LAPORAN SIPTB

download LAPORAN SIPTB

of 7

description

doc

Transcript of LAPORAN SIPTB

  • LAPORAN AKTIVITI

    FORUM SHOULD I PRESS THE BUTTON?

    1 APRIL 2015, KOLEJ MELATI UITM SHAH ALAM

    1.0 PENGENALAN

    Program forum Should I Press The Button? memberi pendedahan

    kepada mahasiswa khususnya warga melati untuk menggunakan media

    sosial seperti Facebook,Twitter,Instagram dan sebagainya dengan cara

    yang betul.Selain itu,program ini dilaksanakan bagi menyemai nilai-nilai

    murni dalam diri seseorang mahasiswa dalam penggunaan media

    sosial.Program ini juga memberi impak yang positif dalam kalangan

    mahasiswa dengan cara melahirkan warga melati yang berdisiplin dan

    prihatin terhadap isu- isu semasa yang sedang berlaku di sekeliling

    mereka.

    2.0 LATAR BELAKANG

    Tarikh : 1 Aprl 2015

    Tempat: Dewan Serbaguna Kolej Melati

    Masa : 8.00 pm- 11.00 pm

    Bajet : RM 3730.00

    Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memberi

    pendedahan kepada mahasiswa tentang kepentingan,cabaran, dan

    penyalahgunaan media sosial pada masa kini.Selain itu program ini

    bertujuan memupuk dan meningkatkan nilai-nilai murni dalam diri

    mahasiswa. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan warga Melati

  • yang peka dan prihatin terhadap isu-isu semasa yang melibatkan media

    sosial.

    2.1 KAEDAH PELAKSANAAN

    Membentuk jawtankuasa bagi melaksanakan aktiviti

    Menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak yang terlibat dalam

    program ini

    Makluman dan poster akan ditampal dan dihantar kepada setiap

    blok dan setiap aras sebelum tarikh aktiviti yang dilangsungkan

    Borang kaji selidik diagihkan kepada pelajar yang menghadiri

    program yang dijalankan

    Kupon diberikan kepada mereka yang terlibat dalam program

    tersebut

    2.2 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

    PENAUNG : EN. MUHAMED FAEIZ BIN HJ ALWEE

    PENASIHAT PROGRAM : ENCIK MOHD. SHAHRIL BIN RUSMAN

    PENGARAH PROGRAM : NURAMALINA EZRINA BINTI DZULKIFLI

    PEN. PENGARAH PROGRAM : NUR SALSABILA BINTI SELAMAT

    SETIAUSAHA : NURTASHA ATIKAH BINTI JAAFAR

    BIRO TEKNIKAL : AYU SHAHIRA BINTI ZAILI

    BIROJEMPUTAN/MODERATOR: NARZILA HAIRIN BINTI MOHD. NAZERI

    BIRO PUBLISITI : NOR ATIQAH BINTI ABDUL

    BIRO MAKANAN : SITI NABILAH BINTI ABDUL BASIR

    BIRO PROGRAM :NURUL SUHADA BINTI ZAHARI

  • 3.0 HURAIAN PENILAIAN

    3.1 TAHAP KOMPETENSI KEMAHIRAN INSANIAH (KI) PELAJAR UITM

    (pelajar dan jawatankuasa)

    Kajian berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada 200

    daripada 1138

    Rajah 3.1 menunjukkan peratusan tahap kompetensi kemahiran insaniah (KI)

    dalam kalangan pelajar UiTM

    Rajah 3.1

    Berdasarkan Rajah 3.1, 200 orang daripada 1138 pelajar yang hadir,53

    peratus mengatakan mereka berada di tahap yang baik dalam mengenal

    pasti masalah dalam forum Should I Press The Button? ini.Seterusnya,

    kebanyakkannya juga berada di tahap yang baik dalam mengamalkan

    kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas yang

    baik.Disamping itu juga, separuh daripada pelajar juga berkebolehan

    0102030405060708090

    100

    PEM

    IKIR

    AN

    KR

    ITIS

    &K

    EMA

    HIR

    AN

    MEN

    YELESAIKAN

    KEM

    AH

    IRA

    N K

    OM

    UN

    IKA

    SI

    KEM

    AH

    IRA

    N K

    ERJA

    BER

    PA

    SUK

    AN

    ETIK

    A &

    MO

    RA

    LP

    RO

    FESI

    ON

    AL

    PEM

    BEL

    AJA

    RA

    NB

    ERT

    ERU

    SAN

    &PEN

    GURUSA

    N

    KEM

    AH

    IRA

    NK

    EUSA

    HA

    WA

    NA

    N

    KEM

    AH

    IRA

    N K

    EPIM

    PIN

    AN

    KI1 % KI2 % KI3 % KI4 % KI5 % KI6 % KI7 %

    0 0 0 0 0

    100

    0 0 7

    0 0 0 0 0

    47

    20 20

    50

    20

    0

    27

    53

    73 80

    40

    80

    0

    67

    0 0 0 10

    0 0 7 Strongly Disagree

    Disagree

    Neither

    Agree

    Strongly Agree

  • menganalisis serta membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah

    berkaitan etika.Selain itu,jawatankuasa yeng terdiri daripada pelajar juga

    berada di tahap yang baik dalam memimpin program ini.Kesimpulannya,

    semua pelajar dan jawatankuasa berada dalam tahap yang baik dengan

    menyertai program ini.

    3.2 PENILAIAN PELAKSANAAN AKTIVITI (pelajar sahaja)

    Kajian berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada 200

    daripada 1138

    Rajah 3.2 menunjukkan peratusan penilaian pelaksanaan aktiviti dalam

    kalangan pelajar

    Rajah 3.2

    0.005.00

    10.0015.0020.0025.0030.0035.0040.0045.0050.00

    PEN

    GIS

    IAN

    PR

    OG

    RA

    M

    PER

    SEM

    BA

    HA

    N M

    ULT

    IMED

    IA

    LOK

    ASI

    PR

    OG

    RA

    M

    ATU

    RC

    AR

    A D

    AN

    PEN

    GEN

    DA

    LIA

    NP

    RO

    GR

    AM

    MU

    TU M

    AK

    AN

    AN

    DA

    N A

    KTI

    VIT

    I

    KES

    ELU

    RU

    HA

    N M

    UTU

    AK

    TIV

    ITI

    PL1 PL2 PL3 PL4 PL5 PL6

    Strongly Disagree

    Disagree

    Neither

    Agree

    Strongly Agree

  • Berdasarkan rajah 3.2, 43 peratus sangat bersetuju dengan pengisian

    program forum Should I Press The Button?.Seterusnya, hampir 10 peratus

    daripada pelajar tidak bersetuju dengan persembahan multimedia dengan

    mengatakan perkara tersebut hanya berada di tahap memuaskan.Di

    samping itu,lokasi program dikatakan berada di tahap yang sangat baik

    oleh pelajar.Daripada aspek mutu makanan dan aktiviti

    pula,kebanyakannya sangat bersetuju dan mengatakkan mutu tersebut

    berada di tahap yang sangat baik.Secara keseluruhannya,mutu program

    berada dia tahap yang baik iaitu sangat berkesan dan sangat selesa.

    4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

    BIL OBJEKTIF PENCAPAIAN

    1 Memberi pendedahan kepada

    mahasiswa UiTm tentang

    informasi-informasi terkini

    berkenaan penggunaan media

    sosial dalam kehidupan seharian

    Para pelajar mendapat

    pendedahan yang luas tentang

    informasi-informasi terkini

    berkenaan penggunaan media

    sosial

    2 Melahirkan mahasiswa-mahasiswa

    yang prihatin terhadap isu- isu

    semasa terutamanya melibatkan

    media sosial dan digital

    Para pelajar lebih peka

    terhadap isu-isu semasa

    terutamanya melibatkan media

    sosial dan digital

    3 Meningkatkan dan memupuk

    sikap toleransi dan bertolak ansur

    dalam pembentukan nilai murni

    dalam kalangan mahasiswa

    Para pelajar diberi kesedaran

    tentang betapa pentingnya

    sikap toleransi dan bertolak

    ansur dalam pembentukan nilai

    murni dalam kalangan

    mahasiswa

    4 Memperkasakan jati diri dalam diri

    mahasiswa UiTM

    Para pelajar diberi kesedaran

    dalam meningkatkan jati diri

    dalam diri mereka

  • 5 Memberi pendedahan dan tips

    kepada mahasiswa UiTM tentang

    betapa pentingnya perkongsian

    informasi-informasi yang betul

    setiap kali menggunakan media

    sosial

    Para pelajar diberi pendedahan

    dan tips tentang pentingnya

    berkongsi maklumat yang betul

    setiap kali menggunakan media

    sosial

    5.0 KEMAJUAN DAN PEMASALAHAN

    Kemajuan dalam program ini sangatlah baik memandangkan para

    pelajar yang hadir sangat ramai serta komitmen yang diberikan sangat

    memberangsangkan.Namun begitu,terdapat juga masalah yang timbul

    seperti cara pembahagian kupon yang sistematik serta masalah

    pembesar suara yang tidak diletakkan di bahagian belakang dewan.Hal

    ini telah menyumbang kepada kurang jelasnya apa yang ingin

    disampaikan panel terhadap pelajar khususnya pelajar yang duduk di

    bahagian belakang dewan.Masalah dalam cara pembahagian kupon

    pula timbul disebabkan hanya dua pintu dewan sahaja yang dibuka

    menyebabkan pelajar berpusu-pusu dan terarah untuk keluar dengan

    menggunakan pintu dewan yang sama.

    6.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

    Program telah menerima pelbagai cadangan daripada pelbagai

    pihak terutamanya jawatankuasa sendiri.Kami menyambut baik dengan

    cadangan yang dikemukakan dan akan berusaha sedaya upaya untuk

    mengubahnya dia masa hadapan.

    Antara cadangan yang bernas diutarakan ialah meletakkan lebih

    banyak pembesar suara khususnya di belakang agar pelajar dapat

  • mendengar dengan jelas apa yang ingin di sampaikan oleh

    panel.Secara tidak langsung perkara ini juga dapat mengurangkan

    pelajar membuat bising sepanjang program dijalankan.

    Selain itu, untuk pembahagian kupon, cara yang paling sistematik

    dan efisien adalah dengan membuka pintu dewan serta menyuruh

    pelajar beratur untuk mengambil kupon tersebut daripada jawatankuasa

    yang menunggu di setiap pintu dewan. Seterusnya, pelajar yang lewat

    hadir ke program juga diberi kemudahan untuk mengambil kupon dan

    masok ke dewan dengan mengira sebab yang munasabah mereka

    datang lewat ke program dan sebagainya.

    Disamping itu juga, penambahbaikan yang perlu ada ialah

    pemberiaan makanan kepada semua pelajar yang hadir serta mutu

    makanan yang paling terbaik untuk tetamu-tetamu jemputan.

    Dengan ini kami berbesar hati untuk mengemukakan cadangan yang

    bernas kepada pihak atasan agar program yang akan datang lebih

    sistematik,efisien dan mendapat kepuasan hati semua pihak.

    7.0 LAPORAN KEWANGAN