LAPORAN SUKAN TAHUNAN KALI KE- 37
SJK(T) LADANG SEREMBAN
TARIKH : 30 MEI 2015 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT: PADANG SJKT LDG SEREMBAN
PERASMI : EN. J.KATHIRAWAN, PEGAWAI FASILINUS BAHASA INGGERIS
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN
SJK Tamil Ladang Seremban telah menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah kali ke 37
dengan jayanya pada 30.05.2015 bersamaan hari Sabtu di padang sekolah. Sukan kali ini
dihadiri oleh Pegawai Pelajaran, Penolong Pengarah Bahagian Buku Teks Para guru, Para AJK
PIBG Sekolah, Bekas murid, ibu bapa dan murid dalam anggaran 300 orang.
Acara Sukantara telah dikelolakan pada 27.05.2015 (Rabu), di padang sekolah. Antara
acara-acara Sukantara yang dipertandingkan ialah, Acara Kumpulan Tahun 1 hingga Tahun 5
lelaki dan perempuan, Acara Tadika yang melibatkan 60 orang murid, acara lontar peluru dan
acara lompat jauh. Pegawai sukan untuk sukantara terdiri daripada ahili-ahli PIBG.
Pada masa yang sama latihan sukan telah diadakan bermula hari isnin (25.05.2015)
sehingga hari Jumaat bermula 7.30 pagi sehingga 10.00 pagi. Guru-guru amat bersemangat
dalam menjalankan tugas yang diamanahkan serta menyediakan pasukan rumah mereka.
Rumah-rumah bagi sukan kali ini ialah, Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Hijau dan Rumah
Kuning. En. M. Rajandaran telah melatih murid untuk perbarisan. Adik G. Deepen, Tahun 6 telah
mengetuai pasukan perbarisan.
Pada hari Jumaat (29.05.2015), raptai sukan telah diadakan. Berikutan itu, persiapan
padang, hadiah, dan makanan telah diadakan. Hadiah bagi acara-acara sukantara tersebut telah
disampaikan pada hari berkenaan tepat pada pukul 12.00 tengah hari. Hadiah telah
disampaikan oleh Guru-guru sekolah dan Ahli PIBG yang sempat hadir.
Pada hari Sukan, murid dan guru telah berkumpul di khemah rumah sukan yang
disediakan untuk perbarisan. Hakim Sukan yang terdiri daripada En. M. Bargavan (Ketua Hakim),
En.P. Arumugam (Ketua Pelepas), En. B. Muresh dan En. T. Kanagarajan (Hakim Penamat) telah
memulakan tugas mereka tepat pukul 8.00 pagi. Tugas mereka bermula dengan memberi markah
kepada pasukan perbarisan. Penghormatan perbarisan telah diterima oleh, En.J.Kathirawan,
Pegawai Fasilinus Bahasa Inggeris Pejabat Pendidikan Daerah Seremban bersama
En. R.J. Sangaran Guru besar sekolah dan En. Pannir Selvam YDP PIBG. Selepas nyanyian lagu
negaraku, ikrar sukan dilafazkan oleh adik, G. Deepen. Ucapan aluan disampaikan oleh YDP
PIBG diikuti dengan ucapan guru besar. Pegawai PPD Seremban merasmikan majlis dengan
Ucapan beliau. Acara kemuncak Sukan ialah larian obor yang disampaikan kepada pegawai PPD.
Pada pukul 8.30 pagi acara-acara sukan dimulakan. Empat sekolah jemputan iaitu, SJKT
Ladang Senawang, SJKT Ladang Kombok, SJKT Rantau dan SJKT Lorong Jawa telah menghantar
wakil perempuan dan lelaki untuk acara 4x100 meter. Johan bagi kategori Lelaki ialah SJKT
Lorong Jawa. Johan bagi kategori perempuan ialah SJKT Ladang Seremban iaitu Tuan Rumah.
Acara kumpulan, tarik tali telah diadakan untuk murid-murid tahun 6 lelaki dan perempuan.
Acara ini telah menjadi tumpuan para hadirin. Seterusnya ialah acara ibu dan bapa yang telah
dikendalikan oleh ahli-ahli PIBG. Acara terakhir bagi Sukan Tahunan Kali Ke- 37 ialah, acara
untuk guru-guru. Guru-guru telah bertanding mengikut rumah sukan. Namun, pemenangnya
dikira semua.
Pegawai PPD Seremban telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Sukan
tahunan kali ini diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh GPK KoKurikulum. Beliau
merakamkan jutaan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh, Pentadbir Sekolah, Ahli-
ahli PIBG dan Guru-guru sekolah ini.
Laporan disediakan oleh, 3 Jun 2015
En.K.SaravananGPK KoKurikulumSJKT Ldg Seremban