Laporan rph sn, sistem 4 mat

18
Tajuk : 4MAT LESSON AHLI KUMPULAN : NURMAZNI BINTI A.RAHIM ( DB 100308 ) SUHANTHI A/P G.MANI ( DB 100773 ) SAKTHI REKKA A/P JAYAGOGOLAN ( DB100921 ) ROSHALIZA BINTI RAHMAT ( DB 100017 ) ANNALETCHUMI A/P RAJANDRAN ( DB100730 )

Transcript of Laporan rph sn, sistem 4 mat

Page 1: Laporan rph sn, sistem 4 mat

Tajuk : 4MAT LESSON

AHLI KUMPULAN :

NURMAZNI BINTI A.RAHIM ( DB 100308 )

SUHANTHI A/P G.MANI ( DB 100773 )

SAKTHI REKKA A/P JAYAGOGOLAN ( DB100921 )

ROSHALIZA BINTI RAHMAT ( DB 100017 )

ANNALETCHUMI A/P RAJANDRAN ( DB100730 )

NAGESHVARAN A/L S.VELUSAMY ( DB 100729 )

UNTUK PERHATIAN : EN. GHAZALLY SPAHAT

Page 2: Laporan rph sn, sistem 4 mat

SISTEM 4MAT: MENGAJAR KEPADA GAYA-GAYA PEMBELAJARAN DENGAN

AKTIVITI-AKTIVITI OTAK KIRI DAN OTAK KANAN

Pendahuluan

Sistem 4Mat ialah satu model mengajar yang dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy dalam tahun

1980. Model ini dicipta berdasarkan dapatan-dapatan penyelidikan dalam banyak bidang

seperti gaya pembelajaran, pengaruh (dominance) otak kiri dan otak kanan, kreativiti,

pengurusan, seni dan gerakan/tarian.

Apabila guru-guru memahami Sistem 4Mat, sikap mereka terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran akan berubah, khususnya mereka akan menyedari dan menghargai :

Berbagai jenis kecerdasan

Berbagai gaya pembelajaran

Berbagai aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan otak kanan

Berbagai kaedah mengajar yang sesuai untuk sesuatu gaya pembelajaran

Bagaimana Manusia Belajar

Penyelidikan Dr. David Kolb mendapati bahawa ada dua cara utama bagaimana kita belajar,

iaitu cara mengamati (perceive) dan cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman.

Mengamati

Konkrit

(a) Cara mengamati :

Kita mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan dua cara yang berlainan. Ada

diantara kita suka mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan cara konkrit, iaitu

dengan menggunakan deria. Ada juga di antara kita suka mengamati sesuatu dengan cara

abstrak , iaitu dengan memikir, membuat analisis dan membuat taakulan.

Boleh berubah ke tempat yang kita suka

AbstrakBoleh berubah ke tempat yang kita suka

Aktif Reflektif

Memproses

Page 3: Laporan rph sn, sistem 4 mat

Kadang kala kita suka mengamati sesuatu secara konkrit dan kadang kala kita suka

mengamati sesuatu secara abstrak. Ini bermakna kita mengamati sesuatu dalam suatu

kontinum (continuum) dari konkrit kepada abstrak. Mereka yang suka menggunakan deria

lebih suka belajar secara konkrit. Mereka yang suka berfikir dan membuat analisis lebih suka

belajar secara abstrak.

Kedua-dua jenis pengamatan, iaitu konkrit dan abstrak adalah sama penting dan sama

nilainya. Kedua-duanya juga ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pembelajaran

yang berkesan ialah daripada konkrit kepada abstrak. Kebanyakan guru di sekolah tidak

menghargai cara konkrit, kecuali dengan pelajar-pelajar yang muda dan guru-guru mereka

lebih suka menggunakan cara abstrak. Cara abstrak ini menggembirakan pelajar-pelajar yang

suka berfikir dan membuat analisis tetapi mengecewakan pelajar-pelajar yang suka

menggunakan deria mereka untuk belajar.

(b) Cara Memproses :

Kita memproses sesuatu maklumat dan pengalaman (iaitu bagaimana kita membuatkan

maklumat dan pengalaman sebagai pengalaman diri sendiri) dengan dua cara yang berlainan.

Ada diantara kita yang suka belajar dengan membuat atau mencuba sesuatu secara aktif. Ada

juga diantara kita yang suka belajar secara melihat apa yang berlaku dan memikir semula

tentangnya. (reflektif).

Kita memproses sesuatu maklumat dan pengalaman dalam satu kontinum dari penglibatan

aktif kepada reflektif. Mereka yang suka membuat atau mencuba sesuatu lebih suka belajar

secara aktif. Mereka yang suka melihat dan memikir semula tentang sesuatu lebih suka

belajar secara reflektif.

Kedua-dua jenis pemprosesan, iaitu aktif dan reflektif adalah sama penting dan sama

nilainya. Setiap jenis pemprosesan itu juga mempunyai ciri-ciri kebaikan dan keburukan. Ada

guru-guru di sekolah meminta pelajar-pelajarnya melihat, mendengar dan memikir sahaja.

Pendekatan reflektif ini menggembirakan pelajar-pelajar yang suka melihat dan memikir

tetapi mengecewakan segolongan pelajar yang suka mencuba atau membuat sesuatu dengan

diri sendiri.

Page 4: Laporan rph sn, sistem 4 mat

Gaya-gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran bergantung kepada kombinasi cara mengamati dan cara memproses

sesuatu maklumat dan pengalaman. Kombinasi cara mengamati dan cara memproses

menghasilkan empat jenis gaya pembelajaran yang dihuraikan di bawah.

Jenis 1: Pelajar-pelajar jenis ini adalah imaginative dan kreatif. Mereka mengamati

maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara reflektif. Mereka suka mencari makna

dan sebab-sebab mempelajari maklumat itu. Mereka belajar dengan mendengar dan

berkongsi idea-idea. Mereka perlu melibatkan diri dan suka berinteraksi dengan orang lain.

Mereka suka menyoal “Mengapa?”.

Pengalaman Konkrit

Jenis 2: Pelajar-pelajar jenis ini bersifat teori dan analisis. Mereka mengamati maklumat

secara abstrak dan memprosesnya secara reflektif. Mereka suka mencari fakta-fakta untuk

menjelaskan konsep-konsep dan mereka belajar dengan memikir tentang idea-idea. Mereka

perlu pendapat pakar-pakar dan mereka suka membuat analisis tentang sesuatu maklumat.

Mereka suka menyoal ‘Apa dia?’.

Jenis 3: Pelajar-pelajar jenis ini bersifat praktik. Mereka mengamati maklumat secara

abstrak dan memprosesnya secara aktif. Mereka suka mencari kegunaan maklumat itu dan

mereka belajar dengan menguji teori untuk mengetahui kegunaannya. Mereka perlu

mengetahui bagaimana sesuatu benda berfungsi dan suka membuat atau mencuba dengan diri

sendiri untuk menambahkan pengalamannya. Mereka suka menyoal ‘Bagaiamanakah ia

berfungsi?’

Intuitif Dinamik

Imaginatif Kreatif

Pemerhatian Reflektif

Ujikaji Aktif

Konsepsi Abstrak

Praktik Teori Analisis

4 1

3 2

Page 5: Laporan rph sn, sistem 4 mat

Jenis 4: Pelajar-pelajar jenis ini adalah dinamik dan intuitif. Mereka mengamati

maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara aktif. Mereka suka mencari kegunaan

yang belum diketahui untuk sesuatu maklumat. Mereka belajar secara cubajaya dan

penemuan sendiri. Mereka perlu mengetahui apa yang boleh direka bentuk dengan maklumat

itu dan suka berinteraksi dengan orang lain. Mereka suka menyoal “Apakah kegunaan baru

yang saya boleh cipta?”

Seseorang pelajar mungkin belajar dengan keempat-empat jenis gaya pembelajaran. Gaya

pembelajaran yang paling disukai oleh seseorang pelajar itu akan menjadi jenis gaya

pembelajarannya. Ini bererti gaya pembelajarannya mungkin Jenis 1,2,3, atau 4.

Keempat-empat gaya pembelajaran adalah sama penting dan sama nilainya. Setiap gaya

pembelajaran mempunyai ciri-ciri kekuatan dan kelemahan. Kebanyakan sistem pengajaran

di sekolah ialah guru-gurunya mengajar pelajar-pelajar yang suka belajar dengan gaya

pembelajaran Jenis 2 (Teori dan Analisis) dan Jenis 3 (Praktik). Guru-guru tersebut

mengabaikan pelajar-pelajar yang suka belajar dengan gaya pembelajaran Jenis 1 (Imaginatif

dan Kreatif) dan Jenis 4 (Dinamik dan Intuitif). Amalan budaya pengajaran dan pembelajaran

di sekolah tersebut, menggembirakan pelajar-pelajar yang suka melihat dan memikir semula

(Jenis 2) dan yang suka membuat latihan atau ujikaji (Jenis 3). Akan tetapi amalan itu

mengecewakan pelajar-pelajar yang suka berinteraksi dengan orang lain dan suka mencari

makna atau sebab mengenai suatu maklumat (Jenis 1). Situasi ini juga akan mengecewakan

pelajar-pelajar yang suka mencari kegunaan baru daripada sesuatu maklumat itu untuk

dikongsi dengan orang lain (Jenis 4).

Pengaruh Otak Kiri dan Kanan

Penyelidik-penyelidik otak manusia telah mendapati:

Kedua-dua hemisfira otak (otak kiri dan otak kanan) berbeza dalam memproses

maklumat dan pengalaman.

Seseorang individu lebih suka memproses maklumat dan pengalaman sama ada

dengan otak kirinya atau dengan otak kanannya.

Kedua-dua belah otak (otak kiri dan kanan) adalah sama penting.

Perbezaan utama di antara otak kiri dan kanan dalam memproses maklumat dan pengalaman

adalah seperti di bawah:

Page 6: Laporan rph sn, sistem 4 mat

Otak Kiri Otak Kanan

Aktiviti-aktiviti yang dipercayai diproses terutamanya di Otak Kiri adalah seperti berikut:-

Menyurih

Melukis carta

Melukis graf

Memberi contoh

Menyalin nota

Menilai secara objektif

Menyenarai dan mengkategorikan

Mengira

Memberi bukti

Mengingat semula fakta atau konsep

Membaca serta membuat analisis

Melapor

Segala bentuk analisis

Rasional

Melihat bahagian-bahagian

Memberi sifat perbezaan

Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik

Mendengar bunyi bahasa

Aktiviti-aktiviti yang dipercayai diproses terutamanya di Otak Kanan adalah seperti berikut:-

Membuat pola atau corak

Memeta fikiran

RasionalLisanAnalisisLurus (Linear)Pasif / MenerimaTerancang dan berstrukturBukan gerakanPengiraanPenulisanMelihat bahagian-bahagianTeori Mengawal PerasaanBunyi Bahasa

IntuitifPenglihatan / Ruangan SinstesisBulatanInteraktif Bersesuaian dan SpontanGerakan / TarianPola, model, bentuk lukisanMelihat perhubungan dan keseluruhanAmalanBebas dengan perasaanBunyi semulajadi, muzik

Page 7: Laporan rph sn, sistem 4 mat

Sumbangsaran atau percambahan pemikiran

Menggambarkan semua bentuk sajak

Semua bentuk seni

Mendengar, melihat, menggerak

Analogy

Mencipa, mereka bentuk

Main peranan

Simulasi

Drama kreatif

Penulisan kreatif

Gerakan, tarian

Membaca serta membuat sintesis

Segala bentuk sintesis

Geometri

Demonstrasi

Membuat ujikaji

Bentuk

Semua aktiviti intuitif

Ukiran

Lakaran

Member sifat-sifat persamaan

Melihat perhubungn dan keseluruhan

Menilai secara subjektif

Melukis

Fotografi

Mendengar bunyi semulajadi

Mendengar muzik, mencipta lagu

Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kiri suka melakukan aktiviti-aktiviti

terutamanya yang diproses di otak kiri. Mereka mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka

haruslah dihargai. Mereka adalah bersistematik dan berdisiplin. Mereka menyelesaikan

masalah dengan melibatkan bahagian-bahagian dan memikir secara logik. Mereka adalah

sangat baik dalam bertutur, menulis, mengira dan menganalisis.

Page 8: Laporan rph sn, sistem 4 mat

Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kanan suka melakukan aktiviti-aktiviti

terutamanya yang diproses di otak kanan. Mereka juga mempunyai ciri-ciri yang menarik.

Mereka juga harus dihargai. Mereka adalah kreatif dan intuitif. Mereka melihat pola, bentuk

dan perhubungan. Mereka bertindak secara spontan dan menyelesaikan masalah dengan

melihatnya secara keseluruhan dan intuitif. Mereka suka berinteraksi dengan orang lain dan

suka melibatkan diri dalam segala bentuk gerakan atau tarian. Mereka adalah sangat baik

dalam melukis, mereka bentuk, membuat kesimpulan, dan di dalam hal perhubungan

manusia.

Pelajar-pelajar yang melakukan aktiviti-aktiviti yang diproses di otak kiri dan kanan

mempunyai dua kumpulan ciri-ciri tersebut di atas. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di sekolah dipercayai memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti yang hanya

diproses oleh otak kiri. Ini menggembirakan pelajar otak kiri tetapi mengecewakan pelajar

otak kanan. Justeru itu, kita hendaklah membantu pelajar-pelajar mengembangkan otak kiri

dan otak kanan mereka. Dengan membuat demikian, mereka bolehlah berfikir secara logik

dan secara intuitif iaitu boleh menganalisa dan mensintesis, bersistematik atau berstruktur dan

boleh menyesuaikan diri serta boleh mengkritik dan mencipta, malah boleh menulis, mengira

dan melukis dan dilengkapi dengan sikap yang berdisiplin dan suka berinteraksi serta

melibatkan ciri-ciri lain.

Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran dengan Menggunakan Sistem 4MAT

Dr. Bernice McCarthy telah mencipta satu sistem mengajar yang berkesan dan boleh

diamalkan. RPH yang diberi mengambil kira keempat-empat gaya pembelajaran dan aktiviti-

aktivi yang mengembangkan otak kiri dan otak kanan. Dengan menggunakan sistem ini,

seseorang pelajar yang sangat suka belajar dengan gaya pembelajarannya dapat juga belajar

dengan gaya pembelajaran yang lain. Tambahan pula, pelajar itu yang suka belajar dengan

aktiviti-aktiviti otak kiri dapat juga belajar dengan aktiviti-aktiviti otak kanan.

FASA CADANGAN AKTIVITI CATATAN

1. Persediaan

PemerhatianIndikator amalan:

1. Murid memerhatikan gambar –gambar yang ditayangkan.

2. Murid menyatakan keadaan gambar sama ada terang atau

KPS :Memerhati,Membuat inferens.

KBKK :

Page 9: Laporan rph sn, sistem 4 mat

1.1.1 Penggunaan deria.1.1.2 Pemerhatian

menyeluruh AnalisisIndikator amalan:1.2.1 Membuat banding beza.

gelap.3. Murid menyatakan sumber

cahaya yang mereka ketahui melalui pengalaman sedia ada.

Contoh soalan :1. Apakah yang kamu lihat pada gambar tersebut?

2.Berdasarkan pengalaman kamu, cuba nyatakan mengapakah situasi itu berlaku?

3.Nyatakan daripada mana kita mendapat cahaya?

Membuat gambaran mental

Gaya pembelajaran :Quadrant 1, Right( Divergen )

Sebelum mengajar konsep-konsep yang baru kepada pelajar-pelajar, seseorang guru haruslah

member pengalaman konkrit kepada mereka. Ini akan membantu mereka memahami dengan

lebih jelas konsep-konsep yang abstrak. Mereka juga dapat berinteraksi di antara satu sama

lain. Guru haruslah membimbing dan merangsang mereka.

Q1- Aktiviti Otak Kanan: Guru perlulah mewujudkan satu pengalaman konkrit. Kaedah

mengajar atau aktiviti yang boleh digunakan ialah simulasi, main peranan, lakonan, kerja

kumpulan, menonton video tentang satu peristiwa, melihat benda-benda, atau aktiviti lain

yang dapat mengembangkan otak kanan.

2. Imaginasi

Penjanaan Idea Indikator amalan2.1.1Menghasilkan idea baru2.1.2Menghasilan idea secara berterusan.

Sintesis IdeaIndikator amalan2.2.2Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik.

1. Murid dibekalkan dengan lampu suluh, plastik lutsinar dan kad manila.

2. Murid diterangkan tentang langkah-langkah menjalankan eksperimen.

3. Murid menjalankan eksperimen dalam kumpulan dengan menyuluh objek-objek tertentu dan melihat bayang-bayang yang akan dihasilkan.

4. Murid menyampaikan idea baru melalui sesi sumbangsaran dan pemerhatian.

KPS :Memerhati,Berkomunikasi, Meramal,Mendefinisi secara operasi,Mengeksperimen.

KBKK :Menghubungkaitkan,Meramalkan,Menjanakan idea.

Gaya pembelajaran :

Quadrant 3, Right( Divergent )

Page 10: Laporan rph sn, sistem 4 mat

Contoh soalan :

1.Apakah yang dapat anda perhatikan apabila :a. menyuluh plastik lutsinar.b. menyuluh kad manila.

2.Namakan objek yang boleh mengeluarkan cahaya.

3.Nyatakan objek yang menghalang cahaya bagi membentuk bayang-bayang.

4.Adakah bayang-bayang akan terbentuk tanpa sumber cahaya?

Selepas pelajar-pelajar mendapat pengalaman konkrit, fakta-fakta dan konsep-konsep diajar

kepada mereka. Fakta dan konsep itu perlu dijelaskan satu demi satu dan dikaitkan dengan

pengalaman konkrit untuk memudahkan pemahaman fakta atau konsep itu. Tugas guru ialah

untuk mengajar dengan menggunakan kaedah-kaedah tradisional. Guru perlu juga

membimbing dan merangsang mereka.

Q3- (Aktiviti Otak Kanan) : Setelah pelajar-pelajar memikir semula dan menganalisa

pengalaman konkrit itu, guru perlu mengaitkan pengalaman mereka kepada konsep yang

perlu diajar. Aktiviti yang boleh digunakan ialah perbincangan, soal jawab, penerangan, atau

aktiviti lain yang dapat melihat perhubungan diantara pengalaman konkrit dengan konsep

yang abstrak.

3. Perkembangan

Penambahbaikan Indikator amalan3.1.1Menokok tambah idea

Menilai Indikator amalan3.2.3Membuat wajaran dengan betul

1. Murid dibawa keluar dari Makmal Sains untuk melihat bentuk bayang-bayang mereka sendiri.

2. Murid juga bebas memilih lima objek (seperti kotak pensel, kasut, cawan plastic, kereta mainan dan lain-lain) untuk melihat bayang-bayang yang terhasil dalam kumpulan.

KPS :Memerhati,Berkomunikasi,Mengeksperimen.

KBKK :Menjanakan idea,Menghubungkaitkan.Gaya pembelajaran :

Quadrant 1, Left( Convergent )

Quadrant 3, Right

Page 11: Laporan rph sn, sistem 4 mat

3. (jika cuaca tidak mengizinkan, lampu akan digunakan sebagai sumber cahaya).

4. Murid melukis bentuk bayang-bayang yang diperhatikan.

5. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil pemerhatian.

Contoh soalan :

1.Bagaimana keadaan di luar ini, terang atau gelap?

2.Adakah bayang-bayang sama dengan bentuk asal objek?

3.Bagaimanakah bayang-bayang terbentuk?

4.Pernahkah kamu melihat wayang kulit? Apakah yang menyebabkan adanya bayang-bayang patung di hadapan skrin tersebut?

( Divergent )

Gaya pembelajaran :

Quadrant 4, Right( Divergent )

Selepas pelajar-pelajar membuat latihan dan ujikaji, mereka perlu diberi peluang untuk

mencari aplikasi tentang fakta atau konsep yang telah dipelajari dan berkongsi dapatan-

dapatan mereka dengan pelajar lain.

Q3- (Aktiviti Otak Kanan) :Pelajar-pelajar kemudiannya diberi aktiviti-aktiviti untuk

mereka mencari idea-idea baru atau fakta-fakta tambahan selain dari fakta atau konsep yang

telah diajar. Aktiviti mengajar yang boleh dijalankan secara individu atau kumpulan ialah

ujikaji, projek, permainan, merancang satu pelan, sumbangsaran, atau aktiviti yang dapat

mengembangkan otak kanan.

Q4- (Aktiviti Otak Kanan) : Pelajar-pelajar melaksanakan ujikaji atau pelan bertindak dan

berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Aktiviti mengajar yang boleh digunakan ialah

penemuan, cuba jaya, projek, persembahan secara berkumpulan atau individu, main peranan,

atau aktiviti lain yang dapat mengembangkan otak kanan.

Page 12: Laporan rph sn, sistem 4 mat

1. Tindakan

Pelaksanaan AmalanBerterusan

Murid-murid membuat kesimpulan berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan.

Gaya pembelajaran :

Quadrant 2, Left( Convergent )

Q2- (Aktiviti Otak Kiri) : Pelajar-pelajar kemudiannya diberi peluang untuk mereka

mencari idea-idea baru untuk membuat kesimpulan atau fakta-fakta tambahan selain

daripada fakta atau konsep yang telah diajar.

PentaksiranMurid melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan bagi menilai tahap kefahaman murid-murid.

Gaya pembelajaran : Quadrant 4, Left ( Convergent )

Q4- (Aktiviti Otak Kiri) : Selepas pelajar-pelajar diajar fakta atau konsep, guru haruslah

memberi latihan-latihan yang telah disediakan untuk memperkukuhkan pembelajaran serta

menghayati fakta atau konsep yang diajar. Aktiviti mengajar yang boleh digunakan ialah

membuat latihan, latihtubi, kuiz, ujikaji, temuduga atau aktiviti-aktiviti lain yang dapat

mengembangkan otak kiri.

Kesimpulan :

Penggunaan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan

bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai adalah penting dalam menjayakan

pembelajaran.

Guru juga perlu menyayangi para pelajar, mencintai matapelajaran yang diajar,

memberi peluang serta melibatkan pelajar-pelajar yang bersifat imaginatif dan kreatif,

teori analisis, praktik dan intuitif dinamik.

Pelajar-pelajar juga berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau

kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan

kinestetik.

Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam

pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT .

Page 13: Laporan rph sn, sistem 4 mat

Terdapat banyak kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan

kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu

mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik tetapi yang

dicadangkan untuk pembelajaran ialah yang menarik, menyeronokkan serta

berpusatkan pelajar. Apa yang diharapkan ialah pelajar-pelajar berminat dengan

penyampaian oleh guru seterusnya bersungguh-sungguh menimba ilmu dan

pengalaman di sekolah.