laporan temuramah kaunselor

download laporan temuramah kaunselor

of 12

description

temuramah kaunselor di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Terengganu

Transcript of laporan temuramah kaunselor

PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING (COU 3101)TEMURAMAH KAUNSELOR

NAMA AHLI KUMPULAN MOHAMAD NURULALIMIN BIN MOHD HASARUDIN (UK23354) ROSFARHANI BINTI DAUD ( UK22797) NORSYAZANA BINTI RIDZUAN (UK22303) NORHAYATI BINTI ABDULLAH (UK22800) NAMA PENSYARAH DR. ZAKARIA BIN MOHAMAD

1.

PENGENALAN

Ahli kumpulan kami seramai empat orang iaitu Mohamad NurulAlimin bin Mohd Hasarudin, Rosfarhani binti Daud, Norsyazana binti Ridzuan dan Norhayati binti Abdullah, telah memilih Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak, Kuala Terengganu sebagai tempat untuk mengadakan sesi temuramah. Kami melaksanakan sesi temuramah ini bersama seorang kaunselor di sana iaitu Puan Siti Nur Ain binti Mohd Johari. Kami menemuramah beliau pada hari Isnin, 23 Ogos 2010. Seramai empat orang ahli kumpulan terlibat dengan aktif dalam sesi tersebut. Sesi itu berlansung lebih kurang selama enam puluh minit.

2. BIODATA RINGKAS KAUNSELOR DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) GONG BADAK, KUALA TERENGGANU Nama penuh beliau ialah Siti Nur Ain binti Mohd Johari atau lebih dikenali dengan Puan Ain. Beliau berumur 26 tahun dan berasal dari Kuala Terengganu. Setelah setahun berkhidmat sebagai seorang kaunselor di Institut Latihan Perindustrian ini, beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta. Sebelum ini, beliau mengikuti pengajianya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Kaunseling, selama empat tahun. Ketika beliau menuntut di UIAM, beliau sangat aktif melibatkan diri dengan pelbagai persatuan terutamanya Persatuan Debat Universiti dan sehingga kini beliau menjinakkan diri dengan Persatuan Debat di universiti tersebut sebagai mentor. Beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 2007 dan pada bulan Januari 2008 beliau mula ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak, bertugas sebagai Pegawai Psikologi dan Kaunselor bawah Kementerian Sumber Manusia. Setelah hampir dua tahun bekerja di ILP ini, beliau akan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada 17 September 2010 untuk meneruskan perkhidmatan beliau sebagai kaunselor.

3.

SEJARAH AWAL PERKHIDMATAN KAUNSELING DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) GONG BADAK, KUALA TERENGGANU

Menurut Puan Ain, sejarah awal perkhidmatan kaunseling di institut ini bermula dengan beliau. Hal ini kerana, di Jabatan Tenaga Manusia termasuk Institut Latihan Perindustrian, Unit Bimbingan dan Kaunseling tidak wujud. Menurut beliau lagi, sebelum ini, kaunselor hanya ditempatkan di sesetengah jabatan sahaja seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Institut Pengajian Tinggi (IPT), Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sahaja. Bermula pada tahun 2008, jawatan kaunselor akan ditempatkan di setiap kementerian dan jabatan. Untuk pengetahuan umum, Unit Bimbingan dan Kaunseling masih baru di sini Puan Ain merupakan kaunselor yang pertama di tempatkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak ini. Menurut beliau, sebelum jawatan kaunselor di tempatkan di ILP ini, masalah-masalah pelajar akan dirujuk oleh tenaga pengajar yang akan mengambil alih sebagai tugas kaunselor.

4.

JENIS-JENIS

PERKHIDMATAN

KAUNSELING

YANG

DIJALANKAN

DI

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)

Jenis-jenis perkhidmatan kaunseling yang dijalankan di ILP Gong Badak dapat dibahagikan kepada dua iaitu perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan kaunseling kerjaya.

4.1 Perkhidmatan kaunseling

Puan Ain akan menjalankan sesi kaunseling kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti masalah disiplin, tatatertib dan sebagainya. Menurut beliau, dalam sesi kaunseling, beliau akan mengadakan beberapa ujian personaliti seperti Inventori Personaliti Sidek (IPS) untuk mengenali dengan lebih lanjut latar belakang pelajar seterusnya memandu pelajar agar lebih mengenali dan memahami diri sendiri.

Selain itu, Puan Ain turut mengadakan sesi ceramah motivasi dan kerjaya untuk menaikkan lagi semangat pelajar supaya mereka belajar bersungguh-sungguh dan menginsafi atas kesilapan yang mereka lakukan.

4.2 Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya

Sebagai seorang kaunselor, beliau menitikberat kerjaya pelajar-pelajarnya sama ada sebelum dan selepas tamat pengajian.

4.2.1

Sebelum Tamat Pengajian

Puan Ain akan mengadakan satu sesi kaunseling kerjaya dan pengisiannya adalah seperti memberi tip-tip untuk menghadiri temuduga, cara untuk membuat resume (maklumat diri), mengadakan bengkel-bengkel kerjaya dan sebagainya. Selain itu, Puan Ain juga menguruskan urusan kerjaya pelajar-pelajar dengan memanggil syarikat-syarikat luar yang memerlukan tenaga kerja untuk menemuduga pelajar di ILP. Pendekatan yang dilakukan oleh beliau ini secara langsung dapat menyakinkan pelajarpelajarnya bahawa tidak sia-sia mereka menghabiskan masa belajar di ILP ini.

4.2.2

Selepas Tamat Pengajian

Puan Ain akan mencari peluang-peluang pekerjaan kepada pelajar ILP yang bersesuaian dengan peluang kerjaya di pasaran sekarang. Selain itu, jika terdapat syarikat-syarikat yang meminta pelajar-pelajar lepasan ILP untuk bekerja di syarikat mereka, beliau akan menguruskannya dengan memaklumkan kepada pelajar-pelajar melalui penghantaran surat dan sebagainya. Puan Ain juga akan menghantar namanama pelajar beserta dengan maklumat peribadi kepada syarikat-syarikat berkenaan. Tambahan pula, Puan Ain sentiasa menghabiskan masa kerjanya untuk membantu

pelajar-pelajar mencari peluang-peluang pekerjaan yang baru dengan memaklumkan kepada mereka akan iklan-iklan tawaran kerja kosong.

5.

PENGALAMAN KAUNSELOR DALAM MEMBERIKAN KHIDMAT KAUNSELING Puan Ain masih baru lagi dalam perkhidmatan kaunseling iaitu berusia dua tahun.

Setelah tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau terus ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Gong Badak, Kuala Terengganu. Beliau sering mendapat undangan ceramah di ILP kawasan Terengganu. Kebiasaannya ceramah beliau berkaitan dengan kaunseling dan motivasi. Beliau juga pernah mendapat jemputan ceramah di ILP luar negeri seperti di Kuantan. Selain itu, beliau juga bertindak sebagai mentor bagi kelab debat UIAM, dijemput untuk memberikan ceramah motivasi kepada ahli debat tersebut. Beliau dijemput kerana beliau sememangnya merupakan bekas ahli kelab debat UIAM. Sebagai seorang kaunselor, beliau tidak akan terlepas daripada menjalankan sesi kaunseling kepada pelajar ILP. Menawarkan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok merupakan perkara yang biasa bagi beliau. Selain itu, kaunseling kerjaya juga menjadi fokus Puan Ain bagi menentukan arah kerjaya pelajar-pelajar ILP.

6.

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KAUNSELOR

Sepanjang perkhidmatan Puan Ain sebagai kaunselor di ILP, sememangnya terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa ditempoh oleh beliau, walaupun hanya sepanjang tempoh dua tahun.

6.1 Masalah Penerimaan Kaunseling dalam Kalangan Pelajar

Menurut beliau, memang susah untuk mengubah stigma masyarakat tentang kaunseling, lebih-lebih lagi jika pelajar tersebut berasal daripada luar bandar. Pada pandangan

mereka, kaunseling merupakan satu bentuk hukuman. Jika mereka bertemu dengan kaunselor, seolah-olah bertemu dengan guru disiplin atau pihak polis, diibaratkan mereka telah melakukan kesalahan yang besar. Sedangkan realitinya, tidak sedemikian rupa. Sebenarnya pertemuan dengan kaunselor adalah adalah satu jalan alternatif, sebelum pelajar menjadi lebih parah. Jika ingin dibandingkan dengan penerimaan kaunseling pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) ini adalah berbeza. Pelajar IPT mengerti dan faham bahawa proses kaunseling adalah satu bentuk penyembuhan (healing). Bagi pelajar ILP pula yang kurang diberi pendedahan, menganggap kaunseling adalah suatu perkara yang mengerikan. Tambahan, menurut pemahaman mereka pertemuan dengan kaunselor adalah satu bentuk hukuman.

6.2 Pada Diri Beliau Sendiri

Cabaran lain sebenarnya wujud dalam diri beliau sendiri, terzahir ketika mula-mula berkhidmat di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Gong Badak, Kuala Terengganu. Setelah beliau menamatkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau terus dipanggil untuk berkhidmat di ILP sebagai Pegawai Psikologi dan Kaunseling. Ketika itu beliau masih muda (24 tahun), tambahan pula beliau masih belum mendirikan rumahtangga. Sudah pasti terdapat pelajar lelaki di ILP yang cuba mengurat dan memikat beliau.

6.3 Perkhidmatan Kaunseling Masih Baru

Memandangkan perkhidmatan kaunseling di ILP baru diwujudkan pada tahun 2008, pemahaman dan penerimaan keluarga ILP terhadap kaunseling adalah rendah. Memang sesetengah penghuni ILP yang faham tentang konsep kaunseling, tetapi jumlahnya amat sedikit. Tambahan pula, beliau baru sahaja menamatkan pengajian, tetapi terus ditempatkan di jabatan atau institut yang asing daripada perkhidmatan kaunseling. Sememangnya amat sukar untuk mengubah stigma mereka terhadap perkhidmatan kaunseling.

6.4 Masyarakat Luar Bandar yang Tidak Faham Konsep Kaunseling

Menurut Puan Ain, mayarakat luar bandar yang mendapat pendidikan yang tinggi akan mengabaikan perkhidmatan kaunseling dan tidak terlintas niat untuk memanfaatkannya. Hal ini disebabkan masyarakat luar tidak begitu memahami konsep kaunseling yang sebenarnya. Masalah ini akan menimpa pelajar yang berasal daripada masyarakat luar bandar, bakal menyebabkan mereka tidak ingin memanfaatkan perkhidmatan kaunseling kerana mereka memahami kaunseling dari perspektif yang berbeza. Seterusnya masalah penerimaan kaunseling dalam kalangan pelajar akan berlaku. (rujuk 6.1)

7.

BAGAIMANA PERKHIDMATAN KAUSELING DI ILP DAPAT DITINGKATKAN

Perkhidmatan kaunseling sebenarnya lebih melibatkan kebendaan dan kepentingan kewangan. Selain itu, Puan Ain berpendapat untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling, keselesaan persekitaran adalah aspek yang paling penting. Keselesaan persekitaran menjadi keperluan bagi seseoang kaunselor untuk menjalankan perkhidmatan dan akan mendapat kesan yang bagus daripada pelajar. Bilik untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling adalah salah satu perkara yang penting. Oleh itu, untuk meningkatkan perkhidmatan kaunseling, tempat atau bilik seharusnya dipertingkatkan dengan mewujudkan tempat yang khas untuk perkhidmatan kaunseling. Bilik kaunseling yang dilengkapi dengan suasana yang boleh mewujudkan sifat motivasi. Pemilihan warna juga memainkan peranan yang amat penting. Warna-warna yang dapat memberi semangat, kedap bunyi dan sebagainya akan memberi kesan mendalam kepada pelajar. Bilik kaunseling di Malaysia tidak setarap setaraf dengan negara luar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berbanding di Malaysia, bilik kaunseling lebih berbentuk formal. Sukar untuk pelajar merasakan bahawa dia berada di tempat sendiri. Puan Ain juga berpendapat untuk menjalankan sesi kaunseling kepada pelajar tidak semestinnya berlaku di bilik kaunseling sahaja malah kaunseling boleh wujud dalam pelbagai cara seperti dalam program berkelah di tepi sungai dan sebagainya. Langkah ini secara tidak

lansung membolehkan kaunselor mendekati pelajar-pelajarnya, melalui ramah mesra dan gurau senda. Hal ini kerana kebanyakan pelajar susah untuk menghadirkan diri ke bilik kaunseling apabila mereka dipanggil atau mempunyai masalah.

8.

HARAPAN TERHADAP PERKEMBANGAN KAUNSELING DI ILP PADA MASA AKAN DATANG

Pada 17 September 2010, Puan Ain akan melaporkan diri di tempat baharu dalam meneruskan perkhidmatan kaunseling, iaitu di Ibu Pejabat Polis Putrajaya. Sebelum Puan Ain bakal meninggalkan ILP, beliau menaruh harapan yang tinggi iaitu beliau ingin mengubah stigma (pandangan) pelajar institut berkenaan berkaitan dengan khidmat kaunseling. Menurut beliau kebanyakan pelajar di ILP berpendapat bahawa berjumpa dengan kaunselor adalah jalan yang terakhir, padahal berjumpa dengan kaunselor adalah jalan yang terbaik sebelum sesuatu masalah itu menjadi lebih serius. Selain itu, Puan Ain juga berharap agar semua pihak, dapat memahami konsep kaunseling yang sebenarnya dan bersama-sama berganding bahu dengan kaunselor dalam menghadapi masalah pelajar dan remaja amnya.

9.

REFLEKSI SETIAP AHLI KUMPULAN

9.1 Mohamad NurulAlimin Bin Mohd Hasarudin

Jika kita lihat pada definisi kaunseling itu sendiri

, tiada istilah untuk menghukum,

menasihati, membebel atau memberi ceramah. Sebaliknya, lebih kepada untuk membantu klien memahami perkara sebenarnya yang diinginkan klien dan mengenal pasti punca sesuatu permasalahan serta menyelesaikannya bersama-sama. Sememangnya perkhidmatan kaunseling ini tidak difahami oleh segelintir masyarakat. Hal ini kerana kurangnya promosi atau pendedahan daripada pihak berwajib terutamanya pihak Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Tidak salah sekiranya mengiklankan di

media-media massa, tetapi begitulah perkara yang saya lihat pada hari ini, kurang berusaha untuk memperkenalkan perkhidmatan ini. Mereka seharusnya lebih giat untuk

memperkenalkan perkhidmatan ini dengan lebih drastik agar rakyat Malaysia faham dan mengunakan perkhidmatan ini sebagai rujukan utama. Perkhidmatan kaunseling di ILP adalah baru. Saya memuji tindakan yang pernah dilakukan oleh Puan Ain iaitu mengusulkan cadangan untuk membaikpulik perkhidmatan kaunseling seperti mewujudkan bilik kaunseling khas bilik kaunseling individu dan kelompok. Saya berharap agar perkhidmatan kaunseling di ILP dapat dipertingkatkan lagi untuk kepentingan sejagat. Seterusnya, selain daripada perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok, saya berpendapat agar mewujudkan satu jenis kaunseling yang lain iaitu kaunseling berfokus. Kaunselor yang menggunakan teknik kaunseling berfokus ini akan menjaga individu atau kumpulan agar terus-menerus mengikuti latihan dan bimbingan daripada kaunselor dalam bentuk seminar, bengkel dan kem motivasi, bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, seorang kaunselor memilih satu kumpulan individu (terdiri daripada maksimum 30 orang) untuk diberi latihan, bimbingan dan kaunseling secara terus-menerus, bertujuan untuk mengubah dan mendidik mereka agar mengenali potensi diri dan matlamat hidup yang sebenar. Akhir sekali, kaunselor perlu rapat dengan masyarakat agar mereka dapat menerima input yang bakal kita berikan dan memahami konsep kaunseling serta mengubah pandangan mereka terhadap perkhidmatan kaunseling.

9.2 Rofarhani Binti Daud

Setelah apa yang saya dengar sepanjang perbualan kami bersama Puan Ain, iaitu kaunselor di ILP, saya berpendapat bahawa tugas kaunselor bukanlah semudah yang orang lain sangkakan. Seperti yang kita tahu, tugas bagi seorang kaunselor ialah membantu dan membimbing seseorang individu mengenali masalahnya serta mencari alternatif baginya

untuk membuat pilihan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu tersebut.

Selain itu, seorang kaunselor juga memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk berhadapan dengan klien yang menghadapi pelbagai jenis masalah sama ada masalah luaran ataupun masalah dalaman. Seperti yang diketahui umum, dalam konteks kehidupan masa kini,sebarang aktiviti dan penglibatan kaunseling bukan sahaja terletak pada bahu seorang kaunselor sahaja, malah orang awam juga turut memainkan peranan dalam memberi sesi kaunseling kepada individu yang bermasalah. Saya juga turut berpendapat, keberkesanan sesi kaunseling bergantung pada keadaan tempat kaunseling itu dijalankan. Seseorang kaunselor tidak boleh menjalankan sesi kaunseling di merata-rata tempat seperti di bawah pokok atau sebagainya kerana ia boleh menjejaskan sesi kaunseling tersebut. Seorang kaunselor perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha menyediakan satu tempat yang khas untuk menjalankan sesi kaunseling yang berkesan.

9.3 Norsyazana Binti Ridzuan Pada pendapat saya, jenis-jenis perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh Puan Ain adalah cara perkhidmatan yang terbaik untuk meningkatkan semangat pelajar untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi oleh setiap pelajar. Pendekatan yang digunakan oleh Puan Ain ialah pendekatan sebelum dan selepas tamat pengajian. Sebelum tamat pengajian, Puan Ain mengadakan bengkel-bengkel untuk persedian temuduga seperti membuat

resume(maklumat peribadi) dan tip-tip semasa temuduga dijalankan. Manakala selepas tamat pengajian, Puan Ain akan menguruskan saluran-saluran pekerjaan yang bersesuain dengan bidang yang diceburi oleh pelajar semasa tempoh pengajian. Saya menyokong pendekatan yang digunakan oleh Puan Ain kerana pelajar-pelajar akan berasa terjamin dan dihargai dengan bidang-bidang yang diceburi. Selain itu, dengan adanya pendekatan seperti ini, pelajar-pelajar akan lebih dekat dan mengenali kaunselor mereka. Secara tidak langsungnya perkhidmatan kaunseling akan lebih dikenali dan difahami oleh pelajar-pelajar. Dengan adanya pendekatan seperti ini, secara langsungnya dapat mengubah pandangan pelajar-pelajar tentang perkhidmatan kaunseling

yang sebelum ini mereka menganggap perkhidmatan kaunseling ini adalah satu hukuman jika seseorang dipanggil untuk berjumpa seorang kaunselor.

9.4 Norhayati Binti Abdullah Secara peribadinya, saya melihat perkhidmatan kaunseling yang pertama kali diperkenalkan di Istitut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak Kuala Terengganu pada tahun 2008 yang lalu merupakan satu langkah yang amat baik. Hal ini demikian kerana, jika

dahulunya pelajar-pelajar yang menghadapi masalah atau hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling ini akan dijalankan oleh tenaga pengajar di ILP sendiri. Namun, setelah wujudnya pusat bimbingan dan kaunseling dan ditugaskan seorang kauselor yang bertauliah, perkara-perkara yang berkaitan dengan kaunseling akan diambil alih oleh kaunselor seperti motivasi, bengkel kerjaya, sesi kaunseling dan lain-lain. Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, kesedaran pelajar dapat dipertingkatkan dan memberi kesan yang mendalam kepada pelajar. Selain itu, saya turut menyokong jenis-jenis perkhidmatan kaunseling yang terdapat di ILP iaitu perkhidmatan kaunseling dan kerjaya. Jika dilihat dari segi kaunseling, bidang yang dikhususkan ialah untuk menyelesaikan masalah yang berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza, masalah disiplin pelajar dan sebagainya. Dalam konteks kerjaya pula, pusat bimbingan dan kaunseling menyediakan perkhidmatan sebelum dan selepas tamat pengajian. Sebelum pelajar ditauliahkan, kaunselor akan menyediakan bengkel resume, mengadakan temuduga terbuka, menerangkan tip-tip temuduga dan lain-lain. Seterusnya, setelah pelajar tamat belajar, pihak pusat bimbingan dan kaunseling akan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada pelajar dan sekiranya ada kekosongan jawatan pelajar juga akan diberitahu oleh pihak bimbingan dan kaunseling. Langkah ini amat baik kerana mampu menjamin masa depan pelajar dan seterusnya menjadikan mereka

generasi pembangunan negara bangsa.

10.

PENUTUP

Walaupun perkhidmatan kaunseling di Institut Latihan Perindustrian (ILP) tersebut masih baru, kaunselor di sana iaitu Puan Ain telah berusaha dengan gigih untuk memperkembang dan mempertingkatkan perkhidmatan kaunseling di ILP agar di manfaatkan oleh pelajar-pelajar di sana. Harapan beliau amat besar untuk melihat kaunseling ILP pada masa akan datang berubah dan maju dari segi perkhidmatan serta penerimaan masyarakat.