakan aktiviti PBS yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan atau jabatan matapelajaran major/elektif berdasarkan semester. Kesimpulannya, aktiviti PBS dapat memberi pelbagai faedah kepada guru pelatih. Dengan menjalani aktiviti PBS juga, guru pelatih yang berkarisma dapat dilahirkan

description

n

Transcript of Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah (Sebelum dan Selepas)Contoh Laporan PBS

Ini adalah dokumen rasmi yang saya hasilkan untuk setiap laporan PBS saya. Saya harap kalian tidakplagiat. Boleh ambil sebagai rujukan. Berlakulah jujur kepada diri sendiri. Kita bakal guru. Integriti amalan kita.Moga Bermanfaat

Laporan SebelumPengalaman Berasaskan Sekolah

Pengenalan

Saya, Syafawani binti Jamil, daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi Semester 2 untuk PISMP di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2, Cheras, Kuala Lumpur. Pengalaman Berasaskan Sekolah adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua guru pelatih dari IPG bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.

Dengan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, guru pelatih dapat mencapai beberapa objektif iaitu :

Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah Menghayati kerjaya seorang guru Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid Memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran Membina kemahiran berinteraksi dengan guru, murid dan kakitangan sekolah Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran, pembelajaran dan budaya sekolah. Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal Membina sikap positif terhadap profesion perguruan Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab

Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh guru pelatih semasa menjalani PBS selama seminggu di sekolah demikian. Perkara-perkara tersebut ialah memperoleh maklumat umum mengenai sekolah serta melaksanakan aktiviti PBS yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan atau jabatan matapelajaran major/elektif berdasarkan semester.

Kesimpulannya, aktiviti PBS dapat memberi pelbagai faedah kepada guru pelatih. Dengan menjalani aktiviti PBS juga, guru pelatih yang berkarisma dapat dilahirkan seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru yang mahu melahirkan guru yang mampu menjamin pembangunan individu.

Perancangan Strategi Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah Guru pelatih yang terlibat dalam PBS perlu melaksanakan Pernyataan Profesional yang mengandungi laporan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti PBS tersebut. Perkara yang perlu dilakukan ialah guru pelatih perlu meletakkan harapan/aktiviti/matlamat yang perlu dilakukan dalam tempog seminggu di sekolah. Guru pelatih perlu meletakkan fokus tertentu untuk mencapai objektif yang disasarkan. Pernyataan Profesional perlu dilampirkan dalam Portfolio yang mengandungi dokumen yang menilai mengenai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan , matlamat dan pencapaian semasa PBS dijalankan. Pada peringkat akhir, guru pelatih dikehendaki membuat refleksi yang bertujuan guru pelatih dapat mengingat kembali, menaakul, menganalisis, dan membuat penilaian kendiri tentang aktiviti yang telah dijalankan semasa PBS.

Terdapat beberapa aktiviti utama yang dirancang untuk PBS di sekolah ini iaitu :Mengumpul maklumat umum mengenai sekolahMenemu bual guru mengenai intervensi awal dan perkembangan kanak-kanakMendapatkan maklumat dan profil murid yang mempunyai masalah dalam komunikasi dan bahasa daripada Guru Penolong Kanan Hal ehwal MuridMerancang dan melaksanakan strategi penting untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (jika mengganti kelas)

Dengan ini, amalan PBS ini dapat mematangkan guru apabila guru pelatih menjalankan perkara-perkara yang memberi pendedahan awal mengenai profesion perguruan.Laporan SemasaPengalaman Berasaskan Sekolah

Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan SekolahHari PertamaIsnin , 19 Ogos 2013Bil.Aktiviti yang DirancangPerlaksanaanCatatan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.