LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

15
1 LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH TINGGI CHIENKAN, JEPUN Kumpulan pertama ASASIpintar Global Outreach Mobility Program terdiri daripada 6 orang pelajar dan berdestinasi di Saga Prefectural, Jepun. 6 orang pelajar Program ASASIpintar UKM yang bernama Ong Jun Yang, Mohammad Haziq bin Oon, Iman Hakimi bin Zamzam, Sim Li Xuan, Teo Huey Shiuan dan Loo Jie Qi telah bertolak ke Jepun dari Malaysia pada 3hb Mei 2015 dan balik ke Malaysia pada 10hb Mei 2015 selepas berjaya mencapai misi. Dengan tema “Teroka, Laksana, Berjaya”, program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran ilmu pengetehuan terutamanya dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) melalui pembentangan projek penyelidikan dan juga untuk mengambil tahu tentang implementasi sistem pendidikan di Jepun. Di samping itu, pengalaman diri atas budaya Jepun telah dicapai sebagai salah satu matlamat program ini. Kami amat berterima kasih kepada UKM atas kelulusan kepada pengusulan program ini dan juga kepada Pusat PERMATApintar atas penyumbangan dana di samping pensyarah yang banyak membantu semasa perancangan program ini terutamanya Pn Siti Noor Diana binti Mohd Kamaruddin dan En Salleh Huddin bin Abdul Rashid untuk kejayaan program ini. Sepanjang masa di Jepun, kami banyak berterima kasih kepada senpai (senior) yang dikasihi, Adlil Darsani bin Husni (pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Jepun) yang bersukarela untuk membimbing dan menemani kami dari mula sampai habis. Bantuan dan kesabarannya telah menjadikan rombongan kami ke Jepun lancer dan menarik. Pada hari pertama (7 Mei 2015), kami, pelajar ASASIpintar melawat Sekolah Tinggi Chienkan. Kami disambut oleh Encik Tsuruda Tomoki, Konsulton Guru dari Pembangunan Sumber Manusia Global, Bahagian Pendidikan, Kerajaan Saga. Kemudian, kami berpeluang berjumpa dengan pengetua sekolah tersebut. Semasa sesi perjumpaan itu, kami memperkenalkan diri masing-masing dan selanjutnya, memberi sedikit penjelasan tentang sistem pendidikan di Malaysia, di samping memperkenalkan Pusat PERMATApintar Negara secara ringkas. Melalui perbincangan tersebut, kami sedikit sebanyak memperoleh maklumat tentang Sekolah Tinggi Chienkan seperti ujian kemasukan ke sekolah ini yang memiliki persamaan dengan

Transcript of LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

Page 1: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

1

LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE

SEKOLAH TINGGI CHIENKAN, JEPUN

Kumpulan pertama ASASIpintar Global Outreach Mobility Program terdiri daripada 6

orang pelajar dan berdestinasi di Saga Prefectural, Jepun. 6 orang pelajar Program ASASIpintar

UKM yang bernama Ong Jun Yang, Mohammad Haziq bin Oon, Iman Hakimi bin Zamzam, Sim

Li Xuan, Teo Huey Shiuan dan Loo Jie Qi telah bertolak ke Jepun dari Malaysia pada 3hb Mei

2015 dan balik ke Malaysia pada 10hb Mei 2015 selepas berjaya mencapai misi. Dengan tema

“Teroka, Laksana, Berjaya”, program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran ilmu

pengetehuan terutamanya dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics

(STEM) melalui pembentangan projek penyelidikan dan juga untuk mengambil tahu tentang

implementasi sistem pendidikan di Jepun. Di samping itu, pengalaman diri atas budaya Jepun telah

dicapai sebagai salah satu matlamat program ini.

Kami amat berterima kasih kepada UKM atas kelulusan kepada pengusulan program ini

dan juga kepada Pusat PERMATApintar atas penyumbangan dana di samping pensyarah yang

banyak membantu semasa perancangan program ini terutamanya Pn Siti Noor Diana binti Mohd

Kamaruddin dan En Salleh Huddin bin Abdul Rashid untuk kejayaan program ini. Sepanjang masa

di Jepun, kami banyak berterima kasih kepada senpai (senior) yang dikasihi, Adlil Darsani bin

Husni (pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Jepun) yang bersukarela untuk

membimbing dan menemani kami dari mula sampai habis. Bantuan dan kesabarannya telah

menjadikan rombongan kami ke Jepun lancer dan menarik.

Pada hari pertama (7 Mei 2015), kami, pelajar ASASIpintar melawat Sekolah Tinggi

Chienkan. Kami disambut oleh Encik Tsuruda Tomoki, Konsulton Guru dari Pembangunan

Sumber Manusia Global, Bahagian Pendidikan, Kerajaan Saga. Kemudian, kami berpeluang

berjumpa dengan pengetua sekolah tersebut. Semasa sesi perjumpaan itu, kami memperkenalkan

diri masing-masing dan selanjutnya, memberi sedikit penjelasan tentang sistem pendidikan di

Malaysia, di samping memperkenalkan Pusat PERMATApintar Negara secara ringkas. Melalui

perbincangan tersebut, kami sedikit sebanyak memperoleh maklumat tentang Sekolah Tinggi

Chienkan seperti ujian kemasukan ke sekolah ini yang memiliki persamaan dengan

Page 2: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

2

PERMATApintar. Namun begitu, ujian kemasukan ini bukan berdasarkan kecerdasan intelektual

(IQ) seperti di PERMATApintar.

(Gambar): Pelajar ASASIpintar dan jurubahasa, Adlil Darsani bersama instruktor Sekolah Tinggi

Chienkan.

Selesai sesi bersama pengetua dan guru-guru, kami dibawa mengelilingi sekolah untuk

melihat kelas-kelas pembelajaran dan kemudahan yang terdapat di sekolah ini. Sekolah Tinggi

Chienkan yang dianugerahkan dengan “Super Science School” oleh kerajaan Jepun,

memanfaatkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Setiap kelas mempunyai sebuah

komputer dan sebuah monitor pintar (touchscreen). Penggunaan kemudahan ini dilihat sangat

berguna dan boleh diaplikasikan bersama cara tradisional iaitu pengajaran papan hitam. Selain itu,

kami juga berpeluang melihat sendiri pelajar sekolah ini bermain alat muzik rekorder semasa kelas

muzik.

Page 3: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

3

Selepas makan tengah hari, kami membentangkan hasil projek penyelidikan kami kepada pelajar

Sekolah Tinggi Chienkan. Pembentangan ini dilakukan di tiga kelas pelajar tahun dua. Iman

Hakimi Zamzam membentangkan penyelidikannya berkenaan aktiviti antiproliferatif ekstrak

Page 4: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

4

akueous, jus, puri, dan puri asli Annona muricata terhadap sel Raji. Muhammad Haziq Oon

membentangkan kajian berkaitan pengetahuan dan amalan tidur yang selamat untuk bayi dalam

kalangan jururawat NICU di Pusat Perubatan UKM. Ong Jun Yang pula mengkaji pengkarboksilan

terus benzena kepada asid benzoik dengan karbon dioksida bersama mangkin asid Lewis dan

mangkin asid bukan Lewis. Sementara itu, Sim Li Xuan bercakap mengenai kesan kepekatan

argentum terhadap pertumbuhan bakteria Bacillus sp. L1B9. Selain itu, Loo Jie Qi menganalisis

pengetahuan, sikap, persepsi, dan amalan berkaitan kesihatan seksual dalam kalangan remaja di

Malaysia. Teo Huey Shiuan pula menerangkan kesan amalan pemakanan dan tingkah laku

terhadap penghakisan enamel dalam kalangan remaja.

Page 5: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

5

Dengan bantuan jurubahasa, hasil penyelidikan telah dibentangkan kepada para pelajar di

Sekolah Tinggi Chienkan. Selepas pembentangan, sesi soal jawab diadakan. Walaupun projek

penyelidikan yang kami jalankan menarik dan bermaklumat, para pelajar sekolah tersebut agak

malu untuk bertanyakan soalan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pelajar yang kelihatan

sangat berminat dan teruja dengan pembentangan kami apabila mereka bertanyakan soalan yang

Page 6: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

6

agak bagus. Semasa pembentangan juga, wartawan daripada akhbar tempatan telah membuat

rakaman dan menemu ramah salah seorang daripada kami.

Page 7: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

7

Selesai aktiviti di Sekolah Tinggi Chienkan, kami sangat bertuah apabila Encik Tomoki

Tsuruda sudi menemani kami melawat salah sebuah tempat bersejarah di Saga iaitu Istana Saga.

Perjalanan ke Istana Saga dari Sekolah Tinggi Chienkan mengambil masa 10 minit dengan menaiki

teksi. Ketibaan kami di sana disambut baik oleh staf Istana Saga. Seorang wanita Jepun yang fasih

berbahasa Inggeris telah menjadi pemandu pelancong untuk rombongan kami sepanjang berada di

Istana Saga. Wanita pertengahan umur tersebut memulakan tugasnya dengan menceritakan serba

sedikit tentang sejarah Istana Saga. Menurutnya, Istana Saga telah dibakar dan dibina semula

beberapa kali sehingga terbentuklah rupanya yang sedia ada. Beliau juga memperkenalkan daimyo

atau Maharaja Istana Saga yang pertama iaitu Nabeshima Katsushige. Ketuanan Maharaja ini telah

diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah Maharaja terakhir, Nabeshima Naomosa.

Hari ini, Istana Saga juga dikenali sebagai Muzium Bersejarah Istana Saga (err weird -,-)

dan sebahagian besar muzium ini telah dibina semula. Muzium ini dikenali sebagai salah satu

daripada 100 Fine Castles di Jepun dan salah satu tarikan di Saga. Semasa lawatan itu, kami

berpeluang melihat sendiri seni bina istana tersebut yang dilakukan tanpa menggunakan sebarang

paku, yang membuktikan kreativiti dan kehebatan masyarakat Jepun dalam seni bina. Kami juga

dibawa melihat bilik jamuan Maharaja, teater mini yang menerangkan sejarah Istana Saga, ruangan

di mana kami boleh menyelesaikan permainan berkenaan kerja-kerja dalaman istana dan banyak

lagi. Lawatan kami di Istana Saga berakhir pada pukul 6 petang. Secara ringkasnya, kami sangat

Page 8: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

8

bersyukur dan tersentuh dengan layanan baik dan ilmu pengetahuan yang diberikan oleh staf Istana

Saga.

Pada hari kedua, kami melawat ke Pejabat Kerajaan Saga pada pukul 10.30 pagi. Kami

disambut baik oleh staf Lembaga Pendidikan Saga dan dibawa berjalan di sekitar bangunan. Di

tingkat teratas bangunan tersebut, kami boleh melihat pemandangan bandar Saga yang tersusun

rapi dan indah. Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan barang-barang istimewa di Saga,

contohnya tanaman the Ureshino, tembikar, oren mandarin, dan beras yang berkualiti tinggi.

Melalui penerangan tentang keistimewaan Saga, kami banyak belajar tentang budaya, sejarah, dan

tradisi di Saga yang berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia.

Page 9: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

9

Di akhir lawatan kami, kami tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Lembaga

Pendidikan Saga atas kesudian mereka menerima kami sebagai tetamu selama dua hari di Saga.

Sebagai tanda penghargaan, kami telah menghadiahkan cenderamata kepada Ketua Lembaga

Pendidikan Saga. “Do visit Saga Prefecture again in the future, we will definitely host your visit

again,” begitulah kata-kata wakil Lembaga Pendidikan Saga. Pagi yang sangat bermakna ini

sememangnya telah mendekatkan kami dengan wilayah Saga, Jepun.

Page 10: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

10

Page 11: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

11

Selepas makan tengah hari, kami menaiki teksi menuju ke Saga Commercial High School

dan tiba di sana pada pukul satu. Aktiviti kali ini bermula dengan sesi ringkas bersama pengetua

sekolah bersama-sama pihak pengurusan dan guru-guru. Sepanjang sesi ini, kami mengetahui lebih

tentang sistem pendidikan di Jepun dan juga kurikulum sekolah tersebut yang menekankan ilmu

perniagaan. Hampir separuh pelajar sekolah ini akan bekerja dengan kerajaan dan sektor swasta

selepas tamat pengajian manakala pelajar yang lain akan terus menyambung pengajian di universiti

tempatan.

Page 12: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

12

Selepas itu, kami berpeluang mengikuti dua kelas Bahasa Inggeris. Di dalam kelas, kami

memperkenalkan Malaysia di hadapan anak muda Jepun melalui slaid yang kami sediakan. Kami

menerangkan salah satu keunikan Malaysia iaitu kepelbagaian etnik yang mana kaum Melayu,

Cina, India dan etnik-etnik di Sabah dan Sarawak hidup bersama dalam perpaduan. Di samping

itu, kami juga memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Menara Berkembar

Petronas, Menara Kuala Lumpur, Cameron Highlands, Bandar Melaka dan sebagainya. Selain

bercerita tentang budaya di Malaysia seperti makanan, tarian, dan perayaan, kami juga memakai

pakaian tradisional seperti baju melayu, cheongsam, dan baju kurung semasa sesi tersebut.

Tambahan lagi, kami juga belajar tentang budaya masyarakat Jepun melalui perbincangan dengan

para pelajar yang telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Pada pukul 3.40 petang, kelas Bahasa

Inggeris tamat dan kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama instruktor, guru-

guru, dan staf Lembaga Pendidikan Saga sebelum meninggalkan sekolah tersebut.

Page 13: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

13

Pelajar ASASIpintar dan instruktor Saga Commercial High School

Page 14: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

14

Pelajar ASASIpintar dan staf Lembaga Pendidikan Saga, Encik Tsuruda Tomoki

Page 15: LAPORAN PROGRAM MOBILITI ASASIPINTAR UKM KE SEKOLAH ...

15

Pelajar ASASIpintar di hadapan Saga Commercial High School

Sepanjang masa di Jepun, kami telah menyaksikan disiplin dan kebersihan yang dipupuk

dalam orang Jepun melalui kelihatan lampu pejalan kaki dan juga ketiadaan sampah dilihat di tepi

jalan. Selain itu, kami juga telah bertemu dengan banyak orang yang mesra dan bersemangat untuk

memberi bantuan kepada kami apabila kami berada dalam keadaan yang berkeliruan walaupun

terdapat batasan komunikasi. Kunjungan ke tempat-tempat bersejarah menjadi kenangan dengan

pemandu pelancong memberi penerangan dengan jelas dan sabar. Program ini merupakan satu

kejayaan dan program yang sebegini perlu digalakkan dalam masa yang akan datang supaya

pelajar dapat berkembang menjadi seorang insan yang holistik dan berkemahiran sosial yang tidak

dapat dipelajari dalam kelas.

Disediakan oleh,

Ong Jun Yang,

Ketua Program Mobiliti