Laporan Ppim Minggu 2

2
REFLEKSI MINGGU 2 Perjumpaan kali kedua bagi Pergerakan Puteri Islam telah dijalankan pada 16 Julai 2014 iaitu bersamaan dengan hari Rabu yang mana ia bertempat di Dewan UMK. Sebelum itu, perjumpaan telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan kehadiran pada perjumpaan kali adalah seramai 37 orang ahli daripada 42 orang ahli keseluruhan yang mana empat daripada ahli telah terlibat dengan satu perjumpaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan seorang lagi ahli tidak dapat hadir kerana mempunyai masalah peribadi. Pada awal perjumpaan, satu taklimat yang berkaitan dengan perkhemahan PPIM fasa 2 telah diberikan oleh Encik Rosmadi bin Dollah. Hal ini bertujuan untuk memaklumkan kepada para ahli PPIM tentang apa yang akan dilaksanakan sewaktu perkhemahan nanti malah ini juga sebagai persediaan awal kepada para ahli PPIM. Selesai taklimat diberikan, perjumpaan diteruskan lagi dengan aktiviti seterusnya iaitu tentang jenis ikatan dan simpulan yang mana kami dikehendaki untuk mepelajari beberapa jenis ikatan dan simpulan. Antaranya ialah ikatan dan simpulan buku sila, tindih kasih, ikatan manuk, ikatan angka lapan dan lain-lain lagi. Untuk perihal dan aktiviti tentang ikatan dan simpulan ini ia telah dikeloli oleh Encik Zulkifli bin Yusof. Selesai aktiviti ikatan dan simpulan, kesemua ahli PPIM telah diingatkan tentang untuk terus menyiapkan buku log PPIM kerana ia perlu dihantar untuk diperiksa setelah selesai perkhemahan nanti. Akhir sekali, perjumpaan minggu ini telah

description

ppim m2

Transcript of Laporan Ppim Minggu 2

Page 1: Laporan Ppim Minggu 2

REFLEKSI MINGGU 2

Perjumpaan kali kedua bagi Pergerakan Puteri Islam telah dijalankan pada 16

Julai 2014 iaitu bersamaan dengan hari Rabu yang mana ia bertempat di Dewan

UMK. Sebelum itu, perjumpaan telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah

dan kehadiran pada perjumpaan kali adalah seramai 37 orang ahli daripada 42

orang ahli keseluruhan yang mana empat daripada ahli telah terlibat dengan satu

perjumpaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan seorang lagi ahli tidak

dapat hadir kerana mempunyai masalah peribadi.

Pada awal perjumpaan, satu taklimat yang berkaitan dengan perkhemahan

PPIM fasa 2 telah diberikan oleh Encik Rosmadi bin Dollah. Hal ini bertujuan untuk

memaklumkan kepada para ahli PPIM tentang apa yang akan dilaksanakan sewaktu

perkhemahan nanti malah ini juga sebagai persediaan awal kepada para ahli PPIM.

Selesai taklimat diberikan, perjumpaan diteruskan lagi dengan aktiviti seterusnya

iaitu tentang jenis ikatan dan simpulan yang mana kami dikehendaki untuk

mepelajari beberapa jenis ikatan dan simpulan. Antaranya ialah ikatan dan simpulan

buku sila, tindih kasih, ikatan manuk, ikatan angka lapan dan lain-lain lagi. Untuk

perihal dan aktiviti tentang ikatan dan simpulan ini ia telah dikeloli oleh Encik Zulkifli

bin Yusof.

Selesai aktiviti ikatan dan simpulan, kesemua ahli PPIM telah diingatkan

tentang untuk terus menyiapkan buku log PPIM kerana ia perlu dihantar untuk

diperiksa setelah selesai perkhemahan nanti. Akhir sekali, perjumpaan minggu ini

telah ditangguhkan pada jam 4.00 petang dengan bacaan tasbid kiffarah dan surah

Al-Asr.

Sekian, terima kasih.