laporan_internship2013

download laporan_internship2013

of 11

Transcript of laporan_internship2013

  • 7/27/2019 laporan_internship2013

    1/11

    PROJEK INTERNSHIP

    PELAJAR PGSR IPG KAMPUS DARUL AMANSK BATU TUJUH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH, PERAK.

    Halaman | 1

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    NAMA PELAJAR : HARDAWATI BINTI JAMALUDDIN

    PROGRAM : PGSR SAINS AMBILAN NOV 2009

    NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU TUJUH

    NAMA PROJEK : PERTANDINGAN NYANYIAN

    LAGU KEBANGSAAN DAN LAGU PATRIOTIK.

    TEMPOH PELAKSANAAN : 08 Julai 2013 hingga 31 Ogos 2013

    OBJEKTIF :

    Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:

    1) Untuk mendidik pelajar baru supaya dapat menghayati dan mencintai lagu

    Kebangsaan dan lagu Patriotik

    2) Untuk mendidik pelajar baru supaya melahirkan perasaan muhibbah melalui

    penghayatan lagu 1Malaysia, lagu negeri Perak dan lagu Sekolah.

    3) Melahirkan pelajar yang berjiwa merdeka dan sayang akan negara tercinta

    4) Mewujudkan suasana yang patriotik dan perpaduan dalam kalangan pelajar-

    pelajar sekolah dan warga SK Batu Tujuh

    5) Mengembangkan bakat pelajar dalam bidang nyanyian lagu Kebangsaan dan

    membina semangat untuk membangunkan negara

    6) Memberikan peluang kepada pelajar untuk bersaing sesama rakan dan

    membawa semangat kerjasama tanpa mengira bangsa dan agama.

  • 7/27/2019 laporan_internship2013

    2/11

    PROJEK INTERNSHIP

    PELAJAR PGSR IPG KAMPUS DARUL AMANSK BATU TUJUH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH, PERAK.

    Halaman | 2

    STRATEGI PELAKSANAAN:

    1. Pada 1 Julai 2013, saya dan mentor (PK Pentadbiran) telah membuat

    perbincangan tentang projek- projek yang boleh dijalankan sebagai projek

    individu saya untuk internship kali ini. Hasil keputusan perbincangan tersebut,

    kami bersetuju untuk menjadikan Pertandingan Nyanyian Lagu Kebangsaan

    dan Lagu Patriotik sebagai projek internship saya di sekolah ini. Program ini

    merangkumi dua majlis iaitu bersempena Program Ambang Merdeka dan

    Sambutan Hari Malaysia.

    2. Pada 2 Julai 2013, saya telah berjumpa dengan Ketua Panatia Muzik dan

    Ketua Penasihat Kelab Kebudayaan iaitu Cik Masayu bt. Bahari untuk

    memohon kerjasama dan penglibatan daripada persatuan tersebut bagi

    melaksanakan projek yang dirancang. Saya juga menunjukkan draf pertama

    kertas cadangan di samping meminta pendapat dan cadangan

    penambahbaikan untuk projek ini.

    3. Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula

    supaya ia dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar

    segera. Setelah kertas cadangan disemak oleh PK Ko-Kurikulum iaitu Pn.

    Norma bt. Razali, ia terus dihantar sebelum diluluskan oleh Guru Besar iaitu

    Puan Hamidah Binti Majid pada 3 Julai 2013. Kemudian, saya telah

    mengadakan satu mesyuarat bersama dengan penyelaras program dan AJK

    yang terlibat untuk pembahagian tugasan pada 4 Julai 2013.

  • 7/27/2019 laporan_internship2013

    3/11

    PROJEK INTERNSHIP

    PELAJAR PGSR IPG KAMPUS DARUL AMANSK BATU TUJUH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH, PERAK.

    Halaman | 3

    4. Pada 5 Julai 2013, saya telah mengumumkan tentang projek yang akan

    diadakan sewaktu perhimpunan. Seterusnya, saya mengedarkan boring-

    borang penyertaan kepada ketua-ketua kelas sebelum boring tersebut dikutip

    semula pada 9 Julai 2013.

    5. Pada 6 Julai 2013, pihak sekolah telah membuat tempahan sepanduk dari

    sebuah syarikat pengiklanan di Tapah. Tempahan dibuat untuk sepanduk

    yang bersaiz 10x2 dan 8x2. Sepanduk tersebut akan dipasang di kantin dan

    dewan sekolah. Saya juga mendapatkan sumbangan hadiah untuk program

    pada hari tersebut.

    6. Kemudian, pada 8 Julai 2013, kami telah menyiapkan brosur untuk Majlis

    Perasmian Pertandingan Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Lagu Patriotik

    Peringkat Sekolah 2013. Brosur tersebut diperbanyakkan dan diedarkan

    kepada semua guru pada hari berlangsung majlis tersebut.

    7. Bermula 05 Ogos hingga 22 Ogos, pertandingan di peringkat saringan

    dijalankan di antara kelas-kelas dari Tahun 1 hinggalah Tahun 6.

    Pengumuman kelas yang layak ke peringkat akhir diumumkan di dataran

    perhimpunan pada 26 Ogos 2013.

    8. Pada 29 Ogos 2013, saya telah berjumpa dengan guru ICT iaitu Encik

    Johalizan untuk memohon peminjaman LCD bagi kegunaan pertandingan

    akhir dan majlis penutup. Saya juga telah membuat persiapan tempat dengan

    membersihkan kawasan dewan yang akan digunakan. Selain itu, saya juga

    memohon bantuan daripada pekerja swasta iaitu Pakcik Razak untuk

    menggantung sepanduk di pintu pagar sekolah.

  • 7/27/2019 laporan_internship2013

    4/11

    PROJEK INTERNSHIP

    PELAJAR PGSR IPG KAMPUS DARUL AMANSK BATU TUJUH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH, PERAK.

    Halaman | 4

    REFLEKSI:

    1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

    Kekuatan yang pertama ialah dapat memberi pendedahan awal kepada warga

    sekolah terutamanya murid berkaitan dengan bulan kemerdekaan. Program yang

    diadakan lebih awal dari kebiasaan iaitu sebelum tibanya bulan Kemerdekaan

    sememangnya bertujuan untuk mengingatkan kembali perkara-perkara yang

    berkaitan dengan semangat kemerdekaan. Melaluinya, diharapkan semua pihak

    dapat menimbulkan kesedaran serta semangat patriotik terhadap Negara.

    Kekuatan yang kedua ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan

    tentang lagu-lagu patriotik dan lagu kebangsaan seterusnya melahirkan perasaan

    muhibbah melalui penghayatan lagu 1Malaysia, lagu negeri Perak dan lagu Sekolah.

    Walaupun isi pelajaran tentang kemerdekaan telah diajar dalam subjek Pendidikan

    Sivik dan Kewarganegaraan, namun dengan adanya program ini, ia dapat melahirkan pelajar yang berjiwa merdeka dan sayang akan negara tercinta

    disamping mewujudkan suasana yang patriotik dan perpaduan dalam kalangan

    pelajar-pelajar sekolah dan warga SK Batu Tujuh.

    Kekuatan yang ketiga ialah dapat mengembangkan bakat pelajar dalam bidang

    nyanyian lagu Kebangsaan dan membina semangat untuk membangunkan negara

    selain dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk bersaing sesama rakan dan

    membawa semangat kerjasama tanpa mengira bangsa dan agama.

  • 7/27/2019 laporan_internship2013

    5/11

    PROJEK INTERNSHIP

    PELAJAR PGSR IPG KAMPUS DARUL AMANSK BATU TUJUH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH, PERAK.

    Halaman | 5

    KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

    Kelemahan yang pertama ialah keadaan tempat yang kurang kondusif iaitu

    sempit. Pada peringkat awal perancangan, program ini diadakan untuk semua murid

    tahap satu dan tahap dua pada satu peringkat sahaja. Namun, memandangkan saiz

    dewan tersebut tidak mencukupi untuk memuatkan kesemua murid, program

    terpaksa dibahagikan kepada dua bahagian iaitu peringkat saringan dan peringkat

    akhir. Peringkat akhir diadakan di dewan manakala peringkat saringan diadakan di

    bilik darjah mengikut waktu Pendidikan Muzik mereka. Keadaan yang sempit

    membuatkan murid kurang selesa dan sukar untuk memberi tumpuan terhadap

    nyanyian yang disampaikan.

    Kelemahan yang kedua ialah pemilihan lagu yang kurang popular dan menarik

    tumpuan murid- murid tahap satu. Murid tahap satu merangkumi murid tahun satu,

    tahun dua dan tahun tiga. Walaupun lagu-lagu tersebut menggunakan video, namun

    senikata lirik yang tertera pada slaid video terlalu kecil dan kurang jelas disebabkan

    faktor sekitar dewan. Hal ini menyebabkan murid mudah hilang tumpuan, berasa

    bosan lalu membuat bising. Murid jelas tidak dapat memberi tumpuan kerana

    apabila guru mengajukan soalan berkaitan mesej yang disampaikan dalam lagu-lagu

    tersebut, murid menjawab soalan yang diberikan dengan salah.

  • 7/27/2019 laporan_internship2013

    6/11

    PROJEK INTERNSHIP

    PELAJAR PGSR IPG KAMPUS DARUL AMANSK BATU TUJUH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH, PERAK.

    Halaman | 6

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

    Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada

    masa akan datang:

    Penambahbaikan yang pertama ialah melaksanakan program di tempat yang

    lebih luas seperti dataran perhimpunan di mana dapat memuatkan semua murid

    termasuk murid pra sekolah.. Selain daripada berasa lebih selesa dan senang untuk

    dipantau, semua murid akan berpeluang menonton persembahan kelas demi kelas

    dengan lebih jelas.

    Penambahbaikan yang kedua ialah memilih bahan tayangan lagu-lagu

    patriotik yang sesuai untuk semua tahap murid. Pemilihan bahan perlu mengambil

    kira banyak kriteria termasuklah isi, nada suara, animasi, berwarna dan sebagainya.

    Penggunaan bahan yang baik akan membantu dalam memastikan objektif yang

    hendak dicapai akan tercapai.

    Penambahbaikan yang ketiga ialah melantik jawatankuasa bagi kawalan

    murid dengan menambah bilangan guru yang memantau murid. Jumlah murid yang

    ramai memerlukan bilangan guru yang ramai untuk mengawal murid supaya

    suasana yang lebih tenang semasa program berlangsung dapat diwujudkan.

  • 7/27/2019 laporan_internship2013

    7/11

    PROJEK INTERNSHIP

    PELAJAR PGSR IPG KAMPUS DARUL AMANSK BATU TUJUH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH, PERAK.

    Halaman | 7

    KESIMPULAN:

    Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan

    program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semua

    warga sekolah termasuk guru dan murid akan dapat menghayati dan mencintai lagu

    Kebangsaan dan lagu Patriotik, melahirkan perasaan muhibbah melalui

    penghayatan lagu 1Malaysia, lagu negeri Perak dan lagu Sekolah, melahirkan

    pelajar yang berjiwa merdeka dan sayang akan negara tercinta serta mewujudkan

    suasana yang patriotik dan perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah dan

    warga SK Batu Tujuh semasa menyambut bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia..

    Selain itu, diharapkan program ini akan diteruskan pada tahun- tahun akan datang.

    Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu

    datang dari kelemahan diri saya sendiri.

  • 7/27/2019 laporan_internship2013

    8/11

    PROJEK INTERNSHIP

    PELAJAR PGSR IPG KAMPUS DARUL AMANSK BATU TUJUH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH, PERAK.

    Halaman | 8

    GALERI FOTO:

    Tayangan Sirah Nabi

  • 7/27/2019 laporan_internship2013

    9/11

    PROJEK INTERNSHIP

    PELAJAR PGSR IPG KAMPUS DARUL AMANSK BATU TUJUH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH, PERAK.

    Halaman | 9

    Penceramah Jemputan : Ustaz Mohd Izzat bin Nasir

  • 7/27/2019 laporan_internship2013

    10/11

    PROJEK INTERNSHIP

    PELAJAR PGSR IPG KAMPUS DARUL AMANSK BATU TUJUH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH, PERAK.

    Halaman | 10

    Semasa sesi ceramah berlangsung

  • 7/27/2019 laporan_internship2013

    11/11

    PROJEK INTERNSHIP

    PELAJAR PGSR IPG KAMPUS DARUL AMANSK BATU TUJUH, JALAN PAHANG, 35000 TAPAH, PERAK.

    Halaman | 11

    Penyampaian cenderahati kepada penceramah