Laporan Reflektif BIG FASA 2 2014

4
LAPORAN REFLEKTIF Unit PISMP Bahasa Arab telah melaksanakan program Bina Insan Gur khidmat masyarakat bertempat di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli !ok Lanas !elantan" Program ini di#alankan selama satu hari saha#a" !ami telah bertolak kampus pada #am $ setengah pagi" %ika mengikut tentati& asal program sepatutnya bertolak #am ' pagi tetapi sedikit kesulitan berlaku apabi mengalami kerosakan" Pada ketika itu kami hanya mempunyai dua penyelesaian iaitu menaiki bas lain yang lebih ke(il yang hanya )* tempat duduk menaiki kereta sendiri" +asil perbin(angan bersama kami telah bersepakat untu menggunakan bas yang lebih ke(il kerana #ika menaiki pengangkutan sendiri kami bimbang akan risiko keselamatan" %usteru kami menaiki bas yang ke(il dengan #umlah kerusi yang tidak men(ukupi serta barang,barang sumbangan yang banyak" Saya amat tersentuh apabila ada rakan,rakan yang sanggup berkorban untuk duduk di atas lantai dan di tangga" Saya per(aya bahawa rakan,rakan yang lain turut merasakan apa yang saya rasa" !ami sampai di pusat latihan dakwah tersebut pada #am -*" !ami disambut oleh usta. !halid selaku ketua di pusat latihan dakwah tersebut" Pada tersebut kebanyakan guru,guru mempunyai program di !ota Bharu"%usteru kedatangan kami hanya di sambut oleh beberapa orang tenaga penga#ar saha#a" !ami di anggap menggantikan guru,guru di pusat tersebut kerana guru,guru tidak berada di situsehingga petang" Program kami telahdimulakan dengan /i(e breaking00 tetapi sebelum kami telah melakukan satu permainan iaitu bagi menaikkan semangat dan minat mereka terhadap akti1iti seterusnya" !emudian kami telah membahagikan mereka kepada lima kumpulan" 2asilitator akan salah seorang daripada satu kumpulan dan akan minta salah seorang da kumpulan lain untuk berdiri dan diperkenalkan" %ika ahli kumpulan yang memperkenalkan gagal untuk memperkenalkan seorang lagi maka dia sendiri akan memperkenalkan dirinya" Selepas itu beberapa akti1iti telah dilakukan seperti tangan tangkap #ari dan salam semut bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahl kumpulan"

description

rujukan

Transcript of Laporan Reflektif BIG FASA 2 2014

LAPORAN REFLEKTIF

Unit PISMP Bahasa Arab telah melaksanakan program Bina Insan Guru khidmat masyarakat bertempat di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas Kelantan. Program ini dijalankan selama satu hari sahaja. Kami telah bertolak dari kampus pada jam 8 setengah pagi. Jika mengikut tentatif asal program, kami sepatutnya bertolak jam 7 pagi tetapi sedikit kesulitan berlaku apabila bas IPG mengalami kerosakan. Pada ketika itu, kami hanya mempunyai dua penyelesaian, iaitu menaiki bas lain yang lebih kecil yang hanya 20 tempat duduk atau kami menaiki kereta sendiri. Hasil perbincangan bersama, kami telah bersepakat untuk menggunakan bas yang lebih kecil kerana jika menaiki pengangkutan sendiri kami bimbang akan risiko keselamatan. Justeru, kami menaiki bas yang kecil dengan jumlah kerusi yang tidak mencukupi serta barang-barang sumbangan yang banyak. Saya amat tersentuh apabila ada rakan-rakan yang sanggup berkorban untuk duduk di atas lantai dan di tangga. Saya percaya bahawa rakan-rakan yang lain turut merasakan apa yang saya rasa.

Kami sampai di pusat latihan dakwah tersebut pada jam 10. Kami telah disambut oleh ustaz Khalid selaku ketua di pusat latihan dakwah tersebut. Pada hari tersebut, kebanyakan guru-guru mempunyai program di Kota Bharu.Justeru kedatangan kami hanya di sambut oleh beberapa orang tenaga pengajar sahaja. Kami di anggap menggantikan guru-guru di pusat tersebut kerana guru-guru tidak berada di situ sehingga petang. Program kami telah dimulakan dengan ice breaking tetapi sebelum, kami telah melakukan satu permainan iaitu bagi menaikkan semangat dan minat mereka terhadap aktiviti seterusnya. Kemudian, kami telah membahagikan mereka kepada lima kumpulan. Fasilitator akan pilih salah seorang daripada satu kumpulan dan akan minta salah seorang daripada kumpulan lain untuk berdiri dan diperkenalkan. Jika ahli kumpulan yang memperkenalkan gagal untuk memperkenalkan seorang lagi, maka dia sendiri akan memperkenalkan dirinya. Selepas itu, beberapa aktiviti telah dilakukan seperti tepuk tangan, tangkap jari dan salam semut bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kumpulan.

Selesai sahaja aktiviti ice breaking, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti LDK iaitu mencipta pakaian perang Briged Al Qassam berikutan isu perang di Palestin yang mengundang kerisauan terhadap umat Islam pada ketika itu. Kami mengharapkan aktiviti sebegini dapat menyuntik semangat keberanian berjuang untuk agama Islam dalam kalangan pelajar-pelajar di pusat tersebut. Selesai mereka cipta pakaian perang tersebut, model yang mewakili setiap kumpulan diminta memperagakan pakaian mereka dan menunjukkan aksi pahlawan di medan perang. Semasa berlangsungnya aktiviti LDK tersebut, terdapat beberapa guru pelatih ditugaskan untuk membuat khat. Selain itu, terdapat juga beberapa orang guru pelatih menguruskan tugasan untuk gotong-royong pada sebelah petang.

Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan aktiviti smart solat. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh fasilitator bagi setiap kumpulan. Sebelum memulakan pteori dan praktikal solat, fasilitator menjelaskan kelebihan solat dan akibat meninggalkannnya. Aktiviti ini telah memfokuskan kepada rukun wajib dalam solat, terutamanya bacaan Al-Fatihah. Selain itu, rukun perbuatan juga diberi perhatian supaya yang salah dapat diperbaiki. Relevan aktiviti ini dilakukan sebelum zohor adalah agar mereka dapat diaplikasikan semasa solat Zohor.

Pada pukul 1 tengahari, kami dan para pelajar menikmati makanan tengah hari bersama sama. Kami dapat merasakan betapa jauhnya beza makanan kami dengan makanan mereka tetapi di wajah mereka tampak gembira dan bersyukur dengan rezeki yang ada. Kami dapat merasakan kerendahan hati mereka dan kami sedar bahawa nikmat yang Allah kurniakan kepada kami lebih banyak daripada mereka. Selain itu, kami cuba meletakkan diri kami di tempat mereka agar kami tidak berasa bongkak dengan apa yang ada pada diri kami. Selepas itu, kami menunaikan solat Zohor berjemaah di surau atau dikenali dengan dewan. Selesai solat Zohor berjemaah, akiviti gotong-royong dijalankan mengikut kumpulan yang telah diagihkan mengikut tempat tertentu. Pelajar perempuan bergotong royong di asrama perempuan dibantu oleh beberapa orang guru pelatih. Terdapat juga guru pelatih yang bergotong-royong di dewan, dewan makan dan asrama lelaki. guru pelatih yang bertanggungjawab untuk menyiapkan khat bertungkus-lumus menyiapkan khat sebelum majlis penutupan yang berlangsung pada pukul 5.

Aktiviti gotong-royong telah selesai pada jam 4.30 petang. Kami menunaikan solat Asar berjemaah terlebih dahulu bersama para pelajar. Kemudian, kami bergerak ke bilik hypermedia untuk majlis penutupan. Ketika majlis penutupan, kami telah memberi sedikit cenderahati kepada salah seorang tenaga pengajar pusat latihan dakwah tersebut sebagai tanda penghargaan dan besar hati kerana memberi peluang kepada kami selaku guru pelatih untuk menggali sebanyak mungkin pengalaman sepanjang berada di situ.

Sebelum bertolak balik, kami berpeluang untuk mengambil gambar bersama para pelajar dan tenaga pengajar pusat dakwah tersebut. Pada kami, program tersebut sangat bermakna dan bermanfaat kepada kami sebagai salah satu nilai tambah sebagai seorang guru yang bukan sahaja mengajar malah terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, kami sangat bersyukur kerana kami memperoleh kekuatan daripada para pelajar yang mempunyai kesedaran untuk memajukan diri dan mempelajari Islam dengan lebih mendalam lagi untuk bergiat lebih aktif dalam aktiviti dakwah seterusnya menimba ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh. Kami juga berharap sedikit perkongsian dan pemberian kami di pusat dakwah tersebut mendapat keredhaan Allah. Kami juga amat berharap agar kami dapat kembali semula ke situ untuk melakukan program bersama para pelajar. Pada jam 6 petang, kami bertolak pulang ke kampus.

Melalui program BIG, antara kekuatan yang kami kenal pasti ialah kami dapat mewujudkan komunikasi yang baik sepanjang menjalankan program di pusat dakwah tersebut. Sebelum ini, kebanyakkan dari kami kurang kemahiran berkomunikasi walaupun berada dalam kelas. Kami telah membina persefahaman melalui mesyuarat yang diakan sebelum program dijalankan.

Selain daripada kekuatan, terdapat juga kelemahan yang kami dapati semasa menjalani program BIG. Sebagai contoh, kami tidak sempat melaksanakan semua aktiviti yang telah kami rancang bersama pelajar di situ. Kami juga berasa kami seharusnya berada lebih lama di pusat dakwah tersebut agar kami dapat berkongsi banyak lagi pengalaman bersama mereka.

Akhir sekali, kami mendapati bahawa kami mendapat banyak peluang baru daripada program BIG. Sebagai contoh, kebanyakkan dari kami tidak pernah mengenali orang asli dengan lebih dekat tetapi melalui program ini kami malah dapat mempelajari bahasa mereka. Selain itu, kami juga dapat mengenali latar belakang budaya mereka. Kami mendapati pelajar di situ juga mudah untuk didekati. Justeru, adalah tidak susah untuk melaksanakan program bersama mereka. Ini adalah satu peluang yang sangat bermakna kepada kami kerana bagi kami tidak semua orang berpeluang untuk mendekati orang asli dengan lebih dekat.Disediakan oleh,

......................................

(NUR MASIDAYU BINTI HASSAN)

Setiausaha,

BIG Fasa II,

2 PISMP Bahasa Arab