Laporan Lengkap Big Fasa 3
-
Upload
yeit-fong-tan -
Category
Documents
-
view
195 -
download
1
Transcript of Laporan Lengkap Big Fasa 3
LAPORANBINA INSAN GURU FASA III
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATBINA INSAN GURU FASA III
ANJURAN :
KUMPULAN PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)AMBILAN NOVEMBER 2011
TARIKH :22 DISEMBER 2011
HARI :KHAMIS
AKTIVITI :
LAWATAN SAMBIL BELAJAR MENGIRINGI ANAK-ANAK RUMAH AMAL PERMATA KASIH KE :
TOY MUSEUM –TANJUNG BUNGA
MUZIUM PERHUTANAN TAMAN RIMBA – TELOK BAHANG
AKUARIUM INSTITUT PENYELIDIKAN PERIKANAN- BATU MAUNG
PENSYARAH :
EN. ROSLI BIN AB. RAZAKPENYELARAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
PN. JAFIZAH BINTI JAAFARPENSYARAH TUTOR
DISEDIAKAN OLEH :
TAN YEIT FONGNO K/P : 710325-07-5008
0
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1.0 BIODATA DIRI 2
2.0 SEKAPUR SIREH 3
3.0 PENDAHULUAN 4
4.0 MATLAMAT 5
5.0 OBJEKTIF 6
6.0 LAPORAN REFLEKSI
6.1 LAPORAN AKTIVITI 7-9
6.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 10-11
( SWOT )
7.0 PENILAIAN KENDIRI 12-14
8.0 LAPORAN BERGAMBAR 15-19
9.0 LAMPIRAN
9.1 SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM 20
9.2 ORGANINSASI PORGRAM 21-23
9.3 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM 24
9.4 SENARAI NAMA ANAK-ANAK RUMAH AMAL 25
PERMATA KASIH
9.5 PERBELANJAAN BIG FASA III 26
9.6 BROSUR PROGRAM 27-28
1
BIODATA DIRI
NAMA PENUH : TAN YEIT FONG
TARIKH LAHIR : 25/03/1971
NO.KAD PENGENALAN : 710325-07-5008
E-MAIL : [email protected]
NO. TELEFON : 012-4257186 , 05-7162285
TEMPAT BERTUGAS : SK PERMATANG TOK MAHAT,
14300 NIBONG TEBAL
KURSUS : PGSR-MATEMATIK COHORT 2
NOVEMBER 2009
2
Bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi kekuatan dan melindungi saya dan
semua rakan PGSR ambilan 2009 dalam melaksanakan Program Bina Insan Guru
Fasa llI dengan jayanya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam program BIG ini. Dengan kerjasama dan sokongan dari
semua pihak maka program ini dapat dilaksanakan dengan sempurnanya.
Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada Puan Jafizah bt Jaafar
selaku penasihat dan pensyarah tutor kami kerana beliau banyak meluangkan masa
dan tenaga dalam membimbing kami serta memberi idea-idea yang bernas dalam
membantu kami sepanjang perancangan dan perlaksanaan program BIG III. Saya
meminta kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekasaran bahasa atau kesilapan
yang telah saya lakukan sepanjang program ini.
Akhir kata, Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang
diperoleh pada program ini agar kita dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
sehingga dapat melahirkan anak Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang
kelak.
Sekian terima kasih.
3
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang dirangka oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diwajibkan
kepada semua guru pelatih yang terpilih untuk mengikuti kursus perguruan dan
telah mula dilaksanakan sejak 2001.
Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu
didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri, semangat kerjasama,
nilai dan akhlak murni serta memberi pengetahuan selaras dengan pelaksanaan dan
perkembangan program.
4
Menjalankan aktiviti khidmat masyarakat lawatan sambil belajar di
sampingmemberi motivasi kepada anak-anak Rumah Amal Permata
Kasih.
Menanam sifat penyayang dan prihatin terhadap mereka yang kurang
berkemampuan seperti anak-anak Rumah Amal Permata Kasih.
Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab
dalam menjalankan tugas.
Memperkasa jati diri dan peribadi guru yang lebih mantap dan jitu.
5
Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:
1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran
agama;
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan dan masyarakat setempat;
3. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial;
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal
serta perpaduan masyarakat;
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan
berkesan ;
6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insane berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian; dan
7. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran menguruskan dan
mengendalikan sesuatu program dengan baik.
6
6.0 LAPORAN REFLEKSI
6.1 LAPORAN AKTIVITI
A. PRA PERLAKSANAAN
Satu perjumpaan telah diadakan pada 23 Nov 2011, 8.30 malam di Blok
Akademik, IPG Kampus Pulau Pinang untuk membincangkan perlaksanaan
Program Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa III. Pengisian bagi Program BIG kali ini
meliputi aktivti-aktiviti khidmat kemasyarakatan yang mengambil masa selama
10 jam.
Perjumpaan ini telah dihadiri oleh semua peserta kursus PGSR bersama-sama
dengan Puan Jafizah bt Jaafar selaku pensyarah mentor dan penasihat program
kali ini. Sepanjang perjumpaan ini, kami telah membuat perbincangan berkaitan
dengan:-
i. Aktiviti –aktiviti Program BIG Fasa llI
ii. Penetapan tarikh perlaksanaan
iii. Struktur organisasi program
iv. Briefing tentang tugasan setiap jawantankuasa kerja
v. Jadual perlaksanaan
Dari pengalaman yang kami peroleh semasa perlaksanaan program BIG Fasa II,
setiap jawatankuasa dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.
Sekali lagi, saya dipilih sebagai bendahari bagi program ini. Selain daripada
mengumpul wang untuk memberi sumbangan bagi melicinkan perjalanan
program, saya turut membantu ahli jawatankuasa makanan untuk menguruskan
pembelian makanan pagi anak-anak Rumah Amal Permata Kasih.
7
B. SEMASA PERLAKSANAAN
Kami berkumpul di Gelanggara IPG KPP untuk menunggu ketibaan 31 orang
anak-anak dari Rumah Amal Permata Kasih, Permatang Pauh pada pukul 7.30
pagi. Ahli jawatankuasa keselamatan diberi tanggungjawab untuk membawa
kanak-kanak tersebut ke Pulau Pinang. Puan Jafizah bt Jaafar merupakan
pensyarah iringan bagi program lawatansambil belajar ini.
Sebelum bertolak. Encik Azlan Shah bin Lockman dan Encik Muhammad Shukri
memberi taklimat ringkas tentang tentatif program tersebut. Kemudian disusuli
dengan slot pengambilan anak angkat dari kalangan kanak-kanak Rumah Amal
Permata Kasih.
Durratun Nafisah binti Faiz adalah anak angkat saya sepanjang program ini.
Saya bersempatan bersembang-sembang dengannya dalam perjalanan menuju
ke destinasi pertama kami iaitu Masjid Terapung, Tanjung Bunga. Dia
merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Nafisah bersama –
sama dengan kanak-kanak yang lain belajar di SK Jalan Baru, Permatang Pauh.
Dia adalah seorang budak perempuan yang agak pendiam pada mula kami
berkenalan akan tetapi lama-kelamaan dia menunjukkan kemesraan bersama
saya.
Setiba di destinasi, kanak-kanak diterangkan tentang asal usul masjid tersebut,
Kami berjalan-jalan untuk menikmati keunikan reka bentuk struktur bangunan
serta kecantikan hiasan yang terdapat dalam masjid berkenaan. Sebelum
meninggalkan Masjid Terapung, kami berkesempatan untuk mengambil gambar
secara beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.
Kami meneruskan perjalanan ke Toy Museum. Tempat ini merupakan tempat
yang digemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Ia mempamerkan kebanyakan
besar alat permainan atau patung-patung yang berada di pasaran. Nafisah
menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama dia melihat anak-anak patung
yang digemari iaitu “ Barbie” dan watak dari “Disney Cartoon” yang bersaiz
besar. Kami berada di muzium tersebut selama 30 minit.
8
Destinasi yang seterusnya ialah Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan di Batu
Maung. Akuarium ini menyimpan pelbagai spesis hidupan laut yang terdapat di
kawasan perairan Malaysia. Selain daripada mlihat kecantikan dan keajaiban
hidupan laut, kanak-kanak juga boleh menambah pengetahuan mereka berkaitan
dengan membaca penerangan yang ringkas mengenai spesis
kerkenaan.Sebelum meninggalkan akuarium, kesemua anak angkat menerima
cendera mata daripada ibu angkat atau bapa angkat masing-masing.
Akhir sekali, kami semua menikmati makanan tengah hari di pinggiran pantai
berdekatan dengan Queensbay Mall. Anak-anak makan dengan penuh selera
sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Pada pukul 2.30 petang,
kami mengucapkan selamat tinggal dengan anak-anak Permata Kasih dan
lawatan ini meninggalkan kenangan manis kepada saya bersama dengan
mereka.
9
6.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ( SWOT )
Strength (Kekuatan)
Para peserta kursus PGSR merupakan guru yang berpengalaman dalam
menguruskan program lawatan sambil belajar sama ada secara langsung
atau tidak langsung semasa bertugas di sekolah. Pengalaman ini membantu
kami sepanjang program ini dirancang dan dijalankan. Kelancaran program
membolehkan anak-anak dapat menimpa pengetahuan tambahan di
samping makan angin di tampat perlancongan yang menarik di Pulau
Pinang. Selain itu, kami juga mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada
Pn Jafizah agar pengisian program adalah bersesuaian dengan matlamat
kami.
Weakness (Kelemahan)
Masalah kekangan masa merupakan kelemahan bagi program BIG kali ini.
Anak-anak cuba sempat singgah di sesuatu temapat selama lebih kurang
setengah jam saja. Terutamanya mereka tidak berpeluang untuk membaca
kesemua info bagi hidupan laut di akuarium. Anak-anak Permata Kasih tidak
sempat melawat lain-lain tempat yang menarik di Pulau Pinang seperti
Muzium Perhutanan Taman Rimba, Taman Rama-rama dan Bukit Bendera.
Opportunity (Peluang)
Pengalaman melaksanakan program ini telah membuka peluang kepada
kami untuk menganjurkan program khidmat masyarakat dan program
lawatan sambil belajar yang menarik serta mampu memberi manfaat kepada
murid pada masa akan datang.
10
Threat (Halangan)
Halangan program ini adalah kesuntukan masa. Input-input yang diberi di
setiap destinasi hanya sekadar pengenalan asas sahaja. Masalah
kewangan menyebabkan kami tidak mampu membawa mereka melawat
tempat perlancongan yang menarik kerana tempat berkenaan memerlukan
tiket kemasukan yang agak mahal seperti Bukit Bendera dan Taman Rama-
rama. Tambahan pula, kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang menyebabkan
kami memilih tempat-tempat lawatan yang berada berdekatan sahaja.
11
7.0 PENILAIAN KENDIRI
Saya berasa bersyukur kepada Tahan kerana berpeluang mengikuti Program
Bina Insan Guru fasa llI ini. Program Bina Insan Guru ini dijalankan dengan
tujuan memupuk kesedaran para guru tentang kepentingan khidmat
kemasyarakatan, sikap bekerjasama antara satu dengan lain dalam satu
pasukan di samping memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan dan
memupuk nilai komuniti dalam diri individu. Ini merupakan kali pertama saya
membawa kanak-kanak bukan anak murid sekolah mengikuti program lawatan
sambil belajar.
Program BIG kali ini kami telah membawa anak-anak Rumah Amal Permata
Kasih melawat beberapa tempat menarik di Pulau Pinang.Oleh kerana kesemua
anak-anak Permata Kasih adalah murid sekolah rendah maka para ahli
jawatankuasa memilih lokasi lawatan yang diminati oleh mereka agar mereka
berasa seronok di samping mempelajari sesuatu sepanjang lawatan. Lokasi
pilihan kami ialah Masjid Terapung dan Toy Museum di Tanjung Bunga dan
Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan di Batu Maung.
Dari awal perancangan hingga ke hari perlaksanaan program , semua ahli dalam
setiap jawatankuasa kerja telah menunjukkan semangat bekerjasama dan
member komitmen yang sungguh tinggi semasa membuat persiapan. Walaupun
kami menghadapi masalah kekangan masa namun segala tugasan serta
tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya
selaku bendahari program bergabung tenaga dengan AJK makanan dan
cenderamata untuk menjelaskan bayaran makanan dan cenderamata bagi
kanak-kanak Permata Kasih. Saya juga membatu Encik Mohd Izham dalam
urusan pembayaran tiket-tiket kemasukan ke Toy Musuem dan Akuarium Institut
Penyelidikan Perikanan. Wang yang digunakan merupakan sumbangan
daripada semua ahli jawatankuasa program.
12
Kami bersama-sama membantu menjaga anak-anak Permata Kasih yang juga
merupakan anak angkat kami pada hari berkenaan. Keselesaan dan
keselamatan mereka merupakan tanggungjawab kami yang utama pada hari
tersebut. Daripada reaksi, senyuman dan suara gelak para kanak-kanak, kami
berasa objektif kami memang tercapai.
Dalam tempoh masa selama beberapa jam ini, saya dapat berkenalan dengan
Nafisah secara lebih lanjut. Dia telah bersembang dengan saya tentang keluarga
yang yang jauh di Pulau Langkawi dan kehidupannya di rumah amal, Dia hanya
sempat bersama keluarganya sebanyak tiga kali dalam setahun. Sikapnya yang
introvert menyebabkannya kurang mesra dengan kanak-kanak yang lain di
rumah amal mahupun di sekolah. Memandangkan keadaan ini, saya telah
memberi nasihat dan galakan yang positif terhadapnya agar lebih berhati terbuka
untuk menerima kawan-kawan yang lain. Secara tidak langsung prestasinya
dalam bidang akademik yang akan turut meningkat kerana mereka boleh
membantu antara satu sama lain dalam pelajaran.
Hasil daripada perbualan saya denga Nafisah , saya rasa guru-guru di sekolah
perlu lebih prihatin terhadap keperluan anak murid mereka dan mendekati jiwa
mereka dari segi kekeluargaan dan emosi. Ini adalah kerana pencapaian dalam
pelajaran berkaitan rapat dengan latar belakang keluarga .Guru perlu lebih sabar
dan bersifat penyayang ketika berurusan dengan mereka yang beremosi dan
bermasalah agar perasaan mereka tidak tersinggung dan terasa selamat.
Keadaan ini akan membawa mereka berjumpa dengan kita jika mereka
menghadapi masalah.
13
Kesimpulannya,banyak pengalaman dan cabaran telah saya hadapi sepanjang
program ini dijalankan. Program ini sebenarnya memberi saya peluang untuk
membina sifat-sifat pendidik dan pemimpin yang penting dalam diri untuk
menjadi seorang guru berdedikasi dan cemerlang .
Disediakan oleh,
Tan Yeit Fong
710325-07-5008
14
8.0 LAPORAN BERGAMBAR
.
Menunggu ketibaan anak-anak Rumah Amal Ucapan Aluan & Taklimat Rombongan
Mengambil anak-anak Rumah Amal sebagai Anak angkat : Darratun Nafisah bt Faiz
anak angkat
15
Dalam perjalanan ke masjid Terapung
Tanjung Bunga
DESTINASI 1 : MASJID TERAPUNG, TANJUNG BUNGA
Tiba di Masjid Terapung Anak-anak bergambar di pintu masuk Masjid Terapung
Kenangan manis di Masjid Terapung Pemandangan di sebelah Masjid Terapung
16
Bergambar secara beramai-ramai dengan semua anak-anak Rumah Amal Permata Kasih
DESTINASI 2 : TOY MUSEUM, TANJUNG BUNGA
Berurusan di kaunter pembelian tiket Menunggu giliran untuk mssuk ke dalam muzium
Kami bergambar bersama Shrek Hebat sungguh kungfu saya, u..,u.., uh…..
17
Nafisah bergambar dengan watak Sungguh anggun pakaian anak-anak patung kesukaannya
DESTINASI 3 : AKUARIUM INSTITUT PENYELIDIKAN PERIKANAN, BATU MAUNG
Akuarium Institut Penyelidikan Anak-anak beratur di pintu masuk akuarium Perikanan
Membeli cenderamata bagi Nafisah Bergambar untuk dijadikan kenangan
18
Melangkah dengan berat untuk meninggalkan akuarium……..
DESTINASI 4 : PINGGIR PANTAI
Bersedia untuk makan tengah hari selepas penat melawat ke beberapa tempat yang menarik
19
LAMPIRAN9.1
SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU FASA III
20
9.2
ORGANISASI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
BINA INSAN GURU FASA III
KUMPULAN PGSR MATEMATIK ( AMBILAN NOVEMBER 2009 )
21
PENAUNG
TN HAJI KHALID BIN HAJI AHMAD
PENYELARAS
ENCIK ROSLI BIN AB RAZAK
PENASIHAT / PENSYARAH TUTOR
PUAN JAFIZAH BINTI JAAFAR
PENGERUSI
AZMAH BINTI AWANG AHMAD
NAIB PENGERUSI
SARIMA BINTI ISHAK
SETIAUSAHA
KOMATHY A/P RAJA MOGAN
BENDAHARI
TAN YEIT FONG
AHLI JAWATANKUASA
TUGASAN KHAS
MOHD IZHAM BIN ABD HAMID
22
TAKLIMAT ROMBONGAN
MIOR AZHAR BIN ABD HALIT
AZLAN SHAH BIN LUCKMAN
PENGANGKUTAN
ROSLAN BIN YAAKUB
KESELAMATAN
MOHD SHUKRI BIN SAMSU
RABIYAH BINTI IBRAHIM
ROSMAWATI BINTI MUHAMMAD
DOKUMENTASI
MOHD SHAHNON BIN YUSOFF
SALINA BINTI SAMINGON
LAPORAN KESELURUHAN
KU ABD FITRI BIN KU ABDUL HALIM
KOMATHY A/P RAJA MOGAN
NORHAYATI BINTI OTHMAN
SARVESWARI A/P SINNASAMY
NOR ATIZAH BINTI JAP
REFLEKSI( TEMPAT LAWATAN )
SUHAINI BINTI SAMSUDIN
WAHIDA BT IBRAHIM
CHANDRALEKHA A/P KALAIMUTHO
23
MAKANAN
ZAITY AKHTAR BINTI DIN
SALWA BINTI ISMAIL
PERALATAN
ZARINA BINTI ZAKARIA
SITI HAMIDAH BINTI SHAHARUDDIN
CENDERAMATA / HADIAH
ROSILAWATI BINTI IDRIS
MOTIVASI & AKTIVITI SELINGAN
ZARINA BINTI ABDUL WAHAB
NORIHAN BINTI AWANG CHA
WAN ZARAINEE BINTI WAN JUSOH
9.3
JADUAL PROGRAM BINA INSAN GURU FASA III :
24
MASA TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi Berkumpul di Gelanggara IPG Kampus Pulau Pinang
8.15 – 8.30 pagi Ucapan Aluan & Taklimat Rombongan
8.30 pagi Bertolak ke Toy Museum di Tanjung Bunga
9.00 pagi Peserta tiba di Toy Museum Tanjung Bunga
9.10 – 10.10 pagi Melawat Toy Museum & Motivasi (Pengisian Aktiviti BIG)
10.30 pagi Bertolak ke Muzium Perhutanan di Taman Rimba
11.00 – 12.30 tgh Melawat di Muzium Perhutanan & Motivasi (Pengisian Aktiviti BIG)
12.40 tgh Bertolak ke Masjid Terapung Tanjung Bunga
1.00 – 2.30 ptgBerehat, makan, solat, motivasi dan aktiviti selingan (mewarna)
(Pengisian Aktiviti BIG)
2.30 ptg Bertolak ke Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan di Batu Maung
3.00 ptg Tiba di Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung
3.15 – 5.00 ptg
Melawat Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung & Motivasi
(Pengisian Aktiviti BIG)
5.15 – 5.30 ptg Ucapan Penutup Kepada Anak-anak Rumah Amal Permata Kasih
5.30 – 6.00 ptg Peserta bertolak pulang ke IPG Kampus Pulau Pinang
9.4
SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL PERMATA KASIH
25
PENAUNG :1. ENCIK WAN MUHD SHAHRUN BIN WAN MUHD NASIR2. PUAN SUBIHA BINTI SAFAR
BIL. NAMA MURID UMUR NO SIJIL LAHIR
1 MOHD RAFIQ B. NAJMUDDIN 6 BN686742 MUHAMAD ZAHID B. ROSLI 6 Tiada surat beranak3 FAKHRUL ROZI BIN ROSLI 7 Tiada surat beranak4 SAFWATUL AISYAH BT. FAUZI 7 040820-07-04905 MUHAMMAD ATUF SYAHMI B ANUAR 7 Tiada surat beranak6 FATHAYAH BT ROSLAN 7 BK366007 DURRATUN NAFISAH BT FAIZ 8 BY163238 NURUL AJIBAH BT NAJMUDIN 8 BC304159 WARDATUL ASMAYATIMI BT MOHD
ANUAR8 Tiada surat beranak
10 MUJAHID B. ROSLI 9 AX3743211 NOR AQILAH BT MOHD ROSLAN 9 BA7540912 NOR ADAWIAH BT NOR AZMAN 9 Tiada surat beranak13 SALIMAH BT. FAUZI 9 BA7813014 MOHD GHOLIB B. MOHD SYUKRI 10 AU9645415 MOHD AMRULLAH B. NAJMUDDIN 10 AV6471316 AHMAD ZIYAN B. MOHD ANUAR 10 AR5214317 MOHD JAFNI B. JALIL 10 011220-07-036318 MOHD JUNDULLAH B FAUZI 10 01012019 OTHMAN B AHMAD 10 AU6695620 ULFAH BT ROSLI 11 Tiada surat beranak21 MUHD MIQDAD B.ROSLI 11 AR4811722 MUHD RAFIQ B. AZIZ 11 AF1416123 UMMU ATIYYAH BT MOHD SOKERI 11 AQ3484724 MOHD USAMAH B. AHMAD 12 AL5489225 ABDUSSYAKIR BIN FADHIL 12 AN2914926 UMMU HABIBAH BT NAJMUDDIN 12 AN7379627 NOR AZWANI BT AZMAN 12 Tiada surat beranak28 SITI AISYAH YATIMI BT MOHD ANUAR 12 Tiada surat beranak29 MUHD ATHIR B. ROSLAN 12 AL5140530 ALFATIH B ISMAIL 12 AN2593631 SHAMIMI BT JALIL 12 AL51615
# 2 ORANG KANAK-KANAK TIDAK DAPAT HADIR
9.5 PERBELANJAAN BIG FASA III
26
BINA INSAN GURU FASA IIIKUMPULAN PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PGSR)AMBILAN NOVEMBER 2009
Anggaran Perbelanjaan BIG Fasa III
Bil Jenis Perbelanjaan Kuantiti Harga Seunit
Jumlah
1 Roti 33 RM 0.70 RM23.10
2 Air Mineral 33 RM 0.80 RM 26.40
4 Key Chain 33 RM 1.50 RM 49.50
Jumlah Perbelanjaan RM 99.00
27