Laporan Sukan Tahunan Kali Ke37

3
LAPORAN SUKAN TAHUNAN KALI KE- 37 SJK(T) LADANG SEREMBAN TARIKH : 30 MEI 2015 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI TEMPAT: PADANG SJKT LDG SEREMBAN PERASMI : EN. J.KATHIRAWAN, PEGAWAI FASILINUS BAHASA INGGERIS PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN SJK Tamil Ladang Seremban telah menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah kali ke 37 dengan jayanya pada 30.05.2015 bersamaan hari Sabtu di padang sekolah. Sukan kali ini dihadiri oleh Pegawai Pelajaran, Penolong Pengarah Bahagian Buku Teks Para guru, Para AJK PIBG Sekolah, Bekas murid, ibu bapa dan murid dalam anggaran 300 orang. Acara Sukantara telah dikelolakan pada 27.05.2015 (Rabu), di padang sekolah. Antara acara-acara Sukantara yang dipertandingkan ialah, Acara Kumpulan Tahun 1 hingga Tahun 5 lelaki dan perempuan, Acara Tadika yang melibatkan 60 orang murid, acara lontar peluru dan acara lompat jauh. Pegawai sukan untuk sukantara terdiri daripada ahili-ahli PIBG. Pada masa yang sama latihan sukan telah diadakan bermula hari isnin (25.05.2015) sehingga hari Jumaat bermula 7.30 pagi sehingga 10.00 pagi. Guru-guru amat bersemangat dalam menjalankan tugas yang diamanahkan serta menyediakan pasukan rumah mereka.

description

contoh laporan sukan

Transcript of Laporan Sukan Tahunan Kali Ke37

Page 1: Laporan Sukan Tahunan Kali Ke37

LAPORAN SUKAN TAHUNAN KALI KE- 37

SJK(T) LADANG SEREMBAN

TARIKH : 30 MEI 2015 (SABTU)

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT: PADANG SJKT LDG SEREMBAN

PERASMI : EN. J.KATHIRAWAN, PEGAWAI FASILINUS BAHASA INGGERIS

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN

SJK Tamil Ladang Seremban telah menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah kali ke 37

dengan jayanya pada 30.05.2015 bersamaan hari Sabtu di padang sekolah. Sukan kali ini

dihadiri oleh Pegawai Pelajaran, Penolong Pengarah Bahagian Buku Teks Para guru, Para AJK

PIBG Sekolah, Bekas murid, ibu bapa dan murid dalam anggaran 300 orang.

Acara Sukantara telah dikelolakan pada 27.05.2015 (Rabu), di padang sekolah. Antara

acara-acara Sukantara yang dipertandingkan ialah, Acara Kumpulan Tahun 1 hingga Tahun 5

lelaki dan perempuan, Acara Tadika yang melibatkan 60 orang murid, acara lontar peluru dan

acara lompat jauh. Pegawai sukan untuk sukantara terdiri daripada ahili-ahli PIBG.

Pada masa yang sama latihan sukan telah diadakan bermula hari isnin (25.05.2015)

sehingga hari Jumaat bermula 7.30 pagi sehingga 10.00 pagi. Guru-guru amat bersemangat

dalam menjalankan tugas yang diamanahkan serta menyediakan pasukan rumah mereka.

Rumah-rumah bagi sukan kali ini ialah, Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Hijau dan Rumah

Kuning. En. M. Rajandaran telah melatih murid untuk perbarisan. Adik G. Deepen, Tahun 6 telah

mengetuai pasukan perbarisan.

Pada hari Jumaat (29.05.2015), raptai sukan telah diadakan. Berikutan itu, persiapan

padang, hadiah, dan makanan telah diadakan. Hadiah bagi acara-acara sukantara tersebut telah

disampaikan pada hari berkenaan tepat pada pukul 12.00 tengah hari. Hadiah telah

disampaikan oleh Guru-guru sekolah dan Ahli PIBG yang sempat hadir.

Page 2: Laporan Sukan Tahunan Kali Ke37

Pada hari Sukan, murid dan guru telah berkumpul di khemah rumah sukan yang

disediakan untuk perbarisan. Hakim Sukan yang terdiri daripada En. M. Bargavan (Ketua Hakim),

En.P. Arumugam (Ketua Pelepas), En. B. Muresh dan En. T. Kanagarajan (Hakim Penamat) telah

memulakan tugas mereka tepat pukul 8.00 pagi. Tugas mereka bermula dengan memberi markah

kepada pasukan perbarisan. Penghormatan perbarisan telah diterima oleh, En.J.Kathirawan,

Pegawai Fasilinus Bahasa Inggeris Pejabat Pendidikan Daerah Seremban bersama

En. R.J. Sangaran Guru besar sekolah dan En. Pannir Selvam YDP PIBG. Selepas nyanyian lagu

negaraku, ikrar sukan dilafazkan oleh adik, G. Deepen. Ucapan aluan disampaikan oleh YDP

PIBG diikuti dengan ucapan guru besar. Pegawai PPD Seremban merasmikan majlis dengan

Ucapan beliau. Acara kemuncak Sukan ialah larian obor yang disampaikan kepada pegawai PPD.

Pada pukul 8.30 pagi acara-acara sukan dimulakan. Empat sekolah jemputan iaitu, SJKT

Ladang Senawang, SJKT Ladang Kombok, SJKT Rantau dan SJKT Lorong Jawa telah menghantar

wakil perempuan dan lelaki untuk acara 4x100 meter. Johan bagi kategori Lelaki ialah SJKT

Lorong Jawa. Johan bagi kategori perempuan ialah SJKT Ladang Seremban iaitu Tuan Rumah.

Acara kumpulan, tarik tali telah diadakan untuk murid-murid tahun 6 lelaki dan perempuan.

Acara ini telah menjadi tumpuan para hadirin. Seterusnya ialah acara ibu dan bapa yang telah

dikendalikan oleh ahli-ahli PIBG. Acara terakhir bagi Sukan Tahunan Kali Ke- 37 ialah, acara

untuk guru-guru. Guru-guru telah bertanding mengikut rumah sukan. Namun, pemenangnya

dikira semua.

Pegawai PPD Seremban telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Sukan

tahunan kali ini diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh GPK KoKurikulum. Beliau

merakamkan jutaan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh, Pentadbir Sekolah, Ahli-

ahli PIBG dan Guru-guru sekolah ini.

Laporan disediakan oleh, 3 Jun 2015

En.K.SaravananGPK KoKurikulumSJKT Ldg Seremban