Laporan program-bina-insan-guru fasa 4 IPGK Rajang

7
LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) LAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING) SISTEM PENTADBIRAN & PENGURUSAN SEKOLAH CEMERLANG (SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI) 2015. PPG KOHORT 2 FASA 4 SEMESTER 8 , 2015. OPSYEN : SAINS AMBILAN : FEBRUARI 2012 KOHOT 2 SEMESTER : 8 TARIKH : 7 OGOS 2015 TEMPAT : SJK KWANG CHIEN, SARIKEI KEHADIRAN GURU : 26 ORANG GURU 1.0 PENDAHULUAN Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) disediakan bagi memenuhi keperluan latihan Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) di Intitut Pendidikan Guru ( IPG ) seluruh Negara mulai Ambilan Feb 2012 Kohot 2. Justeru bertepatan dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghasilkan guru yang bersifat holistik dan bagi memenuhi keperluan Kursus Bina Insan Guru Fasa 4 , Kelas Sains Kumpulan 1 dan Kumpulan Kohort 2 Ambilan Februari 2012 telah merancang sebuah lawatan Penanda Aras ( BenchMarking ) ke Sekolah Cemerlang SJK Kwang Chien, Sarikei, Sarawak. 2.0 TUJUAN Penanda Aras ini merupakan salah satu komponen dalam Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa 4 yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar Program Pensiswazahan Guru untuk melibatkan diri dalam perancangan dan pengelolaan program dan menyediakan sebuah penulisan refleksi mengenainya dengan mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus ini. Antara yang ditekankan dalam lawatan ini Penanda Aras ini termasuklah ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur dan infastruktur sekolah. 1

Transcript of Laporan program-bina-insan-guru fasa 4 IPGK Rajang

Page 1: Laporan program-bina-insan-guru fasa 4 IPGK Rajang

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

LAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING) SISTEM PENTADBIRAN &

PENGURUSAN SEKOLAH CEMERLANG (SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI) 2015.

PPG KOHORT 2 FASA 4 SEMESTER 8 , 2015.

OPSYEN : SAINS

AMBILAN : FEBRUARI 2012 KOHOT 2

SEMESTER : 8

TARIKH : 7 OGOS 2015

TEMPAT : SJK KWANG CHIEN, SARIKEI

KEHADIRAN GURU : 26 ORANG GURU

1.0 PENDAHULUAN

Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) disediakan bagi memenuhi keperluan latihan Program

Pensiswazahan Guru ( PPG ) di Intitut Pendidikan Guru ( IPG ) seluruh Negara mulai Ambilan

Feb 2012 Kohot 2. Justeru bertepatan dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

menghasilkan guru yang bersifat holistik dan bagi memenuhi keperluan Kursus Bina Insan Guru

Fasa 4 , Kelas Sains Kumpulan 1 dan Kumpulan Kohort 2 Ambilan Februari 2012 telah

merancang sebuah lawatan Penanda Aras ( BenchMarking ) ke Sekolah Cemerlang SJK

Kwang Chien, Sarikei, Sarawak.

2.0 TUJUAN

Penanda Aras ini merupakan salah satu komponen dalam Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa

4 yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar Program Pensiswazahan Guru untuk

melibatkan diri dalam perancangan dan pengelolaan program dan menyediakan sebuah

penulisan refleksi mengenainya dengan mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus

ini. Antara yang ditekankan dalam lawatan ini Penanda Aras ini termasuklah ciri-ciri kepimpinan,

pengurusan sekolah, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur dan infastruktur sekolah.

1

Page 2: Laporan program-bina-insan-guru fasa 4 IPGK Rajang

3.0 RASIONAL

• Melahirkan insan guru yang berketrampilan dan unggul yang mampu menghadapi

cabaran mendatang.

• Menghasilkan guru yang berkualiti, bersahsiah tinggi, berilmu, berdisiplin serta

mempunyai daya tahan diri yang tinggi.

• Melahirkan modal insan guru seperti yang dikehendaki oleh Bahagian Pendidikan Guru

(BPG)

• Mengukuhkan dan membina semangat keguruan dan kepimpinan dalam diri setiap

individu.

• Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan

4.0 LAPORAN SEBELUM

Berdasarkan tugasan yang kami terima, pada semester ini, kami perlu menjalankan

Lawatan Penanda Aras ( Benchmarking) Sistem Pentadbiran & Pengurusan Sekolah

Cemerlang (Sekolah Berprestasi Tinggi) sekolah rendah. Mesyarat telah diadakan pada awal

Ogos 2015 bersama dengan pensarah pembimbing kami iaitu En.Mcnair Kudang. Setelah

berbincang, kami sepakat untuk memilih SJK Kwang Chien, sebagai lokasi lawatan.

AJK yang telah dilantik untuk membuat kertas kerja, merancang aktiviti, memohon

kelulusan dari semua pihak yang terlibat. Setelah berhubung dengan pihak SJK Kwang Chien

dan, kami telah memilih 7 Ogos 2015 sebagai tarikh lawatan.

Kami sangat bersyukur kerana segala bimbingan dan perbincangan dengan pensyarah

pembimbing kami iaitu En.Mcnair Kudang telah banyak memberikan panduan dan maklumat

yang berguna kepada kumpulan kami untuk melaksanakan program tersebut. Rakan-rakan

guru yang lain juga telah banyak memberikan kerjasama walaupun banyak masalah dan

cabaran untuk melaksanakan aktiviti ini. Tetapi semua masalah itu tidak menghalang kami

untuk berkolaborasi untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Sebelum kami menjalankan program ini, kumpulan Sains 1 dan sains 2 telah

membentangkan kertas kerja mengenai projek yang kami pilih kepada pensyarah pembimbing.

2

Page 3: Laporan program-bina-insan-guru fasa 4 IPGK Rajang

Selepas membentangkan kertas kerja, dan beliau telah membimbing kami cara-cara untuk

melaksanakan projek ini dan memperbaiki tentatif program yang telah kami rancang mengikut

prosedur.

5.0 LAPORAN SEMASA

Pada 7 Ogos 2015, Selasa, kami telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG)

Fasa ke-4 di Sk Bandar Penawa 2, Kota Tinggi, Johor. Semua peserta program ini terdiri

daripada kumpulan kami, iaitu guru-guru PPG yang diketuai oleh En. Saiful Abdullah Sukri.

Semua pelajar PPG Sains 1 dan Sains 2 bertolak ke SJK Kwang Chien, Sarikei dari

lokasi rumah masing-masing dan berkumpul di depan sekolah SJK Kwang Chien pada pukul

7.00 pagi sebelum memasuki kawasan sekolah. Pendaftaran dijalankan pada pukul 8.00 pagi di

bilik mesyuarat SJK Kwang Chien. Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Ngu selaku

pegawai protokol sekolah mengalu-alukan kedatangan kami dan berbesar hati kerana SJK

Kwang Chien menjadi pilihan kami untuk program ini.

Pada pukul 8.15 pagi, Guru Besar SJK Kwang Chien iaitu Encik Wong Hii telah

sampai dan mengalu-alukan kedatangan kamo ke SJK Kwang Chien. Beliau meneruskan

dengan Taklimat Sejarah penubuhan sekolah dan Corak kepimpinan dan pengurusan sekolah

cemerlang. En.. Jaafar bin Atan memberikan bengkel mengenai pengurusan dan pentadbiran

sekolah ini. Kami sangat bertuah kerana kami diberikan banyak maklumat dan panduan

berguna yang boleh diaplikasikan di sekolah.

3

Guru Besar En. Wong Hii memberikan ucapan dan taklimat

Page 4: Laporan program-bina-insan-guru fasa 4 IPGK Rajang

Seterusnya, untuk memenuhi pengisian program lawatan ini, sesi Interaksi dengan guru

cemerlang sains SJK Kwang Chien , Sarikei iaitu Encik Law Sie Tung memberikan beberapa

panduan bagaimana beliau melaksanakan tugas dengan baik sehingga diberikan anugerah

guru cemerlang dalam matapelajaran sains.

Beliau memberikan pendedahan bagaimana beliau dianugerahkan sebagai Guru

Inovatif. Beliau juga berkongsi tips untuk mengajar dalam matapelajaran sains. Kami sangat

kagum dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah ini kerana berjaya melahirkan ramai murid

dan guru yang cemerlang.

Setelah semua program dilaksanakan, sesi penyampaian cenderahati kepada Guru

Besar dan Guru cemerlang daripada pihak kami dan seterusnya majlis penutupan oleh Guru

Besar iaitu Encik Wong Hii.

4

Guru Cemerlang Sains, Encik Law Sie Tung

Page 5: Laporan program-bina-insan-guru fasa 4 IPGK Rajang

Sebelum makan tengah hari, kami telah dibawa untuk melawat kawasan sekolah

termasuk bilik-bilik khas dan kami berpeluang untuk berinteraksi dan bersoal jawab dengan

guru-guru yang berada di bilik-bilik khas. Kami juga dibenarkan untuk mengambil gambar di

kawasan sekolah terrsebut. Selepas makan tengah hari semua pelajar PPG berkumpul semula

dan bersurai pada pukul 12 tengahari.

Beberapa gambar di sekitar kawsan sekolah dan bilik-bilik khas.

5

Penyampaian cenderahati

Page 6: Laporan program-bina-insan-guru fasa 4 IPGK Rajang

6.0 LAPORAN SELEPAS

Setelah program ini dilaksanakan, Semua AJK dokumentasi mengagihkan tugas untuk

menyediakan laporan mengenai program BIG Fasa ke-4 ini. Segala persiapan dan

6

Gambar pelajar PPSIMP PPG SAINS KOHOT yang mengadakan Lawatan Benchmarking di SJK Kwang Chien, Sarikei, Sarawak.

Page 7: Laporan program-bina-insan-guru fasa 4 IPGK Rajang

perbincangan bersama semua ahli kumpulan telah dibuat untuk menyiapkan dokumentasi

dengan lancar.

7.0 ISU / MASALAH (JIKA ADA)

Semua aktiviti berjalan dengan lancar mengikut tentatif yang telah disediakan.

7