Laporan Penuh Big Fasa 5

download Laporan Penuh Big Fasa 5

of 4

Transcript of Laporan Penuh Big Fasa 5

  • 8/12/2019 Laporan Penuh Big Fasa 5

    1/4

    LAPORAN PENUH BIG FASA 5/2014

    Pada 25 Februari 2014, telah diadakan Program Bina Insan Guru Fasa 5 yang telah

    disertai oleh kesemua pelajar PISMP Tesl 4 Semester 5 bersama seorang pensyarah pengiring

    iaitu Pn. Siti Rahimah Binti Hamat@Mamat. Program Bengkel Pengurusan Pendidikan dan

    Lawatan Benchmarking merupakan keperluan yang perlu dipenuhi oleh kesemua pelajar

    Semester 5 bagi Bina Insan Guru (BIG) kali ini. Menerusi program ini, kami telah bersetuju

    untuk memilih Sekolah Kebangsaan Dusun, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.

    Pada jam 7.15 pagi, kami seramai 25 orang pelajar telah berkumpul di hadapan Dewan

    Al-Farabi bagi mendengar serba sedikit taklimat ringkas dari pengerusi projek tentang

    pergerakkan kami untuk program ini. Tepat jam 7.30 pagi, kami bertolak ke Sekolah

    Kebangsaan Dusun dengan menaiki bas IPG Kampus Dato Razali Ismail. Setelah hampir dua

    jam perjalanan, kami akhirnya selamat sampai di destinasi yang dituju. Sebaik menjejak kaki di

    SK. Dusun, kami telah disambut mesra oleh guru-guru dan murid-murid yang mengalu-alukan

    kedatangan kami.

    Setelah mendengar sedikit taklimat ringkas oleh Guru Besar SK. Dusun, kami telah

    bergambar bersama-sama guru-guru SK. Dusun. Selesai sesi bergambar, kami telah dihiburkan

    dengan persembahan pasukan bola tampar oleh murid-murid SK. Dusun. Persembahan bola

    tampar adalah simbolik kepada seluruh warga SK. Dusun, dimana sukan bola tampar

    merupakan sukan yang paling berjaya bagi sekolah tersebut. Walaupun memiliki tubuh badan

    yang kecil, persembahan tersebut telah berjaya memukau semua guru pelatih yang

    menyaksikannya.

    Setelah persembahan berakhir, kami telah dibawa ke Bilik Mesyuarat SK. Dusun bagi

    mendengar taklimat ringkas dan sesi dialog bersama Guru Besar SK. Dusun. Sekolah

    Kebangsaan Dusun, merupakan sebuah Sekolah Kurang Murid (SKM) dimana, jumlah

    keseluruhan murid di sekolah tersebut adalah seramai 51 orang pelajar dan memiliki 18 orang

    tenaga pengajar. Murid darjah dua di sekolah ini adalah seramai empat orang dan merupakan

    kelas yang paling kecil di sekolah ini. Walaupun memiliki kekurangan dari segi bilangan pelajar,

    Sekolah Kebangsaan Dusun kaya dengan kemesraan dan kecantikkan dari segi kebersihan

    dan keceriaan sekolah. Selain itu, SK. Dusun merupakan salah sebuah sekolah Kluster yang

    telah berjaya melahirkan personaliti unggul termasuk Allahyarham Dato Razali Bin Ismail.

  • 8/12/2019 Laporan Penuh Big Fasa 5

    2/4

    Setelah selesai taklimat oleh Guru Besar dan sedikit tayangan video tentang SK. Dusun,

    sesi dialog bersama Guru Besar telah diadakan. Sesi dialog ini adalah merupakan sesi soal

    jawab antara guru pelatih dan Guru Besar serta wakil guru SK. Dusun. Selesai sesi dialog, kami

    telah diberi peluang untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan bola tampar bersama

    pasukan bola tampar SK. Dusun. Walaupun memiliki tubuh badan yang kecil, namun pasukan

    bola tampar sekolah ini ternyata berada kelas mereka yang tersendiri. Pasukan bola tampar SK.

    Dusun adalah merupakan Johan dan Naib Johan MSSM bagi tahun 2013 dan telah berjaya

    menempa nama dalam pelbagai kejohanan yang disertai. Dengan kejayaan yang cemerlang di

    peringkat kebangsaan, tidak hairanlah pasukan bola tampar ini telah berjaya menewaskan

    guru-guru pelatih IPG dengan mudah.

    Setelah selesai perlawanan bola tampar, kami telah dibawa melawat ke setiap kelas

    bagi melihat sendiri keadaan dan persekitaran pembelajaran murid di sekolah tersebut.

    Lawatan ke kelas telah membuka mata kami sebagai bakal guru, dimana kami dapat melihat

    situasi pembelajaran murid-murid di sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah SKM dan Kluster.

    Ternyata, murid- murid di sekolah tersebut amat berdisiplin dan tidak membuat bising walaupun

    tiada guru didalam kelas. Perkara yang menghairankan adalah, sewaktu berada di sekolah ini,

    amatlah sukar untuk melihat murid-murid berlari-lari di luar kelas dan kami agak mengagumi

    cara guru-guru sekolah tersebut mendisiplinkan murid-murid mereka. Sewaktu melakukan

    lawatan ke setiap kelas, kami telah menyampaikan sedikit cenderahati tanda kenang-kenangan

    kepada kesemua murid SK. Dusun.

    Selesai lawatan ke kelas-kelas, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk

    membantu guru-guru SK. Dusun. Kumpulan pertama telah ditugaskan untuk menceriakan Bilik

    Perpustakaan dan kumpulan kedua bertugas untuk menceriakan Bilik BOSS. Tidak banyak

    yang mampu dilakukan oleh kami sewaktu menceriakan Bilik Perpustakaan. Ini kerana,

    perpustakaan sekolah tersebut memang berada dalam kondisi yang memuaskan. Di Bilik

    BOSS, kami telah berjaya menyiapkan satu rak buku bagi kegunaan guru di sekolah tersebut.

    Ini merupakan pengalaman yang berharga bagi kami kerana telah berjaya menyiapkan satu rak

    buku menggunakan kayu yang telah disediakan. Kami telah berjaya menyiapkan satu rak bukubagi mengatasi masalah kekurangan rak buku di bilik BOSS. Dengan bantuan staff sekolah,

    kami telah bekerjasama untuk menyiapkan rak tersebut.

    Setelah selesai, kami telah dibawa untuk menikmati sedikit jamuan di kantin sekolah.

    Kami telah dihidangankan dengan pelbagai makanan dan lauk pauk yang amat menyelerakan.

    Selesai menikmati juadah makanan, kami telah berkumpul di dataran SK. Dusun bagi sesi

  • 8/12/2019 Laporan Penuh Big Fasa 5

    3/4

    fotografi dan penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah SK. Dusun yang telah sudi

    menerima kunjungan kami dan telah melayan kami dengan sebaik mungkin. Dengan

    berakhirnya sesi penyampaian cenderahati dan sesi fotografi, maka berakhirlah program ini.

    Guru Besar SK. Dusun, Pn Nurani Binti Lebai Abdul berasa amat bersukur dengan

    program yang telah dijalankan. Ini kerana, melalui program seperti ini, beliau percaya akan

    membuka mata setiap guru pelatih dan sedikit sebanyak memberi pengalaman yang berguna

    kepada guru pelatih sewaktu praktikum mahupun sewaktu dipostingkan nanti. Beliau juga

    berharap agar hubungan SK Dusun dan IPG Kampus Dato Razali Ismail dapat diteruskan ke

    masa hadapan dan berharap agar banyak lagi program-program antara IPG dan SK. Dusun

    dilaksanakan.

    Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah kerana telah

    mengizinkan kami untuk melaksanakan program ini, kami telah berkesempatan untuk menimbailmu yang amat berharga yang mungkin tidak diperoleh dalam bilik kuliash. Ribuan terima kasih

    juga diucapkan kepada pensyarah pengiring dan pembimbing serta tutor kami iaitu, Pn Siti

    Rahimah Binti Hamat@Mamat dan Cik Salma Binti Abdul Razak yang telah banyak memberi

    input dan bimbingan sewaktu melaksanakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada warga

    SK. Dusun yang telah memberikan layanan yang mesra kepada kami dan pendedahan yang

    begitu berfaedah kepada kami sebagai bakal guru.

    Akhir kalam, diharap program sebegini akan diteruskan lagi untuk memberikan peluang

    dan pengalaman yang berguna kepada bakal-bakal guru supaya dapat dijadikan azimat

    sewaktu bergelar seorang guru di masa akan datang. Sekian terima kasih.

    Disediakan Oleh,

    .

    (MUHAMMAD ZAFIK IKHWAN BIN ZAMRI)

    Ahli Jawatankuasa Laporan dan Dokumentasi,

    Program Bina Insan Guru Fasa 5

  • 8/12/2019 Laporan Penuh Big Fasa 5

    4/4