Laras bahasa

6
Laras Bahasa Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan. Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza. Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian. Tiga Dimensi Laras (Halliday) Tajuk wacana merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, suka, enidikan, matematik dan sebagainya. Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan. JIka wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan. Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selariperlawanan bola sepak ,

description

bm

Transcript of Laras bahasa

Page 1: Laras bahasa

Laras Bahasa 

Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau

konteks pengucapan.

Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa

mengikut bidangs esuatu wacana digunakan.

Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.

Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.

Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang

pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza.

Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa

bahagian lagi.

Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara

penyampaian, dan gaya penyampaian.

Tiga Dimensi Laras (Halliday)Tajuk wacana merujuk kepada bidang yang

diperkatakan seperti biologi, perubatan, suka, enidikan, matematik dan sebagainya.

Bidang-bidang ini menentukan kosa

kata dan istilah serta jenis ayat dan

ragam ayat yang digunakan.

JIka wacana merupaan wacana ilmiah,

maka ragam ayat pasif banyak

digunakan untuk memberikn fokus

kepada perkara yang dibincangkan.

Sebaliknya, jika wacana merupakan

ulasan selariperlawanan bola sepak ,

rragam ayat aktif dengan ayat

tunggal yang pendek-pendek banyak

digunakan supaya sesuai dengan

tempo perlawanan bola sepak

Page 2: Laras bahasa

berkenaan.

Cara penyampaian

Sama ada wacana berkenaan disampaiakns ecara lisan atau tulisan.

Jika lisan, sama ada ia merupakan

wacana syarahan atau ucapan,

perbahasan dan khutbah atau doa?

JIka tulisan sama ada ia esei, laporan,

surat rasmi atau surat peribadi,

memorandum atau iklan?

Gaya penyampaian

mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu

disampaiakn dalam majlis yang

formal yang dihadiri oleh orang-orang

kenamaan atau dif-dif?

Jenis dan Ciri Laras Bahasa

Laas bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa

dan laras khusus.

Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum

seeprti bidang hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan

peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana,

iklam).

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti

ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana,

laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus

ialah:

 kosa kata

 tatabahasa

 gaya

Page 3: Laras bahasa

Laras Bahasa Biasa

Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal,

kurang kata pinjaman.)

Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum

tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita

sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat

dan pemujukan (rencana, iklan).

Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.

Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa BiasaFormal/Rasmi Tak Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.

Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

.

Laras Bahasa Perniagaan

Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau

mengubah sikap dan melakukan tindkan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh

gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) slogan: Kami Ada Cara

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

Page 4: Laras bahasa

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

Laras Bahasa Akademik

Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan

sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.

Bersifat teknikal.

Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut

fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di

bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.

Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu

dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan

dan sebagainya.

Laras Bahasa Undang-Undang

Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya.

mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas

corpusdan sebagainya.

Laras bahasa media

Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, laind

aripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan

karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan

sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera

sebilanganbesar pemvbaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah,

pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas

danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk

orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan

orangr amai.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan,

metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Page 5: Laras bahasa

Laras Bahasa Sastera

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan

puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

a kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.

d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan,

peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.