Laporan Program Hari Ppkkp

8
LAPORAN PROGRAM HARI BERSAMA PUSAT PENGAJIAN KOMPUTER DAN PERHUBUNGAN UniMAP 2008 ANJURAN PUSAT PENGAJIAN KOMPUTER DAN PERHUBUNGAN Pada 29 Mac 2008 yang lalu, program Hari Bersama Pusat Pengajian Komputer dan Perhubungan 2008 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Arau, Perlis. Program ini merupakan program promosi ke sekolah di negeri Perlis yang pertama kali diadakan oleh Pusat Pengajian Komputer dan Perhubungan pada tahun ini. Pusat Pengajian Komputer dan Perhubungan (PPKKP) telah mengambil inisiatif ini untuk menyampaikan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan pembelajaran di PPKKP agar pelajar-pelajar mendapat pendedahan awal mengenai bidang yang ditawarkan di peringkat pusat pengajian secara khusus dan di peringkat universiti secara amnya. Program ini juga berperanan untuk menarik minat para pelajar mengikuti pengajian dalam jurusan-jurusan berkaitan di Universiti Malaysia Perlis. Selain itu, program ini juga membantu memberi pendedahan terperinci kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai bidang kejuruteraan komputer dan perhubungan serta peluang-peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh mereka selepas tamat pengajian. Program yang dihadiri oleh 120 orang pelajar-pelajar aliran sains Tingkatan 4 dan 5 ini dimulakan dengan ucapan oleh wakil pengetua SMKA Arau, Tn. Hj. Mokhtar dan seterusnya ucapan perasmian oleh Dekan PPKKP, Profesor Madya Dr. R. Badlishah Ahmad. Sesi ceramah mengenai pusat pengajian dikendalikan oleh Dekan PPKKP sendiri. Selain daripada ceramah tersebut, pameran produk-produk penyelidikan oleh penyelidik-penyelidik PPKKP juga diketengahkan untuk menarik minat pelajar-pelajar tersebut kepada bidang kejuruteraan. Produk-produk penyelidikan yang dipamerkan adalah seperti berikut: Bil. (No.) Nama Penyelidik (Researchers) Kategori Produk Tajuk Produk (Product Title) 1. Muhammad Imran Ahmad Mohd Nazrin Md Isa, Baharuddin Ismail Embedded System Power Electronic DESIGN OF CONTROLLER CIRCUIT FOR MULTI CHANNEL SINGLE PHASE AND THREE PHASE INTERVER USING FPGA’S 2. Prof. Dr. Ali Yoen Md. Shakaff, Prof. Madya Dr. Badlishah Ahmad, Prof. Madya Dr. Rizon Mohamed Juhari, Ahmad Nasir Che Rosli, Wan Muhamad Azmi Mamat Embedded System FACE READER USING SINGLE BOARD COMPUTER & GNU/LINUX 3. En. Zulkifli Husin, En. Mohd Najmuddin Mohd. Hassan (Komputer & Perhubungan) DEVELOPMENT OF GPS NAVIGATION CONTROLLED FOR AUTOMOMOUS VEHICLE 4. Azremi Abdullah Al-Hadi Ir. Anuar Mat Safar Communication Technology DESIGN AND DEVELOPMENT OF MICROSTRIP PATCH ARRAY

description

LAPORAN PPKKP

Transcript of Laporan Program Hari Ppkkp

  • LAPORAN PROGRAM

    HARI BERSAMA PUSAT PENGAJIAN KOMPUTER DAN PERHUBUNGAN

    UniMAP 2008

    ANJURAN

    PUSAT PENGAJIAN KOMPUTER DAN PERHUBUNGAN

    Pada 29 Mac 2008 yang lalu, program Hari Bersama Pusat Pengajian Komputer

    dan Perhubungan 2008 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Arau,

    Perlis. Program ini merupakan program promosi ke sekolah di negeri Perlis yang pertama

    kali diadakan oleh Pusat Pengajian Komputer dan Perhubungan pada tahun ini.

    Pusat Pengajian Komputer dan Perhubungan (PPKKP) telah mengambil inisiatif

    ini untuk menyampaikan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan pembelajaran di

    PPKKP agar pelajar-pelajar mendapat pendedahan awal mengenai bidang yang

    ditawarkan di peringkat pusat pengajian secara khusus dan di peringkat universiti secara

    amnya. Program ini juga berperanan untuk menarik minat para pelajar mengikuti

    pengajian dalam jurusan-jurusan berkaitan di Universiti Malaysia Perlis. Selain itu,

    program ini juga membantu memberi pendedahan terperinci kepada pelajar-pelajar

    sekolah menengah mengenai bidang kejuruteraan komputer dan perhubungan serta

    peluang-peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh mereka selepas tamat pengajian.

    Program yang dihadiri oleh 120 orang pelajar-pelajar aliran sains Tingkatan 4 dan

    5 ini dimulakan dengan ucapan oleh wakil pengetua SMKA Arau, Tn. Hj. Mokhtar dan

    seterusnya ucapan perasmian oleh Dekan PPKKP, Profesor Madya Dr. R. Badlishah

    Ahmad. Sesi ceramah mengenai pusat pengajian dikendalikan oleh Dekan PPKKP

    sendiri. Selain daripada ceramah tersebut, pameran produk-produk penyelidikan oleh

    penyelidik-penyelidik PPKKP juga diketengahkan untuk menarik minat pelajar-pelajar

    tersebut kepada bidang kejuruteraan. Produk-produk penyelidikan yang dipamerkan

    adalah seperti berikut: Bil.

    (No.)

    Nama Penyelidik

    (Researchers)

    Kategori

    Produk

    Tajuk Produk

    (Product Title)

    1. Muhammad Imran Ahmad Mohd

    Nazrin Md Isa, Baharuddin Ismail

    Embedded

    System

    Power

    Electronic

    DESIGN OF CONTROLLER

    CIRCUIT FOR MULTI CHANNEL

    SINGLE PHASE AND THREE

    PHASE INTERVER USING FPGAS

    2.

    Prof. Dr. Ali Yoen Md. Shakaff,

    Prof. Madya Dr. Badlishah Ahmad,

    Prof. Madya Dr. Rizon Mohamed

    Juhari, Ahmad Nasir Che Rosli,

    Wan Muhamad Azmi Mamat

    Embedded

    System

    FACE READER USING SINGLE

    BOARD COMPUTER &

    GNU/LINUX

    3. En. Zulkifli Husin, En. Mohd

    Najmuddin Mohd. Hassan

    (Komputer &

    Perhubungan)

    DEVELOPMENT OF GPS

    NAVIGATION CONTROLLED

    FOR AUTOMOMOUS VEHICLE

    4.

    Azremi Abdullah Al-Hadi

    Ir. Anuar Mat Safar

    Communication

    Technology

    DESIGN AND DEVELOPMENT OF

    MICROSTRIP PATCH ARRAY

  • Amir Razif Arief Jamil Abdullah

    Norsuhaida Ahmad

    ANTENNA FOR WIRELESS LOCAL

    AREA NETWORK (WLAN)

    APPLICATION

    5. Salina Mohd. Asi, Wan Ahmad

    Sarbini Wan Mohd Ali

    Embedded

    System

    WEB BASE APPLICATION OF THE

    DISTANCE MEASUREMENT

    SYSTEM

    6. Muhammad Imran Ahmad Embedded

    System

    E-DICTIONARY FOR HERBS

    Selain daripada pameran dan ceramah pusat pengajian, satu bengkel Elektronik

    Digit telah dijalankan di Makmal Komputer sekolah tersebut. Bengkel yang dihadiri oleh

    36 orang pelajar terpilih ini dikendalikan oleh En. Mohammad Nazri bin Md. Noor

    dengan bantuan Cik Siti Nordiana Ismail, Cik Siti Zuraidah Ibrahim, Cik Norfadila

    Mahrom, En. Mohd. Ridzuan Mohd. Nor, En. Noorzaki Zainal, Dr. R. Badlishah dan

    pelajar-pelajar Tahun 2 PPKKP. Modul bengkel disediakan oleh Pn. Aznor Hanah Abdul

    Halim iaitu pensyarah kursus Elektronik Digit.

    Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Dato

    Naib Canselor, Dekan PPKKP, staf-staf akademik dan sokongan PPKKP, pihak sekolah

    SMKA Arau, pelajar-pelajar Tahun 2 PPKKP dan semua yang terlibat secara langsung

    atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program ini memberi

    manfaat kepada semua.

    Disediakan oleh,

    Pn. Hasliza A. Rahim @ Samsuddin

    Pengarah

    Hari Bersama PPKKP 2008

  • GAMBAR-GAMBAR PROGRAM