laporan517

11
3.0 METODOLOGI KAJIAN Kaedah kajian ini bermula dengan rekabentuk kajian, pemilihan sampel, instrumen yang digunakan dan juga analisis data. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan Kurikulum Sekolah-Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Matematik terhadap keseronokan, minat dan sikap murid bandar dan luar bandar. Populasi tersebut meliputi 198 murid yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) iaitu merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai sampel. 3. 1 PEMBOLEHUBAH Kajian ini cuba menentukan perhubungan antara beberapa pembolehubah. Pembolehubah-pembolehubah yang terlibat ialah: Pembolehubah bebas – Kurikulum Matematik KSSR Pembolehubah moderator – Murid bandar dan luar bandar Pembolehubah Bersandar – skor min keseronokan, minat dan sikap murid.

description

laporan projek 517

Transcript of laporan517

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah kajian ini bermula dengan rekabentuk kajian, pemilihan sampel, instrumen yang digunakan dan juga analisis data. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan Kurikulum Sekolah-Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Matematik terhadap keseronokan, minat dan sikap murid bandar dan luar bandar. Populasi tersebut meliputi 198 murid yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) iaitu merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai sampel.

3. 1 PembolehubahKajian ini cuba menentukan perhubungan antara beberapa pembolehubah. Pembolehubah-pembolehubah yang terlibat ialah:

Pembolehubah bebas Kurikulum Matematik KSSRPembolehubah moderator Murid bandar dan luar bandarPembolehubah Bersandar skor min keseronokan, minat dan sikap murid.

.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALANTujuan analisis adalah untuk mendapatkan data kuantitatif daripada instrumen yang telah digunakan dalam kajian. Analisis data melibatkan statistik deskriptif bagi membandingkan nilai min manakala statistik inferensi bagi pengujian keempat-empat hipotesis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences ( SPSS versi 21 ). Dalam statistik deskriptif, nilai min dibandingkan untuk melihat skor keseronokan, minat dan sikap terhadap Matemaik murid bandar dan luar bandar. Analisis statistik ujian t ( t-test ) digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan signifikan di antara dua kumpulan murid bandar dan luar bandar. Selain itu hubungan min minat dan sikap murid juga dikaji melalui ujian kolerasi.

4.2 Huraian STATISTIK Deskriptif4.2.1 Taburan Bilangan Murid

Seramai 106 orang murid telah dipilih bagi kategori sekolah bandar dan 92 orang murid bagi kategori luar bandar. Bilangan murid yang terlibat dalam kajian ditunjukkan dalam Jadual 4.1.Jadual 4.1 Taburan Bilangan Pelajar Berdasarkan Kaedah Pengajaran LelakiPerempuan JumlahLokasiBandar 4264106Luar Bandar 533992Jumlah95103198

4.2.2 Statistik Deskriptif Min Keseronokan, Minat dan Sikap

Jadual 4.2 Min Keseronokan, Minat dan Sikap

Min

LokasiKeseronokanMinatSikap

BandarLelaki20.913.027.14

Perempuan20.713.297.39

Luar bandarLelaki8.2411.336.03

Perempuan20.4613.387.08

Jadual 4.2 pula menunjukkan min keseronokan, minat dan sikap bagi murid bandar dan luar bandar mengikut jantina lelaki dan perempuan yang didapati daripada instrumen yang dilakukan.

4.3 pengujian hipotesis 1Pengujian hipotesis 1 adalah untuk menentukan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dari segi sikap terhadap Matematik di antara murid sekolah Bandar dan luar Bandar. Keputusan ujian-t ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3 Keputusan Ujian-t bagi min sikap terhadap Matematik

tdfSig. (2-tailed)Mean DifferenceStd. Error Difference95% Selang Keyakinan Perbezaan

BawahAtas

Equal variances assumed2.955196.0040.81419.27554.270801.35759

Equal variances not assumed2.972195.26.0030.81419.27396.273901.35449

Daripada analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada min sikap antara kedua-dua kumpulan murid bandar dan luar bandar [ t ( 196 ) = 2.955, p = .004 ( dua hujung ), p < 0.05 ] seperti dalam jadual di atas.. Terdapat perbezaan yang signifikan min sikap di antara murid yang tinggal di bandar dan luar bandar. Hasil analisis menolak hipotesis Ho 1

4.4 pengujian hipotesis 2Pengujian hipotesis 2 dijalankan bagi menentukan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dari segi keseronokan terhadap Matematik bagi murid lelaki dan perempuan kawasan bandar. Keputusan ujian-t ditunjukkan dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4 Keputusan Ujian-t Keseronokan terhadap Matematik antara Murid Lelaki dan Perempuan di Bandar

tdfSig. (2-tailed)Mean DifferenceStd. Error Difference95% Selang Keyakinan Perbezaan

BawahAtas

Equal variances assumed.022104.9830.01860.85670-1.680261.71747

Equal variances not assumed.02175.923.9830.01860.89160-1.757211.79441

Daripada analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada min keseronokan antara kedua-dua murid lelaki dan perempuan di bandar [ t ( 104 ) = 0.022, p = .983 ( dua hujung ), p > 0.05 ] seperti dalam jadual di atas.. Dapatan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan min keseronokan di antara murid lelaki dan perempuan yang tinggal di bandar. Oleh itu hipotesis Ho 2 gagal ditolak.

4.5 pengujian hipotesis 3Pengujian hipotesis 3 dijalankan bagi menentukan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dari segi keseronokan terhadap Matematik bagi murid lelaki dan perempuan kawasan luar bandar. Keputusan ujian-t ditunjukkan dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5 Keputusan Ujian-t Keseronokan terhadap Matematik antara Murid Lelaki dan Perempuan di Luar Bandar

tdfSig. (2-tailed)Mean DifferenceStd. Error Difference95% Selang Keyakinan Perbezaan

BawahAtas

Equal variances assumed-3.46490.001-2.21626.63972-3.48716-.94535

Equal variances not assumed-3.47582.904.001-2.21626.63784-3.48491-.94760

Daripada analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada min keseronokan antara kedua-dua murid lelaki dan perempuan di luar bandar [ t ( 90 ) = -3.464, p = .001 ( dua hujung ), p < 0.05 ] seperti dalam jadual di atas.. Dapatan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan min keseronokan di antara murid lelaki dan perempuan yang tinggal di luar bandar. Oleh itu hipotesis Ho 3 ditolak.

4.6 pengujian hipotesis 4Pengujian hipotesis 4 dijalankan bagi menentukan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor min minat dengan skor min sikap murid terhadap Matematik.

Jadual 4.6 Keputusan Korelasi Min Minat dan Sikap Terhadap Matematik

MINJUMLAH2MINJUMLAH3

MINJUMLAH2Pearson CorrelationSig. (2-tailed)N

1

198.407.000198

MINJUMLAH3Pearson CorrelationSig. (2-tailed)N.407.000198.27396

198

Daripada analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat lemah dan signifikan antara skor min minat dan sikap murid terhadap Matematik [ r ( 198 ) = 0.407, p = .000, p < 0.05, r = 0.17 ] seperti dalam jadual di atas. Pekali penentuan menunjukkan bahawa 17% daripada varian dalam skor min minat berkait dengan varian dalam skor min sikap. Oleh itu hipotesis Ho 4 ditolak.

5.4 rumusanDapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kesan kurikulum KSSR ke atas sikap murid terhadap Matematik di antara murid yang tinggal di bandar dan luar bandar. Dapatan juga menunjukkan kesan yang berbeza dari segi keseronokan terhadap Matematik murid lelali dan perempuan. Namun begitu, hasil kajian merumuskan bahawa bagi kawasan luar Bandar, murid perempuan lebih seronok belajar Matematik berbanding murid lelaki. Kajian juga mendapati terdapat hubungan antara minat dan juga sikap murid terhadap Matemattik. Murid yang meminati Matematik secara umumnya akan juga menuujukkan sikap yang positif dalam sikap mereka. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kurikulum KSSR yang dijalankan dapat memberi impak terhadap keseronokan, minat dan sikap murid terhadap Matematik di sekolah rendah.