Laporan Sambutan Maulidur Rasul ( contoh ).doc

3
LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH Tarikh : 10 Februari 2011 (Jumaat) Masa : 7.45 Pagi Tempat : Dewan Al Ansar SK Keratong 10 Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah bagi tahun 2012M/1433H yang bertemakan "PERSEFAHAMAN TERAS PERPADUAN UMMAH" telah diadakan pada 10 Februari 2012 bertempat di Dewan Al Ansar SK Keratong 10.Sambutan ini dianjurkan oleh Unit Bina Insan dengan kerjasama Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Keratong 10. Ianya melibatkan semua warga sekolah iaitu murid pra sekolah hingga tahun enam serta semua kakitangan guru dan bukan guru. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan sesi perhimpunan guru dan murid bagi menerangkan perjalanan aktiviti pada hari itu.Pada pukul 7.45 pagi guru Penyelaras Perarakan telah memberi taklimat tentang laluan perarakan,susunan murid dan keselamatan semasa perarakan.Tepat pukul 8.00 pagi perarakan telah bermula dengan diketuai oleh Ustaz Khairul Sham.Sepanjang perarakan Pasukan Rela Keratong 10 telah memberi kerjasama dengan mengawal lalu lintas.Setelah menghabiskan laluan perarakan sejauh 3.2 kilometer semua peserta berkumpul semula di Dewan Al Ansar untuk acara seterusnya

Transcript of Laporan Sambutan Maulidur Rasul ( contoh ).doc

Laporan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tarikh : 10 Februari 2011 (Jumaat) Masa : 7.45 PagiTempat : Dewan Al Ansar SK Keratong 10

Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah bagi tahun 2012M/1433Hyang bertemakan "PERSEFAHAMAN TERAS PERPADUAN UMMAH" telah diadakan pada 10 Februari 2012 bertempat di Dewan Al Ansar SK Keratong 10.Sambutan ini dianjurkan oleh Unit Bina Insan dengan kerjasama Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Keratong 10. Ianya melibatkan semua warga sekolah iaitu murid pra sekolah hingga tahun enam serta semua kakitangan guru dan bukan guru. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan sesi perhimpunan guru dan murid bagi menerangkan perjalanan aktiviti pada hari itu.Pada pukul 7.45 pagi guru Penyelaras Perarakan telah memberi taklimat tentang laluan perarakan,susunan murid dan keselamatan semasa perarakan.Tepat pukul 8.00 pagi perarakan telah bermula dengan diketuai oleh Ustaz Khairul Sham.Sepanjang perarakan Pasukan Rela Keratong 10 telah memberi kerjasama dengan mengawal lalu lintas.Setelah menghabiskan laluan perarakan sejauh 3.2 kilometer semua peserta berkumpul semula di Dewan Al Ansar untuk acara seterusnyaMajlis sambutan diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohammad Shauki Bin Isa. Beliau merupakan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama Islam Muadzam Shah,Pahang.Beliau menyampaikan ceramah berkaitan sifat-sifat Mahmudah Rasulullah SAW yang patut dicontohi dan diteladani oleh semua murid. Ceramah yang bermula pada jam 9.15 pagi itu telah diakhiri tepat pada jam 10.30 pagi.

Sebaik sahaja ceramah selesai, semua murid telah dibenarkan untuk makan dan minum di kantin sekolah.Majlis bersambung semula pada pukul 11.00 pagi dengan persembahan murid dan kuiz. Aktiviti persembahan murid telah dikelolakan oleh Puan Kamnisah Bt Abd. Aziz.Sementara bagi kuiz di kelolakan oleh Ustazah Julianah dan Ustazah Zumiroh.Semua soalan kuiz diambil dari ceramah yang telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan tadi. Seterusnya majlis diambil alih oleh Encik Ustazah Kamisah Bt. Abd.Wahid yang telah memberi nasihat dan peringatan di atas kelemahan dan sikap buruk segelintir murid. Beliau menegaskan supaya para pelajar mencontohi sifat Rasulullah SAW yang baik lagi terpuji di dalam mencapai kesejahteraan, kejayaan dan kecemerlangan diri di dunia juga akhirat. Tepat pukul 12.15 Tengahari murid-murid telah dibenarkan pulang ke rumah.

Untuk sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini telah mencapai objektif yang ditetapkan,hasil kerjasama guru-guru,murid,warga sekolah dan masyarakat setempat.Laporan disediakan oleh :

...( Amaludin B. Abdullah ) Ketua Panitia Pendidikan Islam

SK Keratong 10