laporan permainan tradisional

download laporan permainan tradisional

If you can't read please download the document

description

ppg

Transcript of laporan permainan tradisional

Tajuk :Kertas Laporan Permainan Tradisional: Lumba Lari Tempurung Kelapa

Tujuan:

Pendahuluan/ Latar BelakangPertandingan Permainan Tradisional merupakan satu daripada aspek penting yang terkandung dalam sukatan kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendididkan Jasmani dan Sukan ( PJM 3112). Aktiviti ini merupakan amali yang wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih Program Pensiswazahan Guru( PPG) yan gmengikuti kursus PJM 3112 sebagai sebahagian daripada penilaian dalam kursus serta pendedahan awal tentang pengurusan dan pentadbiran dalam sukan. Selain itu, seiring dengan hasrat Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK) untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, pertandingan ini akan dikelolakan oleh kumpulan pengajian Sains yang mengambil kursus PJM 3112 semester enam PPG Ambilan Januari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Objektif:Melalui penganjuran dan pengelolaan Pertandingan Permaianan Tradisional ini diharapkan pelajar-pelajar PPG dapat:mengelolakan Karnival Permainan Tradisional secara tersusun dan lancar.

Menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang dilaksanakan.

Meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal antara pelajar PPG dalam mengendalikan keperlbagaian situasi yang dihadapi

membina semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menyemai rasa perpaduan di kalangan pelajar PPG sebagai suatu komuniti pendididkan melalui kerja berpasukan.

Tarikh/ Tempat:13 April 2014, Padang Institut Perguruan Batu Lintang.

Perasmi:Tuan Haji Awang Hambali bin Awang HamdanSasaran Aktiviti:Pelajar IPGKBL

Aktiviti/ Agenda utama:

7 am Pendaftaran peserta- Taklimat- Majlis Perasmian- Senaman

8 am - Pertandingan permainan bermula- Permainan Tamat- Majlis Penutupan/ Penyampaian Hadiah

Ahli Jawatankuasa/ bidang tugas:Jawatankuasa PengelolaPengerusi: Douglas anak PatanNaib Pengerusi: Muyan anak AjingSetiausaha: Sharmawati bt OmarBendahari: Chin Fui SiaAJK PelaksanaAJK Pertandingan: Zainol bin RipinAJK Buku Program: Melor anak Dinong/ Dayangku NuraisyahAJK Kebersihan: Ratnawati bt Busrah/ Nealin Ubong LaingAJK Jamuan: Fatimah AbdullahAJK Hadiah/ Cenderamata: Chong Siew FahAJK Teknikal (PA sistem/ jurugambar): Mitchell anak John BolassanAJK Publisiti: Ng Kian KiongAJK Penyelia/ Pendaftaran: Malvin anak Mogun/ Muyan anak AjingAJK Penilaian : Muhd Hamizan bin Muhammad/ Leman anak Dadang

Implikasi Kewangan:JK Kebersihan = RM7.00JK Hadiah= RM72.00JK Makanan= RM130.00

Jumlah Keseluruhan: RM 209.00Jumlah wang yang perlu dibayar oleh setiap ahli ialah: RM 13.00 seorang.

Kekuatan1. Kerjasama kumpulan

Setiap ahli jawatankuasa mempunyai bidang tugas masing-masing. Saya kira semuanya mahir dalam tugas masing-masing, bahkan setiap peserta bekerjasama dengan kumpulan masing-masing menyiapkan tugasan diluar bidang tugas. Persediaan padang dibuat oleh semua ahli kumpulan bagi memastikan perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar.2. Penglibatan pesertaPada mulanya sasaran ditetapkan kepada pelajar PPSMP tetapi atas faktor tertentu akhirnya dibuka kepada peserta kelas lain (pelajar PPG) bagi memudahkan perjalanan pertandingan. Borang disediakan awal dan diminta setiap pelajar sekurang-kurangnya terlibat dengan satu pertandingan. Lebih dari itu amat digalakkan.

3. Penyediaan peralatan yang mencukupiSebahagian peralatan disediakan oleh peserta sendiri iaitu tempurung kelapa itu sendiri dibuat oleh pengerusi, Encik Douglas anak Patan dan beberapa peralatan lain dibawa oleh peserta lain.Peralatan seperti meja, kerusi, payung dan kanvas disediakan oleh pihak institut.

4. Pengurusan masaPerancangan yang teratur dan rapi semasa menjalankan pentandingan ini dimana setiap aspek telah diambil kira dengan teliti supaya permaianan ini dapat dijalankan dengan lancar. Bermula dengan pembentukan jawatankuasan dan pemilihan permaianan tradisional yang ingin dikelolakan. Pembahagian tugas bagi setiap AJK seterusnya bagi memastikan pembahagian masa dapat dibuat dengan tepat. Pertandingan dimulakan dan diakhiri tepat pada masanya.

5. Semangat kesukanan yang tinggi.Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta, mereka tidak menunjukkan kekecewaan jika kalah dalam satu-satu pertandingan. Semangat kesukanan ini yang perlu ditunjukkan oleh setiap peserta.

Kelemahan1. Faktor cuacaPermainan dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan cuaca yang sangat baik cuma agak panas selepas pukul 9. Giliran kumpulan kami pula adalah tatkala sinar matahari amat menyengat sekitar pukul 10 tersebut. Kumpulan yang terakhir pula adalah tatkala matahari hampir tegak di atas kepala. Para peserta tidak sabar untuk mengakhiri pentandingan kerana masing-masing sudah tidak betah untuk bermain dalam terik matahari.2. Giliran pertandinganGiliran permainan adalah mengikut susunan kelas dan tidak mengikut undian menyebabkan ada peserta kelas merasa tidak puas hati kerana tidak membuat undian khasnya bagi kumpulan yang mendapat giliran yang akhir kerana terpaksa bermain dalam cuaca yang panas.3. Ketiadaan tempat penyokong/ penonton.Penyokong atau penonton tidak mempunyai tempat terlindung semasa melihat pertandingan. Mereka berdiri diluar kawasan pertandingan dalam keadaan cuaca yang amat panas.

Cadangan Penambahbaikan:

1. Bagi mengatasi kelemahan di atas, jika terdapat dewan, boleh juga pertandingan di adakan di dewan pada masa yang akan datang. Ini adalah untuk mengelak kepanasan yang melampau. Boleh juga masa dibahagikan untuk permainan dibuat di padang tetapi bila cuaca semakin panas boleh berpindah ke dewan, itupun jika permainan itu sesuai dibuat didalam dewan. Bagaimanapun ia haruslah ditetapkan awal sebelum pertandingan dimulakan. Ini bermaksud, dewan haruslah disediakan awal juga.2. Giliran permainan haruslah mengikut cabutan undi agar tidak timbul tidak puas hati di kalangan peserta. Sekadar membuat nombor dan meminta wakilnya mencabut undi adalah memadai agar semua pihak berpuas hati dengan giliran masing-masing.3. Penyediaan tempat penyokong dan penonton haruslah disediakan oleh penganjur dan seboleh-bolehnya terlindung dari terik matahari mahupun jika hujan turun. Tempat pengadil sebenarnya mengadap matahari tetapi telah diubah oleh penganjur pertandingan.

Penutup:Dengan permainan ' Lumba Lari Tempurung Kelapa' ini, perpaduan dan silaturrahim dapat diperkukuhkan lagi. Permainan tradisional ini menerapkan semangat berpasukan, kemahiran bersosial dikalangan pemainnya disamping perasaan seronok yang dialami. Bagi pihak pengelola, diharap penganjuran program ini dapat mengekalkan budaya kerja berpasukan dikalangan guru PPG dan menambahbaik ilmu pengurusan serta pentadbiran bukan sahaja dalam Pendidikan Jasmani bahkan untuk semua aktiviti yang dijalankan di sekolah.

PJM 3112 DAYANGKU NURAISYAH BINTI AWANG JAMAT