Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan

4
4.0 LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN Pada 5 September 2013 hari Khamis, kami telah menganjurkan Program Sambutan Hari Kemerdekaan kepada kanak-kanak Prasekolah Mithali. Program ini telah dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan disempurnakan pada pukul 4.30 petang. Program ini telah dianjurkan oleh guru pelatih 4PISMP Prasekolah dengan bimbingan Pensyarah prihatin Puan Zairihan. Kami telah melaksanakan lima aktiviti yang menarik kepada kanak-kanak. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Insititut Pendidik an Guru Kampus Tuanku Bainun iaitu Tuan Daud Bin Mat Saman. Kelima-lima aktiviti tersebut adalah pertandingan mewarna dan reka topi, mendeklamasi sajak, puisi dan pantun, fashion show:one Malaysia”, puzzle matching serta akhir sekali ialah pertandingan kolaj jalur gemilang. Kanak-kanak terlibat dengan aktif dalam segala aktiviti yang dianjurkannya.  Aktiviti yang pertama sekali dianjurkannya adalah pertandingan mewarna dan reka bentuk topi. Penglibatan kanak-kanak dalam pertandingan ini sangat menyerla dan memberi komitmen yang tinggi. Sebanyak 25 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna manakala pertandingan reka bentuk topi telah dijalankan secara berkumpulan. Kanak-kanak sangat seronok semasa mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Ada segelintir kanak- kanak tidak ada lagi pendedahan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dalam prasekolah mahupun di luar prasekolah. Pada akhir pertandingan mewarna, kami telah dapat memilih pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga. Seterusnya adalah pertandingan mendeklamasi sajak, puisi dan pantun iaitu aktiviti yang kedua. Pertandingan ini telah dimulakan pada pukul 10.30 pagi dan dihabiskan pada pukul 11.30 pagi. Sebanyak 15 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Kanak-kanak telah mempersembahkan dengan baik sekali . Kami telah hanya memberi dua minit kepada setiap kanak-kanak untuk mendeklamasi sajak,puisi dan pantun. Kebanyakkan kanak-kanak telah melebihi masa tetapi mereka me mpersembahkan deng an baik dan me narik. Melalui aktiviti-aktiviti ini kita dapat mengetahui dan mengenali bakat kanak-kanak dengan teliti. Dengan ini, kita bolehlah mengenalpasti minat mereka yang sebenar dan masa depan kanak-kanak dengan cerah. Penglibatan kanak-kanak dalam pertandingan ini telah memuaskan dan komitmen baik daripada kanak-kanak.

Transcript of Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan

Page 1: Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan

7/27/2019 Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-program-sambutan-hari-kemerdekaan 1/4

4.0 LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Pada 5 September 2013 hari Khamis, kami telah menganjurkan Program

Sambutan Hari Kemerdekaan kepada kanak-kanak Prasekolah Mithali. Program ini

telah dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan disempurnakan pada pukul 4.30 petang.

Program ini telah dianjurkan oleh guru pelatih 4PISMP Prasekolah dengan

bimbingan Pensyarah prihatin Puan Zairihan. Kami telah melaksanakan lima aktiviti

yang menarik kepada kanak-kanak. Program tersebut telah dirasmikan oleh

Pengarah Insititut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun iaitu Tuan Daud Bin Mat

Saman. Kelima-lima aktiviti tersebut adalah pertandingan mewarna dan reka topi,

mendeklamasi sajak, puisi dan pantun, fashion show:one Malaysia”, puzzle matching

serta akhir sekali ialah pertandingan kolaj jalur gemilang. Kanak-kanak terlibatdengan aktif dalam segala aktiviti yang dianjurkannya.

 Aktiviti yang pertama sekali dianjurkannya adalah pertandingan mewarna dan

reka bentuk topi. Penglibatan kanak-kanak dalam pertandingan ini sangat menyerla

dan memberi komitmen yang tinggi. Sebanyak 25 orang kanak-kanak telah

mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna manakala pertandingan reka

bentuk topi telah dijalankan secara berkumpulan. Kanak-kanak sangat seronok

semasa mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Ada segelintir kanak-

kanak tidak ada lagi pendedahan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang

dianjurkan dalam prasekolah mahupun di luar prasekolah. Pada akhir pertandingan

mewarna, kami telah dapat memilih pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga.

Seterusnya adalah pertandingan mendeklamasi sajak, puisi dan pantun iaitu

aktiviti yang kedua. Pertandingan ini telah dimulakan pada pukul 10.30 pagi dan

dihabiskan pada pukul 11.30 pagi. Sebanyak 15 orang kanak-kanak telah mengambil

bahagian dalam pertandingan tersebut. Kanak-kanak telah mempersembahkan

dengan baik sekali . Kami telah hanya memberi dua minit kepada setiap kanak-kanak

untuk mendeklamasi sajak,puisi dan pantun. Kebanyakkan kanak-kanak telah

melebihi masa tetapi mereka mempersembahkan dengan baik dan menarik. Melalui

aktiviti-aktiviti ini kita dapat mengetahui dan mengenali bakat kanak-kanak dengan

teliti. Dengan ini, kita bolehlah mengenalpasti minat mereka yang sebenar dan masa

depan kanak-kanak dengan cerah. Penglibatan kanak-kanak dalam pertandingan ini

telah memuaskan dan komitmen baik daripada kanak-kanak.

Page 2: Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan

7/27/2019 Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-program-sambutan-hari-kemerdekaan 2/4

  Tambahan pula, kami juga berjaya melaksanakan pertandingan “fashion

show” kepada kanak-kanak prasekolah Mithali selepas masa rehat yang diberikan

untuk mengambil makanan tengahari. Pertandingan tersebut telah merangkumi dan

mempamerkan identiti negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pertandingan

ini telah mendapat sambutan yang meriah daripada para hadirin iaitu ibu-bapa, guru-

guru dan sebagainya. Dalam pertandingan, kanak-kanak daripada pelbagai kaun

telah menonjolkan pakaian tradisional kaum masing-masing. Perkara ini telah

menarik tumpuan kesemua hadiran dan juga menarik minat kanak-kanak. Pada akhir 

pertandingan ini, kami telah dapat memilih pemenang dalam pertandingan ini.

Pemenang tempat ketiga merupakan murid cina yang menunjukkan gaya pakaian

tradisional orang melayu manakala pemenang tempat kedua adalah seorang murid

india yang menunjukkan pakaian gaya pakaian tradisional orang cina. Pemenang

tempat pertama adalah dijatuhkan kepada seorang murid melayu yang menunjukkan

gaya pakaian tradisional orang India. Melalui pertandingan ini, kami telah dapat

menerapkan nilai saling hormat menghormati dalam diri seseorang kanak-kanak

supaya dapat memberi hormat kepada amalan gaya tradisoinal kaum lain. Pada

masa yang sama, kami juga menyemai semangat satu Malaysia dalam diri setiap

orang kanak-kanak supaya dapat mengekalkan keamanan negara.

Seterusnya adalah aktiviti yang keempat iaitu pertandingan “puzzle matching”.

Tujuan kami mengadakan aktiviti ini adalah untuk merangsang pemikiran kanak-

kanak supaya dapat memikir secara kreatif dan kritis. Pertandingan ini juga

dilaksanakan dalam kumpulan supaya memudahkan kanak-kanak berkolabarasasi

bersama rakan-rakan untuk membereskan aktiviti yang telah diberikan. Pertandingan

tersebut telah mencabar kebolehan kanak-kanak untuk berfikir secara rasional dan

cekap. Dalam pertandingan ini, kami telah menentukan pemenang mengikut masa

dan kekemasan papan “puzzle matching). Kami juga dapat memilih tiga pemenang

daripada 17 orang kanak-kanak. ketiga –tiga pemenang tersebut telah

menyempurnakan pertandingan tersebut dengan bersih dan dihabiskan dalam masa

yang singkat. Semasa berlangsung pertandingan tersebut, kanak-kanak berkeliatan

letih tetapi mereka masih dapat menumpukan perhatian dan juga minat terdapat sesi

pengjaran yang dikendalikan oleh kami. Pada masa yang sama, mereka juga tidak

mudah berputus asa setelag mendapat kesilapan semasa membuat pertandingan

“puzzle matching. 

Page 3: Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan

7/27/2019 Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-program-sambutan-hari-kemerdekaan 3/4

Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti kelima iaitu pertandingan kolaj jalur 

gemilang. Dalam pertandingan ini kesemua kanak-kanak prasekolah mithali telah

mengambil bahagian dan dapat dibuat dengan baik sekali. Pertandingan ini telah

diadakan selama setengah jam untuk memberi masa kepada kanak-kanak bertujuan

bagi kanak-kanak tidak tergesa-gesa untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikannya.

Dalam pertandingan ini juga kami dapat memilih tiga pemenang selepas

mengadakan perbincangan sesama kami untuk mengenalpasti pemenang yang

sewajarnya. Bagi kesemua aktiviti yang dianjurkan oleh kami telah dibimbingi oleh

pensyarah kami yang terdapat dalam diri saya.

Kesimpulannya, kami sebagai guru pelatih akan pasti melaksanakan aktiviti-

aktiviti sebegini untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankandengan efektif. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini telah memberi satu pengajaran

yang terperinci kepada kami. Ia akan memudahkan kami untuk menjalankan tugas

dalam sekolah tanpa menghadapi masalah seperti sebelum ini. kita juga perlu

merancang aktiviti-aktiviti yan sangat menarik berbanding kali ini supaya kanak-

kanak tidak berasa bosan. Dengan itu, berakhirlah aktiviti kami yang terunggul

tersebut dan saya juga mencadangkan untuk bermain mengikut suka hati tetapi

mengikut juga syarat yang ditetapkan.

Sekian, Terima kasih.

Page 4: Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan

7/27/2019 Laporan Program Sambutan Hari Kemerdekaan

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-program-sambutan-hari-kemerdekaan 4/4