Laporan Penuh Debat ICT - Sidang B
-
Upload
plpictimatec -
Category
Documents
-
view
584 -
download
6
Transcript of Laporan Penuh Debat ICT - Sidang B
LAPORAN DEBAT MODUL PENGURUSAN ICT
SIDANG BDPA 1/2010
Dokumen mengandungi laporan debat bagi 7 kumpulan dari Sidang B yang merupakan salah satu program di bawah Modul Pengurusan ICT
4 Jun 2010
Bilik Mutiara 4& 5, INTAN Bukit Kiara
2
ISI KANDUNGAN
LAPORAN KUMPULAN 1........................................................................................................................2
LAPORAN KUMPULAN 2........................................................................................................................6
LAPORAN KUMPULAN 3......................................................................................................................10
LAPORAN KUMPULAN 4......................................................................................................................11
LAPORAN KUMPULAN 5......................................................................................................................13
LAPORAN KUMPULAN 6......................................................................................................................16
LAPORAN KUMPULAN 7......................................................................................................................19
LAPORAN KUMPULAN 1
Kumpulan Debat : KUMPULAN 7
Tajuk Debat : Penggunaan ICT dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan
Pelapor : KUMPULAN 1
1. Puan Nursiah Binti Abas (R1) – Kumpulan Pencadang2. Encik Abdul Aziz Halimi Bin Abdullah (R2) – Kumpulan
Pembangkang
KETUA PENCADANG
1. Masyarakat mendambakan perkhidmatan yang bukan sahaja efisien dan efektif malah mudah dan pintar. Ini bagi memastikan rusan harian dapat dilaksanakan melalui hujung jari tanpa pembaziran masa dan tenaga.
2. Penggunaan ICT dapat meningkatkan system penyampaian perkhidmatan awam.
3. Memberi definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
4. Menyatakan hujah-hujah yang akan dikupas oleh pihak pencadang iaitu:
4.1 Keberkesanan dan kecekapan penggunaan ICT;
4.2 Komunikasi berkesan melalui penggunaan ICT; dan
4.3 Penambahbaikan reputasi dan peningkatan prestasi melalui penggunaan ICT.
PENCADANG 1:
1. Membidas hujah Ketua Pembangkang dengan menyatakan bahawa Facebook adalah efektif kerana dapat merapatkan jurang di kalangan pengguna Internet dan menjimatkan masa.
2. Menyatakan bahawa melalui penggunaan ICT dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kerana ia dapat memendekkan tempoh masa. Contohnya tempoh pelaksanaan memproses sesuatu urusan dapat dijimatkan di Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Negara.
2
PENCADANG 2
1. Mengupas mengenai Komunikasi Berkesan ; kebolehcapaian yang mudah kepada kerajaan.
2. Memberikan contoh seperti berikut:
2.1 Talian Kerajaan (e-Government) boleh menyemak senarai nama calon PLKN, semakan keputusan peperiksaan USM; dan
2.2 Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan laman Facebook yang khusus untuk masyarakat memberikan komen dan cadangan serta aduan terus kepada beliau.
PENCADANG 3
1. Menyentuh berkenaan Teras Misi Nasional RMK 9 di bawah Teras Kedua ; Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk minda kelas pertama.
2. Penggunaan ICT dapat meningkatkan sistem, penyampaian perkhidmatan kerajaan.
PENCADANG 4
1. Mengulas mengenai matlamat organisasi dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan memenuhi ekspetasi pelanggan.
2. Mengubah persepsi rakyat atau pengguna mengenai perbezaan penyampaian dahulu dan kini.
SESI PENGGULUNGAN OLEH KETUA PENCADANG
1. Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 hanya akan terlaksana melalui pembinaan Negara maju yang menjadikan teknologi maklumat sebagai salah satu nadi pembangunan.
2. Kerajaan elektronik mampu mentransformasikan cara kerajaan distrukturkan dengan menghapuskan hierarki tertentu dalam agensi kerajaan.
3. Kerajaan elektronik berpotensi membentuk semula sektor awam dan mengubah perhubungan antara rakyat, sektor pernigaan dan pemerintahan
3
melalui komunikasi terbuka, penglibatan dan dialog terbuka dalam penggubalan polisi Negara.
KETUA PEMBANGKANG
Beliau menjelaskan usul yang akan di bawa oleh barisan pembangkang akan menjurus kepada lima (5) aspek iaitu :
(i) Rakyat(ii) Sistem(iii) Teknologi(iv) Profesional(v) Infrastruktur
Beliau hanya sempat menjelaskan berkaitan aspek Rakyat yang merangkumi penjawat awam dan masyarakat. Penjawat awam yang mendapat kebaikan hanya tertumpu kepada mereka yang berada di Bandar sahaja. Sesuatu penyampaian perkhidmatan sebenarnya boleh dilaksanakan walaupun tanpa penggunaan ICT.
PEMBANGKANG 1
Beliau tidak menyokong usul yang di bawa kerana pada hemat beliau, kos bagi penyediaan infrastruktur ICT pada permulaannya amat tinggi. Sehubungan dengan itu, beliau menekankan kepada Kajian Analisis Manfaat Kos perlu dilakukan supaya keuntungan yang akan dijana daripada sesuatu projek ICT akan melebihi kos perbelanjaan yang dilaburkan.
Selain itu, liputan kawasan yang terhad juga akan membataskan penyampaian perkhidmatan. Beliau mengutarkan contoh HRMIS yang hanya boleh dilakukan di pejabat sahaja.
PEMBANGKANG 2
Beliau menjurus kepada isu kekangan proses dan prosedur yang berkaitan dengan penggunaan sistem yang tidak mesra kepada pengguna yang antara lain memberikan maklumat yang tidak tepat dan tidak sampai kepada pengguna. Isi kandungannya juga kadang kala sukar difahami dan kompleks untuk difahami oleh setiap lapisan masyarakat.
Selain itu, pertindihan sistem juga berlaku. Beliau memberikan contoh SPP II yang diguna pakai oleh sesetengah agensi, sedangkan JKR menggunakan SKALA.
4
PEMBANGKANG 3
Kerajaan pada masakini lebih menekankan kepada penggunaan komponen teknologi seperti computer dan server. Pada hemat beliau, ini adalah tidak memadai jika aspek sumber,prasarana,kakitangan terlatih, latihan efektif dan sokongan pengurusan tidak dioptimumkan dan digunakan sepenuhnya.
PEMBANGKANG 4
Beliau menjelaskan bahawa wujudnya jaringan maklumat yang tidak selamat daripada ancaman virus dan penggodam. Selain itu, kekurangan aktiviti pengemaskinian maklumat seperti informasi yang tidak terkini dan semasa serta maklumat yang tidak sahih telah menyukarkan lagi pengguna. Kejadian kerosakan laman web yang seringkali terjadi juga memburukkan keadaan dan menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
SESI PENGGULUNGAN KETUA PEMBANGKANG
Beliau mengusulkan dua (2) perkara iaitu :
(i) Pembangkang menegaskan bahawa mereka menolak seratus peratus (100%) usul berkaitan daripada aspek pelaksanaan
(ii) Pembangkang juga berjaya menghubungkaitkan hubungan bahawa ICT tidak menjamin sistem penyampaian kerajaan yang berkesan.
5
LAPORAN KUMPULAN 2
Kumpulan Debat : KUMPULAN 5
Tajuk Debat : Jaringan sosial sebagai media ilmu
Pelapor : KUMPULAN 2
1. Noor Hafizah bt Abu Bakar (R1) – Kumpulan Pencadang2. Khairun Nahri bt Mohd Radzi (R2) – Kumpulan
Pembangkang
KUMPULAN PENCADANG
1) Ketua Pencadang : Cik Erma Elliza binti Mohd Ramly
Latarbelakang penggunaan saluran sosial seperti Facebook amat meluas
digunakan di kalangan rakyat Malaysia untuk menukar pandangan dan berkongsi
maklumat.
Saluran sosial ini digunakan denga pelbagai tujuan seperti mendapatkan ilmu,
menjalankan perniagaan, bertukar pandangan dan politik (menerima pandangan
rakyat).
2) Pencadang 2 : Cik Syarah Zalieka binti Eallie
Saluran sosial digunakan untuk perkongsian ilmu pengetahuan, pembelajaran
dan dakwah.
Pelajar-pelajar universiti dapat memuaturunkan nota-nota kuliah melalui jaringan
sosial walaupun di luar waktu pembelajaran. Maklumat terkini juga mudah
diakses.
Umar Al-Khattab mengatakan supaya mengajar anak menggunakan saluran ilmu
yang baru kerana mereka tidak akan hidup sezaman dengan kita.
6
3) Pencadang 3 : En. Khairul Shahril bin Amin
Menyanggah Pembangkang 2 kerana hakikat saluran sosial digunakan dengan
begitu meluas di Malaysia.
Saluran sosial boleh digunakan bagi tujuan perniagaan sebagai saluran promosi
perniagaan yang murah dan cepat.
Pengusaha tempatan dan SME dapat mempromosikan barangan mereka pada
kos yang rendah.
Dapat menarik pembeli-pembeli dari luar dan dalam negara selain dapat
mempelajari ilmu dan teknologi terkini dari luar negara.
4) Pencadang 4 : Nur Amirah binti Mohamed Yatim
Membangkang bahawa saluran sosial digunakan untuk tujuan hiburan semata-
mata dan pihak pembangkang turut mempunyai akaun saluran sosial.
Saluran sosial mendapat sambutan yang meluas berbanding pembacaaan buku
tahunan yang kurang di kalangan rakyat Malaysia.
Dapat mempertingkatkan penggunaan Bahasa Inggeris. Penyumbang informasi,
seperti kertas-kertas kajian dan laporan, banyak daripada pihak Barat dan
bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris.
5) Pencadang 5 : Tengku Muhd Fariza bin Engku Muhd Din
Konsep dan definisi ilmu boleh dilihat melalui perspektif yang berbeza.
Jangan sempitkan pemikiran kerana ilmu boleh didapati melalui perkongsian
maklumat, pengalaman dan kepakaran dalam saluran sosial.
Pengguna juga dapat manfaat harga yang rendah dan berkualiti dalam
pembelian barangan kerana dapat membuat perbandingan harga dan kualiti
melalui saluran sosial.
7
6) Penggulungan : Cik Erma Elliza binti Mohd Ramly
Saluran sosial dapat dijadikan medium untuk berkongsi ilmu dan kenalan.
Pihak pembangkang tidak sepatutnya berada dalam pemikiran yang sempit.
Terdapat ramai jutawan yang lahir dari penggunaan internet dan saluran sosial
akan dapat meningkatkan lagi perkongsian maklumat di kalangan usahawan
tempatan dan antarabangsa.
KUMPULAN PEMBANGKANG
1) Ketua Pembangkang : En. Amien Arief bin Jamaludin
Jaringan sosial sediada tidak digunakan untuk tujuan yang baik hanya
digunakan untuk berseronok, blackmail, menyebarkan fitnah dan lain-lain.
Jaringan sosial bukan platform yang baik untuk menyebarkan maklumat dan
berkongsi ilmu. Cara yang terbaik ialah dengan perbincangan secara
bersemuka.
2) Pembangkang 2 :Cik Mary Tiong Tze Mei
Jaringan sosial ialah penyumbang utama kepada penyampaian maklumat
yang salah, maklumat palsu atau menyebelahi satu pihak sahaja.
Kajian Universiti Malaysia Pahang menyatakan mahasiswa lebih cenderung
untuk menyebarkan maklumat palsu, fitnah dan lain-lain.
3) Pembangkang 3 :Pn. Nor Ashikin bt. Mohd Azam
Jaringan sosial bukan media ilmu tetapi hanyalah sebagai jaringan untuk
berseronok, ini kerana maklumat yang disebarkan tidak berbentuk akademik.
Jaringan social hanyalah sebagai satu outlet untuk melepaskan emosi sahaja
Terdapat maklumat yang disebarkan dalam jaringan sosial berbentuk
akademik tetapi bilangannya amat sedikit.
8
4) Pembangkang 4 : En. Mohd Nazriq bin Lamien
Objektif utama pembangunan jaringan sosial hanyalah untuk tujuan sosial
sahaja, bukan untuk penyebaran ilmu atau maklumat berbentuk akademik.
5) Pembangkang 5 : Cik Saszren Hazrina bin Saary
Cara terbaik penyebaran maklumat dan perkongsian ilmu ialah secara
bersemuka.
Impak negatif; jaringan sosial menghakis nilai-nilai perhubungan, komunikasi
yang sebenar.
6) Hujah Penggulungan : En. Amien Arif bin. Jamaludin
Persoalan yang dikemukakan; Berapa ramaikah yang menggunakan jaringan
sosial ini untuk tujuan berdakwah?
Apakah kaitan jaringan sosial dengan industri kecil dan sederhana Negara?
Adakah perkongsian maklumat yang kononya dilaksanakan di dalam jaringan
sosial ini adalah perkongsian maklumat yang berkesan?
9
LAPORAN KUMPULAN 3
Kumpulan Debat : KUMPULAN 6
Tajuk Debat : Pembangunan sistem secara dalaman adalah lebih baik dari outsourcing
Pelapor : KUMPULAN 3
1. Mohd Fauzi b Aziz (R1) – Kumpulan Pencadang2. Noorzaliza bt Roslan (R2) – Kumpulan Pembangkang
SENARAI HUJAH PENCADANG
1. Selaras dengan tahun 2010 sebagai tahun inovasi malaysia
2. Kitaran proses perolehan yang rumit jika outsourcing
3. Memudahkan kawalan terhadap kualiti perkhidmatan
4. Tidak wujud risiko kebergantungan
5. Memupuk keberkesan komunikasi
6. Memenuhi keperluan sesebuah jabatan
7. Outsourcing mencalar kredibiliti penjawat awam
8. Menjamin aspek keselamatan data
SENARAI HUJAH PEMBANGKANG
1. Outsourcing dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi dari aspek
pembangunan ict
2. Outsourcing mewujudkan pilihan teknologi yang lebih fleksibel
3. Kekurangan kepakaran sektor awam maka perlu outsourcing
4. Tidak wujud risiko outsourcing kerana disokong oleh dasar keselamatan ict
negara
10
LAPORAN KUMPULAN 4
Kumpulan Debat : KUMPULAN 3
Tajuk Debat : Pembelian komputer adalah lebih menjimatkan dari penyewaan
Pelapor : KUMPULAN 4
1. Mohd Naizul Hasri b Naina Mohd (R1) – Kumpulan Pencadang
2. Marrianee Ak Jemlin (R2) – Kumpulan Pembangkang
Hujah-hujah pencadang:
1) Risiko kebergantungan
2) Mengoptimum sumber sedia ada
3) Hak milik kekal kerajaan
4) Mengurangkan risiko keselamatan
5) Mengurangkan risiko kos tersembunyi
Hujah-hujah pembangkang:
1) Penjimatan sumber tenaga manusia
- Sektor awam kekurangan tenaga juruteknik.
- Sekiranya berlaku masalah komputer, ini akan melambatkan dari segi
memperbaiki komputer.
- Dengan ini juga menyebabkan penyampaian perkhidmatan menjadi tidak
efektif dan lambat dan mencerminkan sistem perkhidmatan kerajaan yang
negatif.
- Dengan penyewaan, ini akan memudahkan kerana akan diserahkan pada
syarikat untuk membaikinya.
- Dengan penyewaan komputer juga, aspek pelanggan selalu diutamakan
dan sumber tenaga manusia dapat dijimatkan.
2) Kos
- Faktor kos diambil kira di mana melalui penyelenggaraan komputer.
11
- Melalui fakta kes di mana penyelenggaraan komputer dan server di SUK
Pahang telah mencecah sebanyak RM60,000 . Di mana satu jumlah nilai
duit yang cukup besar berbanding kos penyewaan komputer .
3) Masa
- Dengan kekurangan tenaga juruteknik, ini akan mengambil masa untuk
memperbaiki dan penyelenggara komputer sekiranya berlakunya
pembelian komputer.
4) Akal fikiran
- Dengan penyewaan, seseorang pegawai ICT lebih memfokuskan kepada
sesuatu kerja dan peranan beliau dan mengelakkan daripada kerencatan
idea dalam bidang ICT.
12
LAPORAN KUMPULAN 5
Kumpulan Debat : KUMPULAN 4
Tajuk Debat : Pengurusan bukan ICT tidak memerlukan pengetahuan teknikal ICT
Pelapor : KUMPULAN 5
1. Nur Amirah bt Mohamed Yatim (R1) – Kumpulan Pencadang2. Mary Tiong Tze Mei (R2) – Kumpulan Pembangkang
KUMPULAN PENCADANG
DAYANA BT MD ALI ( HUJAH PEMBUKAAN )
Seseorang yang berjawatan pengurus mampu menjadi pengurus ICT walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik dan pengetahuan dalam bidang ICT.Merujuk kepada Wikipedia, pengurus ialah mereka yang bertindak mengurus sesebuah organisasi. Terdapat 4 tugas utama yang penting iaitu merancang, mengurus, malaksana dan mengawal.Tambahan kemahiran yang turut penting merupakan kemahiran dalam bidang kewangan, sumber manusia dan pentadbiran.
MOHD NAIZUL HASRI BIN NAINA MOHD ( PENCADANG 1 )
Sistem perkhidmatan awam di Malaysia telah mewujudkan skim F sebagai skim yang menjalankan pengurusan ICT. Maka, kekangan tidak wajar diwujudkan lantaran kewujudan skim ini.Pengurusan ICT boleh dijalankan oleh mana-mana pihak. Ini kerana pengetahuan teknologi merupakan pengetahuan asas bagi semua pihak, malah pengetahuan umum teknologi seperti LAN, WiFi juga telah menjadi pengetahuan pihak pengurusan.
AHMAD SHUKRI BIN JAMALUDDIN ( PENCADANG 2 )
Semua jabatan dan agensi kerajaan telah memiliki Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja sebagai panduan kepada pengurus ICT dalam melaksanakan tugasnya. Surat Pekeliling Am Bil 1 Tahun 2009 iaitu Garis Panduan Mengenai Tatacara Pengurusan Teknologi telah dikeluarkan sebagai panduan dalam menjalankan tugasan.
13
Selain itu, Jawatankuasa Teknikal bertanggungjawab memberi nasihat kepada pengurus dalam bidang ICT dalam sebarang tindakan dan keputusan yang ingin diambil
ROZAIDATUL RAHIZAH BT AZMAN ( PENCADANG 3 )
Dalam era globalisasi, persaingan semakin pesat. Namun terdapat jalan alternatif yang boleh diambil iaitu melalui ‘outsourcing’ dalam usaha mengurangkan tenaga manusia seminima yang boleh serta meningkatkan efektiviti tenaga manusia Dengan cara ini sesebuah organisasi perlu meningkatkan usaha pengelolaan sesebuah organisasi secara efektif dengan menggunakan kemudahan dan sumber yang ada.
NOR AINNA BT MOHD ABDULLAH ( PENCADANG 4 )
Seorang pengurus perlu memfokuskan sasaran kepada objektif organisasi yang perlu dicapai. Pengetahuan ICT hanyalah merupakan ‘sub area’ yang boleh diserahkan kepada pihak teknikal lain seperti ‘outsourcing’ dan ‘hosting’.Contoh yang diberikan, di Pejabat Daerah. Objektif utama Pejabat Daerah adalah untuk membangunkan daerah tersebut dan bukannya membangunkan teknologi.
DAYANA BT MD ALI ( UCAPAN PENGGULUNGAN )
Seorang pengurus perlulah memiliki kemahiran lain yang lebih penting seperti kemahiran mentadbir dan mengurus berbanding kemahiran teknikal seperti ‘programming’ dan lain-lain. Seseorang masih boleh mengurus walaupun tiada latar belakang teknikal ICT.
KUMPULAN PEMBANGKANG
SORAYA MOKHTAR [20] ( HUJAH PEMBUKAAN )
Seseorang pengurus perlu mempunyai kemahiran ICT, perisian dan perkakasan aplikasi untuk mentadbir organisasinya.
MARRIANEE JEMLIN [16] ( PEMBANGKANG 1 )
Penjawat awam seperti skim PTD tergolong dalam pengurusan bukan ICT. Namun, mereka seringkali terlibat dalam kajian perolehan. Setiap pegawai yang menguruskan perolehan membuat kajian pasaran bagi memastikan harga
14
bekalan atau perkhidmatan yang hendak diperolehi adalah berpatutan dan menguntungkan kerajaan.
Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2009 mengenai garis panduan keselamatan sistem ICT. Seiring dengan Surat Pekeliling tersebut yang berkaitan dengan Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian dan Sistem ICT Sektor Awam, aspek keselamatan ICT harus diutamakan.
KHAIRUL AZAM MOHAMED ( PEMBANGKANG 2 )
Setiap pengurus tidak dapat elak daripada membuat keputusan, merancang, menganalisis, memimpin dan mentadbir. Mereka perlu mempunyai ilmu yang cukup dalam ICT untuk membolehkan mereka bertindak cekap dalam urusan pentadbiran.
Urusan penyelenggaraan ICT seringkali melibatkan kos yang tinggi. Kerajaan Malaysia telah membelanjakan 58 billion dollar dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan ICT. Dalam hal ini, sekiranya seseorang pengurus mempunyai ilmu yang mendalam mengenai ICT, kos perbelanjaan dapat dijimatkan.
Nur Aidawati Aziz ( PEMBANGKANG 3 )
Berdasarkan Birney E. Lai dalam seminar ICT Wilayah 2008, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, kemahiran teknikal ICT melibatkan pengetahuan asas mengenai pemasangan, perisian aplikasi, rangkaian komunikasi dan elemen teknologi digital.
Adalah tidak logik bagi seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi tidak mempunyai teknikal ICT sedangkan dalam konteks kini, kebanyakan sistem kerajaan menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT terutamanya untuk meningkatkan sistem penyampaian yang berkesan seperti e-kerajaan, e-perolehan, e-servis dan sebagainya.
NUR IZWAN ZAINAL ARIFFIN ( PEMBANGKANG 4 )
Pengurusan bukan ICT juga memerlukan pengetahuan ICT. Ini boleh dibuktikan dengan Modul Pengurusan ICT merupakan salah satu modul dalam Kursus Diploma Pengurusan Awam untuk melatih bakal-bakal pemimpin negara.
Pada zaman teknologi ini, kebanyakan pengurus yang membangunkan organisasi terdiri daripada pengurusan bukan ICT. Jadi tidak logiklah sekiranya mereka mentadbir tanpa pengetahuan ICT.
SORAYA MOKHTAR ( UCAPAN PENGGULUNGAN )
Kerajaan selalu menitikberatkan Attitude, Skill, Knowledge (ASK) untuk membangunkan modal insan dalam bidang ICT. Tanpa skill/kemahiran, seseorang pengurus itu tidak dapat buat keputusan yang terbaik.
15
Data center sesebuah organisasi perlu diwujudkan dan tidak wajar untuk hanya bergantung kepada outsource demi keselamatan ICT.
16
LAPORAN KUMPULAN 6
Kumpulan Debat : KUMPULAN 1
Tajuk Debat : Perundangan dapat mengekang jenayah siber
Pelapor : KUMPULAN 6
1. Nor Hasliza bt Ahmad (R1) – Kumpulan Pencadang2. Faizatul Aznah bt Md Norman (R2) – Kumpulan
Pembangkang
HUJAH-HUJAH PIHAK PENCADANG
1. Definisi jenayah siber dan klasifikasi
Jenayah siber merupakan jenayah komputer merujuk kepada jenayah yang
dilakukan dengan menggunakan internet sebagai medium untuk melakukan
jenayah dimana melibatkan hubungan yang terus antara komputer dengan
penjenayah berkenaan.
Klasifikasi Jenayah Siber
(i) Jenayah Harta Benda
(ii) Jenayah Manusia/ Individu
(iii) Keganasan Siber
2. Perkembangan jenayah siber di Malaysia
Nisbah kebarangkalian jenayah siber kini adalah 1:5 berbanding jenayah
pecah rumah iaitu sebanyak 1:30. Pada tahun 2007 sebanyak 1038 aduan
diterima diikuti dengan 2123 aduan pada tahun 2008 dan jumlah meningkat
kepada 3564 aduan pada tahun 2009. Peningkatan angka ini bukan
menggambarkan kegagalan perundangan sebaliknya menyebabkan
peningkatan kesedaran terhadap keselamatan siber. Oleh itu, pemantauan
secara berterusan perlu bagi memastikan jenayah berkenaan tidak meningkat
di luar kawalan.
17
3. Inisiatif kerajaan bagi mengekang jenayah siber di Malaysia
Globalisasi, dunia tanpa sempadan telah menyebabkan akses kepada
internet sukar dikawal. Antara akta/perundangan yang terlibat adalah:
(i) Akta Tandatangan Digital 1997
(ii) Akta Hakcipta (Pindaan) 1997
(iii) Akta Jenayah Komputer 1997
(iv) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(v) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
4. Keberkesanan pelaksanaan undang-undang di Malaysia
Perundangan dapat mengekang jenayah siber berdasarkan fakta bahawa
pada tahun 2004, sebanyak 355 kes dengan denda RM1.7 juta sudahpun
melalui pendakwaan.
5. Kesan/Implikasi sekiranya jenayah siber tidak dibendung
Kewujudan undang-undang siber menjadikan setiap rakyat Malaysia
berwaspada daripada terjebak dalam pelbagai jenayah siber seperti penipuan
wang secara “online” dan ancaman penggodam.
HUJAH-HUJAH PIHAK PEMBANGKANG
1. Dunia tanpa sempadan telah memungkinkan jenayah siber semakin berleluasa
disebabkan:
Peluang dan ruang yang luas (tanpa pengawasan/sekatan)
Penapisan internet tidak berjaya mengekang penularan jenayah siber
ekoran kepakaran individu dalam menafikan sistem penapisan tersebut
Contoh : Tiada penapisan internet diwajibkan di MSC Malaysia
2. Urusan pendakwaan bagi kes-kes jenayah siber sukar direalisasikan kerana
bukti yang sukar diperolehi. Selain itu, sesebuah Kerajaan tidak boleh
mengambil tindakan terhadap jenayah siber yang dilakukan dari luar Negara.
18
3. Tiada pengkhususan undang-undang yang jelas yang boleh diambil terhadap
penjenayah siber. Kesangsian rakyat terhadap pandangan sedia ada berkaitan
jenayah siber yang sukar dibendung akibat kelemahan sistem perundangan
dan penguatkuasaan sedia ada.
4. Dari aspek global dan hubungan antara Negara, telah terbukti bahawa telah
berlaku ketidakseragaman undang-undang antarabangsa berkaitan jenayah
siber ini antara satu Negara dengan Negara yang lain (Cross-border
jurisdiction). Contohnya, pendirian sesebuah Negara yang menetapkan
pencerobohan secara sah tidak boleh dilakukan ke atas individu kerana ia
dianggap sebagai mencabuli hak-hak asasi manusia.
5. Sikap individu yang sukar dikawal dan diubah menyumbang kepada
peningkatan kes-kes jenayah siber di Malaysia. Penguatkuasaan undang-
undang berkaitan tidak dapat mengekang masalah ini dari terus berleluasa.
19
LAPORAN KUMPULAN 7
Kumpulan Debat : KUMPULAN 2
Tajuk Debat : Penggunaan Open Office Organisation perlu dilaksanakan bagi menggantikan Microsoft Office di semua agensi kerajaan
Pelapor : KUMPULAN 7
1. Mohd Zamri b Ishak (R1) – Kumpulan Pencadang2. Farhana by Shabbdin (R2) – Kumpulan Pembangkang
Hujah Barisan Pencadang:
11) -Perkhidmatan Open Office menawarkan perkhidmatan yang lebih pantas
-Selain itu ia juga mudah digunakan dalam erti kata lain “user friendly”
12) -Negara maju seperti Sepanyol dan juga Sweeden telah lama menggunakan Open Office dan Malaysia seharusnya mencontohi langkah yang dilaksanakan
-Penggunaan Open Office juga dilihat dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM32 juta dan penjimatan ini dapat digunakan bagi sektor-sektor lain yang lebih memerlukan
13) -Pelaburan dibuat sekali sahaja sekiranya menggunakan Open Office dan lebih menjimatkan berbanding Microsoft Office. Open Office juga lebih mesra pengguna dan boleh digunakan bersama Linux dan Unix.
14) -Kerajan perlu sedia untuk menghadapi perubahan di mana “Business is not as usual”.
-Kelebihan Open Office adalah ianya lebih bernilai banding berbanding Microsoft Office. Sebagai contoh di dalam perkhidmatan kerajaan terutamanya di Bahagian Perolehan penggunaan Autocad memerlukan kepada aplikasi Open Office dan ianya tidak dapat dilakukan oleh Microsoft Office.
20
15) -Open Office adalah software yang berkualiti di mana ianya mempunyai kelebihan berbanding Microsoft Office.
-Penggunaan Open Office melibatkan Source Code di mana agensi kerajaan tidak perlu bergantung kepada satu syarikat sahaja. Manakala Microsoft Office dilihat memonopoli pasaran dan akan wujud masalah sekiranya syarikat gulung tikar.
Hujah Penggulungan Barisan Pencadang:
-Penggunaan Open Office lebih banyak kelebihan berbanding penggunaan Microsoft Office.
-Ianya lebih menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan fungsi-fungsi yang ditawarkan juga mesra pengguna
Hujah Barisan Pembangkang:
16) Kos latihan akan meningkat
- Microsoft Office lebih praktikal dari Power Point, Excel dan lain-lain
-Kebanyakan orang sudah kenal dan biasa dengan Microsoft Office
-Kenapa perlu membuang masa untuk mempelajari sesuatu yang baru
17) Aspek keperluan
- Open Office bukan sesuatu isu yang besar kerana sektor kerajaan telah lama menggunakan microsoft Office dan tidak menggunakan aplikasi lain yang lebih rumit seperti Linux, Java yang tidak digunakan secara menyeluruh
-Tidak diperlukan sangat pada masa kini
Paparan fungsi dan penggunaan
- Open Office lebih kurang sama dengan Microsoft Office
- Microsoft Office membangun dengan Microsoft Office 2003, 2007 dan yang terbaru Windows XP
- Adakah perlu untuk bertukar jika hampir sama
- Adakah dengan bertukar situasi akan bertambah baik
21
18) -Kajian perlu dijalankan sebelum menggunakan sesuatu produk
-Microsoft Office telah lama digunakan dan kenapa perlu bertukar
-Kesan pertukaran akan menyebabkan kurang kecekapan bekerja, kekok, urusan akan tergendala
- Bagaimana dengan nasib kumpulan sokongan
- Kos latihan akan meningkat
-Perisian Microsoft Office tidak sama dengan Open Office, banyak yang perlu di ”convert dan repair”
-Open Office RAM tinggi-komputer yang sedia ada adalah versi lama. Jadi bagi tujuan ini komputer baru perlu dibeli dan ini menambahkan lagi kos kepada kerajaan
19) Di mana letaknya nilai negara jika perisian yang digunakan boleh didapati di merata-rata di internet
-tiada “sense of copyright dan belonginess”
-memandangkan ia percuma, jadi tiada keperluan untuk membeli lesen dan sistem keselamatan
20) Sila tunjukkan satu ujian indikator yang membuktikan bahawa jika dengan penjimatan RM30j adakah perlu menggantikan segala sistem yang telah sedia ada
- Jika menggunakan sistem operasi yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja -keselamatan adalah tidak terjamin
Hujah Penggulungan Barisan Pembangkang:
Microsoft Office lebih relevan dari Open Office kerana :-
-Open Office meningkatkan kos latihan
-Lebih baik menggunakan aplikasi sedia ada
-Microsoft Office menyediakan latihan selepas perkhidmatan
-Open office tidak digunakan secara meluas
22
-Kos membeli komputer baru lebih mahal
23