Bahan laras bahasa.doc

74
1.Definisi Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi dan konteks dan menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada jurusan, bidang yang tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Secara umumnya laras biasa dapat dibezakan seperti laras agama, laras sukan, laras iklan, laras masakan, laras sains dan teknologi dan seumpamanya. Laras bahasa mempunyai retorik atau cara penyampaian bahasa yang tersendiri, sama ada pujukan, pernyataan, perintah dan sebagainya. Laras bahasa juga dapat dimengertikan sebagai wacana dari segi makna dan pengertian bahasa itu untuk mendapatkan tindakbalas yang sesuai berdasarkan konteks sesuatu bahasa itu disampaikan.. Copy and WIN : hhttp://bit.ly/copynwin 2.Definisi Laras Bahasa Laras bahasa bermaksud gaya dan penggunaanLaras bahasa bermaksud gaya dan penggunaansesuatubahasa digunakan/gaya atau carasesuatu bahasa digunakan/gaya atau carapenggunaan sesuatubahasa.penggunaan sesuatu bahasa.PendapatPendapat Ure dan Ellis (1977) menganggap laras menganggap larassebagai jenis-jenis bahasayang digunakansebagai jenis-jenis bahasa yang digunakanmengikut situasi-situasi yangberlainan.mengikut situasi- situasi yang berlainan. Halliday (1968) pula mendefinisikan larasHalliday (1968) pula mendefinisikan larasbahasa sebagai variasibahasa yang berbezabahasa sebagai variasi bahasa yang berbezaberdasarkan fungsi.Menurut beliaularasberdasarkan fungsi.Menurut beliau larasbahasa berubah-ubah mengikut situasi.bahasa berubah-ubah mengikut situasi 3.LARAS BAHASAKONSEP DAN DEFINISI LARAS BAHASA Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang penutur akan

Transcript of Bahan laras bahasa.doc

1.DefinisiLaras bahasa boleh didefinisikan sebagai satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi dan konteks dan menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada jurusan, bidang yang tertentu. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Secara umumnya laras biasa dapat dibezakan seperti laras agama, laras sukan, laras iklan, laras masakan, laras sains dan teknologi dan seumpamanya. Laras bahasa mempunyai retorik atau cara penyampaian bahasa yang tersendiri, sama ada pujukan, pernyataan, perintah dan sebagainya. Laras bahasa juga dapat dimengertikan sebagai wacana dari segi makna dan pengertian bahasa itu untuk mendapatkan tindakbalas yang sesuai berdasarkan konteks sesuatu bahasa itu disampaikan..

Copy and WIN : hhttp://bit.ly/copynwin

2.Definisi Laras BahasaLaras bahasa bermaksud gaya dan penggunaanLaras bahasa bermaksud gaya dan penggunaansesuatubahasa digunakan/gaya atau carasesuatu bahasa digunakan/gaya atau carapenggunaan sesuatubahasa.penggunaan sesuatu bahasa.PendapatPendapatUre dan Ellis (1977) menganggap laras menganggap larassebagai  jenis-jenis bahasayang digunakansebagai jenis-jenis bahasa yang digunakanmengikut situasi-situasi yangberlainan.mengikut situasi-situasi yang berlainan.Halliday (1968) pula mendefinisikan larasHalliday (1968) pula mendefinisikan larasbahasa sebagai variasibahasa yang berbezabahasa sebagai variasi bahasa yang berbezaberdasarkan fungsi.Menurut beliaularasberdasarkan fungsi.Menurut beliau larasbahasa berubah-ubah mengikut situasi.bahasa berubah-ubah mengikut situasi

3.LARAS BAHASAKONSEP DAN DEFINISI LARAS BAHASA

Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung. Misalnya dengan siapa dia bercakap, tajuk yang perkatakan/dibincangkan, suasana formal ataupun tidak formal dan penggunaan medium, sama ada secara lisan atau tulisan. Beberapa orang pengkaji telah mengemukakan pendapat mereka tentang laras.

Nik Safiah Karim (1982 :1) menyatakan Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa - Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.

Abdullah Hassan (1989 :26) pula menyatakan laras seperti yang berikut :Pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa. Pemakaian laras bahasa yang sesuai itu adalah dianggap pengolahan bahasa yang baik. Ada hubungan rapat antara isi, perkara yang dibincangkan dengan laras bahasa yang digunakan untuk membincangkannya.

Halliday (1968:149) pula mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. Halliday (1985) melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Ure & Ellis (1977) – menganggap laras sebagai sejenis ‘ Language patterning regularly used in a certain kind of situation’ (laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan).

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa, sama ada ahli-ahli bahasa tempatan ataupun barat dapat dirumuskan bahawa laras bahasa merupakan variasi bahasa yang berbeza-beza bentuk dan penggunaannya mengikut situasi tertentu dan bidang tertentu.

LARAS BAHASA DALAM BENTUK LISAN

1. SukanKamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), berpendapat laras sukan ialah satu wacana tentang sukan. Setiap cabang sukan mempunyai istilahnya sendiri. Sebagai contoh Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan daftar istilah untuk isi cabang sukan yang dipertandingkan di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Istilah yang digunakan dalam laras sukan biasanya merujuk peraturan-peraturan sukan yang dipertandingkan itu. Sebagai contoh dalam perlawanan bola sepak dan hoki para pengulas sukan akan menggunakan istilah-istilah sukan. Setiap laras bahasa mempunyai perbendaharaan kata yang berbeza-beza terutamanya perkataan-perkataan khusus, struktur ayat serta cara pengungkapan dan format yang digunakan. Contoh laras sukan adalah seperti berikut:

"Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem ini, setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masingmasing. Dengan perkataan lain, mereka akan melawan dengan setiap ahli dalam kumpulannya. Dalam tem ini terdapat formula-formula  yang penting yang boleh dibuat sebagai panduan untuk menentukan jumlah peruntukan masa, pengadil, padang permainan dan kelengkapan yang diperlukan"

Laras bahasa dalam lisan adalah seperti ulasan berita sukan, laporan sukan antarabangsa dan sebagainya. Penggunaan laras bahasa dalam laras sukan memerlukan perkataan-perkataan yang berunsur kesukanan seperti liga, penalti, pengadil, padang, gol, sepakan percuma, atlet, kad merah, kad kuning, balingan ke dalam, tendangan gol, tendangan sudut, tendangan terus, tendangan tidak terus,bagi perlawanan hoki antara istilah-istilah yang kerap digunakan ialah kawasan D, pukulan penalti, sudut, gol padang, kad hijau dan sebagainya. Laporan sukan banyak menggunakan ragam aktif dengan jenis ayat tunggal yang pendek-pendek. 

Bagi khalayak khusus frasa dan ayat misalnya, bidang undang-undang, banyak menggunakan frasa penerang atau keterangan dengan ayat majmuk campuran. Biasanya pengulas sukan akan menggunakan bahasa

baku dan suara mereka harus jelas dan tepat. Bahasa yang digunakan juga adalah tidak bercampur-campur dengan bahasa lain atau dalam istilah terkini ialah bahasa rojak. Ini kerana berita adalah dalam situasi formal dan dalam interaksi terbuka bukannya secara individu. Selain itu intonasi yang digunakan juga harus berbeza-beza kerana perlu menyeimbangkannya dengan emosi penonton dan pendengar. Hal ini kerana nada suara yang digunakan memainkan peranan yang penting dalam ulasan perlawanan sesebuah sukan atau berita sukan kerana berbeza dengan laporan berita semasa atau setempat.

Dalam ulasan berita sukan di televisyen, pengulas biasanya perlu bermain dengan memek muka, nada suara yang betul manakala bagi pengulas sukan radio mereka hanya perlu bermain dengan intonasi suara sahaja.

I laporan sukan berta radioBarrie Redfern (1985:157) menjelaskan laporan sukan dan berita kilat dikirim melalui pelbagai sumber. Berita kilat biasanya adalah berita terbaharu yang dibuat secara ringkas mengenai skor dan pembuat skor. Berita kilat ini membentuk satu corak di mana pemberita akan bergilir-gilir membuat laporan berita terbaru dalam rancangan sukan. Berita penting yang pertama ialah sama ada skor telah berubah dan apakah skor terbaru.

Kemudian diberitakan mengenai pembuat skor, masa, dan butir-butir terperinci. Dengan hanya mengemukakan fakta penting, pemberita boleh memadatkan maklumat dalam masa kurang dari 15 saat tetapi masih mempunyai masa untuk mengulangi skor di akhir rancangan. Lebih baik mengakhiri laporan dengan menyatakan punch line atau skor, yang berperanan sebagai ingatan, dan tidak hanya menyerahkan kembali ke studio. Seluruh siri bahan rakaman akan kedengaran seperti ulangan dan amalan setengah stesen ialah mengetepikan cara ini. Pemberita juga akan kedengaran lebih berpengetahuan (dan menjadi sebahagian dari rancangan) sekiranya beliau lebih sekali memetik komen atau frasa yang digunakan oleh juruhebah hubungan di studio, ataupun pemberita di tempat permainan lain, untuk menyampaikan berita yang bertentangan atau pengesahan seperti 'Di sini pun bel um ada sebarang skor lagi tetapi...'.

ii.  Radio- Televisyen

Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan manusia sehari-hari. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, gagasan, pengetahuan mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Semakin baik penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran bahasa maka semakin tinggilah keupayaannya untuk berkomunikasi secara berkesan sama ada secara lisan, bacaan mahupun penulisan. Begitu juga dalam laras bahasa lisan radio dan televisyen yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu perkara atau maklumat.

Laras bahasa lisan yang digunakan oleh siaran radio atau televisyen adalah lebih kepada berbentuk rasmi dan berformat. Laras yang digunakan penyampai radio dan televisyen sesuatu bahasa yang mudah difahami olehsemua lapisan masyarakat. Ini kerana Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa serta agama. Bahasa Melayu digunakan dalam laras radio dan televisyen kerana mampu dan mudah

difahami oleh semua lapisan masyarakat. Namun ada juga bahasa yang digunakan seperti bahasa Tamil dan bahasa Cina untuk masyarakat tersebut yang kurang memahami bahasa Melayu. Laras bahasa lisan yang biasa digunakan oleh radio dan televisyen adalah jelas dan tepat. Apa yang paling penting ialah kejelasan perkataan dan nada yang disebut oleh penyampai radio atau televisyen.

Justeru, DI dalam laras lisan radio dan televisyen juga mempunyai ciri-ciri seperti penyingkatan. Ini kerana radio dan televisyen menghadapi beberapa kendala atau masalah. Kendala yang paling besar dan menonjol ialah masa. Ini kerana masa telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan tidak boleh melebihi masa yang sepatutnya, kerana mungkin akan mengganggu rancangan lain yang akan ke udara. Kendala tersebut akan mempengaruhi gaya bahasa yang digunakan. Kendala waktu ini bermaksud masa untuk menyampaikan sesuatu telah di -tetapkan dan dihadkan supaya rancangan yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan tidak ada yang tergendala.

Teknik penyingkatan ini yang digunakan ialah dengan menggabungkan ayat dengan klausa relatif dan dengan penghilangan unsur tertentu. Penyingkatan yang dilakukan akan menjimatkan masa penyampaian dan sesuatu perkara itu akan dapat disampaikan dengan cepat dan tepat.

Laras Bahasa Sastera

1.0                     Pengenalan Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif

dan laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera. 

Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya cipta

atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang.

Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman

dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan saluran untuk

mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan

estetika yang tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar lagi

bertenaga. Karya kreatif ini biasanya wujud dalam bentuk-bentuk prosa

(cerita, cerpen dan novel), puisi (syair, pantun, sajak) dan drama (filem,

teater, dan pementasan).

Laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera lazimnya wujud

dalam bentuk kritikan sastera dan ulasan buku. Bidang yang sering

diperkatakan termasuklah plot, tema, teknik, latar, sudut pandangan, watak

dan perwatakan. Laras bahasa sastera ini memperlihatkan ciri-cirinya yang

tersendiri.

Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan kejelasan,

perpautan, kesatuan serta bentuk gaya yang dipelbagaikan. Penggunaan

bahasanya bermula daripada fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil

(melibatkan unsur aliterasi, dan asonansi), kemudian pemilihan kata

sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. Unsur-unsur inilah yang

berperanan bagi mengungkapkan penulisan yang bermutu, berkesan serta

indah.

2.0         Ciri-ciri Laras Bahasa Sastera

a)     Perbendaharaan Kata / Istilah

Penggunaan perbendaharaan kata dalam laras bahasa kreatif mudah

difahami. Laras kreatif ini tidak mengandungi istilah teknikal. Perkataan

pinjaman juga tidak banyak digunakan. Kadang-kadang terdapat

penggunaan kata-kata yang berunsur ketaksaan dengan tujuan untuk

menimbulkan kekaburan atau kesamaran yang memperlihatkan nilai seni

dan estetika. Oleh itu, terdapat beberap perkataan untuk satu pengertian,

sama ada perkataan itu yang membawa makna yang sama atau perkataan

yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama

dengan maksud yang hendak disampaikan.

Namun demikian, laras ilmiah yang memperkatakan bidang sastera

mengandungi istilah-istilah teknikal yang mempunyai makna yang khusus.

Istilah-istilah ini bersifat teknikal dan digunakan dalam memperkatakan

aspek-aspek tertentu yang berkaitan dengan karya sastera. Penggunaan

istilah-istilah ini menjadi penanda laras bahasa sastera yang nyata. Istilah

tersebut tidak digunakan dalam bidang ilmu yang lain. Contohnya istilah

Imbas kembali, Imbas muka, watak protoganis, dialog, sudut pandangan

orang ketiga, hiperbola, personifikasi, klimaks, tema, analogi, rima dan

sebagainya.

b)                     Tatabahasa

Dari segi tatabahasa, morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang penting

dalam laras bahasa sastera. Aspek morfologi merangkumi pengimbuhan,

manakala aspek sintaksis meneliti penggunaan bentuk, struktur, dan binaan

ayat.

Pengimbuhan dalam karya-karya sastera mencakupi bentuk imbuhan

awalan, apitan, dan sisipan. Ayatnya pula terdiri daripada pelbagai ragam,

ada ayat tergantung, dan ayat susunan songsang.

Selain itu, unsur penggandaan dan klitik ‘ku’, ‘mu’, dan ‘kau’ juga lazim

digunakan.

Contoh tatabahasa:

Contoh 1:

Betapa tidak rugi, bapa, kerana bagi berpindah daripadanya itu tiadalah menaruh beberapa keberatan dan kerugian lain daripada ditakuti khayal-khayal yang tidak berhakikat yang tidak bermakna, istimewa bahawa government kita telah berlelah paya dan telah berugi-rugi mengusahakan beberapa sebab-sebab yang boleh menjadi contoh perbandingan dan yang boleh menjadi iktibar seperti sekolah-sekolah dan lain-lain sebagainya.

(Petikan daripada novel lakah Salmah)

Contoh 2:

“Pak cik masih mengharapkan keadaan yang harmoni dalam rumah. Rumah itu diduduki dengan doa selamat. Jangan wujudkan sebarang gejala yang bertentangan dengan kesucian doa itu.” Pak cik menyudahkan pesannya.

(Petikan daripada novel Norhana, karya Rahman Shaari)

Contoh 3:

pulangkan kembalipada saat inigerak yang sejak dulu kaukumpulwarna-warna yang kautusuk ke dada dindingkata-kata yang kaubenam ke mulut almarigaris-garis yang lemastitik-titik yang keringke tempat asalnya.

(Petikan daripada sajak Pulangkan Kembali karya Latiff Mohidin)

c)                     Gaya bahasa

Gaya bahasa laras bahasa sastera memperlihatkan manipulasi struktur

sintaksis, pemilihan bahasa figurative, ungkapan, peribahasa, kiasan dan

sindiran serta unsur-unsur stilistik yang lain. Bentuk dialog juga boleh

digunakan.

Contoh gaya bahasa:

Contoh 1 (Ayat bersifat konotasi):

“Hari telah tua. Air sungai Usar menerima pantulan sepah matahari sore yang merah pekat, juga warna kelam pangkal malam.”

(Petikan daripada novel Arus, karya Anwar Ridhwan)

Contoh 2 (Ayat pendek, tegas dan pengulangan):

Gagasan tentang tamu:Tamunya kali ini seorang yang agungTamu itu juga pelanggannyaLangganan yang diimpikannya selama ini.Sekalipun cukuplah kunjungan tamu agungitu kepadanya.Tamu itu seorang menteri.

(Petikan daripada cerpen Tamunya Seorang Menteri , karya S.Othman

Kelantan)

Contoh 3 (Penggunaan Personifikasi dan Metafora):

“…gema itu tending-menendang, berpuing-puing mencetuskan bahana-bahana yang lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan bercucu…seribu garis bahana menyirat dinding-dinding tengkoraknya yang besar.”

(Petikan daripada novel Daerah Zeni , karya A.Samad Said)

Contoh 4 (Kiasan dan Sindiran):

Buah langsat kuning mencelah,Senduduk tidak berbunga lagi,Sudah dapat gading bertuah,Tanduk tidak berguna lagi.

( Pantun Melayu )

3.0         Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi bahasa

yang dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yang dituturkan atau

ditulis bergantung kepada siapa kita berhubung, cara kita berhubung dan

bidang pengkhususan yang diperkatakan.

Bagi laras bahasa sastera, laras ini mempunyai perbezaan yang amat jauh

dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu, ciri-ciri khusus bahasa teknikal

seperti penggunaan gambar rajah, graf, jadual, carta dan lain-lain tidak

terdapat dalam laras bahasa sastera. Sebaliknya, unsur-unsur ketaksaan,

iaitu kekaburan dan ketidakjelasan sengaja dimasukkan bagi pembaca

membuat tafsiran masing-masing.

Ciri-ciri Laras Bahasa(kata dan ayat laras b.melayu)

Ferguson (1968) sewaktu membincangkan ciri-ciri bahasa yang telah maju,

mengatakan bahawa salah satu ukuran untuk menentukan taraf kemajuan ialah

menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan.

Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan

laras khusus.

      Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti

bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan,

rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).

  Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.

  Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat.  Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa Biasa

Formal/Rasmi Tak Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.

Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

      Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli

atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:

  kosa kata

  tatabahasa

  gaya

Perbezaan antara laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus :

Golongan laras Bidang Situasi Contoh Bahan

Biasa

Hiburan PengetahuanMaklumatUpacara/.Majlis

Khalayak Umum

Berita, laporan. iklan, surat peribadi Ucapan syarahanAcara majlis umumDoa, khutbah

KhususDoa-khutbah TeknikalIlmiah

Khalayak Umum

Acara majlis rasmi Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.

(b) Ciri-ciri Linguistik yang Wujud

Faktor kedua yang menentukan penggunaan sesuatu laras ialah ciri-ciri linguistik. Ciri ini bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu sendiri, iaitu aspek bunyinya, aspek perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya. Setiap laras dapat dikenali melalui penggunaan ciri-ciri linguistik tertentu (Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin, 2003). Dalam membicarakan aspek penentu ini, Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin telah membahagikan kepada tiga aspek yang penting iaitu aspek bunyi, aspek perkataan dan aspek ayat. Penerangan mengenainya adalah seperti berikut.

(i) Aspek Bunyi

Aspek bunyi, misalnya dapat membezakan satu laras daripada laras- laras lain, terutama laras berbentuk lisan. Nada suara, yakni turun naik suara amat memberi kesan dalam laras lisan. Apatah lagi dalam drama; bahkan dalam drama, selain gerak laku dan plot cerita, unsur dialog dan sebutan amat penting. Dalam laras lisan, „bapa‰ disebut „bapak‰, „juga‰ disebut „jugak‰ dan „buka‰ disebut „bukak‰. Begitu juga apabila kita menyampaikan ucapan, kita menggunakan cara tertentu dengan nada suara dan corak pengungkapan. Aspek yang lain pula mendapat tekanan sewaktu menyampaikan kuliah dalam dewan kuliah. Situasi semasa mendeklamasikan sajak, sebutan dan gaya pengungkapan tidak sama dengan cara menyampaikan

syair. Kesimpulan bagi aspek bunyi ialah, dalam mengungkapkan bahasa secara lisan, terdapat pelbagai cara bergantung pada apa yang diperkatakan, oleh siapa, di mana dan kepada siapa.

(ii) Aspek Perkataan

Menyentuh aspek perkataan ianya dapat dibahagikan kepada tiga unsur yang penting iaitu perkataan khusus, unsur kolokasi dan perkataan pinjaman. Perkataan khusus ialah satu ciri jelas yang dapat membezakan laras bahasa melalui perkataan-perkataan yang digunakan. Terdapat laras yang dengan senang kita kenali melalui kosa katanya. Aspek kosa kata ialah penggunaan kata-kata dalam sesuatu laras bahasa, sama ada istilah khusus, istilah umum ataupun gabungan kedua-duanya. Penggunaan istilah yang berbeza berdasarkan bidang akan dapat ditentukan jenis laras yang digunakan. Selain itu, sesetengah laras menggunakan kata-kata pinjaman asing dan sebagainya. Ini bermakna, dalam aspek kosa kata, segala aspek ayat akan dibincangkan untuk menunjukkan sesuatu laras itu mempunyai kata-kata tertentu yang berbeza daripada laras-laras dalam sesuatu ayat.

Perhatikan beberapa contoh berikut,

“Mereka berpakaian demikian adalah semata-mata kerana mengikut sunah Nabi s.a.w. Walaupun sebahagian negara Arab menjadikan memakai jubah sebagai budaya.Sekiranya orang itu memakai jubah kerana pakaian itu menjadi tradisi masyarakatnya maka dia hanya mendapat pahala kerana menutup aurat”

(Mohd Farid Ravi Abdullah, Allah melihat , Pada Hati Utusan Malaysia, 24Februari,2008)

Petikan di atas, merupakan petikan laras agama, melalui perkataan-perkataan seperti, sunah, jubah, Nabi s.a.w, pahala dan aurat.

Berikut, contoh yang kedua.

“Kaunselor Ekonomi Kedutaan Besar Malaysia, Mohd Radhi Abdul Razak berkata, dari tempoh Januari hingga September lalu, Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) Indonesia telah meluluskan perlaburan berjumlah AS 1.8 bilion (RM 6.99 bilion) daripada syarikt-syarikat Malaysia.”

(Malaysia Pelabur terbesar Indonesia, dipetik daripada laman web http/www.net /forum/ index.php.bertarikh 24 November 2006)

Petikan di atas, menunjukkan laras ekonomi melalui perkataan-perkataan, pelaburan, AS$1.8 bilion dan syarikat-syarikat. Kesimpulannya, penggunaan perkataan khusus bidang-bidang tertentu menjadi ukuran yeng jelas dan dapat membezakan jenis laras.

Ciri kedua dalam aspek perkataan ialah unsur kolokasi. Unsur ini bermaksud dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri, tetapi lazimnya dikaitkan antara satu sama lain, misalnya, “tebal” dan,”buku” dikatakan berkolokasi.

Sebaliknya„”baju” tidak berkolokasi dengan,”cantik”. Dalam sesuatu laras, kita dapat melihat kehadiran unsur kolokasi ini. Perkataan “tendang” dan “percuma” wujud dalam konteks yang berbeza, tetapi apabila dilihat ungkapan “tendangan percuma”, maka unsur kolokasi ini hanya hadir dalam laras sukan iaitu sukan bola sepak.

Ciri ketiganya ialah perkataan pinjaman yang dapat membezakan sesuatu laras. Misalnya, laras agama banyak meminjam daripada bahasa Arab. Laras-laras ilmu moden pula, meminjam perkataan daripada bahasa Yunani,Latin dan Inggeris.

Perhatikan ayat seterusnya, di mana kehadiran perkataan pinjaman dicetak dengan huruf tebal. Sumber „hukum‰ dalam perundangan Islam mengandungi sumber- sumber berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

(iii) Aspek Ayat

Aspek ayat, dari segi binaan, susunan dan panjang pendeknya menjadikan kewujudan laras yang berbeza-beza. Berikut dibincangkan beberapa aspek ayat untuk menjelaskan lagi pernyataan tersebut.

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Dari segi konsep, tidak wujud perbezaan yang ketara antara ayat yang berbentuk aktif dengan ayat pasif. Namun perbezaannya terletak pada penekanan yang diberikan. Dalam ayat berikut, yang diberi penekanan ialah subjek ayat, iaitu „pemain itu‰. „Pemainitu telah menendang bola‰ Jikalau ayat ini dipasifkan, objek asal iaitu bola, dikedepankan dan mendapat penekanan.

„Bolaitu telah ditendang oleh pemain itu‰. Dalam ayat ini pula, frasa yang menyatakan objek pelaku, iaitu frasa oleh pemburu itu dianggap tidak penting langsung dan digugurkan. „Bola itu telah ditendang‰. Dalam ketiga-tiga ayat ini, susunan subjek predikatnya dan unsur pengguguran bahagian-bahagian tertentu membawa penekanan yang berbeza-beza kepada laras. Selain itu, penekanan terhadap bahasa yang membawa kepelbagaian laras dapat dihasilkan melalui susunan ayat.

„Mereka ke Johor minggu lepas‰.

„Minggu lepas mereka ke Johor‰.

„Ke Melaka, mereka, minggu lepas‰.

Aspek keformalan bahasa juga dapat digambarkan melalui pilihan antara ayat aktif dengan ayat pasif. Ayat pasif, misalnya lebih dominan digunakan dalam laras laporan. Contohnya:

„Kajian itu telah dijalankan selam tiga bulan. Salah satu dapatan kajian itu adalah bahawa gejala itu tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat‰.

Ayat Pendek dan Ayat Panjang

Kepanjangan ayat juga merupakan satu ciri linguistik yang dapat membezakan laras. Contoh-contoh di bawah memperlihatkan fungsi panjang atau pendek sesuatu laras. Contoh berikut dipetik daripada buku Sejarah Melayu yang memperlihatkan susunan ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada rentetan ayat-ayat tunggal pendek (Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin, 2003).

„Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkatan Kampar, Maharaja Jaya nama rajanya, Pekan Tua nama negerinya, asalnya daripada Raja Minangkabau; tiada ia menyembah ke Melaka.‰ Cuba kita bandingkan pula dengan ayat-ayat yang panjang, yang menjadi kegemaran sebahagian besar penulis pada masa sekarang.

„Kerajaan disarankan menubuhkan Kelab Perpaduan di semua sekolah tahun depan, dalam usaha merapatkan hubungan antara pelbagai kaum dalam kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara.‰ Berdasarkan contoh ini, jelas menunjukkan binaan ayat agak panjang iaitu terdiri daripada ayat induk dengan pelbagai bentuk peluasan, di samping ayat kecil.

ASPEK AYAT

Aspek ayat, merangkumi dari segi binaan, susunan dan panjang pendeknya menjadikan

kewujudan laras yang berbeza-beza. Berikut kita lihat dan bincangkan beberapa aspek ayat untuk

menjelaskan lagi pernyataan tersebut.

Ayat Aktif dan Ayat Pasif.

Dari segi makna tidak wujud perbezaan yang ketara antara ayat berbentuk aktif dengan

ayat pasif. Perbezaannya hanya terletak pada penekanan yang diberikandalam ayat. Contohnya:

1. Pemburu itu telah menembak kijang jantan.

Dalam ayat tersebut penekanan yang diberi ialah subjek, iaitu pemburu itu. Jika ayat ini

dipasifkan objek asal iaitu kijang jantan dikedepankan dan diberi penekanan.

           a: kijang jantan telah ditembak oleh pemburu itu.

Sebaliknya, apabila frasa yang menyatakan objek pelaku dianggap tidak penting langsung akan

digugurkan, iaitu frasa pemburu itu. 

b: Kijang jantan telah ditembak.

Susunan subjek dan predikatnya dan unsur penguguran ketiga-tiga ayat ini dalam bahagian

tertentu membawa penekanan yang berbeza kepada larasnya.

Bahasa juga dapat dilihat melalui pilihan antara ayat aktif dengan ayat pasif dalam aspek

keformalannya. Biasanya Ayat pasif digunakan dalam laporan. Contohnya:

“Kajian tersebut telah dijalankan selama tujuh bulan. Salah satu hasil dapatan kajian ialah gejala

itu tidak dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat.”

Selain itu, untuk menunjukkan secara lebih jelas penekanan yang berbeza yang dihasikan, lihat

susunan ayat berikut:

a)    Mereka ke Johor minggu lepas.

b)    Minggu lepas mereka ke Johor.

c)    Ke Johor mereka minggu lepas.

Ayat Pendek dan Ayat Panjang

Kepanjangan ayat juga merupakan satu ciri linguistik yang membezakan  laras. Ayat

dibawah memperlihatkan susunan ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada

rentetan ayat-ayat tunggal pendek. Contohnya:

Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Kampar, Maharaja Jaya nama

rajanya, Pekan Tua nama negerinya, asalnya daripada Raja Minangkabau; tiada ia

menyembah ke Melaka.

Manakala ayat-ayat panjang yang menjadi kegemaran sebahagian penulis pada masa

kini. Contohnya:

Kerajaaan disarankan menubuhkan Kelab Perpaduan di semua sekolah tahun depan,

dalam usaha merapatkan hubungan antara pelbagai kaum di kalangan pelajar yang

bakal menjadi pemimpin Negara.

                                                           (Berita Harian, 26 Disember 2000)

Dalam contoh ini, binaan ayat agak panjang yang terdiri daripada ayat induk dengan

pelbagai bentuk perluasan disamping ayat kecil.

Manakala contoh kedua terdiri daripada ayat majmuk yang berbentuk ayat majmuk

gabungan dan ayat majmuk pancangan relatif dan keterangan. Contohnya:

Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan matlamat untuk

menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan

penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan masih belum dapat dicapai

sepenuhnya

2. CIRI LINGUISTIKTerdapat tiga aspek yang perlu diperhatikan dalam aspek linguistik, iaitu aspek kata yang digunakan dalam sesuatu laras, aspek ayat dan ketenunan.

i) Aspek Kosa KataAspek kosa kata ialah penggunaan kata dalam sesuatu laras, sama ada digunakan banyak istilah khusus, istilah umum ataupun gabungan kedua-duanya. Penggunaan istilah yang berlainan berdasarkan bidang akan dapat ditentukan jenis laras yang digunakan. Di samping itu, sesetengah laras menggunakan kata-kata pinjaman asing dan sebagainya. Pendek kata, dalam aspek kosa kata, segala aspek ayat akan dibincangkan untuk menunjukkan sesuatu laras itu mempunyai kata-kata tertentu yang berbeza daripada laras-laras lain.

ii) Aspek AyatDalam aspek ayat penekanan ialah pada jenis dan juga binaan ayat yang digunakan dalam sesuatu laras. Sesetengah laras menggunakan banyak ayat majmuk dan kurang ayat tunggal manakala laras yang lain pula proses pengguguran banyak berlaku dalam ayat-ayat yang digunakan. Pendek kata, dalam aspek ayat segala perkara yang berkaitan dengan jenis dan binaan ayat akan dibincangkan.iii) Aspek KetenunanAspek ketenunan ialah keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks. Ini berkaitan dengan unsur-unsur tertentu yang digunakan oleh laras sebagai kesatuan yang utuh ataupun sebaliknya. Sesetengah laras menggunakan unsur perulangan keratan rentas dan sebagainya untuk menunjukkan ketenunan sesuatu laras itu.

LARAS BAHASA MENURUT MAK HALLIDAY (1985)Halliday (1985) pula mendefinisi laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.Tiga Dimensi Laras (Halliday)Tajuk wacana merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan, matematik

dan sebagainya. Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.Jika wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikan fokus kepada perkara yang dibincangkan.Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian Sama ada wacana berkenaan disampaiakan secara lisan atau tulisan. Jika lisan, sama ada teks tersebut merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa.Jika tulisan sama ada berbentuk esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan.Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal. Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaikan dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif.

Umumnya, berdasarkan bidang dan khalayak sasaran, laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:kosa katatatabahasagaya

PERANAN BAHASA MELAYU

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.

2) Lambang jati diriBahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan,

bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. 3) Bahasa perpaduanBahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuanBahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa MalaysiaBahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang “dipinjam” semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.

6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunanBahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri

ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.

7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanyaBahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.8) Menggambarkan bangsa yang berkuasaBahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa” menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan

ISI 2

LARAS BAHASA IKLAN

Menurut Kamus Bahasa Melayu, susunan Arbak Othman (1999), iklan dapat diertikan sebagai sesuatu kenyataan yang ditulis, dibuat untuk tujuan memberitahu kepada orang ramai atau masyarakat tentang sesuatu perkara atau maklumat. Iklan biasanya disampaikan melalui media massa - media cetak dan media elektronik. Namun ada juga yang berbentuk poster-poster yang ditampalkan pada dinding-dinding kenyataan dan sebagainya. Bahasa iklan mula berkembang dengan pesat di negara ini pada tahun 1960 an. Pada masa itu iklan dalam bahasa Melayu lahir sebagai terjemahan daripada iklan dalam bahasa Inggeris, maka kebanyakan iklan adalah sangat berbau Inggeris.

Iklan itu ada berbagai-bagai jenis antaranya, iklan yang dibuat khas oleh pihak kerajaan (seperti iklan-iklan kekosongan pekerjaan, iklan tawaran tender-tender dan sebagainya), iklan yang bersifat peribadi (umpamanya iklan-iklan ucapan tahniah atau ucapan takziah kematian seseorang) dan sebagainya.

Fungsi iklan itu dibuat ialah untuk mempengaruhi pengguna dan untuk menimbulkan tanggapan tertentu tentang sesuatu produk atau barangan atau perkhidmatan yang hendak diperkenalkan. Penggunaan bahasa yang baik dan berkesan bertujuan menyampaikan mesej kepada sasaran iaitu pengguna. Iklan yang baik bertujuan mengubah sikap pengguna dan mempengaruhi mereka membeli atau melanggan barangan yang diperkenalkan (Kamaruddin Husin 1995). Mesej yang digunakan dalam iklan harus mempunyai pelbagai strategiyang membawa ke arah pengaruh yang positif (Asmah Omar 1982). Dalamhubungannya dengan perniagaan, iklan adalah sesuatu yang mustahak dan menjadi salah satu faktor yang terpenting menggerakkan sesebuah perniagaan.

Oleh yang demikian, kewujudan akhbar-akhbar selaku penyampai informasi perkembangan terbaru semasa baik tempatan, 'regional' mahupun global berperanan secara tidak langsung sebagai landasan untuk syarikat-syarikat perniagaan memperagakan perniagaan dan barangan mereka.

i.  Cara Penghasilan Iklan dan Pemilihan Larasnya

Iklan-iklan yang dibuat terdiri dari pelbagai saiz yang biasanya disokong oleh gambar-gambar produk atau barangan yang diiklankan, disertai lukisan grafik, ilustrasi dan sebagainya. Dari itu, dengan memfokuskan laras bahasa yang digunakan, dapatlah dikatakan majoriti iklan dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a)   Mempunyai   Slogan

Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan sesuatu pertubuhan atau syarikat pengeluaran barangan. eperti juga halnya dengan iklan-iklan di televisyen, sebilangan iklan-iklan di akhbar juga mempunyaislogan. Slogan dicipta sebagai trademark sesuatu barangan. Contohnya dalam iklan pil multivitamin Kiddi Pharmaton dengan slogannya 'Membantu Anak Anda Membesar Untuk Masa Depan yangCemerlang', juga slogan 'Cepat, Mudah, Mesra' iaitu seperti yang terdapat dalam iklan pinjaman wang, ruangan Rampaiklan.

(b) Kaedah Pernyataan

Menyatakan secara langsung tujuan pengiklanan. Seperti yang banyakterdapat dalam ruangan Rampaiklan, dengan menggunakan frasa-frasa atau klausa-klausa seperti 'Rumah/Kenderaan / Tanah Untukdijual / sewa', 'Kerja Sambilan Kontraktor Dikehendaki Segera', 'AgensiPembantu Rumah' dan sebagainya.

(c) Ada Kaitan Konsep

Yang dimaksudkan dengan kaitan konsep ialah dengan mengaitkansesebuah produk dengan sesuatu atau individu yang terkenal atau yang mempunyai nilai komersial, seperti dengan mengaitkan seseorang artis atau penyanyi dengan sesuatu produk barangan. Sebagai contoh, sebuah syarikat pembekal akses internet, TM Net prabayar telah mengaitkan perniagaannya dengan melantik penyanyi terkenal Malaysia, Siti Nurhaliza sebagai duta TM Net. Kaedah iklan sebegini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan, khasnya golongan remaja memandangkan penyanyi berkenaan mempunyai 'fanbased' yang begitu ramai. Begitu juga dengan barangan lain seperti sabun mandi, tilam berjenama, rantai berlian, minyak rambut dansebagainya yang kebanyakannya turut dikaitkan dengan artis-artis, khasnya artis wanita. Dan artis berkenaan akan menyatakan sesuatu yang berupa ayat-ayat atau laras-laras tertentu yang dapat dijadikan tarikan barangan yang diniagakan.

(d) Umpanan

Kaedah umpanan kerap didapat dalam mana-mana iklan, tidak terkecuali iklan akhbar. Umpanan bermaksud merancang strategik untuk menarik atau memperdayakan pelanggan. Contoh laras iklan yang berbentuk umpanan ini adalah seperti yang berbunyi 'Beli Satu, Percuma Satu' iaitu iklan berkenaan dengan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU YANG LENGKAP, dengan syarat mengumpulkan seberapa banyak mungkin bukti pembelian minuman berkenaan.

Selain itu, dalam iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif, ada dinyatakan kata umpanan yang berbunyi 'Penghantaran Pos Percuma'. 

(e) Pesanan (Menyertakan Borang)

Terdapat juga iklan yang menyediakan kemudahan pesanan barangan dengan menyediakan borang pesanan. Misalnya, iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif yang menyediakan borang pesanan. Dalam borang itu mengehendaki pembaca mengisikan butir-butir peribadi, seperti nama penuh, umur, jantina, bangsa, alamat, nombor telefon dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan, iklan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU YANG LENGKAP juga turut menyediakan borang penyertaan yang juga memerlukan pembaca yang ingin menyertai pertandingan itu untukmengisi butir-butir peribadi yang dikehendaki. Tetapi dalam peraduan itu, ditambah dengan beberapa syarat penyertaan yang berupa sebuah wacana lengkap mengenai pertandingan tersebut.

(f) Bandingan

Iklan yang berbentuk sebegini dibuat dengan cara membandingkan sesuatu barangan dengan barangan lain. Umpamanya akan dinyatakan serbuk pencuci Dynamo lebih berkuasa daripada serbuk pencuci berjenama X.

(g) Gesaan

Laras iklan sebegini menggesa pengguna atau pembaca untuk mengambil perhatian perkara atau barangan yang diiklankan.Contohnya, dalam iklan makanan segera ala barat Mc Donald di atas ada menyatakan dengan klausa "Cubalah Nasi Ayam McD hari ini "

(h) Pertanyaan

Penggunaan penanda "?" kerap didapati dalam iklan-iklan akhbar. Teknik ini adalah salah satu lagi cara dalam penggunaan laras bahasa iklan. Dalam iklan cairan pencuci pakaian DYNAMO ada dinyatakan dengan ayat "LEBIH MUDAH!

Penggunaan tanda tanya "?" dapat menguatkan hujah / laras iklan. Erti kata lain ia seolah-olah memaksa pengguna menyahut cabaran iklan berkenaan. Contoh frasa lain yang digunakan ialah seperti, "Sakit Kepala? Sapulah Dengan Minyak Angin ABC".

Dicatat oleh Din Senu Tiada ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

CIRI-CIRI LARAS BAHASA LISAN RADIO & TELEVISYEN

i. Pengguguran kata hubung 'yang'ii. Pengguguran kata hubung 'bahawa' iii. Pengguguran Kata Depan iv. Pengguguran Penjodoh Bilanganv. Pengguguran Imbuhan

i.  Pengguguran kata hubung 'yang'

Laras ini menggunakan pengguguran "yang". Ayat-ayat yang digunakan akan melalui pengguguran "yang", supaya ayat yang ingin disampaikan akan lebih ringkas dan cepat, namun masih difahami oleh pendengar.Contohnya lihat ayat berikut :

"Tiga puluh orang tercedera dalam beberapa serangan bom terbaru olehpelajar universiti di Burma"

Jika tidak ada kendala waktu, ayat itu akan lebih panjang. Namun walaupun mengalami pengguguran "yang" ia masih lagi mempunyai maksud yang sama dan masih jelas penggunaan ayat tersebut.

"Tiga puluh orang tercedera dalam beberapa serangan bom yang terbaru yang telah dilakukan oleh pelajar universiti di Burma"

ii.  Pengguguran kata hubung "bahawa"

Laras ini juga menggugurkan kata hubung "bahawa" supaya lebih menjimatkan masa penyampaian serta tepat dan jelas. Pengguguran "bahawa", iaitu kata penghubung, menimbulkan klausa objek langsung. Pengguguran ini menyebabkan pernyataan akan menjadi lebih tegas dan bertenaga. Contohnya :

"Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa tenteranya berjaya mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan beribu-ribu penduduk terbunuh"

Di dalam ayat tersebut, kata bahawa di antara "mendakwa" dan "tenteranya" dihilangkan. Jika tidak ada penghilangan tersebut, ayat itu akan berbunyi seperti berikut :

"Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa bahawa tenteranya berjaya mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan beribu-ribu penduduk terbunuh"

iii. Pengguguran Kata Depan

Laras bahasa lisan radio dan televisyen ini juga mengalami pengguguran kata depan. Ada kata depan yang telah mengalami pengguguran, misalnya dengan, oleh atau dari. Misalnya:

"Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa bahawa tenteranya berjaya mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan beribu-ribu penduduk terbunuh"

Ungkapan yang berbunyi satu serangan besar Israel semalam, memperlihatkan ada unsur sebelum Israel yang telah digugurkan. Unsur itu boleh terdiri daripada oleh atau dari, bergantung kepada tafsiran yang diberikan kepada ayat tersebut. Jika tafsiran mentafsirkan pelaku yang menghasilkan "serangan besar", maka yang digugurkan ialah oleh. Seandainya tafsiran memberatkan arah datangnya "serangan besar", maka yang hilang itu ialah dari.

iv.  Pengguguran Penjodoh Bilangan

Dalam laras lisan ini juga penjodoh bilangan terutamanya penjodoh bilangan kata nama manusia mengalami pengguguran dalam frasa nama yang terdiri daripada kata nombor-penjodoh bilangan-nama. Penjodoh bilangan itu ialah orang. Contohnya adalah seperti berikut:

(i) Lima anak kapal yang cedera parah dalam perlanggaran di Laut China Selatan Rabu lalu...beransur pulih.(ii) Walaupun kelapan-lapan pemain ini sudah melebihi usia 21 tahun, mereka masih layak bermain.

Penjodoh bilangan orang digugurkan walaupun tidak diikuti oleh sebarang kata nama manusia. Dengan pengguguran yang seperti itu, maka yang tinggal hanyalah kata bilangan nombor.

(iii) Lima daripada mereka menghadapi tiga tuduhan dan lapan yang lain menghadapi dua tuduhan.

Selain itu, ada contoh yang menunjukkan penggunaan orang tetapi tanpa kata nama inti yang mengikuti penjodoh bilangan tersebut.

"Katanya, tiga orang mengikutinya ke balai polis. Walau bagaimanapun, empat orang lagi pergi secara sukarela"

Berhubung dengan ini, perlu diperhatikan bahawa kata bilangan orang dan kata bilangan lain tidak digugurkan bagi jumlah satu yang menggunakan imbuhan awalan se-. Misalnya:

"Satu keluarga lima orang, termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak,menemui nasib yang sama minggu lalu"

v.  Pengguguran Imbuhan

Dalam laras ini juga, ada pengguguran imbuhan yang ada kalanya menjejaskan asas tatabahasa Bahasa Melayu. Pengguguran yang dimaksudkan ialah pengguguran yang menimbulkan bentuk yang menyimpang daripada peraturan tatabahasa bahasa Melayu. Keadaan ini adalah hasil daripada pengguguran akhiran-kan. Contoh:

(i) Penjualan saham belum diputus(ii) Kerja mengukur tanah di Sabah akan diswasta(iii) Yayasan sedia sepuluh biasiswa untuk MBA

Dalam ayat perkataan sedia yang sebenarnya merupakan kata adverb, digunakan sebagai kata kerja. Mengikut peraturan tatabahasa, sedia boleh dijadikan dasar penerbitan kata kerja dengan imbuhan akhirnya -kan. Hasilnya ialah bentuk dasar sedia-kan, yang merupakan asas penerbitan menyediakan dan disediakan. Namun awalan me- yang tidak boleh digugurkan ialah awalan me- yang ditambah antara lain kepada kata dasar yang merupakan kata kerja tak transitif (misalnya: meninggal), kata kerja transitif (misalnya: melawat, melayan).

Justeru laras lisan ini adalah sangat kompleks jika dibandingkan dengan laras lain kerana laras radio dan televisyen ini memerlukan ungkapan yang seringkasnya namun masih boleh disampaikan dengan tepat dan betul. Laras lisan yang diaplikasikan dalam radio dan televisyen adalah tidak memerlukan frasa yang terlalu panjang atau mempunyai ayat yang berbunga-bunga. Contoh laras yang digunakan dalam radio dan televisyen secara lisan.

(a) Contoh 1:

KAHERAH: Penduduk Muslim Albania yang mewakili majoriti di Kosovo yang mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia seminggu lalu, merayu negara Islam mengiktiraf negara baru itu segera. Mereka jugamerayu negara Islam menyumbang bantuan kepada Kosovo bagi menolongnya membangunkan negara berkenaan. Perdana Menteri Kosovo, Hashim Thaci mengisytiharkan kemerdekaan negaranya dari Serbia lalu yang mendapat pengiktirafan segera Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara Barat tetapi tidak diiktiraf Serbia dan Russia.

Pengumuman itu disambut dengan kegembiraan di Kosovo tetapi dibantah oleh sekumpulan tertentu di Belgrade dengan kedutaan negara Barat, termasuk Amerika menjadi sasaran serangan. Kosovo, dengan 2 juta penduduk Muslim Albania mewakili lebih 95 peratus daripada jumlah penduduk negara itu, ditadbir oleh PBB sejak 1999 selepas tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengusir tentera Serbia dari wilayah berkenaan kerana didapati terbabit dengan pembersihan etnik.

(b) Contoh 2:

SKUAD badminton lelaki negara mengesahkan status selaku pasukan harus diberi tumpuan apabila menjuarai pusingan kelayakan Piala Thomas Zon Asia selepas menundukkan Korea 3-2 pada saingan akhir di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, semalam. Kejayaan itu turut diiringi berita gembira apabila skuad wanita turut layak secara automatik ke kejohanan Piala Uber, kedua-duanya berlangsung di Jakarta, Mei ini selepas menduduki tempat ketiga terbaik sesudah menundukkan Hong Kong 3-0. Dalam akhir bertemu Korea, pemain perseorangan utama Negara, Lee Chong Wei memberikan mata pertama buat negara apabila membenam cabaran Shon Seung-mo, 21-8, 21-11. harapan yang kemudian tampak mudah untuk memungut mata kedua dalam perlawanan kedua bertemu Lee Jae-Jin-Jung Jae-sung ternyata meleset.Dicatat oleh Din Senu 1 ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

LARAS BAHASA DALAM BENTUK LISAN

1. Sukan

Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), berpendapat laras sukan ialah satu wacana tentang sukan. Setiap cabang sukan mempunyai istilahnya sendiri. Sebagai contoh Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan daftar istilah untuk isi cabang sukan yang dipertandingkan di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Istilah yang digunakan dalam laras sukan biasanya merujuk peraturan-peraturan sukan yang dipertandingkan itu. Sebagai contoh dalam perlawanan bola sepak dan hoki para pengulas sukan akan menggunakan istilah-istilah sukan. Setiap laras bahasa mempunyai perbendaharaan kata yang berbeza-beza terutamanya perkataan-perkataan khusus, struktur ayat serta cara pengungkapan dan format yang digunakan. Contoh laras sukan adalah seperti berikut:

"Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem ini, setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masingmasing. Dengan perkataan lain, mereka akan melawan dengan setiap ahli dalam kumpulannya. Dalam tem ini terdapat formula-formula yang penting yang boleh dibuat sebagai panduan untuk menentukan jumlah peruntukan masa, pengadil, padang permainan dan kelengkapan yang diperlukan"

Laras bahasa dalam lisan adalah seperti ulasan berita sukan, laporan sukan antarabangsa dan sebagainya. Penggunaan laras bahasa dalam laras sukan memerlukan perkataan-perkataan yang berunsur kesukanan seperti liga, penalti, pengadil, padang, gol, sepakan percuma, atlet, kad merah, kad kuning, balingan ke dalam, tendangan gol, tendangan sudut, tendangan terus, tendangan tidak terus,bagi perlawanan hoki antara istilah-istilah yang kerap digunakan ialah kawasan D, pukulan penalti, sudut, gol padang, kad hijau dan sebagainya. Laporan sukan banyak menggunakan ragam aktif dengan jenis ayat tunggal yang pendek-pendek.

Bagi khalayak khusus frasa dan ayat misalnya, bidang undang-undang, banyak menggunakan frasa penerang atau keterangan dengan ayat majmuk campuran. Biasanya pengulas sukan akan menggunakan bahasabaku dan suara mereka harus jelas dan tepat. Bahasa yang digunakan juga adalah tidak bercampur-campur dengan bahasa lain atau dalam istilah terkini ialah bahasa rojak. Ini kerana berita adalah dalam situasi formal dan dalam interaksi terbuka bukannya secara individu. Selain itu intonasi yang digunakan juga harus berbeza-beza kerana perlu menyeimbangkannya dengan emosi penonton dan pendengar. Hal ini kerana nada suara yang digunakan memainkan peranan yang penting dalam ulasan perlawanan sesebuah sukan atau berita sukan kerana berbeza dengan laporan berita semasa atau setempat.

Dalam ulasan berita sukan di televisyen, pengulas biasanya perlu bermain dengan memek muka, nada suara yang betul manakala bagi pengulas sukan radio mereka hanya perlu bermain dengan intonasi suara sahaja.

i.   Laporan   Berita   Sukan   Radio

Barrie Redfern (1985:157) menjelaskan laporan sukan dan berita kilat dikirim melalui pelbagai sumber. Berita kilat biasanya adalah berita terbaharu yang dibuat secara ringkas mengenai skor dan pembuat skor. Berita kilat ini membentuk satu corak di mana pemberita akan bergilir-gilir membuat laporan berita terbaru dalam rancangan sukan. Berita penting yang pertama ialah sama ada skor telah berubah dan apakah skor terbaru.

Kemudian diberitakan mengenai pembuat skor, masa, dan butir-butir terperinci. Dengan hanya mengemukakan fakta penting, pemberita boleh memadatkan maklumat dalam masa kurang dari 15 saat tetapi masih mempunyai masa untuk mengulangi skor di akhir rancangan. Lebih baik mengakhiri laporan dengan menyatakan punch line atau skor, yang berperanan sebagai ingatan, dan tidak hanya menyerahkan kembali ke studio. Seluruh siri bahan rakaman akan kedengaran seperti ulangan dan amalan setengah stesen ialah mengetepikan cara ini. Pemberita juga akan kedengaran lebih berpengetahuan (dan menjadi sebahagian dari rancangan) sekiranya beliau lebih sekali memetik komen atau frasa yang digunakan oleh juruhebah hubungan di studio, ataupun pemberita di tempat permainan lain, untuk menyampaikan berita yang bertentangan atau pengesahan seperti 'Di sini pun bel um ada sebarang skor lagi tetapi...'.

ii.  Radio- Televisyen

Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan manusia sehari-hari. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, gagasan, pengetahuan mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Semakin baik penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran bahasa maka semakin tinggilah keupayaannya untuk berkomunikasi secara berkesan sama ada secara lisan, bacaan mahupun penulisan. Begitu juga dalam laras bahasa lisan radio dan televisyen yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu perkara atau maklumat.

Laras bahasa lisan yang digunakan oleh siaran radio atau televisyen adalah lebih kepada berbentuk rasmi dan berformat. Laras yang digunakan penyampai radio dan televisyen sesuatu bahasa yang mudah difahami oleh

semua lapisan masyarakat. Ini kerana Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa serta agama. Bahasa Melayu digunakan dalam laras radio dan televisyen kerana mampu dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Namun ada juga bahasa yang digunakan seperti bahasa Tamil dan bahasa Cina untuk masyarakat tersebut yang kurang memahami bahasa Melayu. Laras bahasa lisan yang biasa

digunakan oleh radio dan televisyen adalah jelas dan tepat. Apa yang paling penting ialah kejelasan perkataan dan nada yang disebut oleh penyampai radio atau televisyen.

Justeru, DI dalam laras lisan radio dan televisyen juga mempunyai ciri-ciri seperti penyingkatan. Ini kerana radio dan televisyen menghadapi beberapa kendala atau masalah. Kendala yang paling besar dan menonjol ialah masa. Ini kerana masa telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan tidak boleh melebihi masa yang sepatutnya, kerana mungkin akan mengganggu rancangan lain yang akan ke udara. Kendala tersebut akan mempengaruhi gaya bahasa yang digunakan. Kendala waktu ini bermaksud masa untuk menyampaikan sesuatu telah di -tetapkan dan dihadkan supaya rancangan yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan tidak ada yang tergendala.

Teknik penyingkatan ini yang digunakan ialah dengan menggabungkan ayat dengan klausa relatif dan dengan penghilangan unsur tertentu. Penyingkatan yang dilakukan akan menjimatkan masa penyampaian dan sesuatu perkara itu akan dapat disampaikan dengan cepat dan tepat.

Dicatat oleh Din Senu 1 ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

APLIKASI LARAS BAHASA

Laras bahasa merupakan aspek yang penting dalam menjelaskan variasi atau kelainan dalam bahasa. Dengan wujudnya pengetahuan berkaitan sesuatu laras, seseorang pengguna bahasa akan menggunakan laras yang sesuai bagi menyampaikan buah fikiran atau maklumat dengan tepat kepada sasaran. Selain itu juga, pengetahuan berkaitan laras akan mendedahkan kepada pengguna bahasa tentang wujudnya pelbagai variasi bahasa dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna. Dengan menggunakan laras bahasa yang tepat, segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan senang difahami.

Dalam bidang pengajaran penulisan, pengetahuan berkaitan laras bahasamembolehkan seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras-laras tertentu dalam aktiviti penulisan mereka. Manakala dalam bentuk komunikasi pula, pengetahuan berkaitan laras bahasa membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras yang tepat semasa berkomunikasi. Selain itu, pengetahuan mereka berkaitan laras, membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat berbahasa dengan baik dan berkesan.

Dicatat oleh Din Senu Tiada ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI

Manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi yang penting di dalam kehidupan seharian mereka. Ini demikian, kerana bahasa dan pertuturanlah yang membezakan manusia dengan haiwan. Selain, bahasa mempunyai suatu sistem yang sistematis, dinamik dan selalu berubah-ubah sesuai dengan perkembangan zamannya. Halliday, di dalam bukunya bertajuk "Explorations in the Functions of Language" (1973), yang telah mengemukakan tujuh fungsi bahasa. Antaranya adalah:

i. Instrumentalii. Regulasiiii. Pemerianiv. Interaksiv. Personalvi. Heuristikvii. Khayalan

Fungsi instrumental bermaksud manusia menggunakan bahasa bagi melayani pengelolaan lingkungan yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku. Fungsi regulasi adalah fungsi bahasa yang bertindak sebagai pengawas dan mengendalikan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Fungsi ini digunakan untuk mengendalikan serta mengatur orang lain. Fungsi pemerian pula boleh ditafsirkan sebagai penggunaan bahasa untuk membuat penyataan-penyataan, menyampaikan pengetahuan, membuat penjelasan dan membuat laporan tertentu. Fungsi interaksi merupakan fungsi bahasa yang memainkan peranan bagi menentukan supaya hubungan antara manusia dapat terus berlangsung ataupun dipertahankan. Oleh itu, perlu pengetahuan yang luas berkenaan bahasa, loghat, jargon, slanga, gurauan, cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya. Pokoknya, kita mesti tahu pelbagai perkara tentang bahasa. Fungsi peribadi pula adalah fungsi bahasa yang memberi kesempatan kepada manusia bagi menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya. Seterusnya, fungsi heuristik melibatkan penggunaan bahasa bagi memperoleh ilmu pengetahuan. Ini demikian kerana ia disampaikan di dalam bentuk pertanyaan yang memerlukan jawapan. Fungsi khayalan juga merupakan fungsi bahasa yang digunakan oleh manusia bagi mencipta mimpi-mimpi yang mustahil diterima oleh akal. Fungsi ini dibawa melalui buku-buku dan cerita-cerita dongeng.

Ketujuh-tujuh fungsi di atas sebenarnya bersifat saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain bagi menghasilkan satu bentuk komunikasi yang berkesan di dalam menyatakan pelbagai topik serta memahamkan pelbagai bangsa di dunia. Bahasa merupakan alat komunikasi yang paling berkesan di dalam kehidupan manusia; ia bersifat arbiter, simbolik, sistematik dan manusiawi.

Dicatat oleh Din Senu Tiada ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

KEMAMPUAN BAHASA MELAYU MENYAMPAIKAN PELBAGAI ILMU

Sekiranya anda bertanya saya adakah bahasa Melayu mampu menyampai pelbagai ilmu; jawapan saya "Sudah tentu". Sejak kita merdeka, hampir 51 tahun dan sejak lebih 25 tahun bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolahsekolah, negara telah dapat menghasilkan ratusan, malahan ribuan pakar,sarjana, doktor, arkitek, pakar sains dan lain-lain melalui sistem prasekolah atau pendidikan yang sedia ada, yakni aliran kebangsaan. Keadaan ini dapat dijelmakan kerana bahasa Melayu mampu bersaing dengan bahasa lain (seperti Jepun, Korea, Jerman, China, Inggeris dan lain-lain) di dalam semua bidang dan digunakan di institusi pengajian tinggi.

Bahasa Melayu bukan sahaja mampu menyatakan pelbagai ilmu malahan ia juga memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia. Ini telah terbukti sejak sekian lama. Melalui perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang kuat di kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga ikut turut stabil. Ini adalah berkat bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama di dalam sistem pendidikan kebangsaan sejak awal tahun 70-an.

Bahasa Melayu juga telah memperkasa anak bumiputera di dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi dan sekali gus dapat melahirkan golongan kelas menengah di kalangan bumiputera yang menjadi sinergi dan sumber manusia yang terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan negara. Bahasa yang dahulunya hanya berperanan sebagai "lingua franca" dan juga bahasa "kelas kedua", akhirnya telah menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran dan bahasa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan domain ilmu. Maka, bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu, usaha promosi harus dipergiat dari semasa ke semasa.

Dicatat oleh Din Senu 2 ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

KEMAMPUAN MENYATAKAN PELBAGAI TOPIK DAN MEMAHAMI PELBAGAI BANGSA DI DUNIA

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, misalnya, telah membawa satu dimensi baru di dalam arena kebahasaan. Bahasa Melayu, misalnya, telah digunakan secara meluas di China (diajar di China Foreign Studies University, Beijing) sebagai bahasa komunikasi. Dengan usaha yang telah dijalankan oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam merealisasikan jalinan hubungan bahasa dan kesusasteraan Melayu ke peringkat antarabangsa telah membuktikan kepada kita bahasa Melayu mampu untuk menyatakan pelbagai topik dan memahamkan pelbagai bangsa di dunia. Ini sesuai dengan hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu yang penting di dunia melalui pelbagai rangkaian kerjasama secara 'institutional' dan rasmi.

Contohnya, kerjasama dengan Beijing Foreign Studies University dan lain universiti seperti University Peking dan Institut Penyiaran Beijing adalah antara usaha-usaha yang boleh diteruskan bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan boleh membuktikan bahasa Melayu mudah difahami dan mampu menyatakan pelbagai topik. Perasmian Pusat Bahasa Melayu (PBM) di Beijing telah mencetus satu era baru di dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dunia. Kemampuan bahasa Melayu menyatakan pelbagai topik dan mudah difahami ini telah menimbulkan minat di kalangan pelajar China untuk mempelajari bahasa Melayu kerana mereka menyedari bahawa bahasa Melayu bakal menjadi bahasa yang penting sebagai alat komunikasi dan kajian peradaban di dunia Melayu.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi telah diperluaskan di dalam pendidikan di mana badan-badan pembinaan dan pengembangan bahasa dan institusi pengajian tinggi telah memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan mutu bahasa dan pengembangan penggunaannya di dalam pelbagai bidang. Penyelidikan korpus dan pelbagai aspek bahasa, penyeragaman ejaan rumi, pembentukan istilah sains dan teknologi dan penerbitan telah dijalankan bagi memantapkan aspek-aspek bahasa agar ianya mudah difahami oleh setiap penutur dan pengguna bahasa tersebut. Di dalam bidang pendidikan, bahasa Melayu menjadi bahasa utama untuk berkomunikasi. Hal ini adalah kerana bahasa Melayu dapat menyampaikan pelbagai topik .

Dicatat oleh Din Senu Tiada ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

BAGAIMANA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU BOLEH TERCAPAI

Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting: keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat yakni mampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Beliau juga mengatakan bahawa, kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa

tersebut mesti sudah berada di dalam suasana 'saintifik' yang boleh menganalisis bahasa secara tepat yang mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik.

Keintelektualan bahasa dicapai melalui perbendaharaan kata dan melalui sistem tatabahasa. Keintelektualan perbendaharaan kata boleh dicapai melalui dua cara, iaitu:

i. Pengembangan perbendaharaan kata (lexical development ) dengan menambah istilah baru, yang bersifat khusus dan kadangkala sukar difahami.

ii. Melalui penukaran bentuk dan corak perbendaharaan kata iaitu dengan memberi pengertian khusus atau tertentu kepada perkataan tertentu yang berbeza dengan penggunaan biasa; perkataan baru mesti bersifat tepat, spesifik dan abstrak.

Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu mesti lah mempunyai peraturan-peraturan atau sistem, contohnya peraturan sebutan, peraturan memakai imbuhan, peraturan menggunakan frasa atau ayat, di samping mempunyai sistem atau cara membentuk kata atau istilah-istilah. Tanpa peraturan ini, kestabilan bahasa tidak mungkin tercapai. Bersifat luntur pula bermaksud bahasa itu boleh menerima pembaharuan yang berlaku di dalam bahasa-bahasa lain. Misalnya, penggunaan imbuhan pinjaman (pro-, anti-, -isme, is-), penggunaan istilah baru dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan Arab. Sifat keterbukaan ini membolehkan bahasa Melayu berfungsi dengan sempurna sebagai bahasa ilmu di dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.

Sifat kepelbagaian di dalam bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa ilmu pula bermaksud mempunyai pelbagai cara untuk menyatakan pelbagai peristiwa, perasaan atau pemikiran untuk mendapatkan kesan-kesan yang berbeza. Contohnya, untuk meminta seseorang itu membuka 'suis angin' kerana hawa di dalam bilik itu panas, boleh disampaikan dengan pelbagai gaya atau cara seperti:

i. Berpeluh pula badan. Panas rasanya sekarang!ii. Panas sungguh malam ini.iii. Tolong pasangkan kipas angin. Saya rasa panas.iv. Bilik ini patut dipasang dengan alat pendingin udara. Memang tidak sesuai pakai baju jenis ini. Panas rasanya.

Sifat keberkesanan pula bermaksud yang sempurna itu mempunyai keupayaan memberikan maksud dengan tepat dan berkesan. Antara ciri-cirinya ialah, bahasa itu mestilah mempunyai perkataan, istilah, frasa dan ayat yang boleh digunakan untuk menyemai maksud dengan tepat tanpa

menimbulkankeraguan, kekeliruan dan kekaburan erti. Pada masa kini juga terdapat banyak buku ilmiah sama ada di dalam bidang teknologi mahupun sains yang digunakan sebagai rujukan di pusat pengajian tinggi atau universiti. Bahasa yang sempurna juga mestilah mempunyai keindahan bahasa yakni boleh melahirkan buah fikiran, pendapat ataupun kenyataan dengan bahasa yang indah dan sedap didengar serta mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Nilai estetika ini dapat kita lihat melalui puisi tradisional mahupun puisi moden seperti pantun, syair, gurindam dan sajak. Antara contoh keindahan bahasa dapat dilihat melalui bait-pait puisi di bawah:

1. Tanjung Katong airnya biru, Tempat orang bermandi manda, Sedang sekampung lagikan rindu, Inikan pula jauh di mata.

2. Apa guna berkain batik, Kalau tidak dengan sujinya, Apa guna beristeri cantik, Kalau tidak dengan budinya.

3. Barang siap tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilang nama.

4. Burung kedidi terbang ke hutan, Gugur bulunya di ranting sena, Ranting patah menimpa budak, Jangan menjadi rambutan jantan, Orang berbunga awak berbunga, Orang berbuah awak tidak.

(Dipetik daripada A. Halim Ali (2006), Mendekati Puisi Melayu Tradisional.Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Sebenarnya, hasil daripada kerjasama pelbagai pihak boleh membuahkan buku ilmiah yang dapat digunakan di sekolah rendah, menengah, institut perguruan dan universiti. Peranan utama dimainkan oleh DBP sejak tertubuhnya institusi tersebut pada tahun 1956 dan hingga sekarang isu buku rujukan bagi sekolah rendah dan menengah sudah dapat diselesaikan. Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memainkan peranan yang penting di dalam kemajuan menuju ke arah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pihak kerajaan telah memberi bantuan kewangan yang amat banyak di dalam hal ini dan pelbagai aktiviti disediakan untuk pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.Dicatat oleh Din Senu Tiada ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU

Bahasa ilmu boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. Jadi, adakah Bahasa Melayu berkemampuan menjadi bahasa ilmu yang boleh digunakan di dalam pelbagai bidang ilmiah atau ilmu pengetahuan? Melalui sejarah kita boleh menjejak laluan bahasa Melayu hingga ia menjadi bahasa pengantar dan bahasa yang digunakan untuk mengajar pelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi.

Melihat dari segi sejarah, bahasa Melayu di rantau ini pernah digunakan di dalam peradaban tinggi, di dalam istana dan di kota-kota di mana bahasa itu tersebar. Bahasa Melayu juga telah lama digunakan untuk mengungkapkan konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta kompleks, terutama sekali di dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya. Setelah tiga puluh tahun dirancang dengan begitu rapi, perkembangan yang positif di dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat di dalam bidang ilmiah. Penggunaan bahasa Melayu di dalam bidang sains sosial telah lama wujud, malahan lebih awal daripada zaman kegemilangan kerajaan Melayu Srivijaya, Acheh dan Melaka. Malahan di dalam sejarah yang mutakhir, pusat kebudayaan seperti Pulau Pinang telah banyak menghasilkan buku untuk institusi pengajian tinggi dan akhbar diterbitkan. Bahasa Melayu telah digunakan dengan banyaknya di dalam konteks agama, sastera dan budaya.

Ukuran kejayaannya tidak mudah dapat difahami kerana penggunaannya terhad kepada bidang-bidang itu sahaja dan tidak pernah dikembangkan ke bidang-bidang lain. Oleh itu, usaha menggunakan bahasa Melayu di dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan ini juga adalah jauh lebih mudah kerana bahasa tersebut telah lama digunakan untuk tujuan ini, walaupun tidak abstrak dan sukar berbanding dengan sains dan teknologi. Bahasa Melayu ilmiah ini dapat dilihat melalui beberapa ciri umum iaitu peristilahan, tatabahasa, larasdan lain-lain.

Berikut diperturunkan senarai istilah kosa kata bahasa Melayu ilmiah yang banyak bilangannya dan khusus sifatnya. Kamus Dewan yang diterbitkan padatahun 1970, iaitu edisi kedua tahun 1980, hanya berupaya mencipta 28,000 kata masukan, tetapi istilah yang sudah dicipta oleh DBP setakat ini , untuk semua bidang telah mencapai 477,300 (Berita Peristilahan, Mei 1986). Setiap satu bidang ilmu terdapat sejumlah peristilahannya sendiri dan mempunyai maknanya yang tersendiri pula.

Di dalam hal penciptaan istilah ternyata bahawa istilah, walaupun banyak iaitu berjumlah 487,249 dan meliputi 36 bidang, namun kerja-kerja menokok tambah jumlah istilah terus berjalan. Usaha membina istilah baru telah bermula sejak 1957 lagi dan jumlah di bawah merupakan senarai beberapa bidang yang dikumpulkan sejak tarikh tersebut.

i. Jawatan dan jabatan 1964 (5,034 istilah)ii. Pentadbiran , 1962 (6,074 istilah )iii. Ekonomi , 1965/1979 (6,421 istilah)iv. Pendidikan, 1966/ 81 (15,308 istilah)v. Geografi , 1967/76/81 (18,148 istilah)vi. Linguistik, 1975 (3,500 istilah)vii. Sejarah, 1973/83 (14,322 istilah)viii. Muzik, 1974 (4,969 istilah )ix. Seni Lukis 1974 (6,348 istilah)x. Biologi, 1980/1981 (13,000 istilah )xi. Kejuteraan Pengajian Tinggi , 1986 (33,341 istilah)xii. Kimia Pengajian Tinggi, 1986 (20,3000 istilah)

Daripada senarai yang diberi di atas bolehlah kita mengandaikan hingga kini, telah banyak istilah baru masuk ke pangkuan bahasa Melayu dan atas dasar itu bahasa Melayu memang layak menjadi bahasa ilmu.Bahasa Melayu ilmiah sekarang menampung kemasukan Latin dan Yunani yang dipinjam melalui bahasa Inggeris. Jika dilihat jumlah imbuhan di dalam bahasa Melayu (22 buah semuanya) maka kita menyetujui dan mengerti bahawa bilangan imbuhan yang sedikit ini tentu sekali tidak dapat menampung banyak fungsi keseluruhan di dalam bahasa Melayu. Bilangan imbuhan yang sedikit ini menampung pelbagai fungsi, misalnya [ter-] yang menunjukkan 'tidak sengaja' itu dipakai di dalam 'terserapkan, terbalikkan', untuk membawa maksud boleh. Jika dilihat Âmaksud negatifÊ imbuhan berikut digunakan di dalam bahasa Inggeris [ a-, in-, un-, ab, an- , ir- , non- ], semuanya menunjukkan penafian. Di dalam bahasa Melayu hanya terdapat dua jenis negatif, itu 'bukan dan tidak', jadi mudah apabila hendak digunakan di dalam ayat.

Dewasa ini, kosa kata di dalam bahasa Melayu ilmiah sudah bertambah banyak dan khusus sifatnya. Kita tidak mengetahui semua istilah untuk menulis atau bertutur, tetapi perlu mengetahui bidang pengkhususan kita. Misalnya, kalau bidang saya linguistik, saya hanya menumpukan dan memberi perhatian kepada istilah linguistik sahaja, tidak yang lain. Untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa ilmu di dalam bidang ilmu atauilmiah, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak kurang aktif di dalam hal ini. Peranan Dewan patut diberi pujian. Setakat ini DBP sudah berjaya menyelesaikan dan memenuhi permintaan buku-buku teks bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah serta pra-universiti. Buku-buku teks untuk institusi pengajian tinggi juga sudah berjalan dengan lancar. Terdapat dua langkah yang dibuat di dalam hal ini: bantuan tenaga pengajar daripada institusi pengajian tinggi dan menerbitkan karya-karya asal untuk diterbitkan bagi keperluan institusi pengajian tinggi.

Untuk menyelesaikan masalah di atas, DBP dengan sokongan akademik di universiti tempatan telah bekerjasama untuk mengenal buku teks yang diperlukan di universiti dan yang ditulis di dalam bahasa Inggeris. Setelah buku teks ini dikenal pasti, buku-buku tersebut boleh diterjemahkan ke dalam bahasa

Melayu untuk keperluan mereka. Kedua, DBP juga menerbitkan karya asal dan hingga kini telah menghasilkan 700 buah buku untuk digunakan di institusi pengajian tinggi. Buku ini meliputi semua bidang.

Di dalam usaha ke arah penerbitan buku teks untuk institusi pengajian tinggi, memang mudah menerbitkan buku-buku di dalam bidang sains sosial dan bahasa dan kesusasteraan; hingga kini DBP telah menghasilkan lebih 500 buah buku di dalam pelbagai topik: novel, kritikan sastera, antologi cerpen dan sajak serta buku-buku prosiding mengenai bahasa dan kesusasteraan.

Dicatat oleh Din Senu 1 ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

BAGAIMANA BAHASA MENYATUPADUKAN RAKYAT

Selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa pengantar utama bagi semua peringkat prasekolah dan pengajian. Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah memenuhi hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pelajar-pelajar bukan sahaja perlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan fungsinya sebagai bahasa perpaduan rakyat, perhubungan utama, dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat.

Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah yang meliputi Tingkatan 1 hingga 5 akan terus meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar remaja dan memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa di dalam pelbagai situasi, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah. Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah juga menanam kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusasteraan. Pemupukan semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia diberi penekanan di dalam pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah agar pelajar-pelajar membina semangat rasa bangga dan cinta akan tanah air di dalam satu wawasan budaya yang dihasratkan.

Di samping itu juga, bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat

dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Selain itu juga, pendidikan sebagai alat yang digunakan untuk perpaduan antara kaum jelas dinyatakan di dalam Penyata Razak 1956. Oleh itu, apabila pendidikan dianggap sebagai alat secara automatiknya, bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa perpaduan boleh mengambil bahagian di dalam isu menyatupadukan rakyat kerana bahasa Melayu itu digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar di pelbagai bidang.

Aspek penting untuk menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan adalah melalui pendidikan. Sesungguhnya pendidikan hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara di dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidikan hari ini telah membuktikan bahawa negara berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Perpaduan rakyat atau pembentukan satu negara bangsa dapat dicapai melalui sistem pendidikan. Oleh itu, perpaduan rakyat dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama laintidak mengira bangsa dan agama. Secara faktanya, sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan cerdik pandai menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Selain itu, penyatupaduan rakyat dapat mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan kerana sistem persekolahan yang berbeza-beza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak.

Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa. Selain itu, bahasa Melayu juga dapat membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami. Penyatupaduan rakyat melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh diwujudkan melalui penerapan nilai-nilai murni; seperti yang tercatat di dalam matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu.

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya di kalangan pelajar. Masalah polarisasi kaum di kalangan pelajar, jika tidak dibendung akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat terhadap negara. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran mereka, jika setiap kaum mengutamakan bangsa sendiri. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup, di samping mengamalkan

dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.

Sesungguhnya gejala tidak sihat ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa depan negara. Para pelajar perlu digalakkan berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlain bangsa dan kaum. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar semasa berada di bangku sekolah. Selain daripada itu, penyatupaduan rakyat di negara ini dapat dilaksanakan melalui aktiviti kelab dan persatuan Bahasa Melayu di mana pelajar atau orangramai dapat berinteraksi di antara satu sama lain di dalam komuniti tersebut. Mereka juga dapat berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan semangat kekitaan. Aktiviti seperti minggu bahasa kebangsaan, majlis deklamasi sajak, berbalas pantun, syarahan dan pidato antara kaum dan antara pelajar boleh meningkatkan perpaduan sesama mereka. Semua aktiviti ini harus melibatkan semua kaum yang ada di negara ini.

Dicatat oleh Din Senu 4 ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

SEJARAH BAHASA PERPADUAN

Ketika penjajahan, pendidikan sebelum merdeka, sistem persekolahan yang diamalkan adalah dasar 'pecah dan perintah'. Kerajaan British mengamalkan dasar 'laissez-faire' dengan membiarkan setiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-masing. Kesannya telah wujud empat sistem persekolahan yang berbeza di negara kita pada masa itu. Hala ini menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondoknya dansekolah rendahnya , yang bersifat tradisional, memperlihatkan mutu pendidikan yang mat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu didirikan atas daya inisiatif perseorangan. Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina, yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil pula diuruskan oleh kaum India, manakala sekolah Inggeris diberi keutamaan, duduk di tangga teratas dan ada yang dikendalikan oleh mubaligh-mubaligh Kristian.

Ada teori politik yang mengatakan apabila sesebuah negara bekas tanak jajahan mempunyai banyak bahasa peribumi, jalan yang paling selamat untuk menyatupadukan semua rakyat ialah memilih bahasa bekas penjajah sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar sistem pendidikannya, kerana dengan mengambil bahasa asing tidak ada mana- mana pihak yang berasa bahasanya teraniaya, meskipun apa yang mereka tidak sedari ialah semua bahasa peribumi mereka adalah teraniaya oleh bahasa asing tersebut, tetapi pada mereka itu tidakmenjadi hal.

Teori ini sudah dicuba dan masih dicuba di India, Filipina, Nigeria, Kenya, Ghana dan lain-lain. Ternyata, selepas setengah abad teori itu diuji, yang ada hanyalah bukti-bukti negatif. Jauh daripada bersatu padu, India makin berpecah belah dan melahirkan Pakistan; dan Pakistan pula kemudiannya melahirkan

Bangladesh. Kini Kashmir dan Punjab menuntut kebebasan. Keadaan di negara lain tidak jauh bezanya. Di sebaliknya pula, negara yang menggunakan bahasa peribumi hidup subur dan berkembang di dalam semua aspek. Contohnya, Jepun, Korea, China, Thailand dan sebagainya.

Bandingkan keadaan ini dengan Indonesia yang menguji teori lain iaitu, apabila terdapat 1,485 bahasa dan bahasa tersebut pula tersebar di 23,000 buah pulau, bahasa yang dapat menyatupadukan seluruh rakyat negara tersebut ialah daripada kumpulan peribumi yang terkecil, yakni bahasa Melayu. Maka di Indonesia, dipilih bahasa yang dituturkan oleh suatu kaum yang tinggal sepanjang Sungai Jambi di Sumatera, yang jumlahnya tidak lebih daripada dua ratus ribu orang. Bahasa mereka dikenali sebagai bahasa Melayu dan kemudian dinamakan bahasa Indonesia. Seolah-olah ia memiliki kuasa sakti kerana ia mampu menggenggam puluhan ribu pulau dan ribuan suku kaum yang menjadi satu kesatuan negara dan bangsa.

Dicatat oleh Din Senu 2 ulasan:

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN

Perpaduan atau solidariti dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga, menurut Kamus Dewan (1994), perpaduan ditakrifkan sebagai penggabungan, pelaburan persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Di dalam erti kata yang lain, perpaduan dapat diertikansebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja di kalangan dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

Oleh itu pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain) yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di dalam sesebuah negara. Bahasa adalah suatu keseluruhan, suatu prinsip klasifikasi dengan sesuatu yang dikuasai dan bersifat konvensional yang seharusnya terkebawah daripada naluri semula jadi. Whitney (1998), berpendapat bahasa adalah salah satu institusi sosial dan menganggap bahawa kita menggunakan alat ujaran sebagai wadah bahasa hanyalah secara kebetulan sahaja, untuk kesenangan sahaja: manusia boleh sahaja memilih bahasa isyarat dan lambang tampak dan bukan lambang'akuistik'.

4.1.2 Peranan Bahasa Melayu di Malaysia Bahasa Melayu mempunyai status dan fungsi yang pelbagai di Malaysia. Masyarakat memang sentiasa memberi taraf tertentu kepada sesuatu bahasa (Abdullah Hassan, 1996). Bagi orang Melayu, bahasa Melayu ialah bahasa pertama atau bahasa ibunda mereka. Bagi orang bukan Melayu, bahasa Melayu menjadi berperanan sebagai bahasa kedua. Bahasa Melayu wajib dikuasai oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan sebahagian daripada sistem  pendidikan dan pentadbiran di Negara kita. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa formal. Semua lapisan masyarakat kita menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi atau formal. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa utama dalam bidang pendidikan dan pentadbiran. 4.1.2.1 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Semua kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Kepelbagaian ini kalau tidak ditangani dengan berhati-hati akan menimbulkan pelbagai permasalahan. Kita tidak ingin peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang kembali. Oleh sebab itu, kita memerlukan satu mekanisme untuk penyatuan untuk mengeratkan hubungan kekitaan seluruh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan telah menjadi bahasa penyatu rakyat Malaysia. (Zulkifley. Ramli Md. Salleh & Rahim Aman, 2007) Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen. Manakala pada tahun 1967, bahasa Malaysia telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Negara Malaysia. Bagi meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu. Perancang korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat kiriman, dan peristilahan.    4.1.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan Selepas merdeka, pihak Kerajaan telah merancangkan pembinaannya dengan tujuan supaya bahasa Melayu berkembang dan maju perananya yang utama sebagai asas kebudayaan masyarakat. Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran Negara. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meluaskan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu oleh masyarakat yang masih belum tahu berbahasa Melayu. Dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan. Namun demikian, pada keseluruhannya bahasa Melayu gagal dalam melaksanakan pengajaran bahasa Melayu. Kegagalan ini dilihat dari semua aspek penguasaan bahasa seperti sebutan, ejaan, imbuhan, ayat, kata, intonasi dan peribahasa (Abdullah Hassan, 1996). Dalam pada itu, usaha giat dijalankan untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai

bahasa Melayu moden. Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan  bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam  pengajaran bahasa Melayu. Dasar Pelajaran Kebangsaan, mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid. Menurut Laporan Razak, bahasa Melayu harus diajar disemua sekolah dan menjadi syarat utama bagi sesebuah sekolah memperoleh bantuan Kerajaan. Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan Bahasa yang mempunyai dua peranan iaitu melatih guru mengajarkan Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Laporan Razak telah menyokong penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah mencadangkan perkara-perkara seperti berikut: (i) Kelulusan bahasa Melayu diperlukan untuk memasuki perkhidmatan awam. (ii) Bahasa Melayu patut menjadi faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan kanak-kanak ke sekolah menengah dan diwajibkan dalam semua peperiksaan yang diawasi kerajaan. (iii) Bahasa Melayu boleh dijadikan syarat kelulusan yang penting bagi calon yang memohon biasiswa kerajaan. (iv) Bonus akan diberi kepada pegawai Kerajaan yang lulus peperiksaan Bahasa Melayu. (v) Bantuan kerajaan dalam mempelajari Bahasa Melayu akan diberi apabila cukup alatan mengajar di sekolah itu. (vi) Bahasa Melayu boleh diwajibkan dalam sebahagian daripada kursus latihan guru dan peperiksaan. 4.1.2.3 Pembinaan Sekolah Menengah Melayu Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu, pembinaan sekolah Menengah Melayu dipergiatkan. Sekolah-sekolah ini telah dibina pada awal abad ke-60an. Sekolah Menengah Melayu yang mula-mula sekali siap dibina pada tahun 1963. Pertambahan sekolah Melayu

   bertambah agak pesat. Sekolah Menengah Melayu berjumlah 363 buah pada akhir tahun 1974. Antaranya ialah Sekolah Sultan Abdul Halim Jitra, Sekolah Tun Fatimah Melaka, dan lain-lain. Berdasarkan jadual ini, perkembangan sekolah tidak berkadar terus dengan tahun. Kemerosotan bilangan sekolah ini jelas terdapat pada tahun 1966, 1967, 1968, 1969, dan 1970. Antara sebab kemerosotan bilangan sekolah ini adalah disebabkan Sekolah Menengah Melayu pada mulanya menumpang di sekolah Inggeris. Apabila bangunan barunya dibina, sekolah yang menumpang ini akan ditutup. Bukan itu sahaja, malah Sekolah Menengah Melayu yang kecil-kecil telah disatukan. 4.1.2.4 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai pengantar dalam sistem pendidikan Negara dan menjadi alat utama perpaduan kaum. Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan yang berbahasa pengantar Inggeris dijadikan sekolah Kebangsaan, namun pelaksanaan bermula pada tahun 1968. Pada tahun 1959, perubahan pengantar dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu telah dillaksanakan pada peringkat kolej. Hal ini kerana suatu tunjuk perasaan oleh penuntut Maktab Perguruan Bahasa yang menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan mengubah bahasa pengantar kolej itu. 4.1.2.5 Bahasa Melayu dalam peperiksaan Penggunaan bahasa Melayu dalam peperiksaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu matapelajaran dan peperiksaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Pada tahun 1957, Peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu matapelajaran telah dilaksanakan. 4.1.2.6 Bahasa Melayu dalam latihan perguruan Pada tahun 1957, kerajaan telah mewajibkan pembelajaran bahasa Melayu di maktab atau di pusat latihan guru. Bahasa Melayu diajarkan sebagai salah satu daripada mata pelajaran wajib kepada para guru pelatih. Penyediaan guru yang berkelayakan mengajar dalam bahasa Melayu amat penting kerana sekolah menengah kebangsaan yang dimulakan itu hanya dapat berkembang dengan pesat dan baik jika gurunya disediakan. Sejak tahun 1958, Maktab Perguruan Bahasa telah melahirkan guru yang berkelayakan mengajarkan bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua dan bahasa pertama. Pada tahun 1958, kursus pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua telah diadakan bagi penuntut di maktab dan di Pusat Latihan Harian untuk membolehkan mereka mengajarkan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah jenis kebangsaan.

Pembinaan Laras Bahasa Melayu

Menurut Nik Safiah Karim ( 2003: 155-156 ), laras bahasa dalam Bahasa Melayu

merupakan perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunakan bahasa

yang sama dalam situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan berbahasa

yang dipengaruhi oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan yang digunakan

berdasarkan cara pengungkapan mengikut situasi tertentu yang wujud berdasarkan perkara yang

ingin diperkatakan serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan perkataan dan ungkapan tertentu

yang jelas meletakkannya dalam sesuatu laras.

Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan laras bahasa ini dilaksanakan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai

peringkat yang telah menghasikan hampir 10,000 judul buku dan berdasarkan koleksi

Perpustakaan Negara Malaysia ( 1966 hingga 2001 ), sejumlah 105,898 judul direkodkan sebagai

buku yang berdaftar di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan

Perpustakaan 1966 yang turut merangkumi buku dalam bahasa lain dan hanya 60,474 judul

dalam Bahasa Melayu.

kewujudan perbezaan laras bahasa menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj.

Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 36 - 40 ), disebabkan oleh ciri-ciri keperihalan

( situasi luaran dan persekitaran – cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan

yang diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa ) sesuatu peristiwa bahasa dan linguistik

( bunyi, perkataan – khusus, kolokasi dan pinjaman – dan ayat ) yang terbahagi kepada sebelas

laras berdasarkan bidang ilmu, iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media, rencana, undang-

undang, agama, sukan, sastera, ekonomi dan akademik.

Laras bahasa biasa adalah laras yang tiak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks

yang khusus kerana ianya digunakan dalam perbualan harian yang tidak melibatkan istilah

khusus tetapi menggunakan struktur ayat yang mudah, ringkas dan padat. tambahan lagi, ianya

tidak banyak menggunakan kata pinjaman serta menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang

mudah difahami yang boleh wujud dalam keadaan formal dan tidak formal ( menggunakan

bahasa basahan ).

Laras bahasa perniagaan atau iklan pula adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat

dengan berkesan yang berbentuk pemberitahuan fakta yang ringkas dan terperinci yang bersifat

imaginatif dan kreatif menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan untuk memujuk dan

mempengaruhi pengguna dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa.

Laras bahasa sains pula dihubngkan dengan laras bahasa ilmiah yang bersifat formal dan

tidak menggunakan bahasa basahan kerana bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif

dalam mempersembahkan maklumat yang berdasarkan kajian dan fakta yang banyak

menggunkan kata nama dan ragam ayat pasif serta istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris.

Laras bahasa media massa menggunakan bahasa yang mudah, gaya tulisan yang jelas dan

ketepatan isi tulisan dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa dalam melaporkan sesuatu

peristiwa yang berlaku tanpa istilah teknikal dan khusus dalam mempersembahkan judul dan

teks.

Laras bahasa rencana pula adalah bersifat umum, hal ini kerana adalah untuk keperluan

menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu dengan gaya bahasa yang mudah difahami

kerana terus menjurus kepada tajuk rencana yang bersifat laporan.

Laras bahasa undang-undang  biasanya mengandungi prinsip undang-undang berbentuk

akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen serta banyak menggunakan istilah pinjaman

daripada Bahasa Inggeris. Interpretasi menentukan makna kosa kata yang digunakan tanpa

mengambil kira struktur ayat dalam penyampaian tetapi menekankan kepersisan dan kejelasan

yang bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat dalam binaan ayat yang panjang.

Laras bahasa agama tidak lari dari membincangkan isu agama yang banyak

menggunakan kata pinjaman Bahasa Arab dalam pembentukan struktur ayat yang menekankan

petikan al-quran dan hadis.

Laras bahasa sukan pula bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan dengan kegiatan

sukan dalam bentuk bahasa yang ringkas dan bersahaja tetapi jelas berikutan pemilihan kosa kata

yang senang difahami.

Laras bahasa saster atau kreatif adalah bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan

imaginasi dan pengalaman penulis yang bersifat imaginatif dan figuratif ( penyimpangan makna

aripada bahasa biasa ) serta mementingkan pemilihan diksi yang berkesan dengan menggunakan

bahasa tersirat, istilah-istilah khusus berkaitan sastera, perlambangan, kiasan, imejan,

personafikasi, metafora dan sebagainya yang mementingkan penyusunan dan pengulangan kata

atau ayat, bernada puitis dan komunikatif.

Laras bahasa ekonomi pula merupakan laras berbentuk ilmiah yang menggunakan istilah-

istilah terknikal, tidak mementingkan struktur ayat, bersifat formal serta mementingkan susunan

maklumat yang jelas dan eksplisit dalam bentuk data dan statistik.

Laras bahasa akademik adalah bersifat formal dan objektif yang menunjukkan

kematangan dan keintelektual, iaitu berkeupayaan menyamapaikan buah fikiran dan hujah

dengan tepat dan berkesan menggunakan istilah yang bersifat khusus dan sukar difahami kerana

menekankan kesempurnaan bahasa dalam pemaparan, perbincangan dan penghuraian yang turut

melibatkan sudut pandang orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk serta turut

memuatkan nota kaki, bibliografi, indeks dan sebagainya dalam penulisan.

Laras bahasa

               Istilah register  atau laras telah digunakan seawal tahun 1956 oleh seorang ahli bahasa bernama Reid sebagai satu teknik untuk menerangkan perlakuan bahasa seseorang individu apabila bahasa digunakan. 

               Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1995), bentuk bahasa yang khusus sifatnya bagi membincangkan sesuatu bidang itulah yang dianggap sebagai laras atau register. Kemampuan seseorang menggunakan laras yang betul dan tepat mengikut situasi dan keadaan membolehkan segala maklumat yang hendak dinyatakan lebih mudah difahami dan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan .   

                Laras bahasa ialah ragam-ragam bahasa tertentu yang memanipulasi leksis, unsur-unsur tatabahasa serta pertautan sesuai dengan laras yang digunakan. Penelitian terhadap aspek laras bahasa perlu diberi perhatian  kerana bidang-bidang ilmu tertentu mempunyai laras bahasanya yang tersendiri.

                 Dua perkara yang membezakan antara satu laras bahasa dengan laras bahasa yang lain ialah perbendaharaan kata atau leksis dan tatabahasa. Asmah Haji Omar (1987) mengkaji laras bahasa menggunakan pendekatan yang agak berlainan. Beliau menganalisis bahasa saintifik dari aspek laras dan gaya, istilah dalam bentuk kata dan frasa, modus dan teks serta koheren, dan laras bahasa laporan (1988) dengan menganalisis kata dan ungkapan dan struktur-struktur ayat tertentu. 

Kepentingan Penggunaan Laras Bahasa1. Menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas.

2. Mencerminkan latar belakang atau taraf sosial penutur.

3. Memupuk nilai penyesuaian diri dengan persekitaran.

            Jumlah laras yang digunakan oleh individu boleh menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya serta peranan yang dimainkan dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranan seseorang semakin besarlah pula jumlah laras yang ada padanya. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor geografi atau daerah disebut dialek daerah. Misalnya dialek Kelantan, Terengganu, Perak dan sebagainya. Penggunaan yang berbeza-beza inilah yang melahirkan laras.

Laras Dalam Bahasa  Melayu

              Laras yang tidak sama dipilih untuk situasi-situasi yang berlainan, menunjukkan bahawa masyarakat sedar tentang wujudnya situasi-situasi sosial yang berlainan. Perbezaan dari segi laras bahasa yang digunakan dengan cara yang berbeza-beza menurut keadaan dan tempat.Penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor sosial seperti keadaan, tempat, dan konteks disebut sebagai laras bahasa ataupun laras sosial. Seseorang individu dapat menggunakan beberapa laras kehidupannya, menurut tempat dan keadaan, misalnya laras bercakap dengan majikan atau ucapan majlis rasmi.

Laras Bahasa Ilmiah

               Laras ilmiah ialah laras yang mengungkapkan ilmu. Ia merupakan kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa yang digambarkan melalui penggunaan perbendaharaan kata dan melalui struktur bahasa. Laras bahasa ilmiah boleh dibahagikan kepada bentuk lisan dan tulisan.

1. Bentuk Lisan                                                      

*penyampaian ilmiah                                                *seminar                                                                 *kolokium                                                                *ceramah  

2. Bentuk Tulisan

*penulisan buku teks*penulisan jurnal*penulisan tesis*penulisan kertas kerja

                                                               Ciri-ciri Laras Bahasa Ilmiah

1. Bernada formal dan objektif

2. Menggunakan sudut pandang orang ketiga

3. Penggunaan ragam pasif

4. Penggunaan ayat majmuk

5. Nada bersahaja

6. Sifat kejelasan

7. Bahasa rasmi

8. Penggunaan istilah khusus

9. Perbendaharaan kata

10. Tatabahasa

11. Ketenunan

Laras Biasa atau Laras Lisan

                                   Laras jenis ini merupakan penggunaan bahasa yang tidak melibatkan

bidang ilmu atau sesuatu pengkhususan. Lazim digunakan dalam perbualan

seharian. Jadi, laras ini tidak mengandungi pola yang tertentu.

Laras Bahasa Kreatif

                                  Semua jenis penulisan kreatif seperti novel, cerpen, puisi, drama,

pantun, syair, dan pelbagai puisi tradisional yang lain. Termasuk juga lirik lagu,

cogan kata, iklan, bahasa berirama, dan semua jenis perumpamaan (peribahasa)

dan simpulan bahasa.

Laras Bahasa Bukan Kreatif

                         Penulisan dalam bidang undang-undang, kejuruteraan, ekonomi, fizik, sukan,

pengiklanan, falsafah, dan agama.

Ciri Khusus Laras Bahasa

1.Penggunaan istilah masing-masing mengikut bidang ilmu yang tertentu.

2.Jenis dan struktur ayat yang mudah atau kompleks, pendek atau panjang, ayat aktif atau

ayat pasif, bergantung kepada jenis bidang ilmu.

3.Pemerengganan yang bergantung kepada jenis format penulisan, penghuraian,

penomboran, simbol, carta, dan lain-lain.

4.Modus ayat: ayat penyata atau ayat bukan penyata, dan ragam bahasa.

5.Gaya persembahan: lisan dan tulisan.

6.Bentuk jenis persembahan: surat, laporan, hasil penyelidikan projek, teks ucapan, doa,

ulasan langsung acara sukan, buku, kuliah, dan lain-lain.

Kepersisan dalam laras bahasa

1. Aspek tatabahasa: Penggunaan bentuk standard dari segi ejaan, kosa kata umum,

tatabahasa, dan unsur-unsur mekanika bahasa.

2.  Aspek sosiolinguistik: Penggunaan unsur-unsur sokongan daripada sistem nilai

masyarakat dan budaya pengguna bahasa Melayu (atau lain-lain yang berkenaan)

seperti sistem panggilan dan bahasa sapaan yang tepat.

3. Keindahan bahasa: Penggunaan unsur-unsur keistimewaan dan ciri khusus yang ada

dalam bahasa Melayu, seperti peribahasa dan simpulan bahasa, bentuk-bentuk

bahasa puitis, penjodoh bilangan, dan pelbagai ragam bahasa.

4. Keperihalan Keadaan: Penggunaan maklumat keperihalan keadaan dengan tepat,

termasuk tentang lokasi, masa, peristiwa, penutur/penulis, pengguna dan

pelanggan atau khalayak, jenis komunikasi, tujuan komunikasi, cara komunikasi,

alat komunikasi, dan seumpamanya.

5. Keluasan ilmu dan kreativiti penutur/penulis.

Laras Akademik

                   Laras akademik boleh dibahagikan kepada bahagian tertentu, berdasarkan

bidang ilmu yang diperkatakan. Dalam laras akademik terdapat beberapa contoh

misalnya laras sains, laras ekonomi, laras sastera, dan lain-lain. Laras yang

digunakan mudah dikesan kerana penggunaan istilah teknikal.

Laras Rencana

                     Laras rencana merupakan sesuatu yang bersifat umum. Laras ini

menyentuh sesuatu perkara tertentu. Tajuk rencana dikupas dengan mendalam

menggunakan gaya bahasa penulis. Ciri utama ialah kepelbagaian idea yang

diperkatakan dan bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara terperinci

dan mendalam.

Laras Media Massa

       Dikenali juga sebagai laras laporan. Kurang mementingkan gaya dan nahu seperti

penggunaan imbuhan. Bahasa bersifat melaporkan sesuatu, ringkas, mengandungi

maklumat untuk paparan dan penggunaan istilah teknikal tidak digunakan.

Laras Bahasa Sastera

              Laras ini juga mementingkan istilah teknikal dan khusus. Walau bagaimanapun,

bidang yang diperkatakan adalah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta

hubungan antara kedua-dua bidang itu.

Perbezaan Laras

           Laras perniagaan menggunakan gaya bahasa memujuk dan bersifat informatif

tentang sesuatu produk atau perkhidmatan yang diiklankan. Laras akademik

bersifat teknikal menjurus kepada sesuatu bidang yang khusus. Laras undang-

undang menggunakan bahasa ilmiah yang bersifat kuno atau moden dan banyak

menggunakan bahasa teknikal yang  berkaitan dengan bidang undang-

undang. Laras media massa bersifat lebih ringkas dan tidak menggunakan istilah

teknikal. Laras bahasa sastera mementingkan istilah khusus. Laras rencana bersifat

umum dan menyentuh tentang tajuk atau isu tertentu.

Laras Bahasa Melayu

LARAS BAHASA

Perbincangan mengenai laras bahasa tidak dapat terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza, misalnya dialek Kelantan, Melaka, Sarawak dan sebagainya.

Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras. Ini disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau-senda adalah berbeza daripada kata –kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial

seperti keadaan dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial. Manakala penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan laras bahasa dalam variasi bahasa.

KONSEP DAN DEFINISI LARAS BAHASA

Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung. Misalnya dengan siapa dia bercakap, tajuk yang perkatakan/dibincangkan, suasana formal ataupun tidak formal dan penggunaan medium, sama ada secara lisan atau tulisan. Beberapa orang pengkaji telah mengemukakan pendapat mereka tentang laras.

Nik Safiah Karim (1982 :1) menyatakanLaras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa - Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.

Abdullah Hassan (1989 :26) pula menyatakan laras seperti yang berikut :Pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa. Pemakaian laras bahasa yang sesuai itu adalah dianggap pengolahan bahasa yang baik. Ada hubungan rapat antara isi, perkara yang dibincangkan dengan laras bahasa yang digunakan untuk membincangkannya.

Halliday (1968:149) pula mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. Halliday (1985) melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

Ure & Ellis (1977) – menganggap laras sebagai sejenis ‘ Language patterning regularly used in a certain kind of situation’ (laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan).

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa, sama ada ahli-ahli bahasa tempatan ataupun barat dapat dirumuskan bahawa laras bahasa merupakan variasi bahasa yang berbeza-beza bentuk dan penggunaannya mengikut situasi tertentu dan bidang tertentu.

CIRI LARAS BAHASAMenurut Ure & Ellis (1977), penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama, iaitu:1 Ciri Keperihalan2 Ciri Linguistik

1 CIRI KEPERIHALAN Terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:A) Situasi Luaran

B) Situasi Persekitaran

A) Situasi Luaran – bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan-perlakuan anggota masyarakat.■ Contoh, huraian tentang laras bahasa Melayu lama hendaklah dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan.

B) Situasi Persekitaran – Mencakupi aspek-aspek terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa.

■ Terdapat banyak aspek situasi persekitaran yang mengakibatkan bahasa yang berlainan, yakni yang menimbulkan laras berlainan. Antaranya :

i). Cara penyampaian

■ Bentuk perhubungan yang digunakan, termasuklah jenis bahasa yang bersifat tulisan, lisan, isyarat dan sebagainya.■ bahasa lisan berbeza daripada bahasa tulisan.

■ Dalam bahasa tulisan terdapat pelbagai variasi seperti laporan, ucapan, esei , novel, cerpen,

ii).Perhubungan Sosial dan peribadi antara yang terlibat dalam sesuatu penggunaan bahasa.

■ Terdapat dua aspek iaitu :

a).Berasaskan perkaitan peribadi, perhubungan antara individu dengan individu sebagai anggota dalam masyarakat.

■ Terdapat pelbagai jenis hubungan peribadi.

■ Perhubungan paling mesra seperti hubungan kekasih, suami isteri dan rakan karib.

■ Hubungan peribadi formal seperti antara pekerja dengan majikan, yang berpangkat rendah dengan yang berpangkat tinggi.

b). Perhubungan yang tidak bersifat peribadi adalah seperti yang berlaku antara penghasil dan pembaca akhbar, buku dan majalah serta alat media lain.

iii) Bahan Yang Diperkatakan■ Isi yang menjadi bahan perbincangan mewujudkan bahasa yang berlainan.■ Melibatkan aspek yang luas, dari perkara biasa dalam kehidupan sehinggalah kepada bidang-bidang khusus yang memerlukan kemahiran yang tertentu seperti bidang sains dan teknologi.

iv). Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.

■ Perlakuan bahasa diperlukan oleh sebab bahasa ialah bahagian utama perlakuan■ Perlakuan sosial, misalnya bahasa untuk menghasilkan sesuatu maksud, dalam upacara tertentu.■ Dalam setiap situasi sosial terdapat penggunaan bahasa yang berlainan, dihasilkan oleh interaksi faktor-faktor seperti perbualan, orang yang terlibat dalam perbualan dan peranan situasi tersebut dalam masyarakat. ■ Misalnya bahasa digunakan untuk menghasilkan sesuatu maksud, bahasa dalam majlis tertentu seperti majllis akad nikah dan sebagainya.

2. CIRI LINGUISTIKTerdapat tiga aspek yang perlu diperhatikan dalam aspek linguistik, iaitu aspek kata yang digunakan dalam sesuatu laras, aspek ayat dan ketenunan.

i) Aspek Kosa KataAspek kosa kata ialah penggunaan kata dalam sesuatu laras, sama ada digunakan banyak istilah khusus, istilah umum ataupun gabungan kedua-duanya. Penggunaan istilah yang berlainan berdasarkan bidang akan dapat ditentukan jenis laras yang digunakan. Di samping itu, sesetengah laras menggunakan kata-kata pinjaman asing dan sebagainya. Pendek kata, dalam aspek kosa kata, segala aspek ayat akan dibincangkan untuk menunjukkan sesuatu laras itu mempunyai kata-kata tertentu yang berbeza daripada laras-laras lain.

ii) Aspek AyatDalam aspek ayat penekanan ialah pada jenis dan juga binaan ayat yang digunakan dalam sesuatu laras. Sesetengah laras menggunakan banyak ayat majmuk dan kurang ayat tunggal manakala laras yang lain pula proses pengguguran banyak berlaku dalam ayat-ayat yang digunakan. Pendek kata, dalam aspek ayat segala perkara yang berkaitan dengan jenis dan binaan ayat akan dibincangkan.

iii) Aspek KetenunanAspek ketenunan ialah keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks. Ini berkaitan dengan unsur-unsur tertentu yang digunakan oleh laras sebagai kesatuan yang utuh ataupun sebaliknya. Sesetengah laras menggunakan unsur perulangan keratan rentas dan sebagainya untuk menunjukkan ketenunan sesuatu laras itu.

LARAS BAHASA MENURUT MAK HALLIDAY (1985)Halliday (1985) pula mendefinisi laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.Tiga Dimensi Laras (Halliday)Tajuk wacana merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan,

matematik dan sebagainya. Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.Jika wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikan fokus kepada perkara yang dibincangkan.Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian Sama ada wacana berkenaan disampaiakan secara lisan atau tulisan. Jika lisan, sama ada teks tersebut merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa.Jika tulisan sama ada berbentuk esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan.Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal. Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaikan dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif.

Umumnya, berdasarkan bidang dan khalayak sasaran, laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:kosa katatatabahasagaya

JENIS-JENIS LARAS BAHASA

Laras BiasaLaras ini merupakan penggunaan bahas ayang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras biasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus. Contoh : Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

Laras Perniagaan Laras jenis ini digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli berangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali. Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis. Contoh : Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter.

Laras Ekonomi■ Laras ekonomi berbentuk ilmiah.■ menggunakan istilah-istilah teknikal■ tidak mementingkan struktur ayat, ■ bersifat formal■mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit. ■ Setiap data dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statik.Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.

Laras AkademikLaras akademik boeh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranaya laras sains, laras ekonomi, Laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Contohnya dalam bidang ekonomi terdapat istilah-istilah khusus seperti permintaan, kos, modal, buruh dan susut nilai. Contoh laras sains dalam bidang biologi : Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.

Laras Undang-UndangLaras undang-undang merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal. Contoh : Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan brekenaan.

Laras Media MassaLaras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton. Contoh : Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

Laras SesteraSeperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastera juga mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. Bezanya, bidang yang diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan antara kedua-duanya.Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan

unsur termasuk personifikasi dan metafora.

Laras RencanaLaras rencana adalah satu laras bersifat umum yang menyentuh mengenai tajuk tertentu. Ciri utama dalam laras rencana ialah kepelbagaian idea mengenai sesuatu tajuk yang diperkatakan. Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, ‘Proton Satria GTi’ masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara.

KEPENTINGAN LARAS BAHASA■ Laras bahasa amat penting.■ Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya.■ Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat – bertambah dengan pesat.■ Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu.■ Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu.■ Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan.■ Laras baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran. – Dicadangkan pada tahap persekolahan lagi.