LAPORAN SAINS

9
LAPORAN PROJEK : TEKNIK ASAS MAKMAL 1. KERJA KACA A. Sebatang tiub-L Aktiviti : Penyediaan sebatang tiub-L Bahan dan radas : kikir kaca, tiub kaca, penunu bunsen, mancis, sarung tangan, google, pembaris, marker, kain Prosedur : 1. Sediakan radas dan bahan yang ingin digunakan.Sukat panjang tiub kaca sebanyak 40 cm dan tandakan dengan menggunakan marker. 40 cm 2. Calarkan sedikit disekeliling tiub kaca pada bahagian yang telah ditandakan dengan marker bagi tujuan untuk membuang bahagian yang tidak digunakan. 3. Letakkan tiub kaca tadi di bawah lapisan kain dan tekan dengan kuat pada bahagian yang telah dicalarkan tadi Licinkan kedua-dua hujung tiub kaca tadi dengan menggunakan kertas pasir. 4. Sukat dan tandakan panjang tiub kaca sebanyak 15 cm dan 25 cm.

description

..

Transcript of LAPORAN SAINS

Page 1: LAPORAN SAINS

LAPORAN PROJEK : TEKNIK ASAS MAKMAL

1. KERJA KACA

A. Sebatang tiub-L

Aktiviti : Penyediaan sebatang tiub-L

Bahan dan radas : kikir kaca, tiub kaca, penunu bunsen, mancis, sarung tangan,

google, pembaris, marker, kain

Prosedur : 1. Sediakan radas dan bahan yang ingin digunakan.Sukat

panjang tiub kaca sebanyak 40 cm dan tandakan

dengan menggunakan marker.

40 cm

2. Calarkan sedikit disekeliling tiub kaca pada bahagian

yang telah ditandakan dengan marker bagi tujuan untuk

membuang bahagian yang tidak digunakan.

3. Letakkan tiub kaca tadi di bawah lapisan kain dan tekan

dengan kuat pada bahagian yang telah dicalarkan tadi

Licinkan kedua-dua hujung tiub kaca tadi dengan

menggunakan kertas pasir.

Page 2: LAPORAN SAINS

4. Sukat dan tandakan panjang tiub kaca sebanyak 15 cm

dan 25 cm.

5. Panaskan tiub kaca pada titik B di atas api penunu

bunsen sambil memutarkan tiub kaca tersebut secara

terus menerus dan konsisten.

6. Alihkan tiub dari api dan bengkokkan tiub kaca mengikut

bentuk yang dikehendaki apabila tiub kaca pada titik B

mulai menjadi lembut dan hampir melendut. Pegang

pada kedua-dua hujung tiub dan bengkokannya secara

perlahan-lahan sehingga membentuk L

7. Ulang langkah 7 sekiranya tiub kaca belum dapat

membentuk L. Sekiranya sudah berjaya, pastikan kedua-

dua hujung tiub dihaluskan dengan kertas pasir agar ia

selamat digunakan.

8. Tiub-L dihasilkan

BA C

Page 3: LAPORAN SAINS

B. Sebatang Penitis

Aktiviti : Penyediaan sebatang penitis

Bahan dan radas : kikir kaca, tiub kaca, penunu bunsen, mancis, sarung tangan,

google, gunting, pembaris, marker, kain

Prosedur : 1. Sediakan radas dan bahan yang ingin digunakan.

2. Sukat panjang tiub kaca sebanyak 30 cm dan tandakan

dengan menggunakan marker.

30 cm

3. Calarkan sedikit disekeliling tiub kaca pada bahagian

yang telah ditandakan dengan marker bagi tujuan

untuk membuang bahagian yang tidak digunakan.

4. Patahkan tiub kaca tadi dengan meletakkannya di

bawah lapisan kain dan menekannya dengan kuat

pada bahagian yang telah dicalarkan tadi Licinkan

kedua-dua hujung tiub kaca tadi dengan menggunakan

kertas pasir.

5. Sukat dan tandakan panjang tiub kaca sebanyak 15 cm

Page 4: LAPORAN SAINS

dan 25 cm.

6. Pegang tiub kaca pada kedua-dua hujung tiub iaitu

pada titik A dan titik C. Panaskan tiub kaca pada titik B

sambil memutarkan tiub kaca tersebut secara terus

menerus dan konsisten.

7. Apabila tiub kaca mula menjadi lembut, tarik tiub kaca

ke arah yang bertentangan. (seperti gambar rajah di

bawah)

8. Ulang langkah 7 hingga 9 sehingga tiub kaca pada titik

B mula mengendur dan membentuk tiub kapilari. Ulang

langkah 8 sehingga tiub kaca pada titik B putus.

9. Sejukkan tiub kaca seketika setelah bahagian tengah

(titik B) telah putus. Potong sedikit pada hujungnya

agar tiub itu berlubang dengan menggunakan gunting.

Haluskan pada hujung tiub (titik A dan titik C) dengan

menggunakan kertas pasir. Pasangkan bunting getah

pada hujung tiub kaca yang satu lagi untuk menjadikan

penitis.

A B C

Page 5: LAPORAN SAINS

10. Penitis dihasilkan.

2. PENGAWETAN

A. Spesimen pengawetan basah

Aktiviti : Pengawetan basah – Ikan Puyu (Anabas testudineus)

Bahan dan radas : chloroform, 95% ethanol, air suling, ikan puyu, botol reagen,

bikar 500ml, penyukat silinder 100ml, rod kaca, penitis, kapas,

gunting, balang kecil bertutup, sarung tangan, plastik, gelang

getah dan, penutup hidung.

Prosedur : 1. Sediakan bahan dan radas yang ingin digunakan.

2. Tuangkan sedikit cecair chloroform ke dalam botol

reagen.

3. Letakkan spesimen, ikan puyu ke dalam plastik.

4. Tuangkan sedikit cecair chloroform pada kapas dan

letakkan di dalam plastik tadi. Ikatkan plastik tadi

dengan gelang getah dan biarkan ianya beberapa minit

sehingga ikan mati.

5. Sukat kuantiti cecair yang ingin digunakan untuk

menyimpan spesimen.

Page 6: LAPORAN SAINS

m1v1 = m2v2

95 x v1 = 75 x 400

95v = 30000

v = 30000/95

v = 315cm3

*Hanya menggunakan 310cm3

6. Sukat 310ml ethanol dengan menggunakan penyukat

silinder.Tuangkan ethanol ke dalam balang kecil

bertutup.

7. Sukat 90ml air suling dengan menggunakan penyukat

silinder. Tuangkan air suling ke dalam balang kecil

bertutup.

8. Keluarkan ikan yang sudah mati dari plastik. Cuci ikan

dengan menggunakan air paip sehingga bersih.

Letakkan ikan di dalam balang kecil bertutup secara

menegak.

9. Gunakan rod kaca untuk memperbetulkan kedudukan

ikan.Letakkan nama spesimen pada ruangan yang

boleh dilihat pada balang. Pengawetan spesimen ikan

puyu(Anabas testudineus) selesai.

Page 7: LAPORAN SAINS
Page 8: LAPORAN SAINS

B. Spesimen pengawetan kering

Aktiviti : Pengawetan kering –

Bahan dan radas : Spesimen (bunga tapak dara – catharanthus roseus), gunting,

jarum, benang, pembaris, selotep, kad manila hijau, sarung

tangan

Prosedur : 1. Sediakan radas yang ingin digunakan untuk mengambil

spesimen seperti gunting dan sarung tangan

2. Kenalpasti spesimen yang ingin diawet.

3. Gunting spesimen mengikut saiz bersesuaian.

4. Semasa menggunting spesimen, beberapa kriteria

perlu diambil kira agar spesimen tidak rosak.

Antaranya:

1. Gunting dengan berhati-hati dengan tidak

merosakkan bunga.

2. Spesimen mungkin meliputi beberapa keratan

contohnya, batang, daun dan bunga ataupun

akar, batang, daun dan bunga.

3. Pastikan spesimen tidak basah semasa

memetik atau mengguntingnya agar spesimen

tidak rosak atau berkulat semasa penggeringan.

4. Jangan biarkan spesimen terlalu lama dibiarkan

selepas digunting kerana ianya akan cepat layu.

Page 9: LAPORAN SAINS

5. Sediakan kertas lukisan untuk menekan spesimen.

6. Sebelum menekan spesimen di antara kertas lukisan,

beberapa langkah yang perlu diambil kira. Antaranya:

1. Pastikan semula spesimen tidak basah dan

tidak rosak.

2. Kenalpasti daun yang ingin dipotong sekiranya

bilangan daun pada spesimen itu terlalu

banyak.

3. Potong daun tersebut dengan menggunakan

gunting dan tinggalkan beberapa keping daun

untuk diawet.

4. Ini bertujuan agar daun mudah kering dan

diawet.

7. Letakkan spesimen di antara kertas lukisan sebelum

menekannya.

8. Semasa meletak spesimen ini pastikan beberapa

bahagian ada yang menunjukkan bahagian depan dan

luar. Sekiranya perlu dapatkan bantuan rakan untuk

membantu anda untuk menyusunnya agar bahagian-

bahagian tadi tidak rosak selepas proses pengawetan

selesai.

9. Letakkan spesimen ini pada permukaan rata iaitu pada

Page 10: LAPORAN SAINS

laci almari dan diletakkan dengan pemberat seperti

buku tebal secara bertingkat.

10. Biarkan spesimen itu ditekan selama seminggu

ataupun sehingga ianya kering.Perhatikan perubahan

spesimen pada hari ketiga ataupun hari keempat

kerana dikhuatiri spesimen akan rosak. Sekiranya tidak

rosak dan belum kering, biarkan spesimen itu ditekan

untuk beberapa hari lagi. Perhatikan perubahan

spesimen pada hari keenam atau hari ketujuh.

Sekiranya spesimen sudah kering, proses memajang

akan diteruskan.

11. Susun spesimen yang kering tadi pada kertas lukisan

yang berukuran B4.Sebelum mengikat spesimen,

sediakan bingkai dengan menggunakan kad manila

berwarna hijau.Ikat spesimen dengan benang dan

dilekatkan dengan gam. Labelkan spesimen sebelum di

lapik.

12. Pengawetan spesimen kering selesai.