LAPORAN+MINIT+MESYUARAT+PENTAKSIRAN++BIL+1

download LAPORAN+MINIT+MESYUARAT+PENTAKSIRAN++BIL+1

of 4

description

minit

Transcript of LAPORAN+MINIT+MESYUARAT+PENTAKSIRAN++BIL+1

SJK(T) LADANG TELUK BULOHLAPORAN MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BIL. 1/2014

Tarikh : 16.01.2014 Hari :KHAMISMasa : 1.00 PETANGTempat : Bilik Guru.

Agenda:1. Ucapan Pengerusi2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu3. Pengurusan Pentaksiran 20144. Taklimat pentaksiran5. Hal-hal lain6. Penangguhan

Kehadiran:-1. EN.NEER PANDI2. EN. THAMIL SELVAM3. EN. PREMAN4. EN.KALITHAS5. CIK. LECHIME6. PN. SAROJINI7. PN. KOMLAH8. PN. VIGENESWARY 9. CIK.MALINI10. CIK. YOGANANTHINI11. CIK.PUNITHA12. EN.PERTIP KUMAR13. CIK MOHANA

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam keagamaan dan terima kasih kepada semua yang hadir kerana meluangkan masa untuk membincangkan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun 2014 semua pelajar tahun 4 akan menjalani pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) 100% yang akan dinilai oleh guru mata pelajaran masing-masing di dalam dan di luar kelas. Tindakan: Makluman semua guru

1.3 Pengerusi juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua guru atas kejayaan cemerlang dalam keputusan UPSR yang telah diumumkan dan menegaskan bahawa sedikit sebanyak kejayaan tersebut juga adalah sumbangan daripada pentaksiran / kerja kursus yang dilaksanakan oleh pelajar.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu

2.1 Cik mencadangkan supaya minit mesyuarat ini diluluskan dan disokong oleh cik

3.0 Pengurusan Pentaksiran 2014

3.1 Pengerusi meminta semua guru yang terlibat dalam melaksanakan kerja kursus/pentaksiran agar mengemaskini maklumat atau fail masing-masing untuk mengahadapi kehadiran nazir/LPM jika ada pemantauan dilakukan. Dapatkan maklumat pentaksiran daripada penyelaras atau daripada setiausaha peperiksaan.

Tindakan: Guru pentaksir/guru mata pelajaran

3.2 Pengerusi turut mengingatkan bahawa semua penilaian dalam pentaksiran berkenaan perlu direkodkan dalam bentuk eviden dan adalah amat penting bagi guru memastikan bahawa setiap maklumat berkaitan dengan markah pelajar hendaklah diperiksa dan diberi. Ibu bapa boleh mengambil tindakan mahkamah sekiranya berlaku keciciran markah pelajar.

3.3 Pengerusi turut mencadangkan pelajar yang bermasalah displin atau mempunyai rekod kedatangan sekolah yang tidak baik agar dikumpul dan di minta menyiapkan kerja kursus lebih awal.

Tindakan: Guru pentaksir/guru mata pelajaran

3.4 Pengerusi mengingatkan juga bahawa semua hasil kerja kursus pelajar boleh dihapuskan setelah 6 bulan daripada keputusan dikeluarkan. Manakala fail markah/eviden hendaklah disimpan oleh panitia masing-masing atau diserahkan kepada SUP sekolah utuk disimpan.

3.5 Pengerusi memaklumkan jawatankuasa pentaksiran bagi tahun 2014 dan terdapat beberapa perubahan berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, pengerusi juga menyerahkan watikah perlantikan ketua pentaksir dan pentaksir mata pelajaran kepada semua guru yang terlibat.

3.6 Pengerusi juga menegaskan bahawa setiap penilaian dan pentaksiran yang dijalankan adalah di bawah tanggungjawab guru-guru. Perkara ini telah dipesan oleh ketua sektor peperiksaan dan penilaian supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan semasa.

4.0 SISTEM FAIL4.1. Pengerusi menjelaskan bahawa terdapat tiga fail utama yang harus berada di dalam sekolah iaitu fail induk, failmurid dan juga fail showcase.4.2. Beliau juga memaklumkan bahawa fail induk berada di dalam pejabat manakala dua lagi fail iaitu fail murid dan fail showcase berada di dalam kelas.11. Terdapat satu fail tambahan iaitu fail guru juga harus disediakan oleh semua guru yang mengajar kelas KSSR. Pekara-pekara yang harus ada di dalam fail guru adalah seperti senarai semak yang diedarkan kepada setiap guru.12. Beliau juga menerangkan isi kandungan yang mesti disertakan di dalam failmurid. Beliau mengedarkan senarai semak bagi failmurid.Makluman: Semua guru5.0 Hal-hal lain

5.4 Pengerusi meminta guru-guru menyemak semua lampiran jawatankuasa pentaksiran dan surat perlantikan pentaksiran. Seandainya ada permasalahan perlulah memaklumkan seberapa segera untuk diambil tindakan.

12. Mesyuarat memutuskan untuk mengutip duit bagi tujuan mencetak bahan pentaksiaran murid.

6.0. PENANGGUHAN MESYUARATMesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

_______________ _______________MALINI A/P MUNUSAMY EN.NEERPANDI SEENAI(S/U PBS) GURU BESAR