Laporan Perlaksanaan Kawasan Angkat Di Sk Pendidikan Khas Kuantan
-
Upload
keisuke-eymran -
Category
Documents
-
view
63 -
download
2
description
Transcript of Laporan Perlaksanaan Kawasan Angkat Di Sk Pendidikan Khas Kuantan
LAPORAN PERLAKSANAAN KAWASAN ANGKAT DI SK PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
Jangkamasa : Januari – Jun 2014
Tempat : Bilik belajar aspuri SK Pendidikan Khas Kuantan
Ahli kumpulan : 1) Intan Shahele Binti Abu Seman
2) Nurul Akma Binti Abd Rani
3) Mohd Imran Bin Hussin
PENGENALAN
Untuk melaksanakan program kawasan angkat sempena dengan Bina Insan
Guru fasa 3 ini, kami telah memilih Bilik Belajar Asrama Puteri SKPK Kuantan untuk
dijadikan kawasan angkat kami. Kami telah memperuntukkan masa selama 6 bulan
iaitu dari Januari hingga Jun 2014 untuk melaksanakan program kawasan angkat di
Bilik Belajar Asrama Puteri SKPK Kuantan.
Pihak sekolah melalui Jawatankuasa telah merancang untuk menganjurkan satu
aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan bilik belajar Aspuri Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan yang melibatkan murid-murid asrama bagi
memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar
tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Di samping itu,
aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan
kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan di sekitar kawasan bilik
belajar Aspuri Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan. Adalah menjadi
harapan agar para pelajar dan guru-guru SK Pendidikan Khas Kuantan akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai
matlamat 3K.
Aktiviti keceriaan ini adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk
menambahbaik persekitaran dan membantu dalam memberikan keselesaan kepada
pelajar yang tinggal di asrama amnya dan pelajar aspuri khususnya. Persekitaran yang
bersih dan kondusif akan memberikan keselesaan kepada semua pelajar aspuri dalam
menjalankan rutin harian. Oleh yang demikian kami merasakan bahawa aktiviti
keceriaan yang dijalankan dapat memberikan keselesaan yang optimum kepada
penghuni di asrama puteri.
OBJEKTIF
1. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
2. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
3. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar,
dengan pendidik dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
4. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
5. Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.
LAPORAN AKTIVITI
Pada hari pertama memulakan program Kawasan angkat di Bilik Belajar Asrama
Puteri SKPK Kuantan, kami telah memperuntukkan masa selama 3 jam iaitu bermula
dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang selepas tamat waktu persekolahan. Aktiviti
yang dilakukan pada hari ini hanyalah perjumpaan bersama dengan guru besar SKPK
Kuantan iaitu Puan Kamariah Bt Mohd Yusof untuk mengadakan perbincangan
mengenai tujuan program kawasan angkat yang akan dilaksanakan. Pada hari ini juga
kami telah berjumpa dengan ketua warden asrama SKPK Kuantan iaitu Encik
Muhammad Tarmizi Bin Musa untuk menerangkan tentang program kawasan angkat
yang akan kami laksanakan di asrama puteri. Kami telah diberi penerangan serba
sedikit tentang latar belakang dan maklumat berkaitan dengan asrama putera dan
puteri di SKPK Kuantan oleh Encik Muhammad Tarmizi. Setelah mengadakan
perbincangan, kami diminta untuk melakukan aktiviti keceriaan dan melukis mural di
salah satu bilik belajar yang terdapat di asrama puteri SKPK Kuantan oleh En Tarmizi.
Kami diminta untuk melukis mural adalah disebabkan kerana bilik belajar di asrama
puteri agak kosong dan tiada sebarang lukisan mural di dinding bilik ini. Disamping
untuk menceriakan dinding bilik ini, tujuan utama melukis mural juga adalah untuk
memupuk motivasi pelajar-pelajar pendidikan khas di SKPK Kuantan untuk bersama-
sama dengan kami melukis mural.
Setelah selesai mengadakan perbincangan dengan ketua warden, kami telah
melawat kawasan persekitaran asrama puteri SKPK Kuantan dan bersuai kenal dengan
penghuni-penghuni asrama puteri yang tinggal di sini. Kami menamatkan sesi pada hari
ini pada jam 5.00 petang.
Aktiviti keceriaan melukis mural telah dimulakan pada bulan Januari 2014
dengan melibatkan kesemua ahli kumpulan kami iaitu seramai 3 orang. Masa yang
kami peruntukkan untuk melukis mural ialah selama satu bulan. Sebelum melakukan
aktiviti melukis mural, kami membuat keputusan untuk mengemas dahulu bilik belajar di
asrama puteri SKPK Kuantan kerana kami mendapati bilik belajar agak berhabuk serta
bersawang. Barang-barang yang terdapat di dalam bilik belajar juga tidak tersusun
dengan rapi dan kemas. Aktiviti mengemas bilik belajar dimulakan dengan
mengeluarkan semua barang yang terdapat di bilik belajar. Setelah bilik belajar di
kosongkan, kami mula membersihkan habuk dan sawang di bilik belajar tersebut.
Setelah dibersihkan, kami menyusun semua peralatan mengikut kumpulan dan disusun
mengikut saiz agar kelihatan kemas dan mudah untuk diambil apabila diperlukan. Kerja-
kerja menyusun dan mengemas bilik belajar tidak dapat disiapkan dalam masa satu
hari dan kami bersepakat untuk menyambung semula pada hari yang berikutnya kerana
ianya memakan masa yang lama.
Setelah selesai mengemas bilik belajar, kami memulakan aktiviti melukis mural di
sudut dinding bilik belajar yang kosong. Kami telah membuat lukisan draft dan
mengadakan perbincangan dengan pihak warden asrama puteri bagi meminta
cadangan dan membuat pembetulan sebelum lukisan itu dilukis. Alhamdulillah lukisan
draft yang kami buat telah dipersetujui oleh pihak warden asrama SKPK Kuantan.
Lukisan draft tadi kami telah terjemahkannya di sudut dinding yang telah kami pilih.
Pada hari ini kami tidak melibatkan penyertaan pelajar-pelajar asrama puteri kerana
aktiviti pada hari ini hanyalah proses melukis draft mural di dinding. Pada hari ini kami
hanya melakukan aktiviti lukisan mural di dinding dan mengemas bilik stor. Lukisan
mural di dinding tidak mampu disiapkan dalam masa satu hari dan akan akan
disambung pada hari berikutnya. Proses mewarna mural juga akan dilaksanakan pada
hari yang seterusnya. Aktiviti mewarna mural ini akan melibatkan penyertaan penghuni-
penghuni di Asrama Puteri SKPK Kuantan. Semua aktiviti yang dijalankan berjalan
dengan lancar dan semua aktiviti yang tidak dapat disiapkan akan disambung pada hari
yang berikutnya.
Aktiviti keceriaan dan melukis mural di bilik belajar asrama puteri diteruskan
pada hari seterusnya. Kami menyambung semula tugasan yang belum selesai
dilaksanakan pada hari sebelumnya. Kami menyiapkan tugasan seperti melukis mural
dan mengemas bilik belajar. Alhamdulillah kami dapat menyiapkan kerja-kerja
menyusun dan mengemas bilik belajar dengan bantuan warden dan penghuni-penghuni
asrama puteri. Setelah selesai mengemas bilik belajar, kami menyambung semula
kerja-kerja melukis mural di dinding bilik belajar. Aktiviti melukis mural di dinding bilik
belajar asrama puteri Berjaya disiapkan dalam masa 7 hari. Sebelum menyambung
dengan aktiviti mewarna mural mengambil masa untuk berehat selama sebulan.
Setelah menghabiskan masa rehat selama sebulan, aktiviti mewarna
mural bermula. Aktiviti mewarna mural ini telah disertai oleh penghuni-penghuni asrama
puteri di SKPK Kuantan. Pada pengamatan kami, walaupun kanak-kanak OKU
bermasalah pendengaran ini mempunyai kecacatan namun mereka tetap bersemangat
untuk cuba mewarna mural bersama kami. Selain itu, kami juga mendapati terdapat
beberapa orang penghuni asrama puteri yang mempunyai bakat dalam bidang seni.
Bakat mereka ini mungkin boleh diketengahkan bagi menjamin masa depan mereka
kelak. Mereka juga kelihatan gembira apabila menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh
kami. Aktiviti membuat keceriaan dan melukis mural di bilik belajar asrama puteri SKPK
Kuantan Berjaya disudahkan pada bulan Mei 2014.
KELEBIHAN
Terdapat banyak kelebihan dalam melakukan aktiviti keceriaan dan melukis
mural di bilik belajar asrama puteri SKPK Kuantan ini. Antara kelebihannya ialah seperti
kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan dalam menjalankan tugasan yang telah
diberikan sangat baik. Sesuatu aktiviti dapat berjalan lancar apabila mendapat
kerjasama daripada semua pihak. Aktiviti keceriaan melukis mural yang telah dirancang
telah mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Selain itu, dengan adanya aktiviti keceriaan dan melukis mural ini, kami dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar PPG dengan warden asrama dan
penghuni-penghuni asrama puteri SKPK Kuantan Kuantan. Malahan dengan adanya
aktiviti seperti ini, kami dapat membina perhubungan yang lebih baik dengan pihak lain.
Kemahiran berhubung ini memerlukan pengalaman dan perlukan latihan. Oleh itu,
melalui aktiviti seperti ini kami telah membina hubungan dengan pihak luar bagi
menjayakan program ini kerana kami banyak bertanyakan pendapat dan bimbingan
daripada pihak yang lebih arif dan berpengetahuan dalam bidang ini.
Melalui aktiviti keceriaan dan melukis mural ini dapat menceriakan lagi bilik
belajar dan mencantikkan lagi dinding di bilik belajar asrama puteri. Bilik belajar yang
cantik dan ceria dapat memberikan tarikan untuk penghuni di asrama puteri untuk terus
menggunakan bilik belajar sebagai tempat untuk mereka belajar dan mengulangkaji
pelajaran. Di samping itu, mereka juga dapat belajar dan berada di dalam keadaan
yang ceria dan kondusif. Bilik belajar yang ceria akan memberikan stigma kepada
semua penghuni asrama puteri bahawa bilik belajar bukanlah satu tempat yang tidak
ceria dan kotor.
KELEMAHAN
Aktiviti keceriaan dan melukis mural yang telah dijalankan ini turut mempunyai
kelemahan. Beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti ialah masa yang
diperuntukkan agak terhad. Aktiviti keceriaan dan membuat mural perlu diselesaikan
dalam tempoh 6 bulan. Ini berlaku disebabkan oleh peruntukan masa untuk program ini
ialah selama 6 bulan yang mana pada asalanya diperuntukkan selama 9 bulan.
Kekangan masa ini juga disebabkan oleh bebanan kerja yang ditanggung oleh kami di
sekolah dan juga dalam masa yang sama kami perlu menyelesaikan kerja kursus yang
lain. Namun begitu, masalah kekangan masa dapat diatasi dengan baik oleh kami dan
kami Berjaya menceriakan bilik belajar dan menyiapkan mural dalam masa yang
ditetapkan walaupun menghadapi beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan.
Seterusnya kelemahan yang berlaku ialah kurangnya kakitangan yang
diperlukan dalam melakukan aktiviti membuat mural ini. Perkara seperti ini berlaku
kerana kumpulan kami hanya disertai oleh 3 orang pelajar PPG sahaja. Oleh itu,
keperluan untuk melakukan sesuatu aktiviti mengambil masa yang agak lama untuk
disiapkan.
Kelemahan yang seterusnya ialah banyak kerja dilakukan di dalam satu masa.
Ini menyebabkan kami kurang memberikan fokus terhadap sesuatu pekerjaan. Sebagai
contoh sepatutnya kami memulakan aktiviti melukis mural lebih awal, namun kami
membuat keputusan untuk membersihkan dan mengemas bilik belajar terlebih dahulu
sebelum membuat mural. Perkara ini menyebabkan proses membuat mural terbantut
dan melambatkan aktiviti membuat mural. Walaubagaimanapun semua ini dapat diatasi
dengan baik oleh kami dan semua ahli kumpulan dapat memberikan kerjasama yang
baik dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti keceriaan dan membuat
mural ini.
PEMBAHAGIAN TUGASAN
KEWANGAN
Semasa program dijalankan, perbelanjaan telah dikeluarkan untuk membeli
peralatan yang diperlukan seperti berus lukisan, cat plaka, cat buncho, cat dinding dan
keperluan lain yang berkaitan.