LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf ·...

19
LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB i

Transcript of LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf ·...

Page 1: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

i

Page 2: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

ii

KANDUNGAN

MUKA SURAT 1. LATAR BELAKANG KUMPULAN 1 1.1 SOKONGAN & KELULUSAN PIHAK PENGURUSAN 1 1.2 KUMPULAN 1 1.3 PROJEK & KATEGORI 2 2. SIGNIFIKAN PROJEK DAN PEMBUKTIAN 2 2.1 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK 2 2.2 KAITAN DENGAN FUNGSI JABATAN 2 2.3 MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN & STAKEHOLDER 3 2.4 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL 4 2.5 KAITAN DENGAN KEADAAN & EKOSISTEM SEMASA 4 2.6 ANALISIS PENYELESAIAN 4 2.6.1 PEMBUKTIAN MELALUI ANALISIS DALAM PEMILIHAN MASALAH

4 – 5

2.6.2 KRITERIA PROJEK e-View BGB 6 2.6.2.1 KREATIF DAN INOVATIF 6 2.6.2.2 IMPAK POSITIF YANG TINGGI DAN MENYELURUH 6 2.6.2.3 PULANGAN NILAI TERBAIK 6 2.6.2.4 REPLIKASI 6 – 7 3. TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN 7 3.1 CADANGAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN 7 3.2 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN & PROTOTAIP 7 3.3 PEMBANGUNGAN PROTOTAIP & UJICUBA 8 3.4 PENGHASILAN & PELAKSANAAN PROJEK YANG BERIMPAK TINGGI

8 – 10

3.5 PERAKUAN DARIPADA PIHAK PENGURUSAN / IBU PEJABAT

10

3.6 PEMBUKTIAN MELALUI PEROLEHAN DATA 10 4. KEBERHASILAN PROJEK – OUTCOME PROJEK YANG DIJANGKA & PEMBUKTIAN

10

4.1 PENCAPAIAN OUTCOME 10 – 11 4.2 NILAI TAMBAH 11 4.3 KESAN JANGKA PANJANG KEPADA JABATAN 11 4.4 PEMBUKTIAN MELALUI DATA & SUMBER RASMI 12 – 13 4.5 KEBERHASILAN PROJEK – IMPAK PROJEK LUAR JANGKA & PEMBUKTIAN

13 – 14

4.6 PEMBUKTIAN MELALUI & SUMBER RASMI 14 5. POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK 15 5.1 TAHAP KETERSEDIAAN TEKNOLOGI / SISTEM / PROSES 15 5.2 TAHAP REPLIKASI / PENGKORMESIALAN 15 5.3 PENGGUNAAN SISTEM 15 LAMPIRAN 1 - 14 16 - 30

Page 3: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

iii

RINGKASAN EKSEKUTIF

Sistem e-View BGB merupakan satu inisiatif baharu mengurus permohonan Bayaran Ganti Belanja

(BGB) dari aplikasi manual kepada sistem elektronik. E-View BGB menggunakan aplikasi Microsoft

Access Database dan bahasa pengaturcaraan Visual Basic Application (VBA) Coding dan Macro.

Aplikasi e-View BGB ini telah mendapat kelulusan daripada Pengarah PERKESO Negeri Sabah dan

Cawangan Pemulihan dan Perkhidmatan Perubatan Ibu Pejabat untuk digunakan di peringkat pejabat

negeri. Unit ICT telah meluluskan penggunaan storage server yang berpangkalan di pautan

\\10.217.100.16\eviewBGB. Sistem e-View BGB juga telah didaftarkan di MYIPO.

Idea inovatif ini terhasil susulan daripada masalah yang dihadapi dalam mengendalikan tuntutan

BGB seperti merekod tuntutan, sukar menyemak status dan kedudukan fail tuntutan BGB Orang

Berinsurans (OB) / majikan, pertanyaan pelanggan yang terdiri daripada anggota PERKESO, OB,

majikan, waris lewat diberi maklumbalas serta jawapan yang diberikan tidak seragam, semakan proses

BGB ketika ini di seluruh Pejabat PERKESO diproses sepenuhnya secara manual. Secara purata

statistik penerimaan permohonan BGB di PPN Sabah adalah sebanyak 86 kes sebulan yang

dikendalikan oleh seorang kerani dan seorang penyelia sahaja. Rekod fail hanya boleh diakses oleh

kerani yang bertanggungjawab dan kebolehpercayaan laporan statistik juga boleh dipertikaikan kerana

data yang dijana adalah secara manual. Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya

boleh dimanipulasi sekiranya masih tiada rekod yang sistematik. Ini menyebabkan pemantauan kurang

efisyen dan proses semakan BGB tidak memenuhi ekspektasi pelanggan. Susulan dari itu, pejabat

sering menerima aduan berkaitan BGB kerana tidak dapat memberi maklumbalas yang tepat dan cepat

kepada OB, majikan atau waris. Isu ini secara tidak langsung akan menjejaskan imej PERKESO.

Sistem e-View BGB berfungsi sebagai penyimpanan Data Utama (Main Data Base) dan merupakan

idea asal daripada kumpulan PROSERVE. Oleh itu, Kumpulan PROSERVE mengambil langkah proaktif

membangunkan e-View BGB. Aplikasi ini dibangunkan oleh anggota dari Cawangan Faedah dan

Pemulihan tanpa melibatkan vendor luar serta tidak melibatkan sebarang kos tambahan bagi

memudahkan dan mempercepatkan proses tuntutan BGB. Fasa pembangunan e-View BGB terdiri

daripada tiga fasa iaitu; Fasa Pertama terdiri daripada pendaftaran, pemprosesan kes, pelaporan dan

pemantauan kes (Piagam Pelanggan). Fasa Kedua meliputi pemprosesan Tuntutan BGB (Borang

Pecahan Bil dan Memuatnaik dokumen BGB) dan notifikasi kepada pegawai untuk kes-kes dalam

tindakan. Fasa Ketiga yang merangkumi modul sistem pautan dengan Daftar Bayaran Kewangan dan

Pembayaran melalui Electronic Fund Transfer.

Page 4: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

iv

Dengan adanya e-View BGB proses dan semakan carian fail dapat dilakukan dengan pantas oleh

anggota di peringkat Pejabat Negeri Sabah. Ini dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan

penyampaian perkhidmatan, secara tidak langsung memudahkan tugasan anggota yang terlibat selari

dengan cabaran revolusi industri 4.0. Di samping itu, mendukung hasrat Malaysia Baharu yang

bermatlamatkan kesejahteraan rakyat selaras dengan Pelan Strategik PERKESO 2016 – 2020 teras 4

dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RM Ke-11) Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat.

Impak ketara dari penggunaan sistem e-View BGB dapat memberi nilai tambah kepada sistem

automasi PERKESO dari segi kecekapan memproses tuntutan BGB, menyokong transformasi digital

dan tata kelola pengurusan tuntutan faedah PERKESO. Meningkatkan motivasi anggota,

mengurangkan beban kerja manual, dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan stakeholder.

Page 5: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

1

1. LATAR BELAKANG KUMPULAN

1.1 Sokongan & Kelulusan Pihak Pengurusan Tertinggi Setiap Agensi Yang Terlibat

Penubuhan Kumpulan: 5 Februari 2018 (Rujuk Lampiran 1 & 2)

1.2 Kumpulan

Nama Kumpulan : PROSERVE

Nama Organisasi : Pertubuhan Keselamatan Sosial

Alamat : Wisma PERKESO, No.11 Jalan Sempelang

88100 Tanjung Aru,Kota Kinabalu,Sabah

No.Telefon : 088-517800

No.Faks : 088-245819

Tarikh : 5 Februari 2018

Bilangan Ahli : 5

Fasilitator : Pn. Salwati Abdul karim

Ketua Kumpulan : Pn.Mastika Binti Asmat

Timb.Ketua : En. Rais Bin Rajjing

Setiausaha : Pn. Ella Maria Binti Osman Ali

Timb.Setiausaha : Pn. Seronika Binti Jasnin

ICT : En. Fezzlick Bin Rusileh

Page 6: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

2

1.3 PROJEK & KATEGORI

Nama Projek : e-View BGB

Keterangan Projek : Penerangan tentang projek

Pernyataan Masalah : Kesukaran Menyemak Tuntutan Bayaran Ganti

Belanja (BGB)

Bidang Projek : Premier - Penyampaian Perkhidmatan

Kategori : ICT

Tarikh Siap Projek : 1 Jun 2018

Tarikh Daftar di MYIPO : 16.10.2018 (Rujuk Lampiran 3)

2. SIGNIFIKAN PROJEK DAN PEMBUKTIAN

2.1 Kriteria Pemilihan Projek

Kesukaran untuk mengenalpasti kedudukan dan status permohonan BGB OB kerana

dikendalikan oleh seorang pegawai kerani sahaja dan hanya dapat diakses pegawai tersebut

terutama bila pegawai tersebut berkursus / bercuti / tiada di pejabat.

Mengambil masa yang lama untuk membuat semakan terimaan tuntutan, status tuntutan dan

mengenal pasti lokasi fail tuntutan.

2.2 Kaitan Dengan Fungsi Jabatan

Projek e-View BGB yang dicipta bertepatan dengan Misi dan Fungsi Jabatan iaitu:-

2.2.1 Misi PERKESO

Memberi Perlindungan Keselamatan Sosial kepada Orang Berinsurans dan

Tanggungan Mereka menerusi Skim-Skim Keselamatan Sosial serta Memupuk

Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan demi Meningkatkan Kesejahteraan

Sosial Orang Berinsurans.

2.2.2 Fungsi PERKESO

Mentadbir dan menguatkuasakan AKSP 1969, Memupuk Budaya Penyayang dengan

memberi Perlindungan serta kesejahteraan kepada pekerja dan tanggungan mereka.

Sentiasa peka untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi pekerja

Page 7: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

3

Rajah 1

Rajah 3

Rajah 2

2.2.3 Hubungan Misi Dan Fungsi Jabatan Kepada Rasional Projek

2.2.4 Fungsi Utama Cawangan Faedah Dan Pemulihan

2.3 Memenuhi Kehendak Pelanggan Dan Stakeholder

2.3.1 Objektif utama projek ini adalah untuk memastikan tuntutan pelanggan dapat diproses

dengan cepat, tepat dan adil selaras dengan kehendak AKSP 1969, Peraturan-Peraturan

(AM) Keselamatan sosial Pekerja 1971, Arahan AKSP dan Pekeliling PERKESO.

2.3.2 Pertambahan tuntutan bayaran ganti belanja dari masa ke semasa dan pertambahan

produk seperti Skim Pekerjaan Sendiri dan Sistem Insurans Pekerjaan memerlukan

PERKESO mewujudkan satu sistem penyemakan permohonan yang mudah, cepat dan

tepat.

FHUS FHUK FOT ILAT PKT FPM PMLHN BGB

ELEMEN (MISI & FUNGSI)

•Perlindungan Keselamatan Sosial Kepada Orang Berinsurans dan Tanggungan

•Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Orang Berinsurans.

•Meningkatkan taraf sosial dan ekonomi pekerja

RASIONAL

•Memberikan perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi pelanggan

•Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan.

•Meringankan beban Orang Berinsurans dan Tanggungan bersama PERKESO Prihatin

Page 8: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

4

2.4 Kaitan Dengan Agenda Nasional

2.4.1 Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 – 2020

Projek ini juga memenuhi keperluan Rancangan Malaysia kesebelas (RM Ke-11) iaitu

Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat melalui peningkatan produktiviti dan kecekapan awam

di dalam penyampaian perkhidmatan dengan cepat di samping memantapkan integriti.

2.4.2 Tranformasi Malaysia Baharu

Tranfosmasi Malaysia Baharu adalah satu usaha membentuk masa depan Malaysia dinamik.

Dari sebuah Negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara Negara teratas di

tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi. Pembangunan sistem ini

adalah selaras dengan transformasi membina Negara memenuhi harapan, memperkasakan

perkhidmatan awam.

2.4.3 Dasar Kementerian Sumber Manusia

Prihatin – Memberi perlindungan keselamatan sosial untuk kesejahteraan pekerja, keluarga,

masyarakat dan Negara.

2.5 Kaitan Dengan Keadaan Dan Ekosistem Semasa

Projek e-View BGB yang dihasilkan ini dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana semakan

hanya melalui Sistem tanpa melibatkan pergerakan fail selaras dengan pelan strategik

PERKESO seperti di bawah ;-

2.6 Analisis Penyelesaian

2.6.1 Pembuktian Melalui Analisis Dalam Pemilihan Masalah

Kumpulan PROSERVE telah mengenalpasti masalah melalui kaedah Blue Ocean Strategy

(BOS). Kaedah ini mengesyorkan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam

mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah. Tools 7 ialah merupakan strategi canvas

Penyampaian yang pantas, tempoh masa dikurangkan.

•INISIATIF STRATEGI ( Transformasi Perkhidmatan menerusi Penjenamaan )

i) Penyampaian pantas dengan memberi maklumat serta merta.

ii) Mengurangkan tempoh menunggu kepada OB / wakil / majikan

•RESPON PROJEK ( KPI - Tempoh masa menunggu )

Page 9: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

5

(diagnostic & action framework) iaitu masalah yang telah dikenalpasti seperti jadual di

bawah :

Projek dipilih kerana melibatkan kos yang minima (low cost high impact), keupayaan

penyelesaian masalah adalah mudah dan pelaksanaannya tidak melibatkan agensi lain.

Projek ini juga tidak melibatkan perubahan kepada dasar jabatan dan ianya menepati

kehendak Pelan Strategik PERKESO 2016–2020 dalam pelan Teras 4 “Meningkatkan

Kesejahteraan Pelanggan”.

Hasil dari analisa strategi canvas BOS sebelum adalah seperti Canvas As it is;-

Ringkasan output analisa BOS (ERRC) adalah seperti rajah berikut :-

Analisa strategi canvas BOS selepas adalah seperti Canvas As to be;-

Nama Permasalahan Peratus

Rais Tiada Rekod Penerimaan BGB 70

Seronika Anggota Bertanggungjawab 50

Ella Masih rekod secara manual 85

Mastika Proses Kerja tidak seragam 60

Salwati Kesukaran untuk menyemak status permohonan BGB 40

Fezzlick Tiada Sistem (Pembangunan teknologi) 10

Rajah 6

Rajah 4

Rajah 5

Page 10: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

6

2.6.2 Kriteria Projek e-View BGB

2.6.2.1 Kreatif dan Inovatif

Semua anggota boleh akses dan mengenalpasti status permohonan BGB dengan

cepat, tepat dan seragam.

Kes-kes yang belum selesai boleh dipantau mengelak daripada keciciran kes.

Nilai Ciptaan (Value Creation): Bayaran cepat kepada OB / Waris / Majikan.

2.6.2.2 Impak Positif yang tinggi dan menyeluruh

Meningkatkan perkhidmatan PERKESO dan secara tidak langsung meningkatkan

kepuasan pelanggan.

Mengaplikasikan proses kerja secara automasi dan capaian maklumat dihujung jari

serta memenuhi cabaran revolusi Inovasi 4.0 (Digital Ekonomi) supaya PERKESO

mampu berdaya saing.

Mengurangkan ruang dokumentasi dan membantu proses EKSA.

Mengurangkan beban tugas anggota dan ini akan menjimatkan masa dan

meningkatkan produktiviti.

Penyampaian maklumat yang tepat dan telus dapat mengurangkan stress pelanggan

dan anggota .

Meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat (Work Life Balance) dan

apresiasi SEGAR.

2.6.2.3 Pulangan Nilai Terbaik

Menjimatkan masa dan kos operasi ( Low Cost High Impact ).

Menggunakan anggota dan sumber sedia ada.

Mengurangkan aduan pelanggan dalaman dan luaran.

Perkongsian data dan maklumat melalui sistem e-View BGB.

2.6.2.4 Replikasi

Sistem telah diguna pakai di Pejabat Negeri dan telah dipanjangkan ke CPP dan telah

mendapat kebenaran penggunaannya. (Rujuk Lampiran 4)

Berpotensi diseragamkan ke seluruh pejabat PERKESO kerana mempunyai proses

kerja yang sama dan mudah.

Page 11: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

7

Rajah 7

Rajah 9

3. TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

3.1 Cadangan Penyelesaian dan Pembuktian

3.1.1 Cadangan Penyelesaian

Menggunakan Metadologi Canvas Blue Ocean Strategy (BOS) iaitu melalui 6

langkah seperti berikut :-

3.1.2 Penyataan Saranan Output dan Outcome

Output Outcome Hasil kerja lebih teliti, teratur dan berkesan

Kepuasan Pelanggan dalaman dan luaran

Responsif kepada Orang Berinsurans / Waris / Majikan

Meningkatkan imej PERKESO selaras dengan moto PERKESO Prihatin, Melangkaui Ekspektasi Pelanggan Keutamaan Kami.

Perekodan lebih sistematik dan berkualiti

Cepat dan tepat

Mudah dicapai (diakses) Sistem penyampaian yang cekap dan berkualiti

Mengurangkan birokrasi Penjimatan masa

3.2 Pelan Tindakan Penyelesaian dan Prototaip

Rajah 8

Soal Selidik AnalisaCanvas

Graf As it Is Non

Customer(ERRC

Model)

Canvas Graf As to

Be

Page 12: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

8

3.3 Pembangunan Prototaip dan Ujicuba

3.3.1 Skype meeting bersama unit ICT pada 12.10.2018 (Rujuk Lampiran 5)

3.3.2 Gambar kaunter (TTT)

Latihan Train The Trainer telah dibuat pada anggota yang terlibat sebagai pengguna

dalam tempoh bulan Jun hingga September 2018 (Rujuk Lampiran 6)

3.4 Penghasilan dan Pelaksanaan Projek yang Berimpak Tinggi

Penghasilan dan pelaksanaan Projek e-View BGB sememangnya memberikan impak tinggi

kepada jabatan kerana dapat mempercepatkan semakan tuntutan dan menjimatkan masa

menunggu (Pelanggan) seterusnya meningkatkan imej PERKESO.

Impak signifikan terhadap pengurusan adalah dapat mengurangkan kos operasi dan

meningkatkan capaian menerusi kaedah automasi.

Bil Impak Sebelum Selepas

1

Penjimatan Masa - Proses semakan dapat dikurangkan (Rujuk Rajah 10 & 11) - Tempoh menunggu pelanggan dikurangkan

2

Penjimatan Bilangan Hari Proses Tuntutan (Piagam Pelanggan) - Sebelum menggunakan e-View BGB, permohonan BGB dapat diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. Selepas saja sistem ini digunakan pemprosesan BGB dapat dibuat dalam tempoh 7 hari dengan purata 1.7 hari.

10 10

10

20

PENJIMATAN MASA

GRAF PERBEZAAN MASA

REKOD MANUAL e-view BGB

MA

SA (

MIN

IT)

Page 13: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

9

73 113 75 93 65 70 69 63124 111

856

58 9846 56 42 84

39 51 64 45

586

0

500

1000

Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober Jumlah

Perbandingan Jumlah Terimaan dan Selesai Kes BGB bagi Tahun 2017 dan 2018 (Januari - Oktober)

Jumlah Kes Tahun 2017 Jumlah Kes Tahun 2018

Bil Impak Sebelum Selepas

3. Peningkatan produktiviti

- Selepas penggunaan e-View BGB produktiviti meningkat sebanyak 46.10% pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 dalam tempoh yang sama.

4 Semakan Status

- Pegawai Khidmat Pelanggan dan anggota lain mempunyai akses e-View BGB yang mana sebelum ini hanya mengharapkan seorang kerani BGB sahaja.

Kerani BGB

Semua Anggota

5 Kerani BGB bercuti/ Kursus/ Tiada di Pejabat - Sistem boleh diakses pada bila-bila masa oleh semua anggota.

Dihubungi semula/Tiada

akses Rekod

Semua Anggota

PROSES SEMAKAN STATUS SEBELUM DAN SELEPAS (E-VIEW BGB)

SEBELUM SELEPAS

Rajah 10

Page 14: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

10

PROSES KERJA SEBELUM DAN SELEPAS (E-VIEW BGB)

3.5 Perakuan daripada pihak Pengurusan / Ibu Pejabat :

Projek e-View BGB telah diluluskan dan diperakui oleh Pengarah PERKESO Negeri Sabah

pada 5 Februari 2018 dan email daripada Unit Kualiti dan Inovasi pada 31 Mei 2018. (Rujuk

Lampiran 7 dan 8)

3.6 Pembuktian melalui perolehan data.

Pembuktian data diperolehi daripada rekod-rekod manual kerani BGB. (Rujuk Lampiran 9,

10 dan 11)

4 KEBERHASILAN PROJEK – OUTCOME PROJEK YANG DIJANGKA DAN PEMBUKTIAN

4.1 Pencapaian Outcome (Dijangka)

4.1.1 Impak Strategi Pelaksanaan

In house Traning kepada anggota yang terlibat seperti Pegawai Khidmat

Pelanggan(Kaunter), Anggota Cawangan Faedah, Kewangan, Cawangan RTW.

Manual pengguna – diedarkan kepada semua anggota.

Sistem e-View BGB – di install ke semua komputer anggota.

Rajah 11

Page 15: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

11

Pengguna Sistem akan diperluas ke seluruh pejabat PERKESO Sabah menjelang

tahun 2019.

Keputusan Kaji Selidik keperluan sistem kepada setiap pejabat PERKESO (Rujuk

Lampiran 12 – Keputusan Terperinci).

Perkara Ya Tidak

Mempunyai sistem rekod yang sistematik? 1 14

Keperluan sistem yang sistematik? 13 2

Perkara Manual Sistem

Kaedah perekodan? 15 0

4.2 Impak Nilai Tambah.

Penjanaan pelaporan - Statistik dapat dijana dengan cekap dan serta merta.

Pemantauan kes yang belum selesai (KPI) – Prestasi KPI Tuntutan Faedah.

Workbasket – kes yang didaftarkan boleh di assign terus kepada anggota terlibat.

Penjimatan masa – Pegawai kaunter boleh menyemak kes secara serta merta. tanpa

menghubungi anggota yang bertanggungjawab.

Sifar aduan luaran/dalaman – Sistem boleh diakses oleh semua anggota.

Mengurangkan birokrasi dan meningkatkan capaian maklumat dengan pantas.

Penjimatan guna tenaga manusia.

Multitasking dan Multiskilling – Pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran.

4.3 Impak Jangka Panjang Kepada Jabatan

Perekodan data yang teratur dan seragam di semua Pejabat PERKESO.

Mudah,cepat dan tepat (Sistem) menerusi automasi e-View BGB.

Mesra pengguna (Sistem) boleh di akses setiap masa.

Penjimatan kos dan masa tenaga kerja dan utiliti.

Perkongsian data dengan agensi yang berkaitan,perkongsian pintar melalui amalan

terbaik.

Sistem boleh diakses oleh penuntut Orang Berinsurans & majikan.

Page 16: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

12

Rajah 14

4.4 Pembuktian Melalui Data dan Sumber Rasmi

Soal Selidik Sebelum dan Selepas Projek.

Maklumbalas Soal Selidik (Sebelum) : Saya berpendapat masa semakan bagi tuntutan Bayaran

Ganti Belanja (BGB) adalah sangat cepat :

MAKLUMBALAS BILANGAN (%) MAKLUMBALAS

YA 15 30%

TIDAK 35 70%

Maklumbalas Soal Selidik (Selepas) : Saya berpendapat masa semakan bagi tuntutan Bayaran

Ganti Belanja (BGB) adalah sangat cepat :

MAKLUMBALAS BILANGAN (%) MAKLUMBALAS

YA 50 100%

TIDAK 0 0%

Melalui Telefon / Whatsapp / SMS

Sebelum e-View BGB dibangunkan, pertanyaan pelanggan dalaman disalurkan kepada

Pegawai Kerani BGB dengan menggunakan aplikasi telefon / whatsapp untuk menyemak status

tuntutan.

Semakan Status (Sebelum) Semakan Status (Selepas)

1. Telefon 2. Whatsapp 3. SMS 4. Email 5. Nota 6. Bersemuka

e-View BGB (Serta Merta)

Pembuktian :

i) Whatsapp (Gambar Pertanyaan Pegawai kaunter berhubung kes)

Page 17: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

13

Rajah 15

Rajah 16

ii) Email (Gambar )

4.5 Keberhasilan Projek – Impak Projek Luar Jangka Dan Pembuktian

4.5.1 Impak Jangka Panjang

Kepuasan Hati Pelanggan

Dengan adanya sistem e-View BGB, permohonan orang berinsurans boleh diproses

dengan cepat dan lebih ramai yang menerima BGB dalam tempoh yang singkat serta

sistematik.

4.5.2 Impak kepada Imej Organisasi

Di bawah Pelan Strategik PERKESO 2016 – 2020 di bawah Teras 2 iaitu

Mentransformasi Perkhidmatan Menerusi Penjenamaan iaitu imej kepada organisasi

yang efisien dalam memenuhi ekspektasi para pelanggan kesan langsung ialah

perkhidmatan yang terbaik kepada semua pekerja dan tanggungan mereka.

Page 18: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

14

4.5.3 Impak Projek (Hasil Luar Jangka)

Membudayakan Amalan Strategi Lautan Biru.

Sistem e-View BGB ini memberi impak yang besar kepada organisasi iaitu daripada

segi kewangan pelbagai kos dapat dikurangkan misalnya tawaran pihak vendor di

Sabah yang telah diperolehi berjumlah RM 339,500.00 untuk membangun aplikasi

yang sama. Selain itu juga, projek ini dapat membantu dalam peningkatan dana

PERKESO bagi jangkamasa panjang berkait dengan Pelan Strategik PERKESO

2016– 2020 di bawah Teras 3 iaitu Memperkukuh Kemampuan Dana dan Tadbir

Urus.

Kos Pembangunan Sistem e-View BGB (RM) Vendor Luar (RM)

Pengiraan kos berdasarkan

penggunaan utiliti semasa

menyiapkan projek ini. (Sejam

sehari bagi tempoh Mac-

Septemper 2018).

Purata Kos Utiliti Pejabat = 208,534.83 /9 bulan

Purata 1 bulan = 23,170.50

Purata 1 hari = 965.43/8 jam

Purata 1 jam = 120.67/2 tingkat

= 60.30

Purata penggunaan sebulan = 1447.20

Jumlah penggunaan utiliti (7 bulan) =

10,130.40

RM339,500.00

(Rujuk Lampiran 13

Sebut harga Vendor )

Penjimatan Kos Sebanyak RM339,500.00 – Rm10,130.40 = RM 329,369.60

4.5.4 Impak Nilai Tambah Masa Depan

Kadar Kelayakan bayaran Ganti Belanja dapat disemak dan diproses segera.

Penjimatan kos melalui pengoptimuman penggunaan tenaga manusia.

Menepati Standard KPI yang ditetapkan bagi memenuhi ekspektasi pelanggan.

Meningkatkan Imej Organisasi menerusi sokongan kepada sistem Assist sedia ada.

Konsep e-View BGB iaitu Konsep Cepat, Tepat dan Intergriti.

Seiring dengan Pelan Strategik PERKESO 2016-2020 Teras 5, Melestarikan Budaya

Kreativiti, Inovasi dan Kualiti.

4.6 Pembuktian Melalui Data dan Sumber Rasmi ( e-View BGB).

Manual pengguna ( Rujuk lampiran 14 )

Page 19: LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGBhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2600-e-view-bgb.pdf · Kebarangkalian untuk kehilangan data adalah tinggi dan ianya boleh dimanipulasi sekiranya

LAPORAN PERINCIAN KIK e-View BGB

15

5. POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK

5.1 Tahap Ketersediaan Teknologi / Sistem / Proses

Projek ini telah pun berada pada tahap yang bersedia kerana projek ini dari segi

perkembangan telah pun digunapakai dan akan diseragamkan keseluruh peringkat pejabat

PERKESO dan ia telah berjaya di laksanakan dan digunapakai dengan mudah oleh semua

anggota pejabat PERKESO Negeri Sabah.

Projek ini juga telah melalui proses pengujian oleh Unit ICT dan Inovasi pada 12.10.2018

dan telah mendapat kebenaran daripada Cawangan Pemulihan dan Perkhidmatan

Perubatan Ibu Pejabat PERKESO.

Sepanjang proses penyediaan projek ini banyak penambahbaikan telah dilakukan oleh ahli-

ahli kumpulan dalam melaksanakan sistem e-View BGB ini supaya projek yang dihasilkan

berkualiti,ahli juga dilengkapi dengan pelbagai kemahiran berfikir secara kreatif bagi

mengaplikasikan kaedah dan teknik yang perlu dalam penghasilan projek sepanjang

penyediaan sistem ini.

Anggota diberi pendedahan tentang perubahan / pembaharuan / penambahbaikan sistem

dari masa ke semasa.

5.2 Tahap Replikasi / Pengkormesialan

KIOSK e-View BGB

Aplikasi e-View BGB melalui Telefon Bimbit

Penyimpanan dokumen secara e-file (Paperless dan penjimatan penggunaan fail)

Pembayaran tuntutan melalui EFT bersama notifikasi sms/emel

5.3 Penggunaan Sistem akan diperluaskan ke seluruh pejabat PERKESO dengan menggunakan

webbase.

On-the-fly dynamic data maintenance / update( Penyelenggaraan dan kemaskini data

dynamic (fungsi-funsi dalam sistem, coding, security) dibuat secara online

Touchscreen friendly

Suitable on small displays