LAPORAN REFLEKSI Pembangunan Sahsiah

download LAPORAN REFLEKSI Pembangunan Sahsiah

of 10

description

Pembangunan Sahsiah: Pembelajaran Eksperiental

Transcript of LAPORAN REFLEKSI Pembangunan Sahsiah

TUGASAN INDIVIDU KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH___________________________________________________________________________TAJUK TUGASANLAPORAN RFEFLEKSI PROGRAM PEMBELAJARAN EKSPERIENTIAL___________________________________________________________________________

NAMA PELAJAR: JANENETTY ANAK KAREK

NO. MATRIK: D20141066837

PENSYARAH: ENCIK ZULKIFLI BIN MAMAT

TARIKH HANTAR: 31 OKTOBER 2014

PENGENALAN

Program Pembelajaran Eksperiential dirancang untuk dilaksanakan oleh para pelajar bagi memenuhi sukatan kaedah pengajaran bagi Kursus Pembangunan Sahsiah. Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 10 dan 11 Oktober 2014 bersamaan dengan hari Jumaat dan hari Sabtu. Program Pembelajaran Eksperiential ini diketuai oleh Encik Zulkifli Bin Mamat dan turut dibantu oleh fasilitator-fasilitator yang berdedikasi dan disertai oleh para pelajar Kumpulan 2 Kursus Pembangunan Sahsiah yang terdiri daripada pelbagai kumpulan kuliah. Program ini adalah salah satu keperluan kepada bakal guru untuk meningkatkan motivasi, sahsiah serta etika sebagai persediaan dalam menempuhi alam pendidik yang tidak menentu cabarannya. Program ini turut membantu saya untuk memperbaiki serta mengatasi kelemahan diri dan membantu mengembangkan kekuatan diri yang ada agar ia tidak menjadi kelemahan baharu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Water Confidence dan Jungle Trekking. Dalam aktiviti Jungle Trekking terdapat enam checkpoint disediakan dan tugasan yang berlainan untuk setiap checkpoint diberikan oleh fasilitator.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI

Setelah menyertai Program Pembelajaran Eksperiential, saya telah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam diri saya sepanjang menjalankan aktiviti berkumpulan. Kekuatan dan kelemahan diri dapat dikenalpasti melalui tiga aspek iaitu aspek fizikal, mental dan jiwa. Antara kekuatan diri yang telah dikenalpasti ialah saya mampu memberikan kerjasama dengan baik. Dalam program ini, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya terpilih untuk menjadi ahli Kumpulan 1. Pembahagian kumpulan ini dilakukan oleh fasilitator secara rawak, tanpa kami mengenali latar belakang sebahagian ahli kumpulan masing-masing. Walaupun begitu, saya dapat memberikan kerjasama yang padu dengan ahli kumpulan yang lain semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. Aktiviti yang kami jalankan sangat mencabar kerana menguji kekuatan fizikal dan mental kami dan kerjasama yang erat antara ahli kumpulan amatlah diperlukan untuk menjayakannya. Saya dapat memberikan kerjasama dengan menyatakan idea yang bernas serta menjadi pendengar yang baik kepada hujah atau idea yang diutarakan oleh ahli kumpulan yang lain.Saya juga sentiasa berfikiran positif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Pada awalnya saya berasa takut dan gentar semasa melakukan aktiviti Water Confidence dan Jungle Trekking kerana ada daripada ahli kumpulan kami tidak dapat menamatkan kedua-dua aktiviti ini, namun saya tetap berfikiran positif kerana dengan berfikiran positif saya dapat menjana kekuatan dan keyakinan diri untuk meneruskan dan menamatkan aktiviti ini.Saya juga telah mengenalpasti kelemahan diri saya iaitu kurang stamina. Aktiviti Jungle Trekking amat mencabar bagi saya kerana kami terpaksa menaiki dan menuruni bukit dan menempuhi pelbagai rintangan seperti permukaan batu yang licin serta tanah yang lecak. Belum sampai separuh perjalanan saya mulai berasa penat serta sakit di bahagian kaki, dan segera memperlahankan pergerakan saya. Ketahanan fizikal serta stamina yang tinggi dan fleksibiliti pergerakan badan amatlah diperlukan semasa menjalankan aktiviti ini.Saya juga mempunyai kelemahan iaitu suka mengeluh. Pada awal program, saya banyak mengeluh dan merungut kerana kurang memahami objektif program dan merasakan aktiviti yang dijalankan tidak membawa sebarang faedah malah rasa terbeban dan memenatkan dan membuatkan saya kurang memberi respon terhadap persekitaran. Namun setelah mengalami dan menamatkan kesemua aktiviti, saya berasa seronok dan semakin bersemangat untuk meneruskan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta menjadikan saya lebih berdisiplin.Kelemahan saya yang amat ketara ialah saya suka berdiam diri dan pemalu. Saya jarang bercakap dan lebih suka mendengar pertuturan orang lain sahaja. Saya hanya akan mengeluarkan pendapat jika ditanya atau diminta sahaja. Saya juga jarang mengambil inisiatif sendiri dan bergantung kepada ahli kumpulan lain.

REFLEKSI DIRI

Pelbagai nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam diri pelajar melalui pelaksanaan Program Pembelajaran Eksperiential. Program ini telah memberi impak dan kesedaran dari aspek jasmani, emosi, intelek dan sosial dalam diri saya. Melalui program ini, saya telah sedar bahawa kerjasama antara ahli kumpulan amat penting bagi menjayakan sesuatu tugasan. Kita tidak boleh bertindak sendiri tanpa melibatkan ahli kumpulan yang lain kerana tindakan yang kita ambil itu mungkin memudaratkan orang lain. Disebabkan itulah kerjasama serta kata sepakat amat penting dalam melakukan aktiviti berkumpulan seperti yang kumpulan kami terapkan semasa program. Semangat kerjasama ini haruslah diteruskan untuk kebaikan bersama. Selain itu fikiran yang positif juga penting dalam diri seseorang. Berfikiran positif dapat membuatkan seseorang itu lebih bersemangat dan tidak mudah berputus asa semasa berdepan dengan sebarang situasi.Program ini turut menyedarkan saya bahawa tubuh badan yang sihat, keadaan fizikal yang kuat serta minda yang cerdas amat penting pada diri seseorang lebih-lebih lagi saya serta rakan-rakan lain yang menyertai program ini kerana stamina yang kuat diperlukan oleh kami semasa menjalankan aktiviti Jungle Trekking. Tubuh badan yang sihat serta keadaan fizikal dan mental yang kuat juga boleh membuatkan seseorang memberi komitmen sepenuhnya terhadap perkara yang dilakukan. Saya juga seharusnya tidak kuat mengeluh kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah. Di samping itu, sifat pendiam dan pemalu yang ada pada diri saya perlu saya atasi kerana ia mengehadkan interaksi sosial saya.Hubungan interpersonal sesama rakan-rakan dan fasilitator-fasilitator secara tidak langsung telah terbina melalui program ini. Kami saling berkenal-kenalan kerana ahli kumpulan kami dipilih secara rawak tanpa kami mengenali ahli-ahli yang lain. Hubungan sesama ahli kumpulan serta peserta yang lain semakin erat dengan cara penerimaan terhadap rakan-rakan walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, berebeza amalan dan kebudayaan. Melalui program ini juga saya dapat mempelajari suatu kaedah komunikasi yang berkesan. Setiap aktiviti yang dijalankan dalam program ini banyak membantu saya dalam membaiki masalah komunikasi sesama rakan-rakan. Kami sering berkongsi idea dan pendapat sepanjang aktiviti dijalankan. Semangat berkumpulan juga telah dapat dipupuk dalam diri saya serta rakan-rakan yang lain apabila terdapat kerjasama antara ahli kumpulan dalam melaksanakan tugasan untuk aktiviti Jungle Trekking. Setiap ahli saling menolong dalam menyelesaikan tugasan lebih-lebih lagi semasa melakukan masakan rimba. Kami telah dibahagikan oleh ketua kumpulan untuk menyediakan bahan-bahan bagi aktiviti masakan rimba. Ahli kumpulan kami juga sangat prihatin . terhadap keselamatan rakan-rakan yang lain semasa mengharungi pelbagai rintangan dalam aktiviti Jungle Trekking. Melalui aktiviti dalam program ini juga, kami dapat berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan untuk setiap checkpoint.Semangat saya untuk mencapai cita-cita menjadi seorang guru juga semakin meningkat. Saya lebih bermotivasi untuk memahami matlamat sebenar seorang guru kerana dengan itu barulah kita mendapati bahawa tugas kita sebagai pendidik akan menjadi lebih menarik dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan dalam diri yang lebih mantap. Saya juga bersemangat untuk mendidik anak bangsa dan membekalkan ilmu yang secukup-cukupnya untuk melahirkan anak bangsa yang berjaya di dunia dan akhirat.

PELAN TINDAKAN

Tindakan yang akan saya ambil untuk mempertingkatkan kekuatan dan membaiki kelemahan diri selepas menyertai Program Pembelajaran Eksperiential adalah cara kepimpinan dan masalah komunikasi dalam diri saya. Saya harus bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti dan sedaya upaya untuk menjadi ketua atau pemimpin dalam sesebuah organisasi untuk membiasakan diri saya dan menimba pengalaman menjadi seorang pemimpin yang berkaliber. Di samping itu, masalah komunikasi juga dapat diatasi dengan mengambil langkah yang efektif dengan banyak bergaul dengan orang ramai dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti social. Selain itu, saya perlu meningkatkan stamina dan kekuatan fizikal. Saya perlu menjaga masa untuk berehat, menjaga pemakanan serta pandai membahagikan masa untuk aktiviti yang lain. Saya perlu bersenam secara konsisten dan mengambil makanan yang berkhasiat untuk melahirkan badan yang sihat serta minda yang cerdas. Badan yang sihat serta minda cerdas dapat mencetuskan pemikiran yang positif, kreatif dan kiritis. Saya sepatutnya rajin dan mempunyai inisiatif sendiri untuk mencari maklumat serba sedikit tentang Program Pembelajaran Eksperiential dan memahami objektif program sebelum program ini dijalankan. Hal ini harus saya lakukan agar saya tidak mengeluh disebabkan tidak memahami objektif program yang ingin dicapai.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan program ini kerana banyak memberi impak kepada para pelajar serta telah berjaya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang disediakan relevan dengan objektif program yang ingin dicapai iaitu untuk meningkatkan sahsiah dan etika para pelajar sebagai bakal pendidik. Program ini juga telah berjaya meningkatkan tahap disiplin para pelajar. Program yang dijalankan bukan sahaja telah berjaya mencapai objektif utama malah telah mendedahkan dan mendekatkan pelajar dengan alam semula jadi dan persekitaran sekeliling sekali gus membuatkan para pelajar untuk menghargai dan memelihara alam sekitar.Ada sedikit cadangan penambahbaikan yang saya ingin sertakan berkaitan dengan bilangan fasilitator. Bilangan fasilitator perlu ditambah bagi melancarkan lagi perjalanan program. Pemantauan keselamatan oleh fasilitator untuk setiap kumpulan adalah amat diperlukan. Saya ingin mencadangkan seorang fasilitator untuk mengiringi setiap kumpulan lebih-lebih semasa aktiviti Jungle Trekking kerana laluan serta keadaan bukit yang agak membahayakan keselamatan.

BUKTI PENGLIBATAN

Gambar Kumpulan 1