Laporan Program Untuk Perkongsian GUru Bimbingan Dan Kaunseling

4
Nama Program : Program Transisi Minda Pelajar Tingkatan 6 Tarikh : 30 Januari 2011 (Ahad) Masa : 8.00 pagi – 1.10 tengahari Tempat : Bilik Gemilang Objektif : 1. Pelajar-pelajar dapat menyesuaikan diri dengan peralihan sesi persekolahan yang baru dengan mendapat pendedahan awal memasuki tingkatan yang baru. 2. Pelajar-pelajar dapat memperoleh informasi tentang bidang disiplin dan pembentukan sahsiah yang sempurna sesuai dengan perkembangan mereka agar teras kecemerlangan pelajar adalah berdasarkan sahsiah yang cemerlang. 3. Pelajar-pelajar dapat menyediakan fizikal, mental dan emosi yang membina sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STPM dengan cemerlang. 4. Meningkatkan tahap motivasi pencapaian akademik dan sahsiah pelajar-pelajar. 5. Membantu pelajar-pelajar menghadapi tekanan dan cabaran alam persekolahan yang baru dan kian mencabar. Kumpulan Sasaran : Semua pelajar Tingkatan 6 (75 pelajar) Perbelanjaan : Tiada LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

description

laporan

Transcript of Laporan Program Untuk Perkongsian GUru Bimbingan Dan Kaunseling

Page 1: Laporan Program Untuk Perkongsian GUru Bimbingan Dan Kaunseling

Nama Program : Program Transisi Minda Pelajar Tingkatan 6

Tarikh : 30 Januari 2011 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi – 1.10 tengahari

Tempat : Bilik Gemilang

Objektif :

1. Pelajar-pelajar dapat menyesuaikan diri dengan peralihan sesi persekolahan yang

baru dengan mendapat pendedahan awal memasuki tingkatan yang baru.

2. Pelajar-pelajar dapat memperoleh informasi tentang bidang disiplin dan

pembentukan sahsiah yang sempurna sesuai dengan perkembangan mereka agar

teras kecemerlangan pelajar adalah berdasarkan sahsiah yang cemerlang.

3. Pelajar-pelajar dapat menyediakan fizikal, mental dan emosi yang membina

sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STPM dengan cemerlang.

4. Meningkatkan tahap motivasi pencapaian akademik dan sahsiah pelajar-pelajar.

5. Membantu pelajar-pelajar menghadapi tekanan dan cabaran alam persekolahan

yang baru dan kian mencabar.

Kumpulan Sasaran : Semua pelajar Tingkatan 6 (75 pelajar)

Perbelanjaan : Tiada

Guru bertanggungjawab : Guru-guru Bimbingan & Kaunseling

1. Cik Nor Afiti Bt Mohd Basri

2. Pn.Roslina Bt Che Noor

3. En.Sukiman B Haron

4. Penyelia Tingkatan 6

5. Guru-guru Tingkatan 6

Pengisian : Taklimat daripada Penolong Kanan Kurikulum, Penolong

Kanan HEM dan kaunselor berkaitan ceramah disiplin,

tanggungjawab sebagai pelajar, hasrat dan visi sekolah dan

motivasi demi mencapai kecemerlangan

LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEHUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Page 2: Laporan Program Untuk Perkongsian GUru Bimbingan Dan Kaunseling

Laporan Pelaksanaan Program:

Program Transisi Minda Pelajar yang dijalankan bertujuan untuk memberi

pendedahan tentang penyesuaian untuk persediaan pelajar menghadapi peperiksaan

STPM. Selain itu, suntikan motivasi diberi agar pelajar-pelajar lebih bersemangat dan

bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan STPM yang akan datang. Manakala

slot ruang guru-guru dan pelajar-pelajar bebas bersuara dilaksanakan bertujuan agar

setiap pihak dapat mengetahui keperluan dan kehendak dalam memastikan

kecemerlangan STPM. Matlama STPM pada tahun 2011 adalah melahirkan lebih ramai

pelajar yang mendapat 4 Prinsipal A. Perkongsi idea dan pandangan dengan pelajar-

pelajar tentang tips-tips kejayaan cemerlang turut disampaikan dengan memberi

pendedahan tentang cara belajar yang berkesan dan tanggungjawab sebagai pelajar dalam

usaha mencapai kecemerlangan dengan keputusan terbaik pada tahun ini.

Sepanjang program ini dijalankan, semua peserta tidak mengikuti jadual waktu

P&P dan berada di Bilik Gemilang sehingga tamat waktu persekolahan sesi pagi.

Masalah yang Dihadapi:

Masalah yang timbul dari pelaksanaan program ini ialah masa yang

diperuntukkan terlalu singkat. Slot bersama Pengetua seperti yang dirancang tidak dapat

dijalankan kerana ada perkara yang tidak mengizinkan. Segelintir pelajar ada yang masih

terawang-awang dan tidak serius semasa program dijalankan kemungkinan masih tiada

matlamat.

Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan :

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama

semua pihak. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program seperti ini pada masa akan

datang perlu diisi dengan slot-slot yang lebih memberi informasi kepada pelajar dan

peruntukan masa perlu dipanjangkan lagi.

Page 3: Laporan Program Untuk Perkongsian GUru Bimbingan Dan Kaunseling

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… ………………………………

( NOR AFITI BT MOHD BASRI ) ( )