big fasa 4

22
1.0 PENGENALAN Progran BIG IV merupakan BIG yang bertemakan Program Anak Angkat. Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntibiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif. 2.0 RASIONAL Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikan dan mental serta cemerlang dalam semua aspek,sesuai dengan profession perguruan masa kini.Dengan adanya program ini,diharapkan guru-guru pelatih dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri,keluarga,masyarakat dan bangsa.Di samping itu,guru-guru pelatih PISMP diharapkan dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa,menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru.Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu merealisasikan wawasan negara selaras dengan

description

niii

Transcript of big fasa 4

1.0 PENGENALAN

Progran BIG IV merupakan BIG yang bertemakan Program Anak Angkat. Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntibiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif.

2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikan dan mental serta cemerlang dalam semua aspek,sesuai dengan profession perguruan masa kini.Dengan adanya program ini,diharapkan guru-guru pelatih dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri,keluarga,masyarakat dan bangsa.Di samping itu,guru-guru pelatih PISMP diharapkan dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa,menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru.Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu merealisasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.0 OBJEKTIF

Selepas mengikuti program Bina Insan Guru,para guru pelatih PISMP

diharapkan dapat: Membina dan membentuk profesionalisme guru permulaan.

Membina dan membentuk sahsiah guru permulaan.

Membina dan membentuk kepimpinan guru permulaan.

Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara berterusan.

Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.

Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan mengorganisasi sesuatu program dengan baik.

Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal,mental,emosi,rohani dan sosial.

Sebelum

BIG FASA 4 kali ini adalah dijalankan di kawasan Pendang di bawah program Kedahku Sayang Program Bakti Siswa Perdana 2.0 yang akan dijalankan pada 9-13 Ogos 2013. Disebabkan kesuntukan masa untuk penyediaan kami semua telah diberi tugas dan semua telah memberi kerjasama yang tinggi sepanjang proses penyediaan.

Kesemua pelajar batch kami iaitu 193 orang pelajar telah dibahagi kepada 6 buah sekolah iaitu, SK Model Khas, SK Guar Kepayang, SMK Sungai Tiang, SK Sungai Tiang, SK Ayer Putih dan SK Pokok Asam. Kali ini saya dibahagi ke SK Model Khas dimana hanya saya seorang perempuan dengan Ngu Kian Teck daripada kelas kami Pemulihan 1 yang berada di kumpulan tersebut.

Sebelum menjalankan BIG, kumpulan saya telah menjalankan meayuarat selama 3 kali untuk mastikan supaya semua kerja persiapan dapat dijalankan dengan baik tersusun. Semasa menjalankan mesyuarat, kami telah meluahkan pendapat kami dalam aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, satu perjumpaan turut dijalankan pada hari khamis 7 Ogos 2014 bersama pensyarah. Untuk menyampaikan amanat dan memberi nasihat serta suruhan kepada kami semua.

Semasa

Hari pertama

_________________________________

Pada hari sabtu, 9-8-2014 ,kami telah bertolak dari ipg kampus darulaman utnuk menuju ke dewan cenderawasih untuk urusan pendaftaran. Pada pukul 2pm, majlis pula bermula dan ucapan yang diberi oleh profesor madya Mohd Rusli bin haji ahmad.

yang berasal dari Unimas Sarawak. Beliau menjelaskan perogram ini dan mengapa kawasan Pendang dipilih untuk program ini. Beliau turut menyeru mahasiswa dan mahasiswi supaya berusaha menjadi agen perubahan dalam pembangunan negara. Majlis ini diteruskan dengan ucapan yang diberi oleh penolong pengawai pendidikan daerah pendang, Encik mohd jasni bin sumadi. Beliau mengalu-alukan kedatangan kami dan beliau turut memesan supaya menjalankan tugas serta mematuhi peraturan yang didtetapkan terutamanya sikap dan tataausila sebagaiahasiswa dan mahasiswi.

Selepas Datuk suraya binti othman memberi ucapan, kami pun bertolak menuju ke sekolah masing masing untuk berjumpa dengan emak dan ayah angkat di dewan cempaka sk model khas bukit jenun.

Selepas majlis penyerahan anak angkat, saya dan rakan serumah Azura daripada Kumpulan Sejarah, bertolak ke rumah mak angkat kami Puan Hajah Rosnah Binti Haji Abdullah.

Malam itu, kami saling berkenalan dan membantu mak angkat untuk menyediakan makan malam. Mak angkat turut menceritakan pengalaman hidupnya dan beliau turut memberi nasihat kepada kami supaya berusaha dalam kehidupannya kerana hidup hanya sekali.Hari kedua_______________________________

Selepas bersarapan di rumah masing-masing, kami bertolak ke sekolah SK Model Khas untuk berkumpul dan menuju ke dewan cenderawasih untuk majlis perasmian. Semasa perasmian, Profesor dari UNIMAS selaku pengarah projek Program Bakti Siswa Perdana 2.0 telah memberikan ucapan dan memberikan nasihat kepada kita semua supaya menjaga nama baik diri dan institusi pendidikan tinggi masing-masing semasa berada di tempat orang.

Sejurus selepas majlis perasmian, kami pun bertolak balik ke sekolah masing-masing untuk aktiviti komuniti bersama masyarakat setempat untuk aktiviti demostrasi penghasilan kuih tradisional. Aktiviti ini disediakan oleh pihak PPD dan juga dengan kerjasama pihak JKKK.

Sepanjang program jejak nadi rakyat Pendang dijalankan, kami telah belajar untuk membuat kuih tradisional dan orang-orang kampong telah memberi tunjuk ajar kepada kami untuk membuat kuih tradisional.

Saya sangat menikmati masa tersebut kerana masa itu, semua orang bekerjasama membuat kuih tradisional dan semua orang berasa senang hati, relak dan bersuka ria bersama orang kampong yang sememangnya bukan senang untuk mendapat pengalaman sebegini.

Selepas itu, kami pun bertolak balik ke rumah masing-masing untuk aktiviti bersama keluarga angkat masing-masing. Malam itu, bapa angkat kami Encik Haji Zali bin Mohd Harun dan kakak angkat kami, Kak Farah telah balik dan mereka turut berkenalan dengan kami. Bapa angkat saya merupakan seorang askar darat yang sudah bersara. Beliau menceritakan kehidupannya sebagai seorang askar kepada kami dan beliau turut menyatakan bahawa generasi kini kurang rasa patriotik terhadap negara dan kurang memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya.Hari Ketiga

__________________________

Selepas bersarapan, saya dan rakan serumah Azura pun bertolak ke SK Model Khas untuk program di sekolah tersebut.

Aktiviti pada hari tersebut merupakan mengadakan sesi motivasi kepada pelajar tingkatan 2 dan 4 tentang betapa pentingnya pengurusan masa yang betul terhadap keberkesanan pembelajaran.

Sesi ini dikelola oleh rakan-rakan dari kumpulan Bimbingan dan Kaunseling. Meraka telah berusaha untuk menyediakan aktiviti-aktiviti kepada para pelajar supaya mereka dapat memanfaatkan diri dalam sesi motivasi tersebut.

Pada tengah hari, satu lagi sesi motivasi dijalankan oleh kami untuk para pelajar tingkatan 4 pula. Sesi kami mendapat sambutan yang hangat daripada semua pelajar dan kami berasa amat gembira dengan respon murid.

Seterusnya, kami bertolak ke rumah salah seorang mak angkat iaitu Puan Rospawi untuk perbincangan pasal rewang yang akan dijalankan pada keesokan malam. Kami telah membuat persiapan yang banyak untuk menjayakan program tersebut.

Hari Keempat____________________

Pada hari keempat, kami meneruskan program ke sekolah rendah Pendang iaitu, SK Bukit Genting yang merupakan sebuah sekolah SKM.

Sejurus tiba di sekolah tersebut, kami berasa sungguh teruja kerana semua warga sekolah telah berada di pagar sekolah untuk menjemput kehadiran kami. Semua warga sekolah mengalu-alukan kedatangan kami dan menyebabkan kami berasa bersalah kerana telah lewat sampai ke sekolah tersebut.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru besar dan atas permintaan semua, kami sekumpulan telah menyanyikan lagu IPDA kepada murid-murid yang berada di dewan tersebut. Apabila saya menyanyikan lagu IPDA, saya berasa sungguh bangga dan terharu kerana saya telah membawa nama bakal guru ke sekolah ini.

Selepas itu, kami telah dipecahkan kepada kumpulan masing-masing untuk tugas-tugas khas yang telah ditetapkan. Antara aktiviti yang terdapat adalah gotong royong, lukis mural dan lain-lain. Saya telah ditugaskan dalam kumpulan mural dan kami disuruh untuk melukis sebuah peta Malaysia. Disebabkan kekurangan masa, saya telah menggunakan LCD untuk memancarkan lukisan peta yang saya sediakan ke atas dinding yang perlu dilukis dan terus tekap.

Selepas siap, kami pun meninggalkan sekolah tersebut untuk aktiviti sukaneka di SK Model Khas untuk para pelajar asrama. Walaupun panas di bawah matahari yang terik, kami berterima kasih kepada para pelajar kerana memberi kerjasama kepada kami dan semua yang terlibat juga amat menikmati sukaneka tersebut.

Seterusnya, kami beredar dari sekolah dan menuju ke rumah Puan Rospawi untuk mengadakan rewang/ jamuan malam yang akan berlangsung pada malam tersebut. Malam tersebut, kami semua telah bertungkus lumus sama ada membasuh pinggan, memasak, persiapan khemah dan sebagainya. Namun saya berasa kecewa kerana ada sesetengah yang kurang memberi kerjasama dan tidak menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan menyebabkan kami perlu bertungkus lumus untuk menghabiskan kerja yang tidak siap.

Disebabkan keletihan saya tidak makan pada malam tersebut. Apa yang membuat saya terharu adalah keluarga angkat saya yang menjaga saya dengan baik. Hal ini demikian kerana mak angkat saya tahu bahawa saya tidak makan pada malam tersebut dan beliau telah menyediakan udang goreng dan kek coklat kepada saya selepas saya balik dari jamuan malam tersebut. Saya sungguh terharu dengan hidangan yang disediakan oleh mak angkat saya dan saya amat berterima kasih kepadanya kerana telah melayan saya seperti anaknya sendiri. Hari Kelima

____________________

Pada hari terakhir, kami berasa sungguh berat hati untuk meninggalkan keluarga angkat masing-masing dan saya sangat berterima kasih kepada keluarga angkat saya kerana telah menjaga dan meluangkan masa kepada kami serta melayan saya sama seperti anaknya.

Selepas meninggalkan keluarga angkat kami, kami bertolak ke dewan Mat Insun untuk majlis penutupan dan kami berasa bangga kerana IPG KAMPUS DARULAMAN telah berjaya memenangi ketiga-tiga hadiah untuk penghasilan video untuk 5 hari dalam program ini. Kumpulan saya iaitu SK Model Khas telah memenangi Naib Johan dan kami berasa sungguh bangga dan gembira.

Seterusnya kami menjamu selera di dewan tersebut. Selepas itu, kami pun bertolak balik ke IPG Kampus Darulaman dan mengakhiri BIG FASA 4 ini dengan memori yang terbaik di kawasan Bukit Jenun Pendang, Kedah.Secara kesimpulan, program Bina Insan Guru telah membuka minda saya untuk menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Selain itu, ia telah mengbekalkan pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan. Program ini merupakan pemangkin kepada diri saya sebagai bakal guru kerana profesional perguruan merupakan kerjaya yang memerlukan khidmat yang menyeluruh kepada diri, keluarga, masyarakat,dan juga negara. Program seperti ini harus diteruskan dan sentiasa diperbaiki kualitinya mengikut perubahan masa supaya melahirkan bakat guru yang berkualiti.PENUTUPSecara keseluruhannya, Program BIG ini telah mendatangkan banyak faedah. Banyak ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan sukar diperolehi telah para pelatih dapati melalui BIG kali ini contohnya, pengalaman kehidupan di kampung tanpa penggunaan telefon bimbit dan internet.Program BIG ini bukan sahaja memberi pengalaman dan juga ilmu pengetahuan, maka juga mendirikan nilai-nilai murni di kalangan para pelatih melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Antaranya seperti nilai bekerjasama, bertolak ansur, berdikari, dan sebagainya.Selain itu, pelbagai pengalaman baru juga telah para pelatih memperolehi dalam program BIG ini. Semua pelatih telah menjadi lebih matang dan lebih yakin pada diri sendiri melalui Aktiviti yang dijalankan.Program BIG telah menbina insan pendidik sebagai golongan pembina negara bangsa dan penjana modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang selain menjadi role model kepada individu, masyarakat, dan juga negara Malaysia.Kesimpulannya, program Bina Insan guru ini haruslah diteruskan kepada generasi yang akan datang supaya menghasilkan insan guru yang serba boleh.