Laporan Pertandingan Gimrama MSSN Melaka 7 Mac 2014

download Laporan Pertandingan Gimrama MSSN Melaka 7 Mac 2014

of 3

description

lporan

Transcript of Laporan Pertandingan Gimrama MSSN Melaka 7 Mac 2014

Laporan Pertandingan Gimrama MSSN Melaka 7 Mac 2014Pertandingan Gimrama MSSN Melaka telah diadakan pada 7 Mac 2014 yang bertempat di Dewan Gimnastik Melaka. Para penonton yang hadir ke pertandingan gimrama, majoriti adalah ibu bapa kepada peserta. Ramai ibu bapa peserta menghadiri ke Dewan Gimrama Melaka untuk menyaksikan bakat-bakat anak mereka. Selain itu, kehadiran peserta-peserta yang lain juga turut menjadi penonton bagi setiap sekolah yang dipertandingkan.Tambahan lagi, ibu bapa yang hadir kebanyakannya turut hadir memberi sokongan dari sudut penyediaan pakaian, solekan. Terdapat juga segelintir penonton adalah terdiri daripada guru guru para peserta yang hadir untuk melihat perkembangan para peserta dalam pertandingan ini.Menerusi pemerhatian yang telah dibuat, terdapat kelebihan dan kelemahan dalam menguruskan para penonton yang hadir. Ahli jawatankuasa amat kurang bagi mengelolakan pertandingan ini. Hal ini kerana, tiada ahlijawatankuasa sambutan yang bertugas untuk menyambut tetatamu, guru-guru dan ibu bapa. Secara keseluruhannya, para penonton perlu melayan diri dan duduk di tempat yang disediakan. Kelebihan yang dapat dilihat ialah, begitu ramai penonton adalah daripada ibu bapa peserta bagi meyokong anak-anak mereka. Penonton juga dapat menonton secara keseluruhan atas persembahan yang dilakukan.Namun begitu, banyak kelemahan yang dapat dikenalpasti.Keselesaan para penonton tidak begitu baik oleh kerana ruang tempat penonton terhad. Selain itu, sistem pengudaraan yang kurang baik di bahagian tempat duduk penonton. Para penonton ada segelintir daripadanya akan duduk bersama peserta di mana mana tempat yang ada seperti di tepi gelanggang , di dalam gelanggang latihan dan terdapat juga penonton terpaksa berdiri kerana ketidakselesaan mereka di dalam dewan. Kekurangan prasarana dan ruang turut menjadi faktor ketidakselesaan para penonton. Tambahan pula, ruang penonton tidak begitu selamat. Hal ini kerana terdapat kesilapan peserta gimrama dalam mengawal alatannya dan secara tidak langsung boleh mencederakan para penonton.Oleh itu, penambahbaikkan perlu dilakukan bagi keselesaan penonton . Kemudahan prasarana di dalam dewan perlu dinaiktarafkan dan perlu mengadakan tempat yang khas dan selamat untuk penonton menyaksikan bakat-bakat peserta menerusi pertandingan ini. Selain itu, pihak penganjur perlu menyediakan sedikit minuman kepada penonton yang hadir sepanjang acara gimrama dipertandingkan serta para penonton perlu diberi sambutan yang mesra bagi menghargai kehadiran mereka untuk menyaksikan pertandingan ini. Justeru, pihak yang berkenaan perlu ambil tindakan yang segera bagi menaiktaraf Dewan Gimrama Melaka bagi memeriahkan pertandingan yang akan datang.Secara keseluruhannya, walaupun pengurusan pihak penganjur serba kekurangan, namun pertandingan tetap dijalankan dengan lancar.Sokongan yang padu oleh ibu bapa yang hadir ke dewan bagi menyokong para peserta bertanding dengan membawa nama sekolah. Secara tidak langsung, pertandingan ini perlu diadakan secara berterusan bagi melahirkan atlet sukan untuk mewakili negara . Secara tidak langsung pertandingan yang diadakan ini dapat merealisasikan matlamat Dasar Sukan Negara di samping selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam melahirkan generasi yang seimbang.

Laporan disediakan oleh,

(NAJWA BINTI ABDUL HALIM)Pelajar,Unit Pendidikan Seni Visual Ambilan Jan 2012.

(NOR ADILAH BINTI ALI)Pelajar,Unit Pendidikan Seni Visual Ambilan Jan 2012.