laporan prestasi calon

download laporan prestasi calon

of 3

Transcript of laporan prestasi calon

LAPORAN PRESTASI CALON 1.PEPERIKSAAN: SPM 2.TAHUN:2011 3.MATA PELAJARAN:SAINS 4.KOD KERTAS:1511/2 5.NAMA PEMERIKSA : NORIZAN BINTI ABDUL GHANI 6.KOD PEMERIKSA: A1107 9. PRESTASI BAGI SETIAP SOALAN No. Soal an 7 Kekuatan calon Calon dapat menjawab soalan dengan baik bagi 7(a) (i) dan 7(b)(i) Hanya calon sederhana dan tinggi yang dapat menjawab soalan 10 dengan baik mengikut peraturan pemarkahan . Kelemahan Calon Kebanyakan calon tidak dapat menjawab soalan 7(a)(ii) dan 7b)(ii) dengan tepat Calon sederhana dan lemah tidak dapat menulis hipotesis dengan tepat. Hipotesis tidak menghubungkaitkan antara pembolehubah dimanipulasi dengan bergerak balas. Senarai radas juga tidak lengkap seperti dicatatkan dalam soalan. Pelajar gagal membina jadual data dengan betul. Jadual data tiada pembolehubah dimanipulasi dan bergerak balas. Pelajar tidak dapat menjawab kaedah yang digunakan dengan tepat. Kesilapan calon Calon menyatakan kesan rumah hijau bukannya kesan kemusnahan lapisan ozon bagi soalan 7(c ) Calon lemah tidak dapat membezakan pembolehubah dimanipulasi, dimalarkan dan bergerak balas.

10

11

Hanya 30% sahaja calon menjawab soalan ini dan markah diperolehi dari kenalpasti masalah dimana pelajar menyalin semula penyataan dari soalan.

Pelajar keliru antara pigmen warna dan cahaya. Kebanyakan pelajar menjawab pigmen warna bagi soalan ini.

12

70% pelajar Pelajar tidak dapat menjawab soalan ini. menjawab dengan Pelajar dapat tepat ciri sebatian menjawab soalan organik. Pelajar gagal 12(a) dengan baik. menghubungkaitkan Pelajar menggunakan ciri sepunya untuk jadual untuk membina konsep membezakan lemak sebatian organik. tepu dan lemak tak tepu. LAPORAN PRESTASI UJIAN

Kebanyakan pelajar tidak dapat membezakan contoh bagi sebatian organik dan inorganik. Sebilangan pelajar memberikan contoh sebatian organik yang telah ditunjukkan dalam rajah 12.

1.PEPERIKSAAN: SPM 2. TAHUN: 2011 3.MATA PELAJARAN:SAINS KERTAS 2 4.KOD:1511/2 5. NAMA PEMERIKSA:NORIZAN BINTI ABDUL GHANI 6. KOD : A1107 7.KOMEN UMUM TENTANG KERTAS SOALAN 7.1 Konstruk yang digunakan dalam setiap soalan ini menepati kurikulum mata pelajaran Sains Teras iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. 7.2 Soalan berbentuk pengetahuan mengandungi soalan di mana pelajar perlu mengingat semula dan adalah amat sesuai bagi pelajar aras rendah. 7.3 Rajah yang terdapat di setiap soalan adalah mudah difahami dan dapat membantu pelajar untuk mengingat semula. 8.KOMEN UMUM TENTANG PERATURAN PEMARKAHAN 8.1Peraturan pemarkahan yang longgar membantu calon kategori sederhana dan lemah memperolehi markah bagi soalan aras kefahaman. Contohnya diterima tidak selenjar dan simbol-simbol tertentu. Manakala peraturan pemarkahan yang ketat contohnya hanya ada satu jawapan sahaja (wcr) boleh menyebabkan pelajar kehilangan markah kerana memberi lebih dari satu jawapan. 9. CAKUPAN SOALAN BERBANDING KANDUNGAN MATA PELAJARAN 9.1Keseluruhan soalan mencakupi sukatan matapelajaran Sains Teras Tingkatan 4 dan 5, iaitu mengandungi bidang Biologi, Kimia dan Fizik 10.KERELEVANAN SOALAN DENGAN PERKARA YANG DIPELAJARI CALON

10.1Kesemua soalan relevan dengan apa yang dipelajari calon di dalam kelas dan menepati sukatan pelajaran dan buku teks. 11.KESILAPAN/KELEMAHAN KERTAS SOALAN & CADANGAN 11.1 Soalan 2 gambarajah graf kecil dan ramai pelajar tersilap meletakkan titik untuk melukis graf isipadu gas melawan masa . 11.2 Soalan 8 Kenyataan dalam kotak yang tidak jelas dan boleh mengelirukan pelajar samada makumat tersebut ada atau tiada. 12.KESILAPAN /KELEMAHAN PERATURAN PEMARKAHAN & CADANGAN 12.1 Peraturan pemarkahan adalah baik keseluruhannya. Soalan 1 pelajar tidak boleh melukis graf garis lurus kerana soalan berkehendakkan graf carta bar. Manakala soalan 2 graf bar boleh dilukis dan pelajar masih mendapat markah untuk point.