Laporan praktikum menjual

31
0 LOPORAN PRAKTIKUM PERNIAGAAN UW 00302 ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN NAMA PENSYARAH: DR. ABDUL SAID AMBOTANG BIL. NAMA PELAJAR NO. MATRIKS NO. TELEFON 01. TEO WEI SENG CT10210783 0168423352 02. WEE TECK FUAN CT10210806 0198700851 03. WONG HUI TZONG CT10210816 0146543361 04. WONG PIANG LOI CT10210819 0198302417 05. YAPP SIOW TENG CT10210825 0168106104 06. YEUNG FUI PING CT10210828 0138806261 07. YIP SING SONG CT10210829 0138119943 08. YONG NYUK JIN CT10210830 0128036739

Transcript of Laporan praktikum menjual

Page 1: Laporan praktikum menjual

0

LOPORAN PRAKTIKUM PERNIAGAAN

UW 00302 ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

NAMA PENSYARAH: DR. ABDUL SAID AMBOTANG

BIL. NAMA PELAJAR NO. MATRIKS NO. TELEFON

01. TEO WEI SENG CT10210783 0168423352

02. WEE TECK FUAN CT10210806 0198700851

03. WONG HUI TZONG CT10210816 0146543361

04. WONG PIANG LOI CT10210819 0198302417

05. YAPP SIOW TENG CT10210825 0168106104

06. YEUNG FUI PING CT10210828 0138806261

07. YIP SING SONG CT10210829 0138119943

08. YONG NYUK JIN CT10210830 0128036739

Page 2: Laporan praktikum menjual

1

SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM 3

2.0 PENCAPAIAN MAKLAMAT ATAU OBJEKTIF PROJEK PRAKTIKUM 4

3.0

PELAKSANAAN STRATEGI

3.1 PENGURUSAN

3.2 PEMASARAN

3.2.1 Harga

3.2.2 Promosi

3.2.3 Persaingan

3.3 OPERASI

3.3.1 Carta Operasi

3.3.2 Cabaran yang dihadapi semasa operasi

5

6

7

4.0

KEBERKESANAN PROJEK PRAKTIKUM BERBANDING DENGAN

RANCANGAN PERNIAGAAN

4.1 PERANCANGAN

4.2KEPIMPINAN

4.3PENGORGANISASIAN

4.4KAWALAN

8

9

10

11

12

5.0

LAPORAN KEWANGAN.

5.1 Jadual harga buah-buahan dari pembekal untuk penjualan

pada 09 November 2013.

5.2 Anggaran harga penjualan dan keuntungan.

5.3 Jualan Sebenar

13

14

15

Page 3: Laporan praktikum menjual

2

5.4 Untung bersih 16

6.0

PENGALAMAN, PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN YANG

DIBELAJARI DARI PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM

6.1Sebelum

6.1.1Kerjasama

6.1.2Berinteraksi dengan orang luar dan pihak atasan

6.1.3Mengenali dunia perniagaan dengan lebih mendalam

6.1.4Kepimpinan

6.1.5Timbul perasaan minat dalam dunia perniagaan

6.2Semasa

6.2.1Menbuka gerai pada hari praktikum

6.2.2Berinteraksi dengan para pelanggan

6.2.3 Kerjasama antara ahli kumpulan

6.3Selepas

6.3.1Mula tahu akan susahnya berniaga

6.3.2Berani berhadapan dengan orang ramai

6.3.3Semakin matang dalam melihat pelbagai aspek

17

19

20

7.0

LAMPIRAN

7.1 Gambar

7.2 Minit Mesyuarat

21

23

Page 4: Laporan praktikum menjual

3

1.0 PENGENALAN PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM

Gerai buah-buahan “Saya suka” telah melaksanakan praktikum menjual buah-buahan

pada 9 November 2013 (Sabtu). Sebelum memulakan penjualan, kami menempah buah-

buahan pada hari selasa dan penghantaran buah-buahan pada hari Khamis. Buah-

buahan yang dihantar ialah betik, jambu batu, belimbing, limau bali dan buah-buahan

bermusim iaitu mangga.

Setelah buah-buahan dihantar, kami mula mengasingkan buah-buahan yang masak

dengan tidak masak serta juga mengasingkan buah-buahan yang rosak atau buruk. Bagi

buah-buahan yang tidak masak, kami letakan ianya ke dalam kotak dan ditutup dengan

guni untuk memasakkannya.

Pada hari jumaat, kami menyimpan semua buah-buahan dalam bekas yang khas

untuk simpan buah-buahan. Setelah itu, kami menaikan semua peralatan ke dalam trak

kereta serta semua buah-buahan.

Pada hari Sabtu pagi, setelah kami sampai tapak penjajahan. Kami mula mendirikan

meja dan menyusun buah-buahan diatas meja. Susunan buah-buahan adalah berikut:

betik, jambu batu, belimbing, mangga dan limau bali. Apabila semua barang dalam

persediaan, ahli kumpulan kami mengagihkan tugas seperti dalam perancangan. Bagi

ahli kumpulan yang bertanggungjawab promosi, mereka pergi mengedarkan risalah

kepada orang awam dan rumah kediaman yang berdekatan dengan tamu Putatan.

Semasa menjual buah-buahan, kami mendapati ramai orang membeli mangga. Ini

adalah kerana orang ramai suka makan buah-buahan ini. Dan kami mendapati masa

yang ramai orang kunjungi gerai kita diantara jam 9:00 pagi hingga 1:00petang. Pada

masa ini, kami semua sibuk menjual buah-buahan. Kami juga menjumpa pelangan yang

bermacam-macam. Ada pelangan yang cerewet dan yang suka memijik buah-buahan,

terutamanya buah-buahan yang telah masak.

Page 5: Laporan praktikum menjual

4

Dalam pengendalian gerai buah-buahan “ Saya suka”, kami mendapat pengalaman

yang sangat berguna dari mula perancangan hingga praktikum menjual.

2.0 PENCAPAIAN MAKLAMAT ATAU OBJEKTIF PROJEK PRAKTIKUM

Matlamat yang telah dirancang ialah mencapai keuntungan perniagaan gerai selain

daripada menawarkan perkhimatan menjual buah-buahan yang segar dan berkualiti agar

dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Kami telah mencapai maklamat yang kami telah rancang sebelum ini. Dalam

perniagaan ini, kami telah mendapat untung dalam keadaan yang memuaskan. Dan kami

juga telah menawarkan perkhidmatan yang baik kepada pelangan yang menkunjungi. Buah-

buahan yang kami tempah adalah segar dan berkualiti.

Dalam melaksanakan perniagaan, kami juga bermatlamatkan untuk menerapkan

semangat berkumpulan di dalam diri setiap ahli kumpulan. Dari apa yang dapat

diperhatikan, matlamat ini dapat dicapai kerana setiap ahli kumpulan kami sentiasa

memberikan kerjasama dalam menangani sebarang masalah yang tidak diduga. Sebarang

masalah yang berlaku kami selesaikan dengan kadar yang segera secara bersama-sama dan

tidak hanya meletakkan beban tersebut hanya pada ketua seorang sahaja.

Disamping itu dangan wujudnya perniagaan ini, kami dapat mempraktikan segala

pengajaran yang telah diajar bagi memastikan perjalanan operasi kami berjalan dengan

baik. Sikap keusahawanan kami serapkan dalam diri bagi mencapai matlamat projek.

Menurut sumber didalam buku keusahawanan, untuk menjadi seorang usahawan yang

berjaya, setiap ahli kumpulan mestilah mempunyai ciri-ciri usahawan agar perniagaan yang

dijalankan dapat berkembang dan terus maju.

Page 6: Laporan praktikum menjual

5

3.0 PELAKSANAAN STRATEGI

3.1 PENGURUSAN

Dari segi pengurusan, Kumpulan kami telah membuat pengagihan tugas untuk

menjaga gerai. Dengan ini, ia memudahkan Kumpulan kami untuk menjalankan

perniagaan tanpa gangguan. Selain itu, setiap ahli Kumpulan mempunyai

tanggungjawab mengikut kepakaran masing-masing. Menurut buku Williams (2007),

Management, 4th Edition Thomson/South-Western juga menyokong dengan

mendefinisikan ”Work teams consists of a small number of people with complementary

skills who hold themselves mutually accountable for pursuing a common purpose,

achieving performance goals, and improving interdependent work processes”.

3.2 PEMASARAN

3.2.1 Harga

Dari segi strategi harga, Kumpulan kami telah menawarkan harga dengan untungnya

100% untuk menampung buah-buahan yang buruk serta buah-buahan yang dijual secara

lelong pada penghabisannya. Contohnya, harga datang bagi jambu batu ialah RM3.00 dan

dijual dengan harga RM6.00. Dengan harga jualan ini, gerai kami dapat mengelakkan

kerugiaan daripada buah-buahan yang buruk dan buah-buahan yang dijual secara lelong.

3.2.2 Promosi

Dari segi promosi, Kumpulan kami telah menggunakan pelbagai strategi. Pertama,

pengedaran risalah. Ahli kumpulan kami telah mengedarkan risalah kepada orang awam dan

perumahan yang berdekatan dengan tamu Putatan. Tujuan utama pengedaran risalah

adalah produk-produk yang dijual dikenali dan diketahui oleh orang ramai serta menarik

ramai lagi pelangan mengunjungi gerai untuk membeli buah-buahan. Ini disokong dalam

buku Barringer, B.R & Ireland, R.P.(2006) Entrepreneurship: Successfully Launching New

Page 7: Laporan praktikum menjual

6

Ventures. New Jersey: Pearson Prentice Hall iaitu iklan membuat consumer sedar akan

produk yang dijual dengan harapan mereka akan terdorong untuk membelinya.

Selain itu, Kumpulan kami juga meletakkan sample bagi setiap jenis buah-buahan.

Tujuan meletakkan sample ini adalah untuk meyakinkan pelangan membeli buah-buahan

tersebut.

3.2.3 Persaingan

Oleh kerana dalam tamu Putatan tiada gerai yang menjual buah-buahan yang segar dan

berkualiti dengan di gerai ini, maka keadaan ini telah memberi peluang kepada kami untuk

melakukan jualan buah-buahan dengan persaingan yang kurang serta dapat meningkatkan

nilai keuntungan yang lebih banyak.

Page 8: Laporan praktikum menjual

7

3.3 OPERASI

3.3.1 Carta Operasi

3.3.2 Cabaran yang dihadapi semasa operasi

Dalam pengendalian operasi gerai buah-buahan ini, kami semua kurang pengalaman

untuk mengurus gerai. Terutamanya penempahan buah-buahan, kami perlu mencari

pembekal yang menawarkan harga yang rendah serta buah-buahan yang segar kepada

kami. Perkara ini, kami meminta saudara yang pengalaman untuk memberi bantuan

menempah buah-buahan.

Semasa operasi menjual juga kami manghadapi pelangan yang cerewet. Pelangan ini

suka menawarkan harga yang rendah. Untuk menyelesaikan masalah ini, kami menawarkan

harga yang berpatutan kepadanya.

Membuat tempahan buah-buahan dari pembekal pada hari Selasa oleh En. Wee Teck Fuan

Menerima buah-buah dari pembekal pada hari Khamis

Menyemak kualiti buah-buahan

Mengasingkan buah-buahan yang belum masak dan masak serta buah yang rosak

Susun atur buah-buahan di meja untuk dijual mengikut susunan yang dirancang

Meletakkan papan tanda harga pada buah-buahan serta sample

Membuat timbangan buah-buahan mengikut permintaan pelanggan

Masukkan buah-buahan ke dalam plastik.

Page 9: Laporan praktikum menjual

8

4.0 KEBERKESANAN PROJEK PRAKTIKUM BERBANDING DENGAN RANCANGAN

PERNIAGAAN.

Kami telah menilai keberkesanan projek praktikum keusahawanan kami berdasarkan

empat fungsi pengurusan iaitu fungsi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan juga

kawalan.

4.1 PERANCANGAN

Merujuk buku Management edisi yang keempat daripada Williams, perancangan

merupakan proses menentukan matlamat organisasi dan maksud untuk mencapainya. Jika

dilihat dari segi perancangan, terdapat beberapa aspek yang perlu diambilkira untuk

menentukan samada perancangan yang telah dilakukan adalah berkesan untuk

perlaksanaan projek praktikum ini. Di antara aspek-aspek tersebut adalah seperti harga

produk jualan kami, promosi, masa, produk, sewa, perancangan sumber manusia, serta

pembekal dan pelanggan kami.

Produk utama yang dijual oleh perniagaan kami adalah buah-buahan tempatan

seperti betik, jambu batu, belimbing, limau bali dan mangga. Walaubagaimanapun kami

telah berjaya mendapat buah-buahan yang segar serta berkualiti.

Jika dilihat dari aspek perletakan harga, kami telah mengenakan harga sebanyak

satu kali ganda daripada harga pembekal. Perancangan terhadap harga jualan ini adalah

untuk mengelakkan daripada risiko buah rosak dan jualan lelong pada penghabisan.

Manakala dari segi promosi pula, kami telah menjalankan beberapa jenis strategi

promosi termasuklah mengedarkan risalah kepada sasaran pelanggan kami terutamanya

kepada orang awam dan perumahan yang berdekatan tamu Putatan. Walaubagaimanapun,

promosi yang dilakukan ini adalah kurang berkesan disebabkan beberapa faktor seperti

pelangan lebih suka datang ke gerai beli terus. Selain itu, tempat untuk meletakkan banner

juga adalah kurang sesuai kerana ia dihadang oleh kenderaan yang berhenti disana.

Page 10: Laporan praktikum menjual

9

Promosi lain yang dilakukan oleh kumpulan kami adalah meletakkan sample buah-buahan.

Ini sangat berkesan kerana pelangan boleh terus nampak kualiti buah-buahan tersebut.

Mereka juga menbeli dengan penuh keyakinaan dan berpuas hati.

Tahap keberkesanan dari segi perancangan sumber manusia adalah agak berkesan

dimana setiap ahli perlu bertugas apabila tiada aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dilakukan pada 09 November 2013 (Sabtu). Walaubagaimapun, berlaku masalah pada awal

perniagaan kami beroperasi dimana kami telah menetapkan operasi jualan pada minngu

yang lebih awal, memandangkan ada ahli kumpulan mempunyai aktiviti sekolah. Maka

praktikum penjualan dioperasikan pada 09 November 2013 (Sabtu).

Melihat perancangan dari aspek pembekal dan pelanggan, tahap keberkesananya

adalah baik. Pembekal utama bagi perniagaan kami menghantar bekalan pada masa yang

dijangkakan kepada kami. Keadaan ini memudahkan peracangan untuk aktiviti perniagaan

kami. Bagaimanpun, kami juga tidak menghadapi masalah untuk berurusan dengan

pembekal bagi barangan-barangan lain yang diperlukan dimana kami sendiri telah

mengambil barang tersebut daripada mereka.

Perancangan dari aspek pelanggan juga agak memuaskan, dimana jumlah pelanggan

yang berkunjung ke gerai kami pada jam 9:00pagi hingga 1:00petang agak ramai. Terdapat

beberapa faktor yang dikenalpasti waktu yang ramai orang ini, diantaranya ialah pada waktu

ini pelangan adalah suri rumah dan mereka telah siap tugas dirumah. Maka mereka keluar

membeli sayur dan buah di tamu Putatan. Pada waktu jam 12:00 tengahari hingga

1:00petang adalah pelangan dari lepas kerja dan singgah tamu membeli sayur dan buah,

serta faktor cuaca yang dianggap baik juga banyak mempengaruhi jualan buah-buahan

kami.

Page 11: Laporan praktikum menjual

10

4.2KEPIMPINAN

Sekiranya dilihat dari segi kepimpinan, tahap keberkesananya adalah agak baik

dimana ketua kumpulan dan ahli bagi setiap bahagian telah melaksanakan tugas masing-

masing dengan penuh tanggungjawab. Walaubagaimanapun, beberapa kesilapan dan

kesalahan tetap wujud disebabkan beberapa faktor seperti kekurangan pengalaman,

kepakaran, keberanian dalam membuat keputusan dan mengambil risiko, serta kemahiran

berkomunikasi yang kurang baik.

Seorang ketua sememangnya sangat penting dalam mengurus dan mentadbir

sesebuah perniagaan. Ketua mestilah seorang yang berkebolehan dan mempunyai

kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk memimpin ahli kumpulan yang lain. Secara

keseluruhannya, ketua kumpulan kami telah berusaha menjalankan tugas yang

diamanahkan dengan baik dengan memberikan hala tuju dan panduan untuk menjalankan

perniagaan, dan telah mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan berdasarkan kemahiran

serta kepakaran setiap ahli. Ketua kumpulan kami akan mengadakan perjumpaan dan

perbincangan sesama ahli kumpulan dan menilai baik buruk padangan setiap ahli sebelum

membuat keputusan yang penting dalam perniagaan kami dan sentiasa berjumpa dengan

pihak-pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekeliruan.

Di samping itu, ahli-ahli bagi bahagian lain juga turut memainkan peranan yang

sangat penting di dalam memastikan aktiviti praktikum kami berjalan dengan lancar

mengikut perancangan yang ditetapkan. Sebagai contohnya, pengurus bahagian kewangan

telah berusaha menyediakan belanjawan untuk menganggar kos yang akan dilibatkan serta

sasaran jualan dan keuntungan yang perlu dicapai oleh perniagaan kami. Begitu juga

dengan pengurus di bahagian pengeluaran yang bertugas menyediakan keperluan peralatan

dan tenaga sumber manusia yang diperlukan dalam aktiviti pengeluaran dan operasi.

Page 12: Laporan praktikum menjual

11

Pengurus lain seperti pengurus bahagian pemasaran juga telah berusaha merancang

dan melaksanakan aktivti-aktiviti promosi yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh

untuk menarik minat pelanggan agar memilih untuk berkunjung ke gerai kami. Sementara

pengurus di bahagian risiko pula telah berusaha mengenalpasti masalah-masalah dan risiko

yang berkemungkinan timbul dan terpaksa ditanggung oleh perniagaan ini serta langkah-

langkah yang pelu diambil untuk mengatasinya.

Setiap ahli kumpulan telah berusaha memainkan peranan masing-masing untuk

memastikan aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang berlaku disebabkan kekurangan

pengalaman secara praktikal dan amali didalam menjalankan tugas masing-masing,

kepakaran yang masih belum cukup untuk menjalankan kerja yang diberi dengan sempurna,

keberanian dalam membuat keputusan dan tindakan bagi permasalahan yang timbul,

mengambil risiko, serta kekurangan kemahiran berkomunikasi serta berurusan dengan

pelanggan dan pembekal.

4.3PENGORGANISASIAN

Sekiranya dilihat dari segi pengorganisasian pula, tahap keberkesanannya adalah

agak memuaskan. Seperti yang diketahui, kumpulan kami telah ditubuhkan untuk memenuhi

aktiviti praktikum yang diperlukan untuk subjek penghantar kepada keusahawanan di UMS.

Kami semua telah sepakat untuk menjalankan aktiviti perniagaan menjual buah-buahan

tempatan untuk praktikum ini dan telah menamakan pernaigaan kami sebagai Gerai Buah-

Buahan “Saya Suka”. Bagi lebih menjayakan projek ini, kami telah melantik seorang ketua

kumpulan dan seorang penolong untuk mengetuai perniagaan kami dengan memberikan

autoriti kepadanya untuk membuat keputusan setelah menilai dan mengambilkira

pandangan setiap ahli kumpulan. Ketua kumpulan kemudiannya telah mengagihkan tugas-

tugas yang diberikan kepada setiap ahli berdasarkan kemahiran masing-masing.

Page 13: Laporan praktikum menjual

12

Semua ahli kumpulan telah melaksanakan kerja yang diberi dengan bersungguh-

sungguh baik didalam menyediakan rancangan perniagaan mahupun ketika menjalankan

aktiviti praktikum iaitu menjual buah-buahan. Setiap ahli juga akan bertanggungjawab

didalam tugas yang diberikan dan akan berbincang dengan penolong dan ketua kumpulan

sekiranya terdapat masalah atau kekeliruan, dan ketua kumpulan pula akan berjumpa

dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan garis panduan dan

langkah yang betul didalam mengendalikan aktiviti praktikum kami ini.

Dari segi pengorganisasian masa pula, tahap keberkesanannya adalah agak baik

dimana kami telah merancang masa pernaigaan kami iaitu bermula dari jam 7.00 pagi

sehingga 5:00petang. Walaubagaimanapun, masa beroperasi pernaigaan kami ini boleh

berubah mengikut keadaan persekitaran pada waktu tersebut.

4.4KAWALAN

Fungsi terakhir yang dinilai adalah fungsi kawalan dimana tahap keberkesanannya

adalah agak baik dan memuaskan. Kami telah berusaha menjalankan proses kawalan

melalui beberapa aspek didalam perniagaan kami. Diantaranya adalah aspek kualiti produk,

promosi, sumber manusia, dan masa.

Sekiranya dilihat dari aspek kualiti produk, tahap keberkesanannya adalah agak baik.

Sebagai contohnya, kami telah mengasingkan buah yang baik dan buruk. Dari segi kawalan

promosi, kami telah menyediakan risalah kepada orang awam dan perumahan yang

berdekatan. Bagi sumber manusia, kami cukup tenaga pekerja untuk mengurus gerai buah-

buahan. Akhirnya ialah masa, masa yang dirancangkan agak sesuai kerana semua ahli dapat

hadir dalam perniagaan penjualan.

Page 14: Laporan praktikum menjual

13

5.0 LAPORAN KEWANGAN.

5.1 Jadual harga buah-buahan dari pembekal untuk penjualan pada 09 November 2013.

BIL BUAH-BUAHAN

HARGA

BELIAN

(per kg)

HARGA

JUALAN

(per kg)

UNTUNG

(per kg)

1 Betik RM 1.80 RM 3.00 RM 1.20

2 Jambu RM 3.00 RM 6.00 RM 3.00

3 Jambu Merah RM 4.00 RM 8.00 RM 4.00

4 Belimbing RM 3.00 RM 6.00 RM 3.00

5 Limau Bali RM 2.50 RM 4.00 RM 1.50

6 Mangga Telur RM 5.00 RM 10.00 RM 5.00

7 Mangga Kahwin RM 5.00 RM 10.00 RM 5.00

8 Mangga Gajah RM 6.00 RM 12.00 RM6.00

9 Mangga Taiwan RM 6.00 RM 12.00 RM 6.00

10 Mangga Madu RM 6.00 RM 12.00 RM6.00

11 Mangga Kelapa RM 6.00 RM 12.00 RM 6.00

Page 15: Laporan praktikum menjual

14

5.2 Anggaran harga penjualan dan keuntungan.

BIL BUAH-

BUAHAN

HARGA

BELIAN

(per kg)

HARGA

JUALAN

(per kg)

KUANTITI

(kg)

JUMLAH

UNTUNG

KASAR

1 Betik RM 1.80 RM 3.00 25 RM 75 RM 30

2 Jambu RM 3.00 RM 6.00 20 RM 120 RM 60

3 Jambu Merah RM 4.00 RM 8.00 10 RM 80 RM 40

4 Belimbing RM 3.00 RM 6.00 10 RM 60 RM 30

5 Limau Bali RM 2.50 RM 4.00 25 RM 100 RM 37.50

6 Mangga Telur RM 5.00 RM 10.00 10 RM 100 RM 50

7 Mangga

Kahwin RM 5.00 RM 10.00

10 RM 100

RM 50

8 Mangga Gajah RM 6.00 RM 12.00 10 RM 120 RM 60

9 Mangga

Taiwan RM 6.00 RM 12.00

10 RM 120

RM 60

10 Mangga Madu RM 6.00 RM 12.00 10 RM 120 RM 60

11 Mangga Kelapa RM 6.00 RM 12.00 10 RM 120 RM 60

JUMLAH RM 1115 RM 537.50

JUMLAH BELIAN =RM 1115 – RM 537.50

= RM 577.50

Page 16: Laporan praktikum menjual

15

5.3 Jualan Sebenar

BIL BUAH-

BUAHAN

HARGA

JUALAN

(per kg)

KUANTITI

JUALAN

(kg)

KUANTITI

ROSAK

(kg)

JUALAN

LELONG

JUMLAH

1 Betik RM 3.00 20 1 kg RM 10 RM 70

2 Jambu RM 6.00 18 0.3 kg RM 8 RM 116

3 Jambu Merah RM 8.00 8 0 kg RM 12 RM 76

4 Belimbing RM 6.00 7 0.5 kg RM 10 RM 52

5 Limau Bali RM 4.00 20 0 kg RM 15 RM 95

6 Mangga Telur RM 10.00 8 0.4 kg RM 10 RM 90

7 Mangga

Kahwin RM 10.00

7

0.3 kg RM 20

RM 90

8 Mangga Gajah RM 12.00 8 0 kg RM 18 RM 114

9 Mangga

Taiwan RM 12.00

9

0.4 kg RM 5

RM 113

10 Mangga Madu RM 12.00 8 0.3 kg RM 15 RM 111

11 Mangga

Kelapa RM 12.00

7

0 kg RM 25

RM 109

JUMLAH RM 148 RM 1036

JUMLAH UNTUNG KASAR = RM 1036 – RM 577.50

=RM 458.50

Page 17: Laporan praktikum menjual

16

5.4 Untung bersih

BUTIRAN RM RM

Untung Kasar

Tolak belanja :

Sewa gerai

Plastik bag

Banner

4.00

8.00

150.00

458.50

Jumlah untung bersih 296.50

6.0 PENGALAMAN, PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN YANG DIBELAJARI DARI

PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM

Selama kami melakukan aktiviti penjualan buah-buahan tempatan bermula

rancangan pada 12 Oktober hingga hari praktikum penjualan pada 09 November 2013

,pelbagai pengalaman atau pengajaran yang kami perolehi.Tidak kiralah sama ada ia manis

atau pun pahit,seronok mahupun duka.

Terlalu banyak pengalaman atau pengajaran yang kami perolehi bermula daripada

perancangan yang dibuat sehinggalah perlaksanaannya.Pengalaman tersebut kami kategori

kan kepada tiga bahagian iaitu sebelum kami melakukan urusniaga,semasa dan selepas

kami selesai melakukannya.

Bermula dengan pengalaman yang kami perolehi di awal pertemuan perbicangan

untuk membuat perancangan perniagaan dan berurusan dengan pelbagai pihak yang

Page 18: Laporan praktikum menjual

17

berkenaan.Pengalaman tersebut kami pecahkan mengikut persamaan pengalaman secara

umum antara ahli kumpulan.

6.1Sebelum

6.1.1Kerjasama

Hampir setiap ahli kumpulan mengatakan mereka semua dapat melakukan kerja

masing-masing dengan selesa dan tenang.Mereka mengatakan melalui perbincangan yang

dibuat ia dapat memupuk semangat kerjasama untuk melakukan sesuatu

perkara.Contohnya dalam proses pembuatan kertas kerja perniagaan setiap ahli kumpulan

bersama-sama bekerjasama menyiapkannya dan saling bantu-membantu di antara satu

sama yang lain.Selain itu pengalaman kerjasama ini dapat di rasai ketika beberapa ahli

kumpulan keluar ke bandar mencari lokasi para pembekal yang sesuai kumpulan yang lain

menguruskan sewa tapak gerai dengan pihak atasan.

6.1.2Berinteraksi dengan orang luar dan pihak atasan

Pengalaman berinteraksi dengan orang luar iaitu para pembekal dan pihak atasan

adalah sesuatu yang amat janggal maklum sajalah mereka merupakan orang dewasa yang

mempunyai kerjaya yang berjaya.Dalam hal ini kami terpaksa menjaga penampilan seperti

pertuturan,pemakaian dan etika serta bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

Pengalaman tersebut mengajar kami untuk belajar berinteraksi dengan cara yang betul iaitu

melalui kaedah ‘softskill’. Tidak dapat dinafikan sepanjang sesi dua hala kami dengan orang

luar dan pihak atasan berlaku sedikit konflik dalam pertuturan, namun ia tidaklah begitu

ketara sehingga menimbulkan pergaduhan. Tetapi apa yang jelas cara percakapan kami

perlu penambahbaikan dan pemulihan yang sempura agar sebarang perselisihan tidak akan

berlaku lagi di suatu hari kelak.

Page 19: Laporan praktikum menjual

18

6.1.3Mengenali dunia perniagaan dengan lebih mendalam

Tidak dapat dinafikan setiap ahli kumpulan mula mengenali dunia perniagaan

dengan lebih mendalam semasa pembuatan kertas kerja lagi. Hal ini kerana setiap ahli

kumpulan telah diberikan tugas mengikut kepakaran masing-masing dan mahir akan perkara

terebut.Jika sebelum ini terdapat ahli kummpulan yang langsung atau tahu akan serba

sedikit mengenai dunia perniagaan, namun melalui perancangan dan pembuatan kertas

kerja yang telah pun disempurnakan pengalaman tersebut dapat dirasai.

6.1.4Kepimpinan

Sememangnya setiap ahli kumpulan mempunyai tugas dan kewajipan serta

komitmen masing-masing. Semasa proses penyiapan kertas kerja setiap ahli belajar untuk

mengarah diri agar melakukan tugas yang dberikan dengan sempurna, selain belajar untuk

mengikut setiap arahan yang di berikan oleh ketua mahupun ahli kumpulan yang

mempunyai autoriti dalam sesuatu perkara.Pengalaman tersebut menjadikan diri kami dapat

merasai sifat kepimpinan yang semakin menebal dalam diri.

6.1.5Timbul perasaan minat dalam dunia perniagaan

Pengalaman menyiapkan kertas kerja bersama-sama ahli kumpulan kami rasakan

amat seronok dan menjadikan kami semua bertambah rapat. Ini sekaligus menimbulkan

rasa minat dalam dunia perniagaan dan bercita-cita untuk membuat suatu perniagaan yang

komersial di suatu hari kelak bersama-sama dengan semua ahli kumpulan. Jika sebelum ini

kami hanya tahu menjual sahaja, namun kini kami sudah pandai membuat ketas kerja

perniaggan dengan lebih mendalam.

Page 20: Laporan praktikum menjual

19

6.2Semasa

6.2.1Menbuka gerai pada hari praktikum

Sememangnya setiap ahli berasa berdebar-debar ketika membuka gerai pada hari

praktikum dan debaran tersebut telah pun dirasai sejak pembentukan kertas kerja lagi.

Maklum sajalah ini merupakan pengalaman pertama membuka gerai hasil daripada usaha

kami sendiri. Perasaan bedebar itu semakin melonjak apabila melihat para pesaing yang

turut membuka gerai di sekitar tapak perniagaan kami .Namun semuanya berjalan dengan

lancar dan setiap ahli kumpulan menjalankan tugas masing-masing.

6.2.2Berinteraksi dengan para pelanggan

Pengalaman berinteraksi dengan pelanggan merupakan sesuatu yang amat

menyeronokkan dan merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan.

Melalui perniagaan tersebut kami berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan yang

singgah berkunjung membeli buah-buahan kami. Di situ kami semua belajar untuk menjaga

hati para pelanggan kami kerana mereka merupakan ‘raja’ yang mesti di layan dengan

sebaik mungkin dan memujuk mereka agar membeli buah-buahan yang kami jual.

Pengalaman tersebut menjadikan kami semakin mahir berinteraksi dengan orang ramai

tidak kira kanak-kanak,muda,dewasa mahupun tua.

6.2.3 Kerjasama antara ahli kumpulan

Bekerja bersama-sama antara sesama ahli kumpulan merupakan pengalaman yang

manis dan menyeronokkan. Setiap ahli dapat melakukan sesuatu tugas dengan sempura

dan berjaya hasil daripada pertolongan ahli yang lain. Masing-masing melakukan tugas yang

diberikan dengan sebaik mungkin dan dengar akan arahan daripada ketua. Secara

keseluruhannya kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan agak baik.

Page 21: Laporan praktikum menjual

20

6.3Selepas

6.3.1Mula tahu akan susahnya berniaga

Sebelum ini kami semua menyangkakan menubuh serta menguruskan perniagaan

sanggatlah muda kerana bagi kami perniagaan adalah sekadar menjual sesuatu dan

mendapat hasilnya. Namun sangkaan kami itu meleset sama sekali. Perniagaan

memerlukankan perancangan yang rapi dan melaksanakannya mengikut apa yang telah

dirancang. Melalui perniagaan inilah kami tahu akan risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh

sesebuah perniagaan dan dapat menganggarkan untung atau rugi perniagaan yang

diusahakan. Namun apa yang penting sesuatu perniagaan akan menjadi amat susah

sekiranya tidak ada pernacangan menyeluruh dan kerjasama antara ahli kumpulan itu

sendiri.

6.3.2Berani berhadapan dengan orang ramai

Pengalaman berinteraksi dengan pelbagai ragam dan jenis orang telah meningkatkan

tahap keyakinan kami untuk bergaul dengan orang sekeliling. Jika sebelum ini kami agak

kekok atau tidak biasa bergaul dengan orang ramai disebabkan perasaan malu yang

menyelubungi diri, namun sekarang ia telahpun berubah. Bahkan kami menjadi semakin

mesra dengan sesiapa sahaja yang kami temui dan bijak mengatur ayat dalam pertuturan.

6.3.3Semakin matang dalam melihat pelbagai aspek

Pengalaman lalu betul-betul bermakna bagi kami kerana menjadikan kami insan

yang lebih matang dalam melihat sesuatu perkara terutamanya dalam dunia perniagaan.

Maklumlah sebelum ini kami kurang arif dalam bab-bab perniagaan, namun sekarang kami

sudah pandai melihat sesuatu dengan jelas walaupun belum lagi di lakukan. Contohnya

dalam aspek perletakan harga, strategi promosi dan pemilihan pembekal dimana kami dapat

membuat sesuatu keputusan dengan lebih tepat dan berkesan.

Page 22: Laporan praktikum menjual

21

7.0 LAMPIRAN

7.1 Gambar

1. Stok 2. Menaikkan peralatan dan buah-buahan ke

dalam trak kereta.

3. Tapak penjualan buah-buahan 4. Persedian meja untuk menjual buah-buahan

5. Pandangan dari luar 6. Buah-buahan disusun dengan ada tanda harga

Page 23: Laporan praktikum menjual

22

7. Ahli kumpulan mengangkat stok 8.Semua ahli sedang menyusun buah-buahan

9. Menyusun buah-buahan 10. Urus niaga dengan pelangan.

11. Layanan yang mesra dengan pelangan 12. Mengedar risalah di perumahan

Page 24: Laporan praktikum menjual

23

7.2 Minit mesyuarat

Kepada : Semua AJK Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

Tarikh : 21.09.2013 (Sabtu)

Masa : 1:30Pm – 3:30Pm

Tempat : Bilik mesyuarat

1

AGENDA

UCAPAN PENGERUSI

2 PENGAGIHAN TUGAS

3 ALAT-ALAT KEPERLUAN

4 HAL-HAL LAIN

Disediakan oleh,

..........................................………

( CIK YONG NYUK JIN )

Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

Page 25: Laporan praktikum menjual

24

Minit mesyuarat ( 1 )

MINIT MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

Tarikh : 21.09.2013 (Sabtu)

Masa : 1:30Pm – 3:30Pm

Tempat : Bilik mesyuarat

Pengerusi : Pn Yeung Fui Ping

Kehadiran(Bilangan) : 8 orang

Turut Hadir (Jika ada) :-

1

UCAPAN PENGERUSI

Pn Yeung Fui Ping mengucapakan ribuan terima kasih kepada AJK yang hadir. Beliau

menjelaskan bahawa objektif untuk mesyuarat ini adalah untuk berbincang tentang

Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”.

2

PENGAGIHAN TUGAS

a. Yeung Fui Ping Mengurus keseluruhan operasi gerai.

b. Teo Wei Seng Membantu mengurus dalam operasi keseluruhan gerai.

Page 26: Laporan praktikum menjual

25

c. Wee Teck Fuan Menempah stok buah-buahan dari pembekal

d. Yong Nyuk Jin Memeriksa kualiti stok yang ditempah dari pembekal

e. Wong Piang Loi Merancang strategi perniagaan membuat promosi serta

publisiti untuk memastikan pelanggan tertarik dengan

perkhimatan perniagaan yang ditawarkan.

f. Yip Sing Song Menyediakan peralatan untuk gerai buah-buahan

seperti meja, timbang, bekas buah-buahan.

g. Wong Hui Tzong Mengurus aspek keluar masuk wang perniagaan serta

menguruskan segala perbelanjaan dan pendapatan.

h. Yapp Siow Teng Sebagai juruaudit.

3

ALAT-ALAT KEPERLUAN

3.1. Pn Yeung Fui Ping membincangkan dengan AJK Gerai Buah-Buahan “SAYA

SUKA” masing-masing.

3.2 Pn Yeung Fui Ping memberitahu AJK peralatan menyediakan alat-alat seperti:-

i. Plastik untuk pembungkusan

ii. Timbangan

iii. Meja

iv. Pisau

4 HAL-HAL LAIN

Page 27: Laporan praktikum menjual

26

4.1. Tiada

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan olehPengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan

tarikh mesyuarat yang berikutnya.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:30 pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................…… ……...............................……….

( CIK YONG NYUK JIN) ( PN YEUNG FUI PING)

Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” Pengerusi

Tarikh : 22-09-2013 Tarikh : 22-09-2013

Page 28: Laporan praktikum menjual

27

Kepada : Semua AJK Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

Tarikh : 12.10.2013 (Sabtu)

Masa : 1:00 pm – 3:00 pm

Tempat : Bilik mesyuarat

1

AGENDA

UCAPAN PENGERUSI

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4 HAL-HAL LAIN

Disediakan oleh,

..........................................………

( CIK YONG NYUK JIN )

Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

Page 29: Laporan praktikum menjual

28

Minit mesyuarat ( 2 )

MINIT MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

Tarikh : 12.10.2013 (Sabtu)

Masa : 1:00 pm – 3:00 pm

Tempat : Bilik mesyuarat

Pengerusi : Pn Yeung Fui Ping

Kehadiran(Bilangan) : 8 orang

Turut Hadir (Jika ada) :-

1

UCAPAN PENGERUSI

Pn Yeung Fui Ping mengucapakan ribuan terima kasih kepada AJK yang hadir. Beliau

menjelaskan bahawa objektif untuk mesyuarat ini adalah untuk berbincang tentang

Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”.

2

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh En Wong Piang Loi

Disokong untuk pengesahan oleh En Wee Teck Fuan

Page 30: Laporan praktikum menjual

29

3

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pn Yeung Fui Ping mencadangkan Gerai Buah-buahan “SAYA SUKA” akan

beroperasi di Putatan pada 9-11-2013.

3.2 En Wong Piang Loi mencadangkan menjual buah-buahan tempatan seperti:-

- Betik

- Jambu

- Belimbing

- Pemelo

- Buah-buahan bermusim

3.3 En Yip Sing Song mencadangkan membuat Banner Gerai Buah-buahan “SAYA

SUKA” supaya boleh menarik perhatian pelanggan mengunjungi ke gerai kami.

4 HAL-HAL LAIN

4.1. En Teo Wei Seng dan Pn Yapp Siow Teng akan berurusan dengan Majlis Daerah

Putatan untuk menyewa tempat di Putatan untuk berniaga.

4.2 En Wee Teck Fuan dan En Wong Hui Tzong akan berurusan dengan pembekal

buah-buahan dari Papar dan Tenom untuk mendapatkan buah-buahan sebelum

gerai dibuka.

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan

tarikh mesyuarat yang berikutnya.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:00 pm.

Page 31: Laporan praktikum menjual

30

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….

( CIK YONG NYUK JIN) ( PN YEUNG FUI PING)

Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” Pengerusi

Tarikh : 13-10-2013 Tarikh : 13-10-2013