Sistem pertandingan

15
Sistem Pertandingan 2011 2.0 Sistem Pertandingan Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu: (a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau melawan skor purata. (b) Pertandingan melawan individu lain. Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Format sistem pertandingan dipengaruhi oleh undang- undang asas persatuan, kesesuaian acara dipertandingkan, jumlah kumpulan yang menyertai pertandingan dan peringkat pertandingan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah seperti berikut. 3

description

 

Transcript of Sistem pertandingan

Page 1: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

2.0 Sistem Pertandingan

Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara

yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu

pertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu:

(a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau

melawan skor purata.

(b) Pertandingan melawan individu lain.

Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk

memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Format sistem

pertandingan dipengaruhi oleh undang-undang asas persatuan, kesesuaian acara

dipertandingkan, jumlah kumpulan yang menyertai pertandingan dan peringkat

pertandingan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan

mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah seperti berikut.

3

Perk

ara

yang

Per

lu D

iber

i Per

hatia

n Jenis pertandingan

Masa yang diperlukan

Alatan dan kemudahan yang ada

Agihan perlawanan yang adil

Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan

Bilangan penyertaan

Kewangan

Undang-undang dan peraturan pertandingan

Penentuan pemenang dan pemain yang sah

Rajah 1 : Perkara yang Perlu Diberi Perhatian dalam Sesuatu Pertandingan

Page 2: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam

sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Sistem pertandingan

yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah:

4

Sistem Pertandingan

Pertandingan berbentuk kejohanan

Pertandingan liga

Pertandingan kalah mati

Pertandingan cabar

mencabar

Rajah 2: Jenis-jenis Sistem Pertandingan

Liga Satu pusingan

Liga 2 kumpulan

Liga 3 kumpulan

Liga 4 kumpulan

Page 3: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

3.0 Pertandingan Kalah Mati

Sistem pertandingan kalah mati ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang

kalah. Ia diadakan bagi pertandingan dengan masa terhad dengan pesertanya banyak.

Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan

peserta yang tinggal. Sistem pertandingan ini sesuai untuk bilangan pasukan yang besar

dimana keputusannya/pemenangnya perlu ditentukan dalam masa yang singkat. Pasukan yang

menang dalam perlawanan pertamanya sahaja akan layak ke pusingan seterusnya. Dua

pasukan awal yang menang dalam peringkat ini akan masuk ke Peringkat Akhir di mana

Johan dan Naib Johan akan dikenalpasti. Dua pasukan lain yang kalah dalam Peringkat

Separuh Akhir akan berlawan untuk menentukan Tempat Ke 3 dan Ke 4. Biasanya sistem

pertandingan kalah mati sekali ini dilaksanakan mengikut acara tertentu dalam bidang

sukan atau permainan. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati, iaitu:

Terdapat beberapa kelebihan dan juga kelemahan dalam sistem kalah mati ini

antaranya ialah seperti berikut:

5

Pertandingan Kalah Mati

Kalah Mati

Sekali

Kalah Mati

dua kali

Rajah 3: Jenis Pertandingan Kalah Mati

Page 4: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

6

Rajah 5: Kelemahan Sistem Pertandingan Kalah Mati

Kelebihan Sistem Kalah Mati

Jadual sistem ini mudah difahami oleh peserta

Sangat berguna untuk menentukan juara atau pemain pilihan untukpertandingan-pertandingan akan datang

Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat

Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad

Mampu menerima penyertaan yang banyak

Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan

Rajah 4: Kelebihan Sistem Pertandingan Kalah Mati

Kelemahan Sistem Kalah Mati

Peserta hanya bertanding

sekali sahaja

Penggunaan kemudahan

yang minimum

Separuh daripada peserta akan tewas pada

peringkat awal

Penentuan pemain pilihan adalah penting

Page 5: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

4.0 Pertandingan Kalah Mati Sekali

Sistem kalah mati bermaksud seseorang peserta atau pasukan akan bermain sekali

sahaja. Peserta yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan meneruskan

pertandingan sehingga diisytiharkan sebagai johan. Cara pertandingan kalah mati sekali ini

paling mudah dan ringkas dikelolakan. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan

pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber

kewangan, tempat, kemudahan, peralatan, dan sumber manusia. Namun,sistem ini

bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

4.1 Bilangan Perlawanan

Bilangan perlawanan ini bermaksud kiraan jumlah perlawanan yang diperlukan

untuk menyelesaikan sesuatu pertandingan. Bilangan perlawanan yang dijalankan

dapat dikira dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau

pasukan.

7

Kriteria Sistem Kalah Mati

Sekali

Bilangan perlawanan

Bilangan peserta

menunggu/ bye

Penempatan petanding

pilihan ( seeded)

Rajah 6: Kriteria-kriteria Sistem Kalah Mati Sekali

Page 6: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

4.2 Bilangan peserta menunggu/ bye

Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan kalah mati sekali ini

boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua (power of two), iaitu angka

2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Semua angka ganda dua ini tidak memerlukan

‘byes’. Manakala semua angka yang lain memerlukan ‘byes’.

  Contohnya : 14 pasukan bertanding

Bilangan penyertaan

14 pasukan

Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan

16

Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan

16 -14 = 2

Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/bye

Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara

kumpulan atas dan kumpulan bawah.

Angka 16 adalah 4 kuasa 2. Oleh itu, bilangan pusingan ialah 4. Ini

bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan.

Dua peserta yang mendapat bye akan diagihkan kepada dua, iaitu

kumpulan atas dan kumpulan bawah.

8

Formula: (N-1)

N : Jumlah PetandingContoh : 10 Petanding

Kiraan Bilangan Perlawanan = N – 1 = 10 – 1 = 9 Perlawanan

Page 7: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

Sekiranya dua bye yang diperuntukkan, bye akan diberi kepada

peserta pilihan pertama dan kedua.

4.2.1 Sistem Kalah Mati dengan ‘bye’

9

Formula: N1 – N

N1 : angka ganda dua yang lebih besar daripada bilangan petanding.

N : bilangan petanding.

Kiraan bilangan peserta menunggu = 24 –N = 16-14 = 2 bye

Jadual 1 : Perbandingan Bilangan Penyertaan Pasukan

Angka pangkat

dua (2n)

Jumlah pasukan

yang mengambil

bahagian (N)

Jumlah pasukan

menunggu/bye

21 2 -

22 3 1

22 4 -

23 5 3

23 6 2

23 7 1

23 8 -

24 9 7

24 10 6

24 11 5

24 12 4

24 13 3

24 14 2

24 15 1

Page 8: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

‘Bye’ bermaksud kumpulan atau peserta perlu menunggu tanpa

memasuki pusingan pertama. Ia boleh terus bertanding dalam pusingan kedua

dan seterusnya. Jumlah pasukan atau penyertaan tidak mencukupi atau melebihi asas lapan.

10

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

JOHAN

N:10BYES: 2

Rajah 7 :Carta Pertandingan Kalah Mati Sekali bagi 10 Pasukan dan 2 Bye

Page 9: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

4.2.2 Sistem Kalah Mati Tanpa ‘bye’

11

Rajah 8 : Carta Pertandingan Kalah Mati Sekali bagi 12 Pasukan dan 4 Bye

Page 10: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

Jumlah pasukan atau peserta berasaskan lapan atau lebih. Contoh bilangan petanding

ialah 8, 16, 24, 32 dan seterusnya.

4.3 Penempatan Pilihan atau ‘Seeded’

12

Rajah 9 : Carta Pertandingan Kalah Mati Sekali tanpa bye

Page 11: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

Petanding pilihan merujuk kepada petandingyang terkenal atau sudah membuktikan

kekuatan sebelum pertandingan bermula. Petanding-petanding pilihan ditempatkan dalam

kumpulan berasingan untuk mengelakkan mereka bertemu di pusingan awal. Biasanya, mereka

diberi ‘bye’ pada pusingan pertama. Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan

secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta

pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut:

Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal

Jika terdapat 2 penalti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi di

atas sekali.

Jika terdapat 4 penalti, aturan berikut perlu digunakan:

Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas.

Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan

bawah.

Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan dan penanti 3

diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4

membuat undian menentukan kedudukan masing-masing.

13

Page 12: Sistem pertandingan

Sistem Pertandingan 2011

14

Rajah 10 : Carta Menempatkan Petanding Pilihan

Petanding pilihan 3 ditempatkan di (F).

Petanding pilihan 4 ditempatkan di (E).