Pembangunan insan
-
Upload
normurni-mohamad -
Category
Education
-
view
882 -
download
2
Transcript of Pembangunan insan
Pembangunan InsanNORMURNI BINTI MOHAMAD
JABATAN PENGAJIAN ISLAMPOLITEKNIK BANTING
Islam dan Pembangunan
tabie
•unsur rohani•unsur jasmani
tugas
• Hamba
• Khalifah
Pembangunan dalam Islam: satu usaha untuk meningkatkan taraf kehidupan manusia secara syumul
Konsep pembangunan dalam Islam : konsep pembangunan yang lengkap dan syumul dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan semua unsur yang membentuk tabii manusia iaitu rohani dan jasmani dan juga pembangunan yang berkaitan dengan perlaksanaan tugas dan persekitaran hidup mereka sebagai khalifah dan hamba Allah.
Pembangunan RohaniPembangunan yang
paling penting menurut Islam: ialah
pembangunan rohani atau pembangunan jiwa atau
hati.
Hati merupakan tuan rumah bagi keimanan seperti firman Allah s.w.t. yang bemaksud:•Dialah (Allah s.w.t.) yang menurunkan ketenangan dalam hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka. (Surah al-Fath: 4)
Iman : apa yang teguh tertanam dalam hati, dibenarkan melalui lidah dan dizahirkan
dalam amalan.
Hati manusia yang menentukan baik buruk seseorang manusia.
Hati dan jiwa manusia yang terasuh ini akan seterusnya mempengaruhi kecerdasan akal yang baik dan sejahtera.
Akal yang sejahtera bererti akal yang mampu memahami hakikat kebenaran, kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. dan membantu manusia ke arah melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya
Hati yang terasuh, nafsu yang terdidik dan akal yang terbimbing ini akan membolehkan manusia memahami peranan dan amanah yang dipikulnya sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. untuk menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran dan memelihara alam ciptaan Allah.
Modal Insan
• Kamus Dewan: pembangunan bermaksud perihal membangun, proses membangun, usaha atau kegiatan membangunkan.
• Kamus Za’ba• modal : kelebihan yang dimiliki (kecantikan, kepintaran, kekayaan dll) yang digunakan untuk
mendapatkan sesuatu yang dihajati • Insan : manusia
• Mariam (2007) : usaha untuk membangunkan keupayaan yang dimiliki oleh manusia itu sendiri.
• Khairul Rizal (2006) : modal manusia adalah terjemahan secara mudah yang diberikan kepada istilah human capital
Kepentingan Modal Insan
Menjana pendapatan
negara
Penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan
seperti wawasan 2020
Membantu kerajaan dalam pembangunan
negara
Teras Pembangunan Modal Insan
1• Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negaara
2• Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekoalh luar bandar dengan bandar termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di luar bandar
3• Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan pada peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran
4• Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat
5• Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan
6• Memperkukuhkan perpaduan nasional dan mebangunkan masyarakat yang mempunyai perpspektif progresif, budaya berprestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan
7• Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibubapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan
Tindakan Pembangunan Modal Insan
Perkhidmatan• Institut Integriti
Nasional -untuk mengupayakan usaha membenteras rasuah
• Pasukan Petugas Pemudah Cara Kerajaan (PEMUDAH) - untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian oleh kerajaan
Pendidikan• Pelan induk
Pembangunan Pelajaran 2006-2010 -melaksanakan sistem pendidikan yangn holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia
• Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara - muntuk meningkatkan kualiti pelajar, keupayaan pensyarah, infrastuktur IPT dan mebina rangkaian dengan IPT ternama dunia
Ekonomi• Iskandar Malaysia
(dahulunya Wilayah pembangunan Iskandar)
• Wilayah Ekonomi Koridor Utara/Northern Corridor Economic Region (NCER)
• Wilayah Ekonomi Koridor Timur/eastern Corridor Economic Region (ECER)
• Program Transformasi Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
Tindakan Pembangunan Modal Insan
Sains dan Teknologi• Knowledge Workers
Development Institute- memastikan bekalan tenaga berkemahiran tinggi menepati pemintaan industri
• Program Pembangunan Modal Insan- menambah bilangan dan meningkatkan kemahiran penyelidik
Sosial• Program Latihan
Khidmat Negara- membangunkan warga muda berdisiplin, berdaya tahan, berdaya kepimpinan dan bersifat prihatin
• Program memperkasa tenaga muda – membangun Belia 3K (kemahiran, kepimpinan dan keusahawanan)
• Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)- membnatu golongan kurang upaya dan yang memerlukan
Politik• Melahirkan barisan
pemimpin yang berketrampilan, dikagumi, dihormati dan dipercayai
Kerohanian• Konsep Islam hadhari-
mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang (ummatan wasatan)
Memperkasa Pembangunan Modal Insan
Pemerkasaan Modal Insan
Memperkasa Sekolah
Rendah dan Menengah
Pendidikan untuk Semua
Memartabatkan Profesion Perguruan
Pengajian Tinggi
Kompenen Utama Pembangunan Modal Insan
Ibubapa
Badan kerajaan/buka
n kerajaanInstitusi
Pendidikan
Cabaran Membangun Modal Insan
Kurang penghayatan
terhadap IslamMasalah sosial
yang berleluasaKurang
kecintaan terhadap Ilmu
Penyebaran budaya Barat
Kurang penghayatan
terhadap aspek-aspek kenegaraan
Sistem Pendidikan – Imbasan Sejarah
• Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan• Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama• Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia• Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
• Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
• Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan• Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun• Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan• Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan• Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta
Rang Undang Undang Pendidikan 1995
Sistem Pendidikan
• “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan
• “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”
VISI
• “Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”
MISI
• Melahirkan Bangsa Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu• Melahirkan Insan Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu,
Berketerampilan dan Sejahtera• Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Kemajuan
Negara• Memberi Peluang-Peluang Pendidikan kepada semua Warganegara
Malaysia
MATLAMAT
• Pendidikan Prasekolah ialah program pendidikan yang disediakan kepada kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 5+ tahun bertujuan untuk memperkembangkan potensi secara menyeluruh, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah
• Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas sosialisasi yang kukuh, menanam keyakinan diri dan membentuk konsep kendiri yang positif.
• Pelaksanaannya menjurus kepada pembangunan modal insan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi keutamaan kepada pengalaman, penglibatan aktif, selamat dan menyeronokkan.
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
• Pendidikan rendah ialah program pendidikan yang disediakan kepada murid yang berumur antara 6+ hingga 11+ tahun untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) dan menaakul; pengenalan kepada konsep asas sains; kemahiran pravokasional; kemahiran generik; serta penerapan nilai-nilai murni.
• Pendidikan rendah menjadi asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor murid yang selari dengan FPK.
PENDIDIKAN RENDAH
• Pendidikan menengah menyediakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti serta menerapkan nilai murni kepada murid yang berumur 12+ tahun hingga 17+ tahun.
• Struktur pendidikan menengah memberi fokus kepada pendidikan umum pada Tahun 7 hingga 9 (Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga) agar setiap murid mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu. Pada Tahun 10 dan 11 (Tingkatan Empat hingga Tingkatan Lima), murid dijuruskan kepada aliran sastera, sains, agama, teknikal, vokasional dan kemahiran. Tahun 12 dan 13 (Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas) menyediakan murid untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi atau alam pekerjaan.
PENDIDIKAN MENENGAH
Sekolah Kluster Kecemerlangan
(SKK) sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya dan mempunyai kebitaraan (niche area) yang
menggambarkan watak sekolah.
Model SKK pada asasnya dikelompokkan mengikut lokasi,
jenis sekolah, program dan kebitaraan.
Sekolah Berprestasi Tinggi
(SBT)sekolah yang mempunyai watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini
mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi, cemerlang dan mampu berdaya saing di persada
antarabangsa.
Sasaran utama KPM adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai
penanda aras dan menjadi contoh teladan kepada semua sekolah di
negara ini.
Sekolah Amanah
program transformasi kerajaan di bawah bidang pendidikan dan pembangunan modal insan. Program Sekolah Amanah merupakan
usaha sama sektor awam dan swasta.
Bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira
pencapaian semasa. Sekolah Amanah dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara yang merangkumi sekolah rendah dan
menengah mengikut lokasi bandar, pinggir bandar dan luar bandar yang berprestasi
rendah,sederhana dan cemerlang.
Sekolah Berasrama
Penuh (SBP)Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang
terancang, terkawal dansempurna bagi memupuk serta
mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang
seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
SBP menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat
memenuhi aspirasi negara
Pendidikan Lepas Menengah
(Tingkatan Enam)Disediakan bagi murid lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia yang layak. Bertujuan untuk memperkukuh
pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama
di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negara.
Pada penghujung tempoh persekolahan, murid akan menduduki
pentaksiran peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test
(MUET) mengikut peruntukan Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980
[Akta 225].
Program Matrikulasi
Program Matrikulasi merupakan program persediaan bagi pelajar
bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang
untuk mengikuti pengajian ijazah pertama di institusi pengajian
tinggi (IPT).
Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Pendidikan Teknik dan Vokasional diwujudkan bagi menyediakan
modal insan yang berkemahiran tinggi, kebolehpasaran dan
kebolehkerjaan agar sentiasa relevan dalam membantu menyokong pembangunan
ekonomi negara serta menyediakan akses dan ekuiti
pendidikan kepada semua murid.
Pendidikan Khas
Pendidikan khas diwujudkan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas yang telah dikenal
pasti mempunyai kurang upaya penglihatan, kurang upaya
pendengaran, masalah pembelajaran, kurang upaya fizikal dan kurang upaya
pelbagai di peringkat prasekolah, rendah, menengah dan lepas
menengah.Pendidikan bagi murid berkeperluan
khas dilaksanakan di sekolah pendidikan khas, Program Pendidikan Khas Integrasi
dan Program Pendidikan Inklusif.Di peringkat menengah, KPM
menyediakan pendidikan berasaskan akademik atau vokasional bagi murid
berkeperluan khas.
Pendidikan Untuk Murid Orang Asli
Dan Penan
Pendidikan untuk murid Orang Asli dan Penan
bertujuan untuk membantu anak-anak Orang Asli dan
Penan mendapat pendidikan asas supaya turut sama
memberi sumbangan kepada negara.
Program Pemulihan Khas
Program Pemulihan Khas merupakan program khusus
untuk murid tahapsatu yang menghadapi kesulitan menguasai kemahiran asas 3M.
Penekanan terhadap Program Pemulihan merupakan
perkara penting yang perlu dilakukan bagi memastikan
semua murid menguasai aspek literasi dan numerasi.
Program Pendidikan Untuk Banduan Muda
DanPesalah Juvana
Program pendidikan untuk banduan muda dan pesalah juvana merupakan kerjasama antara KPM dengan Jabatan Penjara Malaysia. Banduan muda diberi
peluang belajar di Sekolah Integriti manakala pesalah juvana ditempatkan
di Sekolah Henry Gurney.
KPM berperanan membekalkan guru serta keperluan pengajaran dan
pembelajaran manakala Jabatan Penjara menyediakan kemudahan infrastruktur
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam merupakan salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan kebangsaan dan menjadi mata
pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Islam menyatakan bahawa:“Pendidikan Islam ialah suatu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian mulia dan pandangan
hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia
dan kesejahteraan abadi di akhirat.”
Matlamat pendidikan Islam di sekolah agama KPM adalah untuk membentuk insan seimbang berteraskan kekuatan ilmu, iman dan amal berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah
dan berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran mazhab al-Syafie.
Sekolah Menengah
Kebangsaan AgamaSekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) ialah sekolah kawalan berasrama yang melaksanakan
dwikurikulum, iaitu kurikulum akademik dan kurikulum agama secara bersepadu.
SMKA disediakan untuk memenuhi permintaan ibu bapa terhadap
pendidikan agama dan bahasa Arab.
Pendidikan di SMKA merupakan usaha melahirkan murid yang berilmu
pengetahuan, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada diri, agama,
ummah dan negara
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ialah sekolah agama yang
berdaftar dengan KPM ke arah mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran sekolah, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sumber
manusia dan prasarana serta kemudahan asas sekolah agama.
SABK melaksanakan dwikurikulum, iaitu Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum
Dini/ Azhari.
SABK diuruskan oleh KPM. Walau bagaimanapun hak milik tanah,
bangunan serta pelaksanaan kurikulum kekal di bawah bidang kuasa kerajaan
negeri atau Lembaga Pentadbir Sekolah (LPS).
Sekolah Sukan
Sekolah Sukan Malaysia merupakan usaha untuk
melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam kalangan murid yang berbakat dalam bidang
sukan.Matlamat penubuhan sekolah
sukan adalah untuk menempatkan atlet sekolah
yang berbakat dan menunjukkan pencapaian
yang cemerlang dalam permainan atau jenis sukan
tertentu..
Pendidikan Kesenian
Program pendidikan kesenian yang dilaksanakan untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang kaya dengan
budaya warisan dan kesenian yang luhur dan
beridentiti.
Sekolah Seni Malaysia
Penubuhan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) merupakan salah satu
usaha untuk meningkatkan pendidikan kesenian dengan
melahirkan murid berkemahiran dan berbakat tinggi dalam bidang
kesenian.
Pendidikan Swasta
Memastikan peningkatan penglibatan sektor swasta dalam
pembangunanpendidikan negara dalam
menyediakan lebih banyak peluang pendidikan dan
latihan di peringkat prasekolah, rendah, menengah dan lepas
menengah.
Institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta
dan menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat prauniversiti.