Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

12
LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA SG BULOH, SELANGOR 1. Pendahuluan Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi negara kita. Hari kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya. Begitu juga dengan sekolah ini, mempunyai agenda tersendiri bagi menyambut hari kemerdekaan ini. Sepatutnya sambutan bulan kemerdekaan ini adalah di bawah kendalian unit kokurikulum, namun bagi memenuhi syarat pengajian PGSR, saya selaku Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik sekolah ini dengan rela hati mengambil alih tugas pengurusan dan pengendalian sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini sebagai satu Projek Intenship yang perlu saya laksanakan. Tempoh perlaksanaan bulan kemerdekaan ini adalah selama 1 bulan;

description

Laporan sambutan bulan kemerdekaan

Transcript of Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

Page 1: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA

SG BULOH, SELANGOR

1. Pendahuluan

Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi negara kita. Hari

kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan

kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang

perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai

acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti

mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan,

kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar

generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan

menghayati kebaikannya. Begitu juga dengan sekolah ini, mempunyai agenda tersendiri

bagi menyambut hari kemerdekaan ini.

Sepatutnya sambutan bulan kemerdekaan ini adalah di bawah kendalian

unit kokurikulum, namun bagi memenuhi syarat pengajian PGSR, saya selaku

Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik sekolah ini dengan rela hati mengambil

alih tugas pengurusan dan pengendalian sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini

sebagai satu Projek Intenship yang perlu saya laksanakan. Tempoh perlaksanaan

bulan kemerdekaan ini adalah selama 1 bulan; bermula 3 September 2012 hingga 21

September 2012. Namun perancangannya telah bermula sejak bulan Julai lagi.

Sepertimana kebiasaannya, Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat

sekolah diadakan selama 2 bulan bermula bulan Ogos sehingga bulan September.

Namun begitu bagi memenuhi syarat pengajian PGSR semester 8 ini, saya telah

memohon kebenaran daripada Guru Besar untuk melaksanakan Program Sambutan

Kemerdekaan pada bulan September dan tempoh pelaksanaannya hanya sebulan

sahaja.

Page 2: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

Dalam penulisan laporan ini, ia merangkumi proses perancangan, pelaksanaan,

penilaian dan refleksi.

2. Perancangan

Pada peringkat perancangan ini, saya telah mengadakan 2 kali

mesyuarat. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 3 September 2012. (Sila lihat

lampiran – Minit Curai 1). Mesyuarat ini dihadiri oleh Jawatankuasa Unit Pentadbiran

dan Kurikulum sahaja. Di antara tujuan mesyuarat pertama ini adalah untuk membuat

perancangan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 55 Tahun Peringkat Sekolah

2012. Dalam mesyuarat ini kami membincangkan tentang tarikh pelaksanaan dan

pengisian program tersebut.

Mesyuarat ke 2 pula dijalankan pada 5 September 2012. (Sila lihat

lampiran – Minit Curai 2). Mesyuarat ke 2 ini telah dihadiri oleh semua guru. Turut hadir

En. Mohamad Nasir b. Mohd. Noor selaku Guru Besar merangkap Pengerusi Sambutan

Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2012. Dalam mesyuarat kali ini banyak perkara

telah diputuskankan. Di antaranya ialah :

a) Tarikh Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah ditetapkan pada

3 Ogos 2012.

b) Menentukan acara dan aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan bulan

kemerdekaan.

c) Melantik Jawatankuasa Pelaksana sambutan bulan kemerdekaan.

d) Meminta supaya setiausaha menyediakan kertas kerja.

e) Menentukan bahan dan peralatan yang diperlukan.

f) Mengenalpasti kos perbelanjaan yang diperlukan.

Saya selaku penyelaras program meminta kerjasama semua guru agar dapat

menjayakan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Di samping itu

Page 3: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

juga saya mengingatkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik dapat

menjalakan tugas dan tanggungjawab mengikut perancangan.

3. Pelaksanaan

Dalam peringkat pelaksanaan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

a) Majlis Pelancaran

b) Pengisian Program

c) Sambutan Merdeka Raya

d) Majlis Penutupan

3.1 Majlis Pelancaran

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 55

peringkat sekolah telah diadakan pada 7 September 2012 (Jumaat). Ia

dijalankan mengikut sesi; Sesi Pagi dan Sesi Petang. Aturcara Majlis

Pelancaran adalah seperti berikut :

MASA (Pagi) MASA (Petang) PERKARA

7.40 pg 2.20 ptgBacaan Yasin dan doa (pagi)Bacaan doa (petang)

8.00 pg 2.30 ptg

Upacara menaikkan Jalur Gemilang- Nyanyian lagu Negaraku- Nyanyian lagu negeri Selangor- Nyanyian lagu patriotik

8.15 pg 2.45 ptg

Ucapan pelancaran oleh :- En. Mohamad Nasir bin Mohd Noor

( Guru Besar )- Pn. Muzi Hariani binti Jumari

( PK Petang )

Page 4: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

8.30 pg 3.00 ptg

Ucapan guru bertemakan kemerdekaan- En. Abdul Rahman bin Abdul Karim

( pagi )- En. Nor Faizal bin Aziz ( petang )

8.40 pg 3.10 ptg Simbolik penyerahan bendera

8.45 pg 3.15 ptg Persembahan murid

8.50 pg 3.20 ptgBersurai (murid masuk ke kelas masing-masing)

3.2 Pengisian Program

Banyak aktiviti dan acara yang dipertandingkan sepanjang

sambutan bulan kemerdekaan. Ia telah disusun dan dijalankan mengikut

jadual yang telah ditetapkan. Segala aktiviti yang dirancang telah dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Ini semua adalah hasil daripada kerjasama

dan penglibatan aktif daripada guru-guru dan murid-murid. Di antara aktiviti-

aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

Aliran Waktu Aktiviti Tindakan

Tahun 1

11/9/2012

20/9/2012

1) Mewarna bendera @ logo 1 Malaysia

2) Pakaian tradisional kaum Malaysia

Pn. Hamidah

Cik Nurulhudha

Tahun 2

11/9/2012

18/9/2012

20/9/2012

1) Membina mini Jalur Gemilang

2) Melafazkan pantun 4 kerat

3) Pakaian tradisional kaum Malaysia

Pn. Nur Hakimah

Pn. Tg. Zaimilah

Cik Alawiyah

Page 5: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

Tahun 3

11/9/2012

18/9/2012

20/9/2012

1) Teka silangkata

2) Melafazkan pantun 4 kerat

3) Pakaian tradisional kaum Malaysia

Pn. Liana Sharkawi

Pn. Hanisah

Cik Umamageswary

Tahun 4

11/9/2012

18/9/2012

17/9/2012

1) Membuat poster merdeka

2) Mendeklamasikan sajak

3) Nyanyian lagu patriotik

Pn. Hasnita

Pn. Muna

Pn. Rozita

Tahun 5

11/9/2012

18/9/2012

17/9/2012

1) Melukis bunga kebangsaan(bunga raya)

2) Mendeklamasikan sajak

3) Nyanyian lagu patriotik

Pn. Norliana Sentat

Pn. Tuan Hazlin

Pn. Maizatulakmar

Tahun 6 7/9/2012Hingga

21/9/2012Folio Merdeka

Pn. RazitaPn. Aspalela

Prasekolah 19/9/201220/9/201221/9/2012

1) Nyanyian patriotik2) Tulisan cantik3) Pakaian tradisional

Pn. Shamsul Bariah

Pendidikan Khas

19/9/2012 Mewarna Logo 1 Malaysia Pn. Khamlizah

Tahap 2(Thn 4,5,6)

20/9/12

20/9/12

1) Jalur Gemilang (cap tapak tangan)

2) Menghias Basikal Patriotik

Pn. Tuan Hazlin(PG)Pn. Fatihatun Najah (PTG) & semua guru KT,PSK,PSV

Pn. RozailiPn. Liana Ishak

17/9/2012 PAGI

Page 6: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

Terbuka (Isnin selepas perhimpunan)

1) Kuiz Spontan Cik NorazlinPn. Norrita

PETANGPn. Siti NazuraPn. Kartina Wati

3.3 Sambutan Merdeka Raya

Sambutan Merdeka Raya merupakan sambutan Hari Raya

peringkat sekolah. Disebabkan ia disambut di dalam bulan kemerdekaan,

maka ia disebut sebagai Merdeka Raya. Sambutan ini dijalankan pada 14

September 2012 (Jumaat). Sambutan Merdeka Raya dijalankan secara

berasingan mengikut sesi. Kebanyakkan aktiviti dijalankan mengikut sesi

kerana bilangan pelajar terlalu ramai. Kiranya ia dijalankan secara serentak,

dikuatiri akan menimbulkan suasana kurang selesa dan di luar kawalan.

Namun begitu program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa,

Murid-murid berasa gembira dengan memakai baju raya dan membawa

kuih raya masing-masing. Di antara aturcara program adalah seperti

berikut:

i) Sesi Pagi :7.30 – 8.00 : Pertandingan basikal berhias (Tahun 5 & 6)8.00 – 10.00 : Jamuan raya murid di kelas 10.00 – 10.30 : Rehat10.30 – 11.00 : Jamuan raya guru di Bilik Seni11.0 – 12.00 : Pertandingan pakaian beragam (Tahun 1)

12.05 : Murid-murid bersurai

ii) Sesi Petang :2.30 – 3.30 : Jamuan raya guru dan murid di kelas3.30 – 4.00 : Rehat4.00 – 6.00 : Pertandingan pakaian beragam (Tahun 2 & 3)6.00 – 6.30 : Nyanyian lagu patriotik 

Page 7: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

3.4 Majlis Penutupan

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini

telah diadakan pada 22 September 2012 (Jumaat). Ia dijalankan secara

serentak untuk kedua-dua sesi di dalam Dewan Terbuka Ultras, SK Seri

Pristana. Sejak jam 7.00 pagi, kelihatan murid-murid telah mula berkumpul di

dalam dewan ini. Tepat jam 8.00 pagi majlis penutupan dimulakan. Acara

dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan

Patriotik. Seterusnya diikuti dengan bacaan ikrar dan bacaan doa oleh Tn. Hj.

Ruzaidi b. Sidek.

En. Mohamad Nasir b.Mohd. Noor, selaku Guru Besar merangkap

Pengerusi Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 55, Peringkat SK Seri Pristana,

telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya

merasmikan penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.

Dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang kepentingan kita mengingati

jasa-jasa orang-orang terdahulu bagi menuntut kemerdekaan. Kita

sepatutnya bersyukur dapat hidup bebas, aman, dan tenteram tanpa

peperangan. Beliau mengingatkan semua murid agar belajar bersungguh-

sungguh, berjiwa kental serta sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga

maruah negara agar tidak dijajah lagi.

Di antara aturcara majlis penutupan adalah seperti berikut :

7.20 – 7.50 : Murid dan guru berkumpul di dataran perhimpunan

Guru mengambil kehadiran murid

7.50 – 8.00 : Bacaan doa

8.00 – 8.15 : Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, sekolah dan

patriotik

8.15 – 8.20 : Bacaan ikrar

8.20 – 8.30 : Ucapan Guru Besar (perasmian penutup Bulan

Kemerdekaan)

Page 8: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

8.30 – 8.50 : Penyampaian hadiah untuk Pra sekolah, Pendidikan Khas

dan Tahun 1

8.50 – 9.10 : Rehat Pra sekolah, Pendidikan Khas dan Tahun 1

Penyampaian hadiah untuk Tahun 2 dan 3

9.10 – 9.30 : Rehat Tahun 2 & 3

Penyampaian hadiah untuk Tahun 4, 5 dan 6.

9.30 – 9.50 : Rehat Tahun 4, 5 & 6

Persembahan 5 pemenang pakaian beragam untuk murid

Pra sekolah, Tahun 1, 2 dan 3.

9.50 – 10.20 : Persembahan johan dan naib johan pertandingan koir

merdeka Tahun 4 dan 5.

10.20 – 10.30 : Persembahan johan dan naib johan pertandingan pantun

Tahun 2 dan 3.

10.30 – 10.45 : Persembahan johan dan naib johan pertandingan deklamasi

sajak Tahun 4 dan 5

10.45 – 11.00 : Acara memotong kek Anak Merdeka dan Anak Malaysia

11.00 – 11.15 : Persembahan sketsa merdeka

11.15 – 11.30 : Peragaan fesyen merdeka oleh guru-guru

Penyampaian hadiah untuk Raja dan Permaisuri Merdeka

11.30 – 11.45 : Nyanyian lagu-lagu patriotik

11.45 – 12.00 : Laungan merdeka

12.05 : Bersurai

4. Penilaian

Pada keseluruhannya Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke 55

Peringkat SK Seri Pristana telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan.

Semua pihak termasuk Guru Besar, guru-guru, murid-murid dan seluruh warga SK

Seri Pristana sangat berpuas hati dengan sambutan tersebut. Tiada sebarang

masalah besar yang timbul sepanjang sambutan bulan kemerdekaan tersebut.

Setiap acara yang dipertandingkan telah dapat diadili seadil-adilnya oleh hakim-

Page 9: Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan

hakim yang telah dilantik. Semua keputusan hakim adalah muktamak. Senarai

penuh pemenang ada disertakan di bahagian lampiran.

5. Kesimpulan

Langkah pihak sekolah mengadakan Program Sambutan Bulan

Kemerdekaan Ke-55 merupakan satu langkah amat positif dan perlu ke arah

mewujudkan situasi kemerdekaan di samping mendedahkan para pelajar tentang

bagaimana sepatutnya kemerdekaan negara kita diraikan.

Kemerdekaan yang telah dikecapi oleh kita selama 55 tahun bukanlah

datang secara percuma. Pengorbanan, semangat kental dan iltizam mereka yang

terdahulu dan atas titik tolak perundingan yang telah diketuai oleh Tunku Abdul

Rahman, untuk membebaskan tanah air kita daripada belenggu penjajahan selama

lebih 4 abad menjadi pencetus dan pemangkin kepada kemerdekaan ini.

Semoga segala aktiviti dan acara yang dijalankan diharapkan dapat

menyemarakkan lagi rasa kecintaan dan apresiasi kita kepada negara yang tercinta.

Ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan

program ini.

Sekian terima kasih.