Laporan.docx

9
LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN PAHI, KUALA KERAI, KELANTAN Pada 09, 10, 11 dan 12hb. Februari 2015 kami telah diarahkan untuk mengikuti program khidmat masyarakat ke Sekolah SK Pahi, Kuala Kerai, Kelantan. Seramai 60 orang guru pelatih yang terdiri daripda empat unit iaitu unit PSV, Muzik, PJK (SK) dn Bahasa Tamil serta seramai 10 orang pensyarah pembimbing turut menyertai dalam program khidmat masyarakat ini. Sebagai persediaan, pada 28hb. Januari 2015 bersamaan hari Rabu taklimat bagi program khidmat masyarakat telah diadakan oleh En Abdul Rahim dan En Amaran dari unit gerko disamping itu, pemilihan ahli jawatankuasa turut diadakan. En Devandran telah dipilih sebagai Pengerusi Program dari unit PSV, Naib Pengerusi disanjungi oleh En Kalai Selvan dari unit PSV, Cik Saraswathi juga dari unit PSV telah dipilih sebagai setiausaha dan Cik Annie Maria dari unit PJK (SK) dipilih sebagai bendahari program khidmat masyarakat. Selain daripada itu, ahli jawatan kuasa yang lain telah disanjungi oleh guru pelatih daripada keempat-empat unit PISMP Semester 4. ( Sila rujuk lampiran 1 ). Taklimat program khidmat masyarakat telah ditangguhkan pada pukul 6.30 petang. Pada 5hb. Februari 2015, bersamaan hari Khamis, ahli jawatankuasa peralatan telah mengarahkan kesemua ahli jawatankuasa untuk mengambil dan memeriksakan segala peralatan dan bahan yang diperlukan dibawa bersama untuk program ini ke sekolah SK Pahi. Ketua AJK Peralatan menyediakan senarai semak supaya memastikan alat dan bahan yang diambil itu cukup untuk digunakan pada program khidmat masyarakat.

Transcript of Laporan.docx

Page 1: Laporan.docx

LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI

SEKOLAH KEBANGSAAN PAHI, KUALA KERAI, KELANTAN

Pada 09, 10, 11 dan 12hb. Februari 2015 kami telah diarahkan untuk mengikuti program

khidmat masyarakat ke Sekolah SK Pahi, Kuala Kerai, Kelantan. Seramai 60 orang guru pelatih

yang terdiri daripda empat unit iaitu unit PSV, Muzik, PJK (SK) dn Bahasa Tamil serta seramai

10 orang pensyarah pembimbing turut menyertai dalam program khidmat masyarakat ini.

Sebagai persediaan, pada 28hb. Januari 2015 bersamaan hari Rabu taklimat bagi

program khidmat masyarakat telah diadakan oleh En Abdul Rahim dan En Amaran dari unit

gerko disamping itu, pemilihan ahli jawatankuasa turut diadakan. En Devandran telah dipilih

sebagai Pengerusi Program dari unit PSV, Naib Pengerusi disanjungi oleh En Kalai Selvan dari

unit PSV, Cik Saraswathi juga dari unit PSV telah dipilih sebagai setiausaha dan Cik Annie

Maria dari unit PJK (SK) dipilih sebagai bendahari program khidmat masyarakat. Selain

daripada itu, ahli jawatan kuasa yang lain telah disanjungi oleh guru pelatih daripada keempat-

empat unit PISMP Semester 4. ( Sila rujuk lampiran 1 ). Taklimat program khidmat masyarakat

telah ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.

Pada 5hb. Februari 2015, bersamaan hari Khamis, ahli jawatankuasa peralatan telah

mengarahkan kesemua ahli jawatankuasa untuk mengambil dan memeriksakan segala

peralatan dan bahan yang diperlukan dibawa bersama untuk program ini ke sekolah SK Pahi.

Ketua AJK Peralatan menyediakan senarai semak supaya memastikan alat dan bahan yang

diambil itu cukup untuk digunakan pada program khidmat masyarakat. Kerja-kerja pemeriksaan

peralatan telah disempurnakan pada pukul 5.30 petang.

Pada 09hb. Februari 2015 bersamaan hari Isnin, kami berkumpul di garaj bas IPGKRM

pada pukul 7.00 pagi. Kami telah diberikan taklimat yang berkaitan tentang perjalanan ke

sekolah SK Pahi, Kuala Kerai, Kelantan oleh pensyarah pembimbing dan pengerusi program

iaitu En Abdul Rahim dan En Devandran. Seterusnya, ketua ahli jawantankuasa pengangkutan

telah membahagikan empat unit kepada dua unit untuk menaiki bas. Oleh itu, unit PSV dan

Muzik telah digabungkan untuk menaiki sebuah bas manakala unit PJK SK dan Bahasa Tamil

telah dinaiki sebuah bas dan perjalanan kami menuju ke sekolah SK Pahi pada pukul 8.00 pagi.

Pada pukul 6.00 petang kami telah sampai ke sekolah SK Pahi, Kuala Kerai, Kelantan.

En Abdul Rahim, selaku ketua jurulatih program khidmat masyarakat telah memberikan taklimat

Page 2: Laporan.docx

tentang tempat penginapan kami di sekolah tersebut selama empat hari dan tiga malam. Dalam

taklimat itu, beliau memaklumkan bahawa guru pelatih lelaki harus menginap di khemah, guru

pelatih wanita pula menginap di bilik pra-sekolah manakala pensyarah pembimbing dan ketua

jurulatih menginap di bilik ICT sekolah dan di surau.

Setelah tamatya taklimat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk

mengambil alatan dan bahan serta barangan keperbadian masing-masing dari bas menuju ke

tempat penginapan masing-masing. Guru pelatih lelaki telah mendirikan tiga buah khemah di

kawasan yang telah di arahkan oleh En Awang Abdullah Bin Yaacob dan En Amran Bin Mohd

Din. Manakala guru pelatih menginap di tempat yang telah ditetapkan. Pada pukul 8.00 malam

ajk makanan telah menyediakan makanan malam bagi kami semua di kantin sekolah tersebut.

Seterusnya, ketua ahli jawatankuasa keselamatan menyediakan jadual kawalan keselamatan

pada pukul 12 malam hingga pada pukul 6 pagi. Dalam jadual kawalan tersebut sejam sekali

tiga orang guru pelatih menjalankan rondaan pada waktu yang ditetapkan.

Pada 10hb. Februari 2015 bersamaan hari Selasa, pada pukul 7.30 pagi kami

berkumpul di tapak perhimpunan sekolah untuk membuat senaman pagi yang dikendalikan oleh

unit PJK SK. Setelah tamatnya senaman pagi. guru besar sekolah SK Pahi memberi ucapan

dan mengalu-alukan kehadiran kami. Dalam ucapan beliau, beliau meminta beberapa bantuan

daripada kami untuk membersihkan bilik darjah pra-sekolah dan kawasan sekolah supaya

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang lancar.

Oleh itu, En Devandran, selaku pengerusi program khidmat masyarakat mengagihkan

kumpulan guru pelatih wanita yang terdiri daripada unit PSV, Muzik dan PJK SK membersihkan

dan mengecatkan tiga buah bilik pra sekolah manakala kumpulan guru pelatih lelaki

membersihkan kawasan sekolah serta peralatan sukan dan mencucikan dewan sekolah,

bengkel kemahiran hidup dan makmal sains. Seterusnya, ajk kebersihan dan peralatan

memainkan peranan untuk megedarkan alat dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan

tugasan dengan sempurna.

Seterusnya, guru penyelaras bilik pra sekolah telah memberikan tugasan yang harus

diberaskan terlebih dahulu kepada guru pelatih. Manakala, guru pelatih lelaki melaksanakan

tugasan mereka dengan bimbingan tukang kebun sekolah. Segala tugasan pada hari tersebut

ditangguhkan pada pukul 5.30 petang. Pada malam hari tersebut, mesyuarat bersama dengan

Page 3: Laporan.docx

ketua jurulatih iaitu En Abdul Rahim telah diadakan pada pukul 9.00 malam. Dalam mesyuarat

tersebut kami dapat melaporkan segala perkembangan tugasan kami.

Pada 11hb. Februari 2015, bersamaan hari Rabu, pada pukul 7.30 pagi kami berkumpul

di tapak perhimpunan sekolah untuk membuat senaman pagi yang dikendalikan oleh unit PJK

SK. Setelah selesainya senaman pagi, kami masing-masing menyambungkan tugasan kami.

Segala tugasan kami telah disempurnakan pada pukul 4.30 petang. Guru pelatih telah diberikan

masa untuk melawat kawasan perkampungan yang melanda banjir berhampiran dengan

kawasan sekolah SK Pahi, Kuala Kerai. Selepas makanan malam, semua guru pelatih diminta

untuk mengemaskan barangan keperibadian masing – masing.

Pada 12hb. Februari 2015, bersamaan hari Khamis, setelah selesainya majlis

penutupan dari pentadbiran SK Pahi, kami bertolak menuju ke IPGKRM pada pukul 9.00 pagi

dan tiba ke IPGKRM pada pukul 6 petang. Setelah sampai di Negeri Sembilan dengan selamat,

Kami memulangkan segala peralatan yang dipinjam dari stor IPGKRM dan bersurai pada pukul

6.30 petang.

Secara amnya, program Khidmat Masyarakat ini dapat berjalan dengan lancar. Pada

pandangan saya ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga kerana saya dapat

memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan yang luar biasa yang tidak dapat sewaktu kuliah.

Penglibatan saya dalam program ini membanggakan diri saya kerana selaku siswa pendidik,

saya dapat peluang untuk membantu mangsa banjir dan juga membuat khidmat masyarakat. Ini

merupakan satu pengalaman yang sangat berharga yang tidak dapat memperolehi lagi.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

----------------------------------------------

(KALAI SELVAN A/LPERIASAMY)

LAMPIRAN 1

Page 4: Laporan.docx

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

LAMPIRAN 2

Page 5: Laporan.docx

GAMBAR-GAMBAR PERSEDIAAN SEBELUM MENGIKUTI PROGRAM KHIDMAT

MASYARAKAT

Taklimat dan pemilihan ahli jawatankuasa sedang dijalankan

Pemeriksaan khemah telah dilangsungkan

LAMPIRAN 3

Page 6: Laporan.docx

GAMBAR-GAMBAR SEMASA MELAKSANAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Tiba di destinasi

Senaman pagi

Melaksanakan tugasan selama dua hari

LAMPIRAN 4

Page 7: Laporan.docx

GAMBAR-GAMBAR SELEPAS MELAKSANAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Pulang dari sekolah SK Pahi

Memulangkan peralatan